Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Monday, July 11, 2011

Surat Penghargaan

Semua Ahli Urusetia,
FORUM Israk Mikraj 1432H
Surau AL-FALAH BTS,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,


FORUM ISRAK MIKRAJ 1432H SURAU AL-FALAH


Alhamdulillah, terlebih dahulu kita amat bersyukur kerana dengan izin dan limpah rahmat Allah SWT, majlis FORUM tersebut telah terlaksana dengan lancar dan jayanya.


Bagi pihak AJK serta kariah Surau AL-FALAH, Bandar Tasik Selatan, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Pengerusi Urusetia FORUM, Tuan Hj Aminuddin Hj Mohd Salleh serta semua anggota urusetia FORUM yang telah berjaya melaksanakan majlis forum yang julung kali diadakan di Surau AL-FALAH pada 2 Julai 2011/30 Rejab 1432H dengan cemerlang. Ini membuktikan kesepakatan antara kariah amat penting dalam menjayakan sesuatu projek melalui perancangan yang rapi dan tersusun.
Untuk makluman kariah/jemaah Surau AL-FALAH, penganjuran FORUM ini telah berjaya mengumpulkan dana bagi tujuan menaiktaraf prasarana surau dengan jumlah kutipan yang amat memberangsangkan, iaitu melebihi sasaran awal RM20,000.00. Jumlah sebenar masih belum muktamat kerana mungkin ada lagi surat rayuan derma yang belum dikembalikan.
Kepada para penyumbang dan dermawan, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas keikhlasan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan mengisi dana surau yang amat diperlukan untuk menaiktaraf prasarana menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar serta keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Sekian terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Hj Dzainuddin Abd Jalil
Pengerusi
AJK Surau AL-FALAH

No comments:

Post a Comment