Persiapan Menjelang Syawal


Aku harap tak dapat kecaman korang dengan tajuk entry ni. Awal naw ehh? Awal tak awal la jugak pasal setiap tempat pun ramai je orang shopping. Bayangkan kalau weekend weekend terakhir baru ko nak membeli. Boleh pitam dibuatnya berebut kasut baju haha.

Rindu pulak budak berdua ni. Dah second week diorang duduk rumah Atok & Wan kat Semenyih. Cekalkan hati jelah biar depa kat sana. Kalau Nadim takde sebagai peneman aku, mau meroyan gak dibuatnya haha. I just wanted them to be happy. Membayangkan diorