ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Thursday 28 April 2016

Kenangan di SKPP

Saat indah itu terasa cepat berlalu,  kini kami  warga SKPP harus merelakan satu detik yang dinamakan  perpisahan. Perpisahan adalah suatu yang amat sukar dinyatakan perasaannya… namun perpisahan itu pasti muncul juga tidak kira dalam apa-apa bentuk . Bagi setiap insan, tiada yang indah saat apabila  tibanya perpisahan itu namun  setiap yang bermula akan pasti ada perpisahan. Ini lah realiti kehidupan yang telah direncanakan oleh  Allah, munculnya tawa hilai pasti ada tangisan, andai wujud kegembiraan pasti suatu ketika akan timbul kesedihan. Inilah apa yang dirasakan oleh warga SKPP khususnya murid-murid apabila terpaksa berpisah dengan guru-guru praktikum semester 7 dari IPG Kampus Kota Bharu yang telah menabur jasa selama 3 bulan di sekolah ini.

Berdiri dari kiri cikgu  Naim dan cikgu Azmeer
Duduk dari kiri Ustazah Najwa, Ustz Hasanasiha dan cikgu Syumailah

Mengimbau kembali saat  langkah pertama guru-guru praktikum  ke SKPP  adalah dengan satu tujuan iaitu untuk mencari pengalaman  mengajar  untuk mendidik anak-anak bangsa. Dengan langkah yang bersemangat, 5 sahabat dari kampus IPG Kota Bharu iaitu Mohd Khair Naim , Azmeer firdaus , Syumailah , Najwa Hidayah dan Nor Hasanasiha memulakan tugasan praktikum di SKPP. Kami warga SKPP, berharap ilmu yang telah dikongsi dapat dipraktikkan sebaik mungkin serta memanfaatkan  pengalaman agar halangan dan cabaran  dapat diatasi terutama dalam mendidik anak-anak bangsa apabila secara rasmi bergelar guru . Kami semua mendoakan kejayaan anda semua dalam bidang perguruan khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang. Sekali lagi ribuan terima kasih dari kami warga SKPP atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah dan anak-anak kampung Parang Puting. Terima kasih...terima kasih ....terima kasih.


                                             Buah Pauh Delima Batu
                                            Anak Sembilan di Tapak Tangan
                                            Biarlah Jauh Beribu Batu
                                            Hilang dimata dihati Jangan




Telatah cikgu  praktikum

Monday 18 April 2016

Lawatan Panitia Sejarah

Sering kita berbicara tentang  sesuatu cerita  di masa lampau samada ia  baik ataupun buruk, pahit atau manis, suka ataupun duka,  Itu semua asam garam dalam setiap kehidupan dan ia merupakan salah satu cerita yang kekal dalam lipatan sejarah hidup seseorang.  Sejarah sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu dalam kehidupan kita dan sering kali  kita bercerita tentang sejarah itu secara langsung dan tidak langsung.
              Jika ditanya apakah itu sejarah? Belum pasti setiap orang dapat merungkai  dan memahami apa sebenarnya maksud sejarah itu. Yang pasti  sejarah itu  akan  membicarakan kejadian-kejadian di masa lalu  dan ia tidak membicarakan masa sekarang, yang sedang berlangsung, juga tidak mungkin membincangkan masa yang belum terjadi atau masa depan. Bertepatan dengan kata-kata pujangga

                                                     Semalam adalah sejarah
                                                     Hari ini adalah kenyataan
                                                     Esok adalah harapan


Peserta lawatan Panitia Sejarah bergambar di Anjung Istana Jahar



Wednesday 6 April 2016

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38

Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakub sedang menyampaikan ucapan perasmian

Meniti detik menghitung hari , hari silih berganti tahun... Tanggal 3 April 2016 terpahat lagi dalam lipatan sejarah SKPP apabila mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 akan disempurnakan dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang. Kedengaran paluan Kompang bergema di perkarangan Sekolah Kebangsaan Parang Puting menandakan kami warga SKPP dengan berbesar hati menerima tetamu kehormat  Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Yaakub ,Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Turut Hadir ke majlis tersebut Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Tn Hj Jaafar bin Ismail, Pegawai dari PPD Kota Bharu , Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa , Datuk Hj Zaluzi bin Hj Sulaiman serta barisan kepimpinan UMNO Pengkalan Chepa . Para tetamu kemudian diarak dengan bunga manggar menuju ke dewan Wacana Ilmu untuk memulakan majlis perasmian.

