Tuesday 8 October 2013

Duit Gaji Tak Cukup??

Keluh Gaji Tidak Cukup
 
Riyadh: Kebanyakan penduduk Saudi merungut pendapatan mereka tidak mencukupi dengan meluahkan kekecewaannya di laman Twitter.

“Gaji kami tidak cukup,” slogan dilancarkan awal musim panas yang menarik lebih 17.5 juta pengguna laman sembang itu untuk meluahkan perasaan kecewa mereka.

Seorang pengguna laman itu menggesa Raja Abdullah menggunakan kuasa mutlaknya untuk menaikkan gaji semua kakitangan awam di negara pengeluar minyak terbesar dunia itu.

Gaji bulanan seorang kakitangan awam Saudi ialah di antara 3,945 riyal (RM12,229) dan 24,750 riyal (RM76,725) selain elaun lain, menurut kajian disediakan sebuah syarikat insurans baru-baru ini.

Gaji kakitangan sektor swasta pula ialah antara 6,400 riyal (RM19,840) berbanding 15,299 riyal (RM47,426) di negara Arab lain, menurut laporan disediakan Bank Dunia dan Kementerian Ekonomi Saudi.

“Biar pegawai berhenti mencuri...ambil rasuah dan orang awam menjadi mangsa,” tulis wartawan Fahd al-Fahid di akaun Twitter miliknya.

Pengguna lain memaparkan imej menggambarkan keperitan hidup di negara itu, termasuk seorang wanita menyelongkar sampah, keluarga tinggal di rumah usang dan pelajar bersesak dalam bas usang.

Pengguna lain menghantar gambar kartun, satu daripadanya memaparkan seorang lelaki Saudi berdiri di bawah bayang pokok sawit yang baunya boleh dihidu melangkaui sempadan negara itu.

Di bawah gambar itu ditulis: “ Aset kami pergi kepada orang lain: Negara hanya terima lima peratus hasil kekayaan, 95 peratus lagi dikaut negara luar.”

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan bantuan AS$5 bilion (RM14 bilion) kepada Mesir selepas tentera negara itu menggulingkan Presiden Mohamed Mursi, awal Julai lalu.

“Inflasi berterusan menaikkan harga barang sejak beberapa tahun lalu memberi kesan serius kepada kuasa membeli orang ramai di sini. Kadar pengangguran sebanyak 12.5 peratus membabitkan golongan muda, yang mewakili 20 juta penduduk,” kata ahli ekonomi Abdullah al-Almi. - AFP

 
#Negara pengeluar minyak terbesar dunia tu beb! Baru nak halau kera-kera yang asyik merungut itu tak cukup, ini tak cukup tu pindah duduk sana. Kesian pulak... Makan pasir nanti..

No comments:

Post a Comment