Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 18, 2009

Wayang Kulit

Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung kulit melibatkan pelbagai watak dan khayalan digerakkan oleh seorang dalang yang turut berperanan sebagai tukang cerita.

Persembahan wayang kulit selalunya diiringi kumpulan muzik paluan dan juga alat tiupan.

Seni ini dimasyhurkan lebih 1,000 tahun dulu di kawasan negara Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu adalah bayang-bayang yang bergerak. Dalang membawa erti orang melakukan persembahan wayang.

Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukkan wayang.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis wayang kulit antaranya Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Jawa, Wayang Kulit Purwo yang mana terhadap perbezaan dalam setiap jenis wayang kulit ini terutama jalan cerita dan wataknya.

Pada asasnya, semua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh dari Jawa atau Pattani (Selatan Thai) tetapi perkembangannya menyebabkan wayang kulit mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan.

Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya adalah satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.

Aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan kelakar comic relief yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan.

Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak-geri.

Lazimnya semasa patung bercakap semua iringan muzik terhenti.

Tok Dalang dibantu Tukang Unjuk yang menyediakan patung-patung, watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang.

Kayu Kasah ialah sejenis alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi semasa adegan pergaduhan.

Patung-patung dicucuk di atas batang pisang.

Bayang watak akan terhasil daripada cahaya pelita minyak kelapa atau mentol elektrik.

Sumber: Sinar Harian, BH

No comments: