Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
SKMM adalah
sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar
kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM
mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia
yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet,
pos dan pensijilan digital.
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar,
manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada
Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada
Suruhanjaya.
Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET, APLIKASI MUDAH ALIH atau pun RASPBERRY PI DAN ARDUINO. Tema bagi pertandingan ini adalah “INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA”
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) video penyertaan untuk kategori video adalah TIDAK LEBIH daripada 5 minit manakala untuk kategori PORTAL INTERNET, APLIKASI MUDAH ALIH dan RASPBERRY PI DAN ARDUINO adalah TIDAK LEBIH daripada 1 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Jalur lebar (Bahasa Inggeris: broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
INISIATIF JALUR LEBAR NEGARA
Pusat Internet Rakyat and Pusat Mini Komuniti Jalur Lebar
Inisiatif 1 Juta Netbook untuk dieadarkan kepada pelajar dari keluarga miskin diseluruh negara
Menubuhkan E-Kiosks
Pusat Jalur Lebar Komuniti ke rumah
Peluasan liputan selular
PERLAKSANAAN
Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara atau dikenali sebagai Pelan Jalur Lebar Negara (NBI) adalah strategi yang dapat mengembangkan penggunaan jalur lebar ke seluruh Negara. Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran jalur lebar dimana untuk mencapai 50 peratus kadar penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah pada penghujung tahun 2010.Atas tujuan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 5 inisiatif pada 24 Mac 2010.
Satu strategi telah dikenal pasti merangkumi kedua dua aspek penawaran dan permintaan jalur lebar. Dari aspek penawaran, kemudahan dan perkhidmatan jalur lebar akan dilaksanakan ke seluruh negara. Penghantaran perkhidmatan adalah melalui penyambungan dengan wayar dan tanpa wayar. Namun begitu, kewujudan jalur lebar dan liputan khidmat telefon mudah-alih akan diperluaskan di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Untuk kawasan impak ekonomi tinggi, perkhidmatan jalur lebar semasa akan dipertingkatkan lebih daripada 10 Mbps. Kerajaan telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Awam Swasta bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk membekalkan kemudahan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi di kawasan tertentu. Projek ini dinamakan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.
Berdasarkan pemahaman dimana penawaran tunggal tidak mencukupi, satu strategi yang berkesan telah dilaksanakan untuk menggalakkan permintaan dimana penekanan terhadap kesedaran, daya tarikan dan tahap mampu-milik.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran adalah melalui kesinambungan penglibatan kerajaan dan sektor swasta di dalam program kesedaran dan inisiatif kapasiti pembangunan. Dalam peringkat untuk meningkatkan daya tarikan terhadap kandungan talian, usaha lebih menumpukan untuk mengukuhkan and mempromosi e-Kerajaan, e-Pendidikan dan e-Perbankan.
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan . Ia merupakan suatu alat yang sesuai untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemampuannya menerima dan memproses data sehingga 24jam sehari .
Perkembangan ICT didefinisikan sebagai "Proses penyampaian suatu pesan dalam betuk lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa idea , informasi . kepercayaan , harapan , ingatan dan sebagainya . Melalui media maka hasrat dan tujuan akan tercapai samada dengan tujuan mengubah sikap , pandangan atau perilaku seseorang ."
Peningkatan pengguna telefon pintar dan tablet di Malaysia adalah satu peluang untuk penyampaian pembelajaran lebih terbuka dan tiada batas hanya di institusi-institusi pendidikan sahaja . Pembelajaran di institusi-institusi pemdidikan terustama di sekolah rendah dan sekolah menengah lebih menjurus kepada mengenal secara terus dan terhenti semasa sesi pembelajran tamat . Dalam perspektif pengamal teknologi pendidikan , media merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan dalam aktiviti bilik darjah . Media dalam pelbagai bentuk juga telah berjaya dibuktikan melalui penyelidikan sebagai satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam meningkatkan kefahaman individu yang terlibat . Sejajar dengan perkembangan ICT , kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan bidang pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020 . Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pelajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khususnya dalam meningkatkan minat pelajar , meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia . Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran , memperkayakan kukurikulum , memperkembangkan teknologi , menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan , melahairkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar . Dalam keadaan tertentu gambar boleh menjadi lebih efektif daripada bahasa verbal kerana gambar ini akan menjadi lebih penting sebagai media pendidikan dan transformasi tradisi oleh generasi terdahulu untuk generasi yang akan datang . Salah satu alat media ini juga gamabar menjadi perantara terpenting malahan seakrang ini dengan penggunaan teknologi digital serta visual ianya telah pon mengalami pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan dinamik masyarakat dan perkembangan semasa . Dalam konteks Malaysia peranan komunikasi massa akan lebih bersifat terbuka selain mendapat mengambil kesempatan untuk mengembangkan berita dunia dengan lebih estetika yang ekspresif . Kesan kepada masyarakat sememangnya tidak boleh dinafikan kerana ia memberi kesan yang positif melalui penyampaian-penyampaian yang di pelbagai melalui sumber-sumber media . Ini kerana dengan perkembangan kesat teknologi maklumat dan kounikasi memberi kesan keatas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan disusuli pula Malaysia merupakan sebuah gagasan Koridor Raya Multimedia atau dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) maka ia merupakan pemangkin kepada sistem komunikasi media massa . Malaysia sedang dalam penambahan dan pemesatan dalam industri kandungan digital yang memerlukan kreativiti dan inovasi bagi membina dan membawa Malaysia ke arah Negara Maju 2020 . Dalam membantu dalam peningkatan pemikiran secara kreatif dan berinovasi cara lebih berkesan adalah melalui tabiat harian manusia . Bagi penerapan yang lebih jitu dan berkesan . Board Game antara permainan dalam telefon pintar dan tabblet yang popular (ESA , 2011) . Pendekatan seperti ini adalah perlu diterapkan agar dapat membantu dalam peningkatan pemikiran kreatif rakyat Malaysia . Di era globalisasi ini , perkembangan teknologi semakin pesat membangun di serata dunia . Perkembangan tekologi ini tidak asing lagi terutama di dalam bahagian Information Communication Techonologi (ICT) . perkembangan tersebut boleh dimanfaatkan di pelbagai bidang seperti pengiklanan , pendidikan , kesihatan dan hiburan . Salah satu perkembangan di dalam bidang hiburan adalah permainan . Ini disokong dengan fenomena gajet-gajet seperti telefon pintar dan tablet yang semakin luas penggunaannya di Malaysia . Perkembangan jaringan internet membantu dan arus teknologi masa kini di Malaysia . Pengguna juga boleh berinteraksi untuk pelbagai tujuan seperti bersosial , pembelajaran latihan , permainan dan sebgainya . Memandangkan Wawasan 2020 Negara Malaysia dalam mempertingkatkan pengetahuan dan prasarana teknologi maklumat yang memungkinkan suatu hari nanti sebuah rumah akan mempunyai sebuah komputer . Dengan tiu , satu pendekatan pembelajaran melalui permainan komputer yang mengikut gaya hidup positif dan menghiburkan amat diperlukan . Kandungan multimedia seperti permainan , posproduksi , animasi , reka bentuk dan grafik komputer . Insdustri permainan komputer dan video bukanlah semata-mata untuk hiburan atau main-main tetapi mempunyai sumbangan kepada perkembangan ekonomi dan pendidikan . Aplikasi permainan strategi sedia ada lebih tertumpu kepada hiburan semata-mata dan kurang pendekatan baru perlu diwujudkan bukan sahaja di sekolah malah juga serata tempat . Perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet mewujudkan satu jaringan yang tiada sempadan bagi penerapan nilai-nilai pembelajaran dan latihan ilmiah kepada pengguna secara mudah alih .
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini adalah berlakunya ledakan teknologi maklumat . Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi , komputer yang dihubungkan dengan jaringan Internet telah membolehkan banyak maklumat diperoleh dengan cepat . Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat . menyedari hakikat ini , kerajaan tlah mengambil langkah untuk terus bertindak memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor raya Multimedia (MSC) . Tujuh aplikasi utama yang terkandung dalam MSC adalah terdiri daripada kerajaan elektronik , tele-perubatan , sekolah bestari , pemasaran tanpa sempadan , kad pintar , kelompok penyedilikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan dunia .
Pelaksanaan jalur lebar akan mewujudkan kesan yang ketara kepada sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Berdasarkan kepada statistik pada tahun 2008, industri komunikasi dan multimedia menyumbang 6.1 peratus dalam penggal perolehan KDNK Negara.
Penggunaan jalur lebar akan meningkatkan daya saing Negara dan menarik Pelaburan Langsung Asing atau "Federal Direct Investment" (FDI) ke dalam negara.
Jalur lebar adalah salah satu pemboleh kearah ekonomi berasakan pengetahuan dan akan mewujudkan 135,000 pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ICT.
Pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar akan menghasilkan keluaran sampingan di sektor lain seperti kejuruteraan, pembangunan kandungan tempatan dan penyiaran.
Komunikasi sosial adalah mengisyaratkan bahawa komunikasi penting untuk membangun konsep diri , kelangsungan hidup , aktualisasi diri , memperoleh kebahagiaan , terhindar dari tekanan dan ketergantungan , antara lain lewat komunikasi yang menghibur dan memupuk hubungan dengan orang lain . Melalui komunikasi sosial kita boleh bekerjasama dengan anggota masyarakat seperti keluarga , kelompok pelajar , perguruan tinggi , desa , kota dan negara secara keseluruhan untuk mencapai tujuan bersama .
FUNGSI
1. Menginformasikan
- Adalah untuk memberikan informai kepada masyarakat , memberitahukan kepada masyarakat mengenai peristiwa yang terjadi , idea atau fikiran dan tingkah laku orang lain serta segala yang disampaikan orang lain .
2. Mendidik
- Adalah komunikasi merupakan sarana pendidikan . Dengan komunikasi , manusia dapat menyampaikan idea dan fikirannya kepada orang lain sehingga orang lain mendapat informasi dan ilmu pengetahuan .
3. Menghibur
- Adalah komunikasi selain berguna untuk menyampaikan komunikasi , pendidikan dan mepengaruhi juga berfungsi untuk menyampaikan hiburan atau menghibur orang lain .
4. Mempengaruhi
- Adalah fungsi mempngaruhi setiap individu yang ebrkomunikasi , tentunya berusaha saling mempengaruhi jalan fikiran komunikasi dan lebih jauh lagi berusaha mengubah sikap dan tingkah laku komunikasi sesuai dengan yang di harapkan .
Digital ialah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit. Berlawanan dengan sistem bukan digital (atau analog) yang menggunakan julat nilai-nilai yang selanjar untuk mewakili maklumat. Walaupun pewakilan digital adalah diskrit, maklumat yang boleh diwakilkan adalah sama ada diskrit. Misalnya nombor, huruf atau arca bunyi, imej, dan lain-lain pengukuran sistem selanjar.
Gaya hidup digital adalah istilah yang seringkali digunakan untuk menggambarkan gaya hidup moden yang sarat dengan teknologi informasi (IT). Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Makaysia (MCMC) merancang memperkenalkan inisiatif gaya hidup digital yang mengandungi enam ekosistem gaya hidup digital seperti pengangkutan, pertanian, hiburan, pendidikan, daerah dan kerja. Inisiatif itu bertujuan menawarkan kehidupan yang lebih baik dan bersambung untuk tujuan perniagaan dan social. Inisiatif itu akan menyediakan gaya hidup yang dipertingkatkan. Gaya hidup digital adalah serupa dengan “Internet of Things” iaitu rangkaian pengesan tanpa wayar yang dikomfigurasikan sendiri yang menyambungkan pelbagai benda.
Pada abad ke-20 , ledakan teknologi maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi dua ketiga iaitu teknologi maklumat sebagai peneraju dunia yang akan meningkatkan taraf hidup masyarakat . Penggunaan komputer dan Internet sebagai asas di dalam Teknologi Maklumat menjadi keperluan kepada masyarakat . Perkembangan teknologi maklumat banyak membawa perubahan positif kepada masyarakat dan berkait rapatdengan kemajuan sesebuah negara . Kemajuan teknologi maklumat telah membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat .
Gerbang digital dalam penggunaan teknologi maklumat telah menjadi satu gaya hidup bukan sahaja di kalangan golongan muda malah merentasi seluruh lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar . Jumlah penggunaan Internet yang begitu ramai di negara ini membuktikan literasi masyarakat Malaysia dalam teknologi maklumat mampu mencapai sasaran dalam menuju negara maju pada tahum 2020 . Bukan sahaja untuk menjalankan tugas dan bersosial , tetapi juga memudahkan kehidupan harian , termasuk berkaitan kesihatan dan perubatan .
Revolusi digital masa kini mengubah cara pandangan kita . Perubahan ini melibatkan seluruh dunia yang merentasi pelbagai budaya , bangsa , agama dan negara . Perubahan ini juga telah merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ekonomi , undang - undang , perubatan , pertanian , agama , politik dan pelbagai lagi . Teknologi digital ini bukan setakat memberi nilai tambah kepada ekonomi tetapi merupakan satu mesin penggerak ekonomi moden ketika ini .
Pada era moden ini , kehidupan masyarakat di seluruh dunia semakin dipenuhi oleh hal-hal yang serba digital . Telefon yang bukan sahaja untuk membuat , menerima panggilan serta menghantar pesanan ringkas(SMS) tetapi lebih baik daripada itu . Telefon yang dapat merakamkan gambar dan suara . Gambar yang dirakam itu dapat dimuat naik di media sosial atau youtube dan dapat ditonton oleh seluruh penduduk dunia pada kos yang murah dan masa yang pantas . Gejala " Selfie sudah menjadi kegilaan remaja kini .
Selanjutnya , teknologi digital ini menyediakan ruang untuk bersembang di media sosial seperti Facebook , Twitter , Whatsapp . Telegram Messanger , Line , Hangout dan bermacam-macam lagi aplikasi .
Dalam banyak-banyak aplikasi yang ada , Facebook lebih digemari . Populariti Facebook didorong oleh keinginan setiap individu untuk sentiasa berhubungan dengan rakan , malah kehendak untuk mengetahui berita kini tentang rakan-rakan sekolah .
Kebebasan untuk berinteraksi secara online adalah adalah keupayaan terbaik yang disediakan oleh Facebook . Dilihat dari sudut perniagaan , syarikat lebih gemar menggunakan Facebook . Antara sebab utama adalah interaksi mudah bersama pelanggan serta ruang iklan percuma . Sebelum dunia internet diterokai . Kebanyakan platform ini mahal , jadi mereka menggunakan alternatif lain seperti Facebook untuk tujuan pengiklanan . Ia memberi peluang kepada perniagaan untuk berinteraksi bersama pengguna mereka dengan lebih daripada 600juta pengguna aktif di seluruh dunia . Agensi-agensi kerajaan juga menggunakan facebook bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan organisasi mereka . Sebagai contoh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dilihat sentiasa memuat naik aktiviti-aktiviti menyelamat dan gambar-gambar kemalangan dan ini sentiasa menginsafkan kita untuk lebih berhati-hati dijalanraya . Facebook juga adalah salah satu medium yang penting bagi pemimpin-pemimpin masyarakat untuk berkongsi aktiviti-aktiviti mereka , program-program serta bantuan-bantuan yang mereka hulurkan kepada masyarakat . Di situlah rakyat boleh menilai sejauh manakah peranan mereka dalam masyarakat .
Terdapat banyak sebab yang kukuh untuk membangunkan sebuah Digital Malaysia. Ia adalah respon kita terhadap siri-siri trend yang akan membina kes teguh bagi mempercepatkan langkah Malaysia ke arah menjadi Ekonomi Digital yang berfungsi sepenuhnya dan inovatif.
