Notice: Array to string conversion in /home/waktusolat/public_html/templates/user/index.php on line 95
Array Kisah Baju Perang Ali Ra-Kisah Baju Perang Ali Ra
 

 

 
26 Syawal, 1438 Hijrah
21-Jul-2017

   
Kisah Baju Perang Ali Ra

Kisah Baju Perang Ali Ra

Gambar Hiasan


Suatu hari setelah tamat peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin membersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu dimana baju perangnya. Namun demikian tiada seorang pun dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut malah mereka kehairanan. Beberapa hari kemudian, Khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung di sebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi tersebut dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian orang Yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a malah mengakui baju perang itu miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin bahawa baju perang itu miliknya. Beliau berasa tidak puas hati lalu mengadukan masalah ini kepada Qadhi. Setelah beberapa hari, kes tersebut dibawa ke muka pengadilan. Khalifah Ali r.a bertindak sebagai pendakwa dan orang Yahudi tersebut sebagai orang yang didakwa. Orang Yahudi itu tampil ke tempat pengadilan dengan perasaan ragu-ragu. Dia yakin bahawa dia akan kalah dalam kes itu kerana ia adalah pengadilan antara seorang Muslim dengan Qadhi Muslim. Tambahan, kes ini melibatkan seorang Amirul Mukminin sedangkan dirinya hanyalah Yahudi miskin. Sudah pasti dia akan dikenakan hukuman yang berat dan keras. Walaupun dia tahu perbuatan mencuri baju perang seorang Khalifah itu salah namun dia melakukannya kerana terpaksa menyara keluarganya yang kelaparan. Apakah akan wujud keadilan di ruang pengadilan Muslim?. Sejurus kemudian, Qadhi tersebut memasuki tempat pengadilan. Semua pegawai dan hadirin yang berada dalam dewan itu menghormatinya. Tanpa melengahkan masa, Qadhi tersebut memulakan persidangan. Beliau bertanya kepada khalifah Ali r.a “Wahai Khalifah, apakah yang hendak anda tuntut daripada pihak yang didakwa?” Khalifah Ali r.a pun menceritakan perihal baju perangnya yang diambil oleh orang Yahudi tersebut. Namun demikian Qadhi itu bertanya “Wahai Khalifah, apakah engkau dapat membuktikan dakwaan bahawa baju perang itu milikmu? ”


Tersentak dengan pertanyaan Qadhi, Khalifah Ali r.a termenung seketika lalu menjawab “Aku tidak mampu untuk membuktikannya namun anakku Hasan mengetahui bahawa baju perang itu adalah milikku dan ia hilang ketika hendak dibersihkan.”  Namun begitu, Qadhi yang berwibawa itu menolak sebarang saksi dari pihak keluarga. Qadhi yang bijak itu terus memutuskan bahawa kes tersebut dimenangi oleh orang Yahudi itu kerana Khalifah Ali r.a gagal membuktikan dakwaannya. Orang Yahudi itu tersentak mendengar keputusan Qhadi itu. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan menang kes ini kerana ia ruang perbicaraan melibatkan Qadhi Muslim. Padahal, dialah yang mencuri baju perang tersebut. Akhirnya dengan rasa bersalah dan rendah diri lalu dia menghampiri Khalifah Ali r.a dan berkata “Wahai Khalifah, sesungguhnya baju perang ini milikmu, ambillah ia kembali. Aku sungguh terharu dengan pengadilan ini. Pengadilan Muslim langsung tidak memandang status dan darjat walaupun aku seorang Yahudi miskin dan engkau adalah Amirul Mukminin yang agung. Aku langsung tidak menyangka perbicaraan iniakan dimenangi olehku. Ternyata di muka pengadilan, Islam tidak memandang kepada taraf seseorang.” Orang Yahudi tersebut lantas menyambung perbicaraannya. “Wahai Khalifah Ali, mulai saat ini aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”sambil menghulurkan baju perang kepada Khalifah Ali r.a. Khalifah Ali r.a menolak pemberian itu dan berkata “ Wahai Fulan, kau ambillah baju perang ini. Sesungguhnya aku gembira di atas keislamanmu.” Orang Yahudi tersebut merasa amat gembira dan mereka pulang dalam keadaan berpuas hati. Sesungguhnya keadilan itu umpama magnet. Keadilan menjadikan Islam itu indah dan disukai ramai. Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (An-Nisa:135) Allah s.w.t juga berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (al-Maidah:8)
Wallahua'lam
SUMBER


...

www.myjodoh.net
Tudung Pakai Dah Elok Tapi Pakai Baju Nampak Isi Dalam Pula

TUDUNG PAKAI DAH ELOK, TAPI PAKAI BAJU NAMPAK ISI DALAM PULA. Share on Facebook Google+&n

Kursus Menjahit Pakaian Lelaki  Jubah Lelaki baju Melayu Dan Seluar Slak

Jubah Lelaki hasil rekaan dan koleksi Johan Rosli ,salah seorang bekas pelajar dari Akade

Tempahan Baju Korporat Kpm

Salam 1Malaysia: Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Sukacita di

Sejarah Tingkatan 5 Bab 9 blok Dunia Dan Perang Dingin

Catatan: Maksud Blok Dingin sebenarnya Maksud Blok Dunia.

Bunga-Bunga 3d untuk Baju dan Shawl Raya2017

Dari 2015 menyaksikan dunia fesyen Malaysia dimeriahkan dengan Musim 3d Flower sehingga kini Ap

Update Baju Raya Untuk Ibu Mengandung

tahun ni, baju raya dah ada 3 helai....rasanya cukuplah buat raya 2012 ni... baju kurun

Temuduga Pramugari Perlu Buka Baju dan Coli

Malindo Air : Wajib buka baju tinggal bra jika nak hadiri temuduga pramugari.

Hati2 Kepada Kaum Wanita jgn Jemur Seluar Dalam baju Dalam Dekat Luar Rumah Nanti Ada Yg Mengambilnya siap Bau Lagi nbsp kini Mereka Telah Bergiat Aktif Di Sekitar Lembah Kelang share nbsp supaya Tidak Kehilangan Coli Lagi video Hati2 Kepada Kaum Wanita j

Hati2 kepada kaum wanita.jgn jemur Seluar dalam ,baju dalam dekat luar rumah nanti ada yg mengambiln

Aksesori Shawl Dress Baju Kurung Blouse Dan Skirt

Pasti ramai mencari aksesori untuk mencantikkan dan menaik seri Shawl, Baju Kurung, Dress, Blouse

Apakah Hukum Memakai Baju Bergambar Ketika Solat

MALAYSIA adalah negara majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa, a

SUMBANGAN  ALI  BIN ABI TALIB R.A

Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki ak

Susun atur baju kurung

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca blog semua.....Harap semuanya sihat-sihat dan bahagia sent

Mesej Filem P ramlee  Ali Baba Dan 40 Penyamun

Kalau siapa tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yan

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.