Rabu, 25 Februari 2009

SEJARAH TEMPATAN -SAYONG LEMBAH, K. KANGSAR



Kampung Sayong Lembah yang terletak di tebing kanan Sungai Perak berhadapan dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar . Pada satu ketika dahulu Bandar Diraja Kuala Kangsar pernah menjadi Ibu Negeri Perak menurut Perjanjian Lama Kesultanan Perak dengan seorang pembesar misteri bernama TOK TEMONG. Menurut perjanjian yang dikatakan berlaku hampir 500 tahun lalu antara Raja Pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah dengan Tok Temong yang pernah memerintah Kawasan Hulu, anak cucu Sultan Muzaffar memerintah Kawasan Tebing kanan Sungai Perak sementara anak cucu Tok Temong berkuasa di sebelah kira Sungai Perak.
Pembukaan Bandar Diraja Kuala Kangsar oleh Sultan Perak ke 28, Sultan Idris I dalam tahun 1880an mengubah keadaan. Kuala Kangsar telah dijadikan Ibu Negeri Perak pertama . Sultan yang memerintah pada ketika itu Sultan Yusuf dan Baginda memerintah disebelah Sayong.
Kawasan Sayong ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Sayong Lembah, Sayong Tengah , Sayong Tebing dan Sayong Hulu hingga ke Kota Lama Kanan .

Bangunan Masjid lama dan menara yang kelihatan dalam gambar diatas ialah Masjid Kampung Sayong Lembah . Ianya boleh dilihat dari seberang Kuala Kangsar dan sebahagian Bukit Chandan. Sejarah lampau telah membuktikan bahawa Kampung Sayong Lembah telah melakar banyak sejarah Kesultanan Melayu disekitar abad ke-15.