Dorongan Pemangkin Digital Global
Teknologi digital semakin penting sebagai penyumbang utama kepada KDNK sesebuah negara. Disamping sumbangan langsung kepada KDNK menerusi pertambahan dalam penggunaan, pelaburan persendirian, perbelanjaan kerajaan dan eksport, ia juga menyumbang kepada KDNK dalam sebilangan cara yang tidak langsung dan membawa manfaat yang besar bagi perniagaan. Misalnya, dengan pertambahan penjimatan kos dan kecekapan menerusi e-Perdagangan, akan terdapat pertambahan dalam perolehan berasaskan-dalam talian, dan peningkatan produktiviti dengan alat-alat digital. Ia juga memberi manfaat kepada pengguna dalam pelbagai cara, misalnya, membolehkan penyelidikan dan pembelian dalam talian, kos pembelian lebih rendah dan kandungan dalam talian percuma.
Merebak ke seluruh Global
Teknologi digital telah berkembang secara ketara dari segi perluasannya dalam tempoh lima tahun ini. Hari ini, terdapat lebih daripadadua bilion pengguna internet di seluruh dunia, dengan kadar penembusan global lebih daripada 30%. Ini pasti akan meningkat lebih lagi dan dipacu dengan penggunaan empat teknologi/konsep digital yang baru iaitu: peranti mudah alih, media sosial, “cloud” dan benda berinternet.
Titik Infleksi
Ekonomi Malaysia berada pada titik infleksi. Malaysia sudah membina sektor perkilangan yang teguh dan eonomi berasaskan perkhidmatan. Gelombang perubahan seterusnya adalah perkembangan ekonomi yang akan datang dari pembinaan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, serta teknologi digital sebagai pemacu utama fasa perkembangan seterusnya.
Asas yang Kukuh
Malaysia telah membina asas yang teguh untuk memacu pembangunan ekonomi digitalnya. Ia memiliki aplikasi dan penggunaan ICT yang kukuh. Inisiatif-inisiatif yang sedia adalah seperti projek MSC Malaysia termasuk inisiatif baru di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi akan terus mengukuhkan asas tersebut. Malah, inisiatif-inisiatif ini dijangka menyumbang sebanyakRM220 bilionkepada PNK Malaysia menjelang 2020.
Beralih dari golongan berpendapatan sederhana menjadi golongan berpendapatan tinggi
Malaysia telah muncul teguh sebagai peneraju ekonomi digital di kalangan negara-negara membangun. Menurut penarafan Ekonomi Digital EIU, Malaysia berada di posisi36 daripada 70negara. Kini tiba masanya untuk menggerakkan Malaysia ke dalam golongan berpendapatan tinggi di kalangan negara-negara membangun di barisan depan inovasi dan penggunaan digital, menyemainya untuk pembangunan ekonomi Malaysia.
Electrical Conductivity (EC) Meter adalah satu alat yang perlu bagi mengukur kepekatan campuran baja dan air. Ada teknologi tinggi penyemaian benih menggunakan sistem aliran air yang dikawal secara automatik menggunakan sistem pam kecil, ini bagi mempercepatkan pertumbuhan anak benih. Sistem ini biasanya menggunakan kepekatan campuran air dan baja pada kadar yang begitu cair dimana unit yang digunakan ialah uS @ micro SIEMENS.
