Surau Al-Istiqamah Kini
Surau Al-istiqamah telah siap dibina pada bulan November 2005. Surau ini berukuran 28 kaki lebar dan 30 kaki panjang. Ia terletak di persimpangan Jalan Layang dan Jalan Panglin 2 di dalam daerah Johor Bahru.Bilangan jemaah semakin bertambah ekoran pertambahan pesat penduduk islam di kawasan ini.
Keadaan Ketika Solat Jumaat
I. Terdapat lebih daripada 800 rumah yang didiami oleh keluarga Islam dan bujang di kawasan sekitar surau iaituJalan Panglin, Jalan Layang, Jalan Rawa, Kampung Tuah Jaya dan Taman Nusa Bestari. Ini bermakna jumlah penduduk Islam setempat mencecah lebih daripada 1600 orang secara purata termasuk mereka yang masih belum berkahwin seperti anak bujang dewasa penduduk, pelajar UTM dan pekerja swasta