Friday, April 26, 2013

Petunjuk dari Allah (Manzil dan ayatul Syifa)

Salam Alaik. 
Semoga hari yang dilalui pada hari ini penuh manfaat dan barakah dari Rahmat Allah.
Syukur ku panjat pada yang esa kerana masih diberi petunjuk dariNya dalam menjalani cabaran ujianNya.

Jam menunjukkan 4:00am. aku tersedar dari lena dek kerana dikejutkan oleh satu jalan di dalam mimpi suatu suara yang menyebut "carilah penawar pada manzil  ! Syifa', Syifa', Syifa'  !" dan suara itu hilang apabila aku terjaga dari lena. Sedari jaga, terus menggapai tuala untuk mandi dan solat. binggung seketika. pernah aku mendengar mengenai Manzil tapi tidak pula aku ingat sejauh mana cerita itu disampaikan dari seorang muallimah ku sewaktu di sekolah dahulu. 

Esoknya pula, hatiku terdetik kuat untuk ke kedai buku untuk mencari mana-mana bahan ilmiah yang boleh mengubati penyakit misteri keluargaku. dan sejurus sampai terdetik di hati ingin ke satu bahagian buku. ya ini dia. Allah memberi sekali lagi aku mendapatkan satu persatu jawapan yang terbaik dariNya.
(buku Manzil Rasm Uthmani)

Sebelum membacanya dan mengahayati setiap isi kandungan ayatullah, padahnya juga aku melaku R&D pada makcik google.

1. Afdal diamalkan setiap hari bagi mendapat pelindungan dari Allah dari ancaman Sihir, Syaitan dan binatang buas.

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH [jilid 3 ,m.374] yang dikarang oleh As-syeikhul kabir Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn Maulana Ilyas rah.a .hadith tersebut dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim, dan Tarmizhi rah.a.

Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayat kan ;”sewaktu kami bersama Rasulullah saw se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya.

Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah Al-Fatihah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah(2;1-4)ayat bermula dangan Wa ilahukum ilahu wahid (2;163).Ayat Syahidallahuannahu
(3;18), ayat terakhir surah Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta’ala (72;3),sepuluh ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10) ,tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar (59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6)

Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ.penyakit yang di deritai nya itu telah hilang. [Kanz jil.1 m212]

" Dan kami turunkan dari al-Qur'an suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yg beriman dan Al-Qur'an itu tidaklah menambah kpd orang-orang yg zalim selain kerugian". ~ Al-Isra' juz 15 ayat 82~

Dan penyembuhan itu datang nya dari Allah. Beramal itu lebih baik dari meninggalkan nya. dan yakin lah bertawakkallah atas setiap pemberian dari Nya. dari kita, Sebagai manusia yang tidak lepas dari segala silap dan salah sentiasa lah memohon ampun dan taubat agar kehidupan kita meraih kejayaan hakiki iaitu syurgaNYA. 

Amin. 

No comments:

Post a Comment