Thursday, May 6, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah Tingkatan Tiga 2010

Pihak Panitia Pend.Islam,khususnya unit dakwah amat berterima kasih kepada pimpinan pentadbiran SMK Sultan Alauddin kerana telah mengizinkan unit dakwah untuk menganjur dan mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk para pelajar tingkatan tiga tahun 2010 ini. butirannya ialah :

Tarikh : 30 April 2010 (jumaat)
Masa : 8.00pg - 10.10pg
Tempat : Dewan dan Surau sekolah
Penceramah Jemputan : Ustaz Fadzil bin Sohar & Ustazah Zalilah Bt Sulaiman
(Pegawai pejabat agama Kota Tinggi,Johor)

Antara Objektif Kursus ini diadakan ialah untuk :
1.Melahirkan insan yang peka dan patuh pada tuntutan fardhu kifayah.
2.Mendedahkan kepada semua peserta tentang kaifiat pengurusan jenazah yang
betul dan jauh dari kepercayaan tahyul dan khurafat.
3.Memenuhi tuntutan sukatan pelajaran tingkatan tiga yang membicarakan
pengurusan jenazah.
4.Memberi pemahaman sebenar tentang pengurusan jenazah seterusnya dapat diaplikasikan
dalam kehidupan dan dapat menjawab PMR dengan yakin dan cemerlang.