Sabtu, 30 November 2013

YB PKR sumbang 20% gaji untuk pendidikan

SHAH ALAM – Wakil rakyat PKR di Selangor bakal menyumbang 20 peratus (RM 1,000) daripada kenaikan gaji mereka untuk Tabung Pendidikan Keadilan Anak Selangor.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjelaskan mengenai rasional kenaikan gaji yang mengundang pelbagai reaksi daripada semua pihak.

“Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.

Gandingan Shiro, UAI tarik perhatian

SIAPA yang tidak kenal dengan pendakwah, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI atau Ustaz Youtube.

Mula mendapat perhatian anak muda dengan gaya ceramah santai, nama UAI terus meniti di bibir peminatnya dan sering menjadi perhatian apabila hadir memberikan ceramah agama.

Atas populariti yang dimilikinya itu, menarik perhatian pengarah, Pierre Andre untuk membawa UAI ke arena perfileman.

Biarpun hanya muncul dalam beberapa babak, namun gandingan UAI dan pelakon utama filem dakwah, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, iaitu kumpulan Shiro yang terdiri daripada Shahrol dan Ajak berjaya menarik perhatian ramai.

Jumaat, 29 November 2013

Maut kemalangan selepas samun

Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta akibat bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dan wang kutipan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibawanya dilarikan tiga lelaki di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang memandu kereta Proton Saga BLM dihimpit sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dan memaksanya untuk memberhentikan kereta.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, seorang daripada suspek keluar dan mengugut mangsa supaya keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu bersama wang dianggarkan puluhan ribu ringgit hasil kutipan duit AIM dari cawangan berdekatan.

Khamis, 28 November 2013

Dua Perompak Maut Kemalangan

Sungai Siput - Satu kemalangan maut melibatkan sebuah kereta proton dengan sebuah lori tanah berlaku di selekoh tanah perkuburan kampung Simpang Temin.

   Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 12.30 tengahari semalam apabila sebuah kereta proton saga model baru yang dipandu oleh mangsa terbabas lalu bertembung dengan sebuah lori tanah dari arah bertentangan. Dalam kejadian itu pemandu yang cedera parah dibahagian muka disahkan mati ditempat kejadian manakala rakannya yang duduk disebelah pemandu meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Sabtu, 23 November 2013

Penampilan khas Ustaz Azhar Idrus

JIKA anda peminat Ustaz Azhar Idrus, sudah tentu akan menyukai filem terbaru terbitan MIG berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Ini kerana filem arahan Pierre Andre itu turut menampilkan penceramah bebas itu yang menjadi fenomena di negara ini.

Kata Pierre, filem ini dihasilkan untuk membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda.

“Saya memang sudah lama berniat untuk membuat filem sebegini dan akhirnya berjaya. Tujuan saya adalah untuk menyampaikan pendekatan dakwah kepada anak-anak muda.

“Bagi saya dakwah itu bukan dengan satu cara tetapi pelbagai dan saya percaya peminat pasti menerimanya dengan baik,” katanya.

Soalan bocor: Pasukan petugas khas ditubuh

Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud
KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan kertas Matematik dan Matematik Tambahan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.

Jumaat, 15 November 2013

Hudud: Kelantan perlu tetap masa

KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan perlu menetapkan masa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini selain memberi kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh.

Bagi tujuan itu, pensyarah dan pendakwah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, kerajaan Kelantan perlu menjadikan negara Brunei sebagai contoh dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan hudud.

“Brunei menetapkan tarikh enam bulan lagi untuk menjalankan hukum hudud di negara itu dan Kelantan perlu berbuat demikian dengan menyatakan bilakah tarikh hudud akan dilaksanakan.

Polis kenal pasti 4 suspek utama kes bunuh

IPOH - Kes pembunuhan seorang lelaki di rumah sewanya di Simpang Pulai, di sini Sabtu lepas menjurus kepada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap, kata polis.
 
Siasatan dan risikan polis setakat ini mendapati kesemua suspek dan mangsa kejadian itu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
 
Beliau berkata polis telah mengenal pasti empat suspek utama kes itu dan tangkapan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.
 
"Kejadian itu lebih menjurus kepada dendam antara kumpulan 04 dan 08, mungkin pertelingkahan tetapi bukan semata-mata perebutan kawasan," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis dan Pengerusi Perkep negeri Perak di sini hari ini.
 

132,801 peminjam PTPTN disenarai hitam

KUALA LUMPUR - Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.
 
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.
 
"Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.

Ahad, 10 November 2013

Fizo-Mawar sah suami isteri

KAJANG - Dengan sekali lafaz Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mawar Abdul Karim tepat jam 9.30 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Beliau dinikahkan oleh Penolong pendaftar agama Islam Hulu Langat, Ustaz Arif.

Rombongan lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa sepersalinan dan wangian berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Sementara mas kahwin sebanyak RM506.00. - SinarHarian

Jumaat, 8 November 2013

Pak Guard Azman jadi pelakon...

PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas.

Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.

Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.