Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, January 7, 2010

Kek Lok Tong


Gua Kek Lok Tong (imej dari www.explore-ipoh.com)

Gua Kek Lok Tong telah dibuka sejak tahun 1970-an.  Kek Lok Tong adalah perkataan bahasa Cina bermaksud Cavern Ultimate Bliss.  Ianya antara gua batu kapur yang tertua dan telah dijadikan tokong Buddha yang terletak di Gunung Rapat, kira-kira lima kilometer selatan bandar raya Ipoh.

Dalamnya mempamerkan hasil seni patung-patung berhala Buddha dalam pelbagai bentuk serta stalagmit dan stalaktit batu kapur yang menitiskan air pergunungan yang sejuk dan segar.

Di luar gua pula terdapat pemandangan yang mencuit hati dengan persekitaran yang aman dan damai serta mempamerkan keindahan landskap dengan gabungan keindahan bunga teratai yang melambai-lambai di tengah kolam yang tenang seluas 4.5 hektar persegi.


Pemandangan di sekitar Gua Kek Lok Tong (imej dari www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?t=79032)

Laluan paling mudah untuk sampai ke Gua Kek Lok Tong ialah melalui kawasan perumahan Sungai Rokam kerana terdapat penunjuk-penunjuk jalan yang memudahkan perjalanan pengunjung.  Secara alternatifnya, jika dari Tambun ianya merupakan laluan yang menarik kerana sepanjang perjalanan anda akan dapat menikmati kehijauan kebun limau tambun (limau bali) dan bekas-bekas lombong bijih timah yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu.

Selain dari kedamaian dan kesegaran udara ialah gabungan pokok-pokok bongsai yang menghiasi taman bersama spesies bunga-bunga tropika yang menambah seri di setiap lorong jalan kaki sekitar kolam teratai.

Sumber: Sinar Harian

No comments: