,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Tuesday 22 November 2016

PAS - DARA PINGITAN YANG MENJADI DAMBAAN UMNO DAN PAKATAN


Amat di takuti DAP

إِنَّمَا الۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ فَأَصۡلِحُوا بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (10)
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسۡخَرۡ قَومٌ مِّن قَوۡمٍ عَسَي أَن يَكُونُوا خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَي أَن يَكُنَّ خَيۡرًا مِّنۡهُنَّ وَلَا تَلۡمِزُوا أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا بِالۡأَلۡقَابِ بِئۡسَ الاِسۡمُ الۡفُسُوقُ بَعۡدَ الۡإِيمَانِ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوۡلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

THURSDAY, OCTOBER 22, 2009

Nik Aziz cadang adakan Muktamar Khas bincang isu kepimpinan

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ
 Mengapa Tok Guru Nik Aziz menangis?
Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?


Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

sumber : detikdaily

Masa Telah Tiba Untuk PAS Dan UMNO Bersatu – Nik Abduh

nik
KUALA LUMPUR – “Ini adalah masa terbaik untuk PAS dan UMNO bersatu membabitkan isu yang sama,” ujar Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurut Nik Abduh, jika DAP dan MCA bersatu demi menentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) maka tidak mustahil PAS dan UMNO bersatu menyokong RUU ini.
“Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah PAS dan UMNO bersatu juga dalam isu yang sama,” kata Nik Abduh menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya.
Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya UMNO menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan RUU 355.
Nik Abduh berkata, PAS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU 355 ini.
“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana UMNO memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya lagi.
Kenyataan itu dibuat berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU 355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.
“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.
“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.
“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.
“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.
“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan PAS yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.
“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. PAS sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.
“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.
“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya. Beliau berkata, PAS sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

Gembira PAS Tak Kerjasama Dengan UMNO

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan daripada PKR, Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan menyambut baik pendirian PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti diumumkan Ketua Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Mustafa Ali.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan turut menyambut baik bahawa PAS sedia untuk berbincang dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Mustafa Ali di program PAS yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, dalam ucapannya. Iamenyatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR.

“Saya anggap ini satu perkembangan positif ke arah pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat bagi mewujudkan “satu lawan satu” antara gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Saifuddin berkata, oleh kerana pembangkang telah sedia ada Pakatan Harapan, maka kenyataan oleh PAS itu bermakna parti-parti pembangkang semakin rapat ke arah “satu lawan satu” dengan Barisan Nasional.

PKR sebelum ini berusaha memujuk PAS kembali bekerjasama selepas menyingkirkan parti itu daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu.
Permintaan itu dibuat berikutan PKR berasa bimbang akan kehilangan undi ahli dan penyokong PAS yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.

Ia ekoran penganjuran demonstrasi jalanan 4.0 pada tahun lalu menyaksikan kurang kaum Melayu menyertai perhimpunan haram tersebut selepas PAS diketepikan Pakatan Harapan.

Langkah PKR itu bagaimanapun ditentang oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang berpendapat Pakatan Harapan akan tetap berjaya merampas pemerintahan negara tanpa PAS. – Mynewshub.cc
PRU14 : HIDUP ATAU MATI UMNO – KHALED




 mohamed_khaled_nordin_06113_620_412_100
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan ‘hidup atau mati’ bagi UMNO berikutan serangan demi serangan yang dihadapi parti itu pada masa ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti tidak boleh memandang ringan serangan itu kerana ia tidak hanya datang dari musuh tradisi UMNO, malah daripada bekas-bekas rakan seperjuangan UMNO sendiri.
“PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup matinya UMNO dan kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini, di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.
“UMNO pada hari ini menjadi bahan kritikan dan senda, yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita, memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir,” katanya pada perasmian Persidangan Tahunan Veteran UMNO Bahagian-Bahagian Johor 2016, di JOHOR BAHRU pada Sabtu.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, jika UMNO gagal membuat perancangan dan tidak bersiap sedia menghadapi PRU dari sekarang, maka ia mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan, termasuk kehilangan kuasa.
“Kita patut rasa bimbang kerana yang menyerang kita ini bukan calang-calang orang, oleh itu kita perlu merancang, kerana kalau kita tidak merancang, kita akan gagal,” katanya. - Sumber Bernama

Ahmad Razif ziarah Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di salah sebuah hospital di sini.



AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
Ahmad Razif berkata, tahap kesihatan Ahli Parlimen Marang itu berada dalam keadaan baik dan ceria sekali gus beliau turut mendoakan semoga Abdul Hadi cepat sembuh.
 
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pasukan perubatan hospital yang menjaga serta memantau kesihatan beliau.


“Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau akan terus dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Marang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang. InshaAllah,” katanya menerusi laman Facebook (FB) sambil memuat naik gambar beliau bersama Presiden Pas itu.


Semalam, Abdul Hadi dilaporkan menerima pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital di Terengganu setelah mengadu kepenatan sejak siang.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan meminta kerjasama daripada semua pihak agar dapat memberikan ruang rehat secukupnya disamping mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi pemimpin itu pada waktu ini.

Katanya, Pas amat menghargai keperihatihan semua pihak yang mendoakan kesihatan berpanjangan Abdul Hadi.

Difahamkan, Abdul Hadi dijangka dapat keluar dari hospital dalam sehari dua lagi. - UTUSAN ONLINE

UMNO, Pas tidak mustahil bekerjasama Annuar
21 November 2016 12:36 AM
ANNUAR MUSA
Anuar Musa
KUALA LUMPUR 20 Nov. – UMNO dan Pas tidak mustahil akan bekerjasama pada masa depan apabila menemui titik-titik persamaan dalam perjuangan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, politik itu adalah satu kebarangkalian, maka selagi parti-parti itu menjunjung cita-cita dan lahir daripada asas sama maka akan wujud banyak titik persamaan.

“Kalau DAP boleh menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad, apa sebab untuk menolak kemungkinan UMNO menerima Pas dan saling bekerjasama.

“Cuma adakalanya pemim­pin mengambil masa dan tem­­pat berbeza untuk menda­pat­kan populariti semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Keempat: Diskusi Politik Konvensyen Pemerkasaan Ummah 2.0 yang dipengerusikan Ahli Maj­lis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Annuar berkata, beliau ba­gai­manapun menyerahkan per­ka­ra itu kepada kepemimpinan tertinggi UMNO terutama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, beliau berkata, parti-parti Melayu yang menyokong pakatan pembangkang dipimpin DAP sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

“PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebenarnya tidak mempunyai ma­ruah perjuangan kerana dipe­ngaruhi DAP,” katanya.

UMNO, Pas tidak mustahil bekerjasama Annuar


 0  0 Google +0
ANNUAR MUSA ANNUAR MUSA
KUALA LUMPUR 20 Nov. – UMNO dan Pas tidak mustahil akan bekerjasama pada masa depan apabila menemui titik-titik persamaan dalam perjuangan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, politik itu adalah satu kebarangkalian, maka selagi parti-parti itu menjunjung cita-cita dan lahir daripada asas sama maka akan wujud banyak titik persamaan.
“Kalau DAP boleh menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad, apa sebab untuk menolak kemungkinan UMNO menerima Pas dan saling bekerjasama.
“Cuma adakalanya pemim­pin mengambil masa dan tem­­pat berbeza untuk menda­pat­kan populariti semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Keempat: Diskusi Politik Konvensyen Pemerkasaan Ummah 2.0 yang dipengerusikan Ahli Maj­lis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Annuar berkata, beliau ba­gai­manapun menyerahkan per­ka­ra itu kepada kepemimpinan tertinggi UMNO terutama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, beliau berkata, parti-parti Melayu yang menyokong pakatan pembangkang dipimpin DAP sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
“PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebenarnya tidak mempunyai ma­ruah perjuangan kerana dipe­ngaruhi DAP,” katanya.
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-pas-tidak-mustahil-bekerjasama-annuar-1.410139#sthash.vMjsc0e7.dpuf


Hudud: Bapa pesan berbaik dengan UMNO, kata Nik Abduh.


Nik-Abduh-Nik-Aziz
Add caption
BANGI, 6 April – “Bukanlah amanat. Pesan.”


