Tuesday 28 May 2013

Apa?? Ali Rustam Setiausaha Agung UMNO>>>

Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku hendak analisis sikit relevan atau tidak nama yang disebut seorang rakan wartawan..... nama yang dijangka akan dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru bagi mengantikan Tengku Adnan yang dilaporkan akan dilantik sebagai Menteri Penuh tidak lama lagi....
 
Hebat betul spekulasi-spekulasi yang bermain di bibir pemerhati-pemerhati politik selain menjadi ramalan rakan-rakan wartawan sejak akhir-akhir ini, khususnya selepas PRK Galas dan Batu Sapi ....
 
Datuk Seri Ali Rustam- nama yang dikatakan akan jadi SUA..... bukan aku nak nafikan kewibawaan beliau, tetapi bagi aku beliau belum layak sebagai Setiausaha Agung UMNO selagi beliau masih Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka....
 
Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi UMNO Melaka, sudah pastilah beliau akan sibuk dengan gerak kerja UMNO dan BN Melaka khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 kelak....
 
Bagilah peluang dan ruang kepada Datuk Ali untuk terus berkhidmat kepada rakyat Melaka.... Beliau telah membuktikan sepanjang pentadbirannya, Melaka benar-benar menjadi Melaka Maju. Pembangunan yang berlaku di Melaka sungguh luar biasa.... oleh itu, baiklah UMNO mencari calon lain kalaulah benar spekulasi sebelum ini bahawa Datuk Tengku Adnan akan mengosongkan kerusi SUA sekiranya beliau dilantik Menteri Penuh kelak......
 
Tq Sahabat Gunung..

No comments:

Post a Comment