pH METER
pH meter adalah suatu alat yang mengukur suatu keasaman dan kebasaan pada suatu benda yang dimiliki. Keasaman pada sebuah larutan yang dimiliki kadar ion hidrogen atau (+H), atau sebagai pH yang artrinya –log(H+). Ph juga bisa dikatakan sebagai alat ukur kekuatan asam. pH pada suatu larutan yang dilontarkan dengan cara lain seperti dengan jalan menitrasi larutan dengan asam dan indikator atau yang lebih teliti lagi dengan pH meter. Pengukuran ph asam dan basa air minum bekerja secara digital, air minum bisa dikatakan asam apabila pH dibawah 7, dan apabila air minum dikatakan basa (alkalin) apabila pH yang dimiliki diatas 7. Jika apabila air minum memiliki sifat kandungan asam dan basa yang seimbang (netral) maka pH tersebut di angka 7, Air minum yang sesuai atau ideal menurut Departemen Kesehatan RI berkisar/diantar 6,5 hingga 8,5 pH. Cara kerja alat ini dengan mencelupkan kedalam air yang akan di uji (dengan berkisar antara 5 cm), dengan sendirinya alat tersebut akan mengukur secara otomatis. Pada saat saat pertama dicelubkan, alat tersebut masih berubah berubah ukuran, maka daripada itu alat tersebut dicelupkan berkisar antara 2 hingga 3 menit sampai alat digital tersebut hingga stabil untuk mengukurnya. Alat ini tidak hanya digunakan untuk mengukur air saja, akan tetapi alat ini digunakan untuk mengukur tanah yang sudah bercampur air, supaya tanah tersebut mudah untuk diukur pH yang dimiliki dalam kadungan asam atau basa. Dalam campuran tanah dan air tidak hanya ukuran yang biasa, akan tetapi harus mengikuti aturan yang berlaku dengan nisbah 1:1 atau 1:2,5 atau 1:5. Dengan adanya tipe keasaman aktif atau keasaman actual disebabkan karena ada ion (H+) dalam larutan tanah. Keasaman ini ditulis dengan ukuran pH (H2O). Sebagai contoh keasaman (pH) tanah yang diukur dengan ukuran nisbah tanah: air 1 : 2,5 (10 g tanah dilarutkan dengan 25 ml air) dan ditulis dengan pH2,5(H2O)
Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kereta sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, kereta api, teksi, transit aliran ringan (LRT), KMT Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit).
Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengankutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat tertamanya penduduk bandar. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama dalam sektor pengankutan awam ini agar kepercayaan masyarakat terhadap pengangkutan awam ini meningkat.
Pertama
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa.
Kedua
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam.
Ketiga
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam
Keempat
Menyediakan kepasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang seida ada dan penumpang baru.
Kereta Berenjin Hybrid
Perbezaan kereta berenjin petrol, hibrid dan elektrik.
Kereta berenjin petrol menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Ia bergerak mengikut penukaran kuasa pembakaran dalam enjin.
Enjin petrol merupakan enjin pembakaran dalaman yang berfungsi berasaskan nyalaan api dan direka khusus untuk menggunakan bahan api petrol.
Bagi kereta hibrid, ia tetap menggunakan petrol sebagai bahan api seperti enjin biasa, namun, ia mempunyai sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik dimana terdapat dua enjin digunakan untuk operasi sistem hybrid ini.
Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol, manakala pada waktu tertentu iaitu ketika menggunakan gear rendah, motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.
Kenderaan hibrid memang menjimatkan dan berbaloi dimiliki bagi mereka yang kerap menempuh laluan sesak di ibu negara.
Bagi kereta elektrik, ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik.
Bateri dicaj semula digunakan untuk memberi pergerakan putaran pada enjin, bagi menggerakkan kenderaan itu.
Berbanding kereta hibrid, bteri kereta elektrik perlu di cas semula.
Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu . Apa yang membezakan cumalah platform sahaja .
Terlalu banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet . Ia hidup dan tidak pernah tidur selama 24 jam sehari , 7 hari seminggu dan 365 hari setahun . Perniagaan internet juga tidak membataskan perkara- perkara berikut iaitu budaya, bangsa , negara , sempadan , masa , jarak , dan juga masa. Di internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet , kita juga memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya dengan lebih cepat .
Segala – galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin di jual mempunyai nilai atau tidak . Pasaran di internet adalah amat luas tanpa mengira sempadan geografi dan juga beroperasi selama 24 jam sehari . Inilah dunia perniagaan internet di mana trnasaksi jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dolar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain .
Sistem Kedudukan Sejagat atau Sistem Penentududukan Sejagat (bahasa Inggeris: Global Positioning System, GPS) merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud, latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca, siang dan malam di mana-mana di Bumi.
Sejak mula beroperasi pada 1993, GPS telah menjadi kemudahan sejagat yang penting, amat diperlukan untuk pandu arah moden di darat, laut dan udara di serata dunia, selain menjadi alat penting dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah. GPS juga memberikan rujukan masa jitu, seperti yang diperlukan dalam telekomunikasi dan sesetengah kajian saintifik, termasuklah kajian mengenai gempa bumi.
Pada mulanya GPS direka untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi mengendali sistem pensasaran peluru berpandu semasa Perang Dingin, tetapi kini ia telah digunakan bagi kegunaan awam. Nama rasminya ialah NAVSTAR GPS dan ia dikawal selia dari Kem Tentera Udara Schriever di Colorado. Kos penyelenggaraan sistem ini ialah US$400 juta setahun.
GPS mula diaktifkan untuk umum pada 17 Julai 1995. Mulai Ogos 2000, Sistem Penambahan Luas-Kawasan (WAAS) meningkat ketepatan isyarat GPS sehingga 2 untuk penerima GPS yang sesuai. Dengan menggunakan teknik tertentu seperti Pembezaan GPS (DGPS), kejituan GPS boleh mencapai 1 cm untuk jarak dekat.
Kegunaannya
Ketenteraan: GPS membolehkan peluru berpandu menepati sasaran, dan juga memperbaiki pemerintahan dan pengawalan tentera melalui kesedaran lokasi yang bertambah. Penerima GPS awam mempunyai had secepat mana maklumat mengenai kelajuan dan altitud sesuatu koordinat dikemaskini bagi mengelakkan pihak lain menggunakannya untuk tujuan penyasaran peluru berpandu.
* Pandu arah: GPS digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat dan kapal. Sistem ini juga boleh digunakan dalam mesin penuai, trak lombong dan lain-lain. Penerima GPS tangan boleh digunakan oleh pendaki gunung dan pengembara. Penerima GPS murah seringkali diberkaskan dengan PDA, komputer kereta ataupun sistem pengesan kenderaan.
* Pengukuran: Peninjau dan pengukur tanah menggunakan alat GPS yang lebih mahal dan tepat untuk mencari sempadan, struktur dan penanda tinjauan, dan untuk pembinaan jalan.
* GPS dalam kapal terbang: Kebanyakan sistem penerbangan membenarkan kegunaan alat GPS biasa dalam penerbangan, kecuali ketika mendarat dan berlepas, sama seperti alat elektronik lain. Larangan menggunakan GPS biasanya disebabkan oleh isu keselamatan, iaitu tidak mahu penumpang memetakan jalan penerbangan. Sebaliknya, sesetengah penerbangan pula menyepadukan GPS ke dalam sistem hiburan penerbangan.
Sistem tetap juga boleh menggunakan GPS, untuk mendapat masa yang tepat. Antena di bumbung pondok ini mengandungi eksperimen saintifik yang memerlukan kejituan masa.
* Rujukan masa jitu: Banyak sistem penyegerakan menggunakan GPS sebagai sumber masa yang tepat. Contohnya ketika menggunakan penderia semasa dalam eksperimen seismologi, GPS boleh digunakan untuk merekod masa tepat sesuatu aktiviti berlaku.
PERBEZAAN
AGPS
GPS
Singkatan bagi
Assisted Global Positioning System
Global Positioning System
Sumber kordinat & lokasi
Isyarat dari tiang radiopemancar Telco terdekat
Isyarat terus dari satelitGPS pada orbit
Masa Lock up
Dengan bantuan Internet penetapan lokasi telco terdekat agak pantas
Perlukan masa, sekurangnya 4 satelit perlu dikesan/ dihubungkan
Ketepatan
Penetapan lokasi ialah pada tiang radio pemancar terdekat, kurang tepat
Ketepatan dalam lingkungan 1 meter, agak tepat
Keperluan kos
Menggunakan akses data internet, sesuai bagi pengguna yg berinternet
Tidak perlu data internet, hubungan antara satelit GPS ialah percuma
Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru. Oleh itu, pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar. KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID
Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah , 1987). Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang itu menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Semasa di dalam bilik darjah, murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokuskan kepada 18 elemen yang mampu mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid. Justeru, kesemua 18 elemen tersebut dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu persekitaran, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Berikut merupakan prinsip Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn :
i) Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar;
ii)Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;
iii)Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber danpendekatan pengajaran dan pembelajaran;
iv)Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.
FROG (VLE)
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Guru
Pelajar
Ibu Bapa
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
SAPS
Sistem ini lebih dikenali sebagai SAPS kini juga ditambah sebagai SAPSNKRA, oleh kerana penamaan semula, alamat capaiannya juga berubah kepada ( SAPS ) NKRA sapsnkra.moe.gov.my.
Sistem Analisis Peperiksaan NKRA atau SAPSNKRA merupakan Sistem berpusat untuk segala penyataan peperiksaan bagi memudahkan proses menyimpan data peperiksaan semasa pelajar serta memudahkan penyemakan oleh pihak atasan ataupun pihak ibu bapa.
Sistem sapsnkra ini meningkatkan akses kepada semua kakitangan pendidikan untuk terus menyimpan data peperiksaan serta memudahkan urusan penilaian peperiksaan serta analisis untuk memperlihatkan kemajuan pelajar dalam pendidikan.
____________________________
HIBURAN
SOCIAL NETWORK
WhatsApp adalah
aplikasi pesan untuk smartphone dengan basic mirip Blackberry Messenger.
WhatsApp Messenger merupakan aplikasi pesan lintas platfrom yang memungkinkan
kita bertukar pesan tanpa biaya sms, karena WhatsApp Messenger menggunakan
paket data internet yang sama untuk email, brosing web, dan lain lain. Aplikasi
WhatsApp Messenger menggunakan koneksi 3D atau WIFI untuk komunikasi
data. Dengan menggunakan WhatsApp kita dapat melakukan percakapan online,
berbagi file, bertukar foto, dan lain-lain.
Instagram adalah
sebuah aplikasi berbagi gambar yang memungkinkan pengguna mengambil foto,
menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jaringan
Internet, termasuk milik Instagram sendiri. Satu filter yang unik di
Instagram adalah memotong foto menjadi bentuk persegi, sehingga terlihat
seperti hasil kamera Kodak Instamic dan Polaroid. Hal ini berbeza dengan
aspek ratio 4:3 yang umum digunakan oleh kamera pada peralatan bergerak.
Wechat, ada yang belum
tahu apa itu wechat. wechat iaitu sesuatu aplikasi chat lintas platform / os
untuk menyambung sebahagian pengguna telefon pintar. Aplikasi ini pertama kali
diperkenalkan di China, serta dari sanalah aplikasi ini berasal, lantas
berkembang sampai jadi cukup popular di seluruh dunia layaknya saat ini ini. Di
wechat, seluruh ciri dari aplikasi-aplikasi chat yang dulu ada dikumpulkan jadi
satu pakej yang menarik ditambah dengan Ciri-ciri menarik yang lain yang belum
dulu saya jumpai di aplikasi chat manapun.
Line terkenal kerana mampu
mesej kata, melalui sticker semacam animasi yang lucu-lucu. Jadi, kebanyakan
pengguna Line lebih sering bertukar sticker. Sticker yang lucu yang membuat
Line ledakan dan dimanfaatkan sang pemajunya, NHN Japan untuk menjual sticker.
Line boleh digunakan untuk menelefon sesama ahli Line dengan perkhidmatan
berasaskan VoiP (Voice Internet Protocol). Kelebihan Aplikasi Line adalah
aplikasi lain boleh digunakan di peranti iOS, Android dan BlackBerry serta
boleh digunakan pada komputer personal. Ciri lain adalah, pengguna Line boleh
mengetahui apakah mesej sudah dibaca atau belum. Timeline adalah ciri lain yang
ditawarkan oleh pengguna Line. Pengguna boleh menuliskan segala aktivitinya
layaknya di Facebook.