Timbalan Pengarah JPN Kelantan Tn Hj Jaafar turut memberi ucapan pada majlis tersebut


Yang DiPertua PIBG En Mohd Fareez memberi ucapan kata-kata aluan kepada hadirin 

Ketibaan Tetamu Kehormat di sambut meriah oleh para hadirin yang hadir

   

Sunday 13 March 2016

Keceriaan Kelas Abad 21

Kelas ataupun bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan aset penting bagi sesebuah sekolah. Dengan adanya bilik darjah, pengurusan bilik darjah juga perlu untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Aspek aspek pengurusan termasuklah memastikan iklim dan persekitaran dalam bilik darjah yang kondusif. Suasana bilik darjah yang harmonis dan kondusif akan membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan seterusnya dapat mencetuskan idea yang bermutu di kalangan murid-murid
           Atas inisiatif dan pemuafakatan PIBG sekolah serta guru-guru, satu khidmat masyarakat telah dilancarkan iaitu aktiviti gotong royong mengecat bilik darjah di kalangan guru-guru dan warga SKPP. Dengan adanya bantuan dana yang di salurkan oleh pihak PIBG, dapatlah pihak sekolah khususnya guru-guru merealisasikan impian murid-murid untuk belajar dalam bilik darjah yang berwajah baharu. Aktiviti ini yang memakan masa selama 2 hari untuk disiapkan memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan guru-guru.



Friday 11 March 2016

Latihan Kecemerlangan

Setelah hampir 2 bulan murid-murid memulakan persekolahan bagi tahun ini. Kini, murid-murid akan menduduki satu ujian yang sebelum ini  dikenali sebagai UBB dan kini ia telah di pinda kepada Latihan kecemerlangan .Latihan Kecemerlangan yang diadakan selama 4 hari ( 7 -10 febuari ) bagi murid tahap dua manakala bagi murid tahap satu selama 3 hari  bertujuan untuk menilai pencapaian murid-murid terhadap apa yang telah dipelajari.
            Justeru itu, dengan adanya Latihan Kecemerlangan seumpama ini ,besarlah harapan  pihak sekolah agar murid - murid dapat menterjemahkan kefahaman mereka kepada peningkatan peratusan pencapaian kepada sekolah. Untuk murid-murid teruskan perjuangan anda demi mencapai matlamat dan impian anda. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN






Wednesday 24 February 2016

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016

"Terima kasih Kerajaan" itulah luahan hati salah seorang  penerima wang bantuan khas awal persekolahan bagi tahun 2016. Dengan adanya bantuan  khas awal persekolahan , sedikit sebanyak ia dapat membantu ibubapa menampung keperluan perbelanjaan persekolahan anak-anak yang kini kian meningkat. Bantuan khas awal persekolahan ini telah disampaikan oleh En Muhammad Rudin Siru B Junid, Ketua Penerangan Pemuda UMNO  Pengkalan Chepa. Turut hadir bersama memeriahkan majlis tersebut Yang Dipertua PIBG Sk Parang Puting En Mohd Fareez B Nor Amran dan Guru Besar SKPP Tn Hj Mohd Fauzi Bin Ismail

Dari Kiri En Mohd Fareez, En Muhammad Rudin Siru dan Hj Mohd Fauzi



En Muhammad Rudin Siru merasmikan majlis
            Berdasarkan  saringan yang dibuat, seramai 400  orang yang layak menerima bantuan awal persekolahan bagi tahun ini. Kriteria mereka yang layak adalah terdiri dari golongan ibubapa yang berpendapatan rendah.Dari riak wajah para penerima  , jelas mereka gembira dan bersyukur kepada Allah dengan bantuan ini . Bagi mereka bantuan ini datang tepat pada masanya memandangkan masih ada lagi ibubapa yang belum sepenuhnya membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Sesi menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat
dan  bantuan khas persekolahan kepada penerima
Kami warga SKPP mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Pihak Kerajaan , khususnya UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di atas kesudian menyampaikan wang Bantuan Awal Persekolahan. Kepada Ibubapa, diharapkan menggunakan wang yang diterima sebaik mungkin untuk persekolahan anak-anak.


Lagi gambar dimajlis tersebut

Sunday 21 February 2016

Kursus Kepimpinan dan Pelantikan Pemimpin Tunas



Ucapan Perasmian kursus kepimpinan oleh GPK HEM

"Di Pimpin untuk Memimpin" Itulah tema  bagi kursus Pemimpin  Tunas Sekolah Kebangsaan Parang Puting. Selepas bacaan doa pembuka majlis, Pemimpin Tunas membuat aktiviti senamrobik bagi memastikan kesediaan diri untuk melakukan aktiviti berikutnya.
           Selepas rehat, Pemimpin Tunas melakukan aktiviti  dalam berkumpulan (LDP) untuk mereka cipta logo kumpulan . Aktiviti seumpama ini boleh menerapkan sikap memimpin di kalangan Peminpin Tunas apabila setiap ahli kumpulan menyumbang saran idea bagi memastikan logo kumpulan yang dihasilkan berkualiti. Hasil dari perkongsian idea membina logo, peserta akan membentangkan hasil dapatan yang bertujuan untuk memberi keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai

Thursday 18 February 2016

Bual Bicara Professional Learning Community (PLC)

PLC ? Apa itu PLC ? Itulah persoalan yang mula-mula bermain dibenak fikiran kami guru-guru. Dengan inisiatif Pihak Pentadbir SKPP khususnya Tn Guru Besar, telah mengambil langkah proaktif telah menjemput En Wan Badrudin B Wan Omar , Penolong Pengarah Sains Sektor Akademik dari JPN Kelantan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang PLC. Ini selaras dengan kehendak Kementerian dan Jabatan Negeri Kelantan yang mahu semua warga pendidik mengetahui aspirasi pendidikan masa kini. Dengan langkah yang penuh semangat, kami guru-guru melangkah gagah menuju ke bilik gerakan SKPP untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan PLC.
            Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada

·                     menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
·                     membina hubungan yang berkualiti
·                     mempunyai program yang sangat berfokus
·                     menggerakkan sumber-sumber sedia ada
·                     berkongsi kepimpinan


En Wan Badrudin ( baju biru) sedang memberi penerangan kepada guru-guru

Wednesday 17 February 2016

Gotong Royong warga SKPP

"Jom kita pakat mengecat bendera negeri -negeri pada tiang" Itulah ungkapan keramat warga SKPP untuk memastikan keceriaan sekolah dapat di kekalkan.
                 Aktiviti gotong royong mengecat bendera pada tiang merupakan satu aktiviti  yang seronok dilakukan . Tambahan pula  penglibatan semua guru dalam menggembleng tenaga agar persekitaran sekolah kelihatan cantik dan menarik. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama yang padu daripada Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan.

Tn Guru Besar sedang mengecat salah satu bendera pada tiang

Lawatan Muhibbah Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

Suasana pagi  rabu di SKPP (17/2/16)   melebarkan senyuman menyambut mesra kedatangan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan , Jabatan Pelajaran Kelantan Tn Hj Zulkifli bin Mohd Noor bersama Ketua Penolong Pengarah En Mohamad Bin Abd Wahab.
       Lawatan Ketua Sektor ke SKPP adalah untuk memastikan dasar KPM dilaksanakan sebaik mungkin serta mengeratkan lagi  hubungan silaturrahim antara pihak JPN dengan pihak sekolah. Kehadiran KS beserta pegawai yang lain amat -amat dialu-alukan oleh pihak sekolah khususnya warga SKPP dalam memastikan sistem pendidikan berada di tahap optimum. Terima Kasih Tuan KS dan Tuan KPP atas kunjungan muhibbah ini.


