Wednesday, October 3, 2012

Selamat Datang Puan Zaitun bt Ibrahim (Pengetua)

Pada 20 September (Khamis) , ketibaan pengetua baru SMK Jalan Reko iaitu Pn. Zaitun binti Ibrahim disambut oleh semua penolong kanan pada jam 8:00 pagi.Beliau menerima sejambak bunga daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan. Beliau juga disambut oleh pelajar tingkatan 6 bawah dan sekali lagi beliau mendapat sejambak bunga beserta sekotak cokelat. Seterusnya, beliau dibawa berjumpa dengan guru-guru dan staf sokongan.Selesai berjumpa dengan guru-guru dan staf sokongan,lalu beliau dibawa ke pejabat beliau dan telah diadakan sesi taklimat bersama semua penolong kanan.

   Pihak sekolah berharap dengan adanya pengetua baru, SMK Jalan Reko akan terus maju dan lebih menyinar.Semoga Pn. Zaitun binti Ibrahim dapat melaksanankan tugas dengan berwibawa serta dapat meneruskan impian Allahyarhaman Pn. Rosny binti Osman . Reko Mara Reko Jaya .Sekian Terima Kasih.


Menerima jambangan bunga dari pihak sekolah




Pengetua dibawa menuju ke Dataran Wawasan

 Disambut mesra oleh Pn.Che Normalis(PK)dan Pn.Shehidah(PK HEM)


Gembira dan bangga melihat perubahan di SMK Jalan Reko

 Pengetua diiringi semua Penolong Kanan ke pejabat sekolah

 Pengawas (Ahli Majlis Tertinggi ) turut menyambut 
ketibaan Puan Pengetua


Lambaian pertama kepada guru-guru

Bertemu sahabat lama....


Menandatangani buku pelawat
Taklimat Penolong Kanan bersama Pengetua

No comments:

Post a Comment