Isnin, 25 Oktober 2010

KELAS FARDHU AIN

Dicatat oleh Tadika Sri Flora di 3:20:00 PG

Fardhu 'Ain adalah status hukum dari sebuah aktiviti dalam Islam yang wajib dilakukan oleh seluruh umat Islam yang telah memenuhi syaratnya. Dalam Islam, meninggalkan aktiviti ini yang hukumnya Fardhu 'Ain akan menyebabkan orang itu mendapatkan dosa.
Termasuk dalam aktiviti ini ialah :
  • Solat 5 Waktu
  • Berpuasa
  • Haji bagi yang mampu
  • Mengeluarkan Zakat
  • Berbakti pada orang tua
  • dan sebagainya

Bagi memahamkan kanak-kanak betapa pentingnya perkara fardhu ain ini maka Tadika Sri Flora juga mengajar dan mengasuh kanak-kanak ini akan tanggungjawab yang WAJIB mereka lakukan.