Sunday 20 November 2016

HARI ANUGERAH CEMERLANG & JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2016

Hari Anugerah Cemerlang & Jamuan Akhir Tahun PPKI SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 15 November 2016 di Orchard Golf Resort, Kulai. Majlis diserikan dengan kehadiran En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai, Puan Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara dan Pn. Haslina Bt Mohd Bakri, GPK Pentadbiran SMK Bandar Tenggara. Sebelum majlis dimulakan, murid-murid telah diberi peluang bermain golf dan menyertai pertandingan karaoke. Tahniah kepada semua penerima hadiah dan anugerah serta diucapkan selamat berjaya.

Bergambar kenangan di hadapan Orchard Golf Resort
Sesi bermain golf

Mempamerkan bakat yang terpendam

Masing-masing tidak melepaskan peluang

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan

Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar

Menaiki kereta buggy ke sekeliling Orchard Golf Resort




Acara memotong kek bagi meraikan persaraan Pn. Rahimah Mohamed

Penyerahan cenderamata kepada En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai

Penyerahan cenderamata kepada Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMKBT

Tempat Pertama, Peperiksaan Akhir Tahun

Johan Pertandingan Permainan Dalaman

Johan Pertandingan Karaoke Guru
Bergambar kenangan selepas majlis




No comments: