Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Memori Pak Lah

Memori zaman kanak-kanak.
Sewaktu tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang, Datuk Seri Abdullah mempunyai kegemaran menangkap ikan laga di bendang bersama rakan-rakannya yang lain kerana rumahnya dikelilingi sawah padi. Dua sahabatnya pada waktu itu ialah Abdul Fatah Abdullah (Allahyarham) dan Cikgu Bakar. Selain mencari ikan laga, Datuk Seri Abdullah turut gemar bermain baling kotak rokok, layang-layang dan berbasikal atas bendang.

Balik kampung naik teksi.
Dalam satu temu ramah bersama Allahyarham Ibu Perdana Menteri, Datuk Khailan Hassan memberitahu, beliau tidak pernah lupa tentang satu perkara mengenai anak sulungnya itu. Datuk Seri Abdullah pernah pulang ke kampung halamannya di Kepala Batas, Pulau Pinang berseorangan menaiki teksi selepas digugurkan daripada Kabinet ketika memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1987. Pada saat itu, Khailan menjangkakan kerjaya politik anaknya sudah sampai ke penghujung.

Dipetik dari akhbar Kosmo! terbitan 2 April 2009.

No comments: