Tazkirah on-line Rejab Siri 7 - Tuan Nazir

Sidang Qari’ah yang dirahmati Allah,
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim".
Al-Baqarah 2:124
Dari salasilah berikut, terbuktilah bahawa doa Nabi Allah Ibrahim diperkenankan Allah dan lahirlah Nabi Ismail ( bersama isterinya Siti Hajar ) dan Nabi Ishaq ( bersama isterinya Sarah ) .
Nabi Muhammad s.a.w berasal dari keturunan Nabi Ismail mengakibatkan cemburu serta dengki kaum Yahudi dan Nasrani kerana sebelum ini semua para Nabi berasal dari keturunan Nabi Ishaq seperti Nabi Yaakub, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman hingga lah ke Nabi Isa …
Soalan nya :
Apa yang terjadi di Palestin sekarang ?
Orang yahudi mengatakan mereka juga berhak keatas bumi Palestin, kerana bukan kah Nabi Musa membawa kaum Bani Isra’il kesana ?!?
Dan orang Nasrani juga mendakwa mereka lebih berhak keatas bumi Palestin kerana Nabi Isa lahir disana ?
Bagaimana kah harus kita jawab persoalan begini ? Ramai orang Islam ‘gagal’ memahaminya.
Sebenarnya Palestin adalah perang ugama dan sebab utama Islam lebih berhak kepada bumi para Anbiya’ Palestin dimana terletaknya Masjidil Aqsa dan berlakunya peristiwa Isra’ adalah kerana kedua kaum yahudi dan Nasrani adalah kaum yang ingkar dan yang telah sesat daripada jalan Allah ! walaupun mereka juga berketurunan dengan Nabi Ibrahim…. Allahu-Akbar
….. Bersambung esok, insyaallah

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran