Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 22, 2010

Biodata ringkas Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

  • Dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915.
    • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, dulu dikenali sebagai English College, Johor Bahru. 
    •  Merupakan anak Melayu pertama yang memperoleh ijazah doktor perubatan dari Universiti Melbourne, Australia.
    •  Menceburkan arena politik pada 1951.  Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1957.  Beliau juga diberikan tauliah menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Kedua-dua jawatan itu dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.
    • Memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967 apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan.
    • Semasa hayat beliau, Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan jawatan terakhirnya ialah Timbalan Perdana Menteri.
    • Menyertai semula kabinet dan merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua selepas Tun Abdul Razak pada tahun 1970.
    • Meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
    • Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah: "Jangan sapu ke bawah permaidani".  Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
    • Ismail berkahwin dengan Norashikin Mohd. Seth pada tahun 1950.  Norashikin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Johor, Datuk Mohd. Seth Mohd. Said.
    • Pasangan tersebut dikurniakan enam orang anak iaitu Mohamed Tawfik dilahirkan pada tahun 1951.  Zailah (1953), Badariah (1957), Tarmizi (1960), Zamakhari (1964) dan Ariff (1967).

    Sumber: Kosmo!

      No comments: