Islamic Widget

Wednesday, January 26, 2011

Apa yang telah terjadi pada bahasa kita ?

Sedarkah kita bahawa bahasa kita semakin rosak dan terpinggir, seakan-akan makin tenggelam di bumi sendiri. Bahasa yang indah makin teruk tercemar dengan pelbagai virus perosak bahasa. Virus yang dimaksudkan adalah penggunaan bahasa slanga yang melampau serta amalan merojakkan bahasa. Bahasa slanga ialah kata-kata atau ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan selalunya digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi. Slanga sering kali berubah. Sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja. Malah, amalan mencampurkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris merupakan salah satu amalan yang sangat popular. Antara perkataan bahasa slanga yang telah saya dengari adalah seperti berikut :
1. "Pakwe kau hensem la"
2. "Poyo betul la Mamat tu"
3. "Ala.. kerja ni kacang je nak buatnya"
4."Nasib baik kau tak kantoi ngan Prof tadi. Kalau tidak habis la."

 Ayat-ayat yang mengandungi bahasa-bahasa slanga ini telah saya dengari sepanjang hari sama ada di dalam kelas, bas, kafe dan lain-lain tempat lagi. Para pelajar atau remaja ini selalu menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan harian mereka. Mereka nampaknya mengambil ringan terhadap kerosakan bahasa. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa Melayu yang asal akan terhakis sedikit demi sedikit. Hal ini juga akan menyebabkan bahasa asal sesuatu bahasa akan hilang serinya. kita sepatutnya menggunakan bahasa kita sebaik-baiknya. Kurangkanlah penggunaan bahasa slanga dalam pertuturan. Sayangilah bahasa kita, kerana Bahasa Jiwa Bangsa.

Sekian, Wassalam....

No comments:

Post a Comment