Itu yang dijelaskan oleh anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh, kepada Ismaweb.net ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau juga menerima amanat bapanya supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.


Beliau membuat pengesahan sebagaimana dilaporkan Utusan Online, menerusi khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada wartawan Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, isu mengenai amanat Allahyarham Nik Aziz itu berbangkit apabila akhbar Berita Harian dalam keluaran Jumaat lalu melaporkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau menerima amanat Allahyarham Nik Aziz supaya PAS berbaik dengan UMNO.


Beliau dilaporkan mendedahkan amanat itu pada Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di Pengkalan Chepa yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.


Bagaimanapun, Mohd Amar kemudian menafikan laporan akhbar berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.


Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam Utusan Online hari ini dilaporkan mengakui bahawa beliau turut menerima amanat (pesanan) daripada bapanya supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.


Katanya, tidak mustahil Allahyarham bapanya turut menyampaikan amanat (pesanan) yang sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi pelaksanaan hukum hudud.


“Saya setuju dengan pesanan yang diberikan kepada Mohd Amar sebab pesanan itu juga diberikan kepada saya. Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan UMNO dalam semua isu.


“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan UMNO demi membawa agenda Islam lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS kawasan Putrajaya sebagaimana dilaporkan Utusan Online.


Beliau berkata, sebelum Mursyidul Am Pas itu meninggal dunia, Allahyarham Nik Abdul Aziz berpesan kepadanya supaya kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan UMNO dalam usaha memartabatkan agenda Islam.


Nik Mohamad Abduh juga, sebagaimana dilaporkan Utusan Online, memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bertemu Allahyarham bapanya sebelum ini dan kedua-duanya berjanji untuk menyokong hudud.


“Kedua-dua mereka ada menyebut janji UMNO untuk menyokong, jadi ayah minta Mohd Amar dan beritahu saya supaya uruskan hudud ini bersama UMNO dengan baik. Jangan buat sesuatu hingga UMNO memberi alasan tidak menyokong.


“Dalam isu ini apabila UMNO membuat jaminan secara rasmi untuk menyokong, kita berharap UMNO terus beristiqamah. UMNO sudah banyak kali langgar dan kali ini kita minta parti itu beristiqamah sampai waktu mengundi di Dewan Rakyat nanti,” katanya.


Atas sebab itu katanya, Allahyarham Nik Aziz menyokong segala langkah yang dibuat oleh kerajaan Kelantan termasuk pembentukan jawatankuasa teknikal bagi memastikan Ahli Parlimen kerajaan negeri dan Pusat terus beristiqamah dalam perjuangan melaksanakan hudud.

Pas Tidak Boleh Bersendirian Hadapi Pilihan raya

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pas tidak boleh bergerak sendirian dalam pilihan raya akan datang kerana berisiko untuk kehilangan undi khususnya daripada orang Melayu jika berlaku pertem­bu­ngan tiga penjuru.

SHAMSUL ANUAR
Ahli Pas yang juga anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh itu, Pas perlu menjalinkan kerjasama sama ada bersama UMNO atau pakatan harapan.

Katanya, apa pun boleh berlaku di dalam politik sama seperti yang terjadi ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang.

“Daripada segi realiti politik, Pas perlu kembali kepada Pakatan Harapan ataupun menjalinkan hubungan dengan UMNO. Tiada ruang untuk Pas bergerak sendiri, berisiko kepada Pas kerana merebut undi sama iaitu orang Melayu.

“Pas kena fikirkan bagaimana untuk memperkuatkan parti. Kerjasama akan dapat mengurangkan risiko kepada parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang berkata kerjasama UMNO dan Pas tidak mustahil dilakukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya untuk UMNO dan Pas duduk semeja menjalinkan kerjasama demi agama, bangsa dan negara.


AMUKANMelayu - Kesombongan, riak dan TAKBUR mengatasi segala-galanya. Muslihat TGHH nampaknya sudah mula mengena.......

as tidak boleh bersendirian hadapi pilihan raya

 0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pas tidak boleh bergerak sendirian dalam pilihan raya akan datang kerana berisiko untuk kehilangan undi khususnya daripada orang Melayu jika berlaku pertem­bu­ngan tiga penjuru.
SHAMSUL ANUAR
Ahli Pas yang juga anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh itu, Pas perlu menjalinkan kerjasama sama ada bersama UMNO atau pakatan harapan.
Katanya, apa pun boleh berlaku di dalam politik sama seperti yang terjadi ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang.
“Daripada segi realiti politik, Pas perlu kembali kepada Pakatan Harapan ataupun menjalinkan hubungan dengan UMNO. Tiada ruang untuk Pas bergerak sendiri, berisiko kepada Pas kerana merebut undi sama iaitu orang Melayu.
“Pas kena fikirkan bagaimana untuk memperkuatkan parti. Kerjasama akan dapat mengurangkan risiko kepada parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang berkata kerjasama UMNO dan Pas tidak mustahil dilakukan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya untuk UMNO dan Pas duduk semeja menjalinkan kerjasama demi agama, bangsa dan negara.
Tegasnya, adalah perlu untuk umat Islam di negara ini kembali bersatu agar tidak mudah pihak luar memperkotak-katikkan dan menindas Islam.
“Situasi semasa memerlukan kita untuk kembali bersatu, kerjasama ini bukan perkara baharu dan telah banyak diperkatakan sebelum ini.
“Semua pihak perlu berhati besar dan sentiasa positif dalam mencari titik persamaan dan jangan sama sekali mewujudkan sikap negatif dalam perkara ini,” katanya.
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-tidak-boleh-bersendirian-hadapi-pilihan-raya-1.410420#sthash.D9togMPf.dpuf


Thursday 2 June 2016

MUKTAMAR "MELAYU" PAS


 
Mungkin ada yang menganggap pemakaian kostum pahlawan melayu sewaktu perasmian pemuda tadi hanya sekadar gimik biasa. Ada juga yang memandang lekeh dan tidak kurang yang menjadikannya modal untuk memfitnah. Biarlah apa orang nak kata. Tapi saya memiliki sudut pandang berbeza dari hal ini.

Olak Lempit - Selasa 26 Syaaban 1437, Pembukaan

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Olak Lempit - Selasa 26 Syaaban 1437, Pembukaan

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Olak Lempit - Selasa 26 Syaaban 1437, Pembukaan Muktamar Tahunan Pas ke -62 telah bermula hari ini di Kelantan. Persidangan tersebut dilihat berfokus kepada persiapan ke arah PRU14, PRK akan datang dan kelansungan hubungan mereka dengan pembangkang lain bakal menjadi agenda utama perbincangan. Tidak kurang juga isu pembentangan RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 yang dianggap menjadi batu penghalang keakraban hubungan PAS dengan DAP dan parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

Sinar Harian melaporkan persidangan pada kali ini akan dilangsungkan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, bakal menjadi satu kebanggaan kepada hampir seluruh rakyat Kelantan serta akan mendatangkan seribu satu rezeki kepada masyarakat di Kelantan. Muktamar kali ke 62 ini menampakan PAS Maju Kehadapan dengan TEMA yang penulis merasakan "PAS KEMBALI KEPANGKUAN MELAYU". 

Perkara yang akan di perkatakan sepanjang muktamar ini adalah,

1 - PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan TGHH membelasah DAP dan PKR.

2 - KERJASAMA PAS UMNO.

3 - PEMBERSIHAN "PARASIT" di dalam PAS.

4 - Kepimpinan ULAMAK menguasai PAS.

Sesuatu yang menarik di Muktamar kali ini ialah "Busana Melayu", pakaian tersebut bukan sekadar pakaian melayu biasa. Sebaliknya ia adalah pakaian 'pahlawan' melayu. Ia mengembalikan nostalgia semangat kepahlawanan pendekar dahulu kala yang tercatit dalam lipatan sejarah alam melayu.

Mungkin ramai yang sudah melupakan keagungan tamadun umat melayu dahulu kala. Dahulu, melayu memiliki 'empayar' sendiri yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan yang diasaskan seawal tahun 1262 masihi ini meliputi tanah melayu Malaysia, sebahagian Indonesia dan Thailand. Menurut riwayat, ia diasaskan oleh Parameswara.

Memang betul seperti apa yang dikatakan oleh PADUKA SULTAN JOHOR
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan budaya mereka.

Tambah baginda lagi, mereka yang mahu "menjadi orang Arab" lebih sesuai menetap di sana.

"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda sebagaimana lapor The Malaymail Online.

"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.

"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka,"
tambahnya.

Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.

"Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.

"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab,"
titah baginda.
 

Warisan Keunggulan Melayu dan Kesultanan Melayu Melaka adalah antara kuasa besar dunia yang disegani suatu masa dahulu. Untuk mengekang pengaruh fesyen dan budaya luar di waktu itu, Sultan Melaka menitahkan Kod Pemakaian Busana Melayu. Ia telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. 

Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

Dengan mengekang pengaruh luar dan Semangat Jati Diri yang kukuh dan kuat, maka Melaka beberapa kali telah terselamat walaupun cuba diserang oleh berbagai kerajaan seperti Siam dan Portugis, kerajaan ini berjaya bertahan lebih dari 3 abad. Melaka menjadi pusat tumpuan dunia dan pelabuhan yang pesat dengan kegiatan ekonomi dan budayanya sehingga seorang pengkaji barat, Duarte Barbosa berkata :

“Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”.


Apabila kita mengenang sejarah kesultanan melayu melaka, pastinya kita perlu menghargai jasa agama Islam yang telah berjaya mengangkat martabat orang melayu. Sebelum kesultanan ini, orang melayu diperintah oleh beberapa kerajaan seperti Srivijaya, Gangga negara dan Temasik tetapi tidak sehebat kesultanana melayu melaka. Puncanya adalah kerana meletakkan Islam sebagai asas politik dan pentadbiran negara.

Nama melaka sendiri berasal dari bahasa al-Quran iaitu Malqa (ملقى) bermaksud tempat pertemuan. Sememangnya kedudukan melaka sangat strategik di perairan yang menemukan kapal-kapal besar dan pedagang antara barat dan timur Asia. Satu lagi nama seakan melaka adalah malaga, berada di Sepanyol membuktikan tamadun Sepanyol yang berasal dari Islam, dahulunya dikenali sebagai Malaga. Ia juga adalah pusat kegiatan utama kerajaan Andalusia.

Perkara kedua yang menarik untuk diperhatikan adalah pakaian pendekar melayu kita seiras dengan kostum pasukan Jannisary Uthmaniah. Jannisary adalah skuad elit yang ditubuhkan oleh Sultan Murad 1 tahun 1383 bertujuan untuk melaksanakan misi-misi kerajaan Uthmaniah berprofil tinggi.

Uthmaniah adalah sebuah empayar Islam paling lama dan luas dalam sejarah. Ia diperintah oleh kaum Turki. Sebelum menerima Islam, kaum tersebut tidak dikenali tetapi selepas memilih Islam sebagai agama dan cara hidup, mereka membangun pesat sehingga berjaya menawan pusat pemerintahan kebanggaan Rom Byzantine, Costantinople.

Dipercayai skuad Janissary inilah yang dipilih Sultan Muhammad al-Fateh untuk menjadi tentera yang membuka kota Costantinople. Walaupun mereka berasal dari sekumpulan hamba, tetapi dengan Islam mereka melakar sejarah penuh bermakna.

 

Kebetulan atau terancang, pakaian yang dipilih oleh pimpinan pemuda sangat signifikan dalam tempoh pemerkasaan Islam hari ini. Walaupun ia hanya sekadar pakaian, tetapi cukup untuk mengimbau kegemilangan silam yang mampu menaikkan semangat untuk kembali gemilang seperti sebelum ini.

Apatah lagi dizaman Islam kembali bangkit hari ini, perlu ada semangat kepahlawanan untuk memimpin ummah lebih berani mencari identiti sebenar mereka. Bukan untuk berlawan atau bermusuh, tetapi sebagai lambang keberanian supaya orang Islam bangkit dari ketakutan yang selama menghantui minda.
 
Dengan keadaan Timur Tengah semakin kelam kabut dari sudut politik mahupun gerakan Islamnya, Turki bergelut antara kepentingan EU atau ummah, parti an-Nahdhah Tunisia pula menjadi gerakan Islam terkini dilanda serangan Islam demokrat, apakah kali ini pewaris empayar kesultanan melayu melaka pula akan memimpin umat dunia? Tegakkan Islam, dunia milikmu!
(oleh Alang Ibn Shukrimun)
PAS Kembali kepada Golongan Ulama
Isu pertembungan dua aliran pemikiran di dalam PAS merupakan satu kajian kes yang menarik untuk diteliti. Golongan Ulama yang di anggap dogmatik dan konservatif lebih menyinar dalam parti manakala gerakan progresif yang dianggap liberal terlalu cenderung untuk mengikut telunjuk perjuangan pembangkang lain yang bersifat ultra-sekular. Akibatnya kejatuhan gerakan progresif pada persidangan yang lepas telah menjadi titik tolak yang menjelaskan realiti politik semasa di antara pakatan pembangkang di negara ini.

Menurut portal online FMT, PAS dilihat telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak pemilihan parti tahun lalu yang menyaksikan ‘pembersihan’ secara besar-besaran di mana kumpulan progresif yang menjadi penentang Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersingkir, selepas gagal dipilih perwakilan.

Golongan ulama yang diketuai oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya menyingkirkan pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti Mat Sabu, Husam Musa dan Khalid Samad yang seterusnya menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk meneruskan legasi hubungan akrab pemimpin tersebut bersama Parti Tindakan Rakyat (DAP).

Presiden AMANAH, Mat Sabu bersama rakan-rakan dalam parti baharu pasca PAS. Sumber imej: http://klxpress.com.my/
Presiden AMANAH, Mat Sabu bersama rakan-rakan dalam parti baharu pasca PAS.
Justeru PAS kini berwajah baharu apabila ia diterajui golongan ulama, sehingga ada yang iri hati dengan melabel parti Islam itu terkebelakang, setaraf dengan parti pemerintah BN yang gagal membawa perubahan kepada negara.

Namun bagi pemimpin PAS, kritikan itu tidak sedikit pun menggugat perjalanan parti untuk terus mengorak langkah dengan membawa perubahan ditambah pula mereka sudah mempunyai blok ketiga pembangkang bersama IKATAN di samping terus menjalinkan kerjasama dengan PKR selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Malah kekuatan PAS juga bakal diterjemahkan menerusi Muktamar Tahunan ke-62 PAS yang bermula hari ini sekali gus membuktikan kepada rakyat bahawa parti Islam itu mampu berdiri sendiri walaupun tidak bersama gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan.

Topik Hangat: Kerjasama Bersama UMNO atau Bersama Pakatan Pembangkang Lain 
Penganalisis Politik, Datuk Prof Dr Zainal Kling menjelaskan bahawa muktamar kali ini tetap akan berjalan lancar, dengan kestabilan kedudukan presiden dan Majlis Ulamanya, menurut laporan portal online Sinar Harian. Mungkin juga akan memperlihatkan seolah-olah mengetepikan ahli-ahli yang menentang keputusan mereka selama ini.

Malah, pemecatan Datuk Husam Musa sebagai ahli Pas juga tidaklah sehangat isu lain yang mungkin akan memberi kesan kepada perjuangan Pas selepas ini untuk merebut pentadbiran negara daripada pemerintah kini.

“Muktamar tersebut tetap akan teguh. Husam tiada ada tempat lagi dalam Pas. Kalau ada pun, sokongan mengenai hal itu (pemecatan Husam) sudah lemah. Muktamar akan sokong Tuan Guru (Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan ulama,”katanya kepada Sinar Harian.

Di antara beberapa topik hangat yang mungkin akan mendapat ‘sambutan’ hangat kali ini ialah berkenaan dengan kerjasama dengan Umno, yang banyak dimainkan sejak ketiadaan Tok Guru Nik Abdul Aziz, dua tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur. NSTP/Aizuddin Saad
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur. NSTP/Aizuddin Saad
Malah, ia perlu dibincangkan, kerana rata-rata perwakilan mungkin mempunyai hujah sendiri apabila Pas kini dilihat semakin tercabar dengan pelbagai pergerakan baru, terutamanya daripada parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah), yang juga boleh dikatakan ‘musuh’ utama Pas kini.

Malah kini ramai pendukung-pendukung parti yang melihat Pas dan Umno perlu berada di dalam satu bumbung walaupun dasar yang berlainan, demi negara, demi bangsa Melayu, perkara tersebut perlu berlaku supaya kotak pemikiran sempit itu tidak menjadi halangan kepada kerjasama tersebut.

Malah menurut Prof Dr Zainal juga, jika isu kerjasama tersebut dimainkan muktamar kali ini, maka akan berbunyilah pelbagai gendang yang menghujahkan pendapat masing-masing, sama ada menyokong, mempersoalkan, berdiskusi, mahupun tidak kurang juga menghentam sesama sendiri.

“Kalau itu ada (perbincangan mengenai kerjasama), maka PRU 14 nanti akan ada kerjasama antara parti Melayu dan Islam. Itu yang akan menjadi perhatian kita (penganalisis). Sama ada kerjasama ini akan memberi kesan yang positif atau negatif,” katanya.

Mana-mana parti sekalipun tidak akan lari daripada masalah dalaman, malah Pas sendiri, berdepan dugaan dan cabaran getir apabila kehilangan beberapa muka pejuang parti itu, sejak awal tahun ini.

Tetapi, menurut Prof Dr Zainal, isu dalaman bukanlah tajuk utama kali ini. Walaupun ia tetap berada dalam agenda, namun ia akan menjadi sekadar teguran kecil yang langsung tidak akan menggugat pimpinan.

Pas juga cukup berani untuk ‘kehilangan’ penyokong dari masyarakat bukan Islam, demi memartabatkan hukum Allah dalam pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah. Namun kebanyakan penyokong Pas yang bukan Islam, memahami dengan jelas mengenai perlaksanaan tersebut, berbanding dengan parti-parti komponen BN. Sedangkan mereka sudah bersama dengan BN agak lama, bukan sehari dua.

Mengupas isu tersebut,  Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kejayaan Hadi mengemukakan usul persendirian di Parlimen dijangka memberi nafas baru dan lonjakan besar dalam perjuangan Pas, sekali gus menyebabkan wujudnya konsolidasi di dalam muktamar, iaitu mengenai penegasan perjuangan Islamnya.

Bukan itu sahaja,  kerjasama yang diberikan oleh pemimpin Umno di dalam memberi ruang kepada Pas mengemukakan usul tersebut juga dijangka akan menjadikan pemimpin parti Islam itu bersikap lebih lunak ke atas BN.

“Tetapi saya juga membayangkan, satu seruan akan turut dipalu supaya mereka (pemimpin) yang cenderung menyokong bekas-bekas ahli Pas yang dianggap ‘pengkhianat’ parti sebelum ini untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atau keluar dari Pas, walaupun mereka akan berdepan bai’ah yang mereka lafazkan sewaktu terpilih menjadi calon Pas dahulu,” katanya.

Pelbagai kemungkinan akan berlaku, namun untuk menunjukkan kematangan parti itu, mungkin isu dalaman tidak akan diterjemahkan sebagai agenda utama dalam kongres tersebut, walaupun tindakan sesetengah pemimpin kini boleh dianggap sebagai duri dalam daging.

Walau apa pun, jika isu itu mendatangkan kebaikan dan manfaat yang berguna kepada rakyat, maka ia seharusnya dibahaskan sewajarnya oleh perwakilan seluruh negara.

Muktamar Terakhir Sebelum PRU14
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak muktamar kali ini mungkin muktamar terakhir sebelum PRU14.

Ini kerana terdapat andaian PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, muktamar kali ini mungkin menjadi platform menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras pada PRU akan datang.
 
Walau bagaimanapun  persidangan pada kali ini di anggap oleh perwakilan sebagai masa untuk mereka mendengar, berkongsi pendapat, berbincang dan sebagainya mengenai hala tuju, dasar dan perjuangan parti yang diperjuangkan selama ini, tambahan pula ianya dilangsungkan di negeri tumpah darah bekas Mursyidul Amnya, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, lapor Sinar Harian.



AMUKANMelayu - Kembalikan......kembalikan.....kembalikan.....