Showing posts with label profil. Show all posts
Showing posts with label profil. Show all posts

8.23.2010

Lagu Sekolah ; Payung Pelindung Bakti

0 ulasan

 

Sekolah Menengah Tengku Abdullah

Payung Pelindung Bakti

Pusat Pelajar Putera dan Puteri

Mencapai cita-cita

Kami Berjanji Serta Berikrar

Akan Terus Belajar

 

Harapan Ibu Bapa dan Guru

Tidak Kami Siakan

Bersih dan Cekap

Berbudi Mulia

Amalan Hidup Kita

Rajin Berusaha

Diri Berjaya

 

Panduan Bersama

Harapan Ibu Bapa dan Guru

Tidak Kami Siakan

Sekolah Menengah Tengku Abdullah

Payung Pelindung Bakti (3x)

1.05.2010

SENARAI PENGETUA SMK TENGKU ABDULLAH

0 ulasan

Senarai Pengetua SMK Tengku Abdullah

1.  En Mohd Azhar bin Ali                       1965 – 1966

2.  En Sharudin bin Abd Latif                  1966 – 1968

3.  En Ibrahim bin Yaakub                      1969 – 1970

4.  En Abu Hashim bin Mohd Yusuf          1970 – 1979

5.  Tn Hj Mohd Hassan bin Ali                 1980- 1991

6.  En Azman bin Mohamad (Memangku)  1991 – 1992

7.  En Ab Hamid bin Abu Bakar               1992 – 1995

8.  Pn Zabedah binti Osman                   1995 – 1998

9.  Tn Hj Mohd Zain bin Awang               1998 – 1999

10. Pn Siti Fatimah binti Awang              1999 – 2005

11. Pn Hjh Najuah binti Abd Manaf          2005 – 2009

11. Tn Hj Abdul Razak bin Mohamad        2010 - sekarang

1.03.2010

VISI dan MISI

0 ulasan

 

VISI SEKOLAH

MENJANA KECEMERLANGAN SECARA HOLISTIK KE ARAH KEMAPANAN MODAL INSAN

 

MISI SEKOLAH

Untuk menonggak kesempurnaan Visi,maka kami menggarap misi agar usaha kami yang berterusan akan mendokong hasrat tersebut:

  • Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Memupuk sahsiah terpuji dan nilai murni di kalangan pelajar
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif

10.31.2009

Sejarah SMK Tengku Abdullah, Pekan

0 ulasan

 

Pada tahun 1965, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dengan nama Sekolah Anika Jurusan, Pekan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pusat  yang kini SK Seri Biram, Pekan.

Bangunan sekolah baru dan asrama sekolah telah siap dibina dan digunakan pada tahun 1967. Pada tahun tersebut juga, kumpulan perintis pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran).

Perasmian sekolah dan asrama baru dengan nama Sekolah Menengah (Rendah) Kebangsaan Pekan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah, Sultan Pahang, telah diadakan pada 23 Mei 1969.

Pada 23 September1973, PIBG Sekolah Menengah (Rendah) Kebangsaan Pekan telah ditubuhkan. Pada bulan Jun 1974, PIBG sekolah ini telah diterima menjadi ahli gabungan PIBG Daerah Pekan. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama telah diadakan pada 24 Julai 1975.

Pada 16 Februari 1979, secara rasminya nama Sekolah Menengah (R) Kebangsaan Pekan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan.

Pada 31 Mei 1981, YAB Datuk Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu telah merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta Mesyuarat Agung PIBG.

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi SMK Tengku Abdullah Berhad telah dibuat pada tanggal 13 Mei 1982. Pada tahun 1985 pula telah menyaksikan pembinaan surau sekolah. Turutan dari itu padang sekolah telah dapat disempurnakan pada tahun 1986 dan pgada tahun berikutnya, 1987, Sukan Tahunan dapat diadakan buat pertama kalinya di padang tersebut. Gelanggang Tenis pula telah disiapkan pada tahun 1990.

SMK Tengku Abdullah, Pekan telah merayakan sambutan Jubli Perak pada tahun 1990.