Selamat Datang Kami Alukan, Kepada Anda Yang Budiman , Di Tarbiyyah Islamiyyah Pendidikan Islam Kita Diketemukan , Semoga Silaturahim Dapat Dijalinkan

RPH HADIS SEBAGAI SUMBER HUKUM

Posted by nur_umiza Monday, October 19, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tingkatan : 1 Delima
Hari : Khamis
Tarikh : 01 Oktober 2009
Masa : 9.00-9.40 pagi
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tajuk : Pengenalan Hadis
Konsep Utama : Hadis Sebagai Sumber Hukum

Kata Kunci : Pengertian hadis, hadis sebagai sumber hukum dan
perbezaan antara hadis dengan al-Quran.

Tujuan Am : Supaya pelajar dapat menyatakan pengertian hadis,
menghuraikan hadis sebagai sumber hukum dan membezakan
antara hadis dengan al-Quran.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran diharap pelajar dapat :

1. Menyatakan pengertian hadis
2. Menghuraikan hadis sebagai sumber hukum
3. Membezakan antara hadis dengan al-Quran

Nilai-nilai Murni : Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Berpegang kepada as-Sunnah. Kehidupan berkualiti.

KBKK : 1. Menghuraikan
2. Membanding beza

Kaedah Pengajaran : 1. Tayangan Video
2. Kuliah
3. Perbincangan
4. Menjana Idea
5. Sumbang Saran

Bahan Bantu : Laptop, OHP dan perisian komputer untuk menayangkan video
Mengajar (BBM) berkaitan tajuk pengenalan hadis.

Bahan Rujukan : Ramlan Ahmad, Saadah Marikan & Mazlan Tan, 2008. Siri
Revisi PMR gred A Pendidikan Islam. Selangor Darul Ehsan
Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Pengetahuan Lepas : Pelajar sudah biasa didedahkan dengan amalan wajib yang
dituntut oleh agama Islam.Pelajar banyak didedahkan tentang
sabda-sabda nabi di kaca televisyen.

ISI PENGAJARAN
Pengertian Hadis :
Bahasa : Baharu, khabar atau berita.
Istilah : Setiap ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat yang
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.

Hadis Sebagai Sumber Hukum
Al-Quran merupakan sumber perundangan utama manakala Hadis sumber kedua selepas al-Quran.
 Hadis sebagai sumber kedua perundangan berperanan menjelas dan menghuraikan al-Quran. Ini kerana ada ayat al-Quran yang perlu dijelaskan dengan terperinci oleh Rasulullah s.a.w seperti perintah solat.
 Dalam al-Quran terdapat perintah mendirikan solat tetapi tidak diterangkan caranya. Maka Rasulullah s.a.w berperanan menerang dan menunjukkan cara solat kepada umat Islam.

Perbezaan antara Hadis dengan al-Quran
 Hadis :
1. Lafaz dan makna Hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w.
2. Setiap perkataan, perbuatan dan pengakuan nabi dianggap sebagai Hadis.
3. Hadis sebagai perundangan kedua.
4. Boleh membacanya ketika berhadas besar atau berhadas kecil.
5. Hadis tidak boleh dibaca dalam solat.
6. Hadis tidak terpelihara kandungan dan ketulenannya.
7. Hadis tidak terpelihara, boleh direka dan dipalsukan oleh orang lain.

 Al-Quran
1. Lafaz dan makna al-Quran daripada Allah S.W.T.
2. Wahyu al-Quran disampaikan oleh Allah S.W.T kepada nabi melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.
3. Al-Quran sebagai perundangan pertama.
4. Ditegah membacanya ketika berhadas besar dan ditegah memegang atau membawanya ketika berhadas kecil.
5. Al-Quran boleh dibaca dalam solat.
6. Al-Quran terpelihara kandungan dan ketulenannya.
7. Al-Quran terpelihara sehingga hari Kiamat.

Langkah-langkah Pengajaran :

LANGKAH
Pendahuluan Bacaan doa Guru dan pelajar membaca doa bersama-sama

Tujuan :
Memohon keberkatan

Permulaan
Set Induksi
(7 minit) Tayangan video tentang tajuk pelajaran hari ini.
Guru meminta pelajar memerhatikan video tersebut dan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar.

Guru bertanya pelajar :
Apakah yang kamu faham daripada sedutan video yang telah dipaparkan ?
Kemudian guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran hari ini. Pelajar memerhatikan sedutan video yang dipaparkan.
Pelajar menjawab soalan yang ditanya oleh guru berkaitan tajuk pelajaran hari ini.

BBM :
Laptop, LCD.

Teknik :
KBKK
Soal jawab

Perkembangan
(25 minit) Guru memulakan pengajaran dengan menerangkan pengertian hadis dari sudut bahasa dan istilah. Seorang pelajar diminta untuk membaca pengertian hadis dari sudut bahasa dan istilah.

BBM :
Laptop, OHP

Kemudian guru meneruskan tajuk pengajaran pada hari ini dengan menerangkan hadis sebagai sumber hukum.

Guru menyoal pelajar :
Adakah kita perlu percaya kepada hadis? Kenapa?
2 orang pelajar diminta untuk memberikan jawapan mereka dan guru mengulas kembali jawapan mereka berkaitan tajuk yang pelajaran pada hari ini.

Teknik :
Soal jawab
KBKK

Seterusnya, guru meneruskan pengajaran dengan menghuraikan perbezaan antara hadis dengan al-Quran.
Setelah itu, guru menjalankan aktiviti untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tentang sub tajuk yang telah diajar.

Aktiviti Guru: Kemudian guru menilai dan memperbetulkan kembali jawapan pelajar dalam aktiviti yang dijalankan samada betul atau tidak.

Aktiviti Pelajar:10 orang pelajar terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru dan mereka dikehendaki melekatkan jawapan masing-masing dipapan tulis.

BBM :
Laptop, OHP, kad manila.

Penutup
(7 minit) Guru menyoal pelajar untuk menilai tahap kefahaman pelajar tentang tajuk pelajaran hari ini:
Apakah yang kamu faham tentang pengertian hadis dari sudut bahasa dan istilah?
Kenapakah hadis perlu dijadikan sebagai sumber hukum dalam kehidupan harian?
Berikan 2 perbezaan antara hadis dengan al-Quran.
Kemudian guru merumus jawapan pelajar tentang tajuk pelajaran pada hari ini. 4 orang pelajar diminta untuk merumuskan berkaitan tajuk pelajaran hari ini.

Tugas lanjutan :
Semua pelajar dikehendaki melengkapkan nota berkaitan tajuk pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

Teknik :
Soal jawab
KBKK

Penilaian Kendiri :

Catatn Penyelia :

0 comments

Post a Comment