Tuesday 16 February 2016

Pemantauan Pembekalan SPBT 2016


Hari ini warga Sk Parang Puting  berbesar hati menerima kunjungan dari Pegawai Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kelantan dan Pejabat Pendidikan Kota Bharu ke bilik buku Teks ( BOSS) . . Pemantauan ini di ketuai oleh Pegawai KPM iaitu En Abd Razak b Mohamad dan En Shahrul Nizam b Zakaria. Pegawai dari JPN Kelantan pula di hadiri oleh Penyelia Pendidikan Kanan (Buku Teks ), En Muhammad Nor b. Ishak manakala  Pegawai  dari PPD Kota Bharu dihadiri oleh En Ashhan b Abdullah ( Penyelia Pend Kanan). Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pembekalan yang diperuntukkan kepada sekolah mencukupi agar proses pembelajaran murid-murid tidak terganggu. Kami Warga SKPP mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingg diatas keprihatinan dan kecaknaan pihak KPM, JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu terhadap keperluan buku teks di sekolah kami

Wednesday 22 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ssekolah

Seperti kelazimannya pada setiap tahun kita umat Islam mengadakan sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W atau dikenali sebagai Maulidur Rasul. Justeru itu SK Parang Putting juga mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini pada 23 Januari 2014. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Dalam ucapan perasmian yang dilakukan oleh YBrs. Tn. Guru Besar iaitu Pn. Sharifah Faridah bt. Syed Bulat, secara ringkasnya beliau menyatakan bahawa Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai 'rule model' kepada kita semua. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan keperibadian dan akhlah yang terpuji. Segala keperibadian dan kelakuan beliau semestinya menjadi ikutan kita semua .

Friday 2 August 2013

Majlis Menyambut Guru Besar baharu SKPP

Detik 10.30 pagi , 21 hb Julai 2013 terpahat lagi dalam lipatan sejarah SKPP apabila menerima Puan Guru Besar Baharu iaitu Pn Syarifah Faridah Bt Syed Bulat. Beliau yang sebelum ini bertugas di  Unit Kokurikulum PPD Kota Bharu dan akan menyandang jawatan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parang Puting setelah Guru Besar yang lama bertukar ke SK Seri Bembam. Rombongan menghantar Guru Besar SKPP seramai 30 orang telah disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh semua warga SKPP. Warga SKPP turut merasa berbesar hati dengan kedatangan Timbalan Pengarah Pendidikan Tn Hj Zahari Bin Daud ke majlis tersebut.

Thursday 18 July 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

Tanggal 18 Julai 2013, satu Majlis Perpisahan Guru Besar SK Parang Puting.Pn Rohani Bt Rajab telah mengakhiri  noktah perkhidmatan cemerlangnya di bumi SK Parang Puting. Beliau akan meneruskan perjuangannya sebagai Guru Besar di SK Sri Bemban. Sepanjang perkhidmatannya di sini, banyak perubahan yang telah dilakukan dari segenap bidang iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Moga beliau terus sukses di SK Sri Bemban. TERIMA KASIH CIKGU !!!!!!!!

Tuesday 16 July 2013

Hari Menandatangani Buku Adab dan Slip PBS

Majlis ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan ke majlis tersebut  telah meningkatkan motivasi  guru-guru dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan Negara kita.  Dengan adanya majlis tersebut, Ia  dapat menyuntik semangat ke arah kejayaan dan kecemerlangan anak anak.

Sunday 7 July 2013

Gotong Royong

7 Julai 2013- Menjadi satu amalan  di sekolah ini, Guru-guru sentiasa berganding bahu dalam usaha memberi kemudahan kepada murid-murid di sekolah ini.  Antara perkara yang dibuat adalah bergotong royong membaiki sistem perpaipan yang  pecah. Paip air jenis "poly " itu dipercayai pecah akibat cengkaman akar pokok terhadap paip tersebut. Justeru itu, Kerja pembaikan paip yang bocor  dimulakan dengan penebangan pokok yang menghalang kerja pembaikan paip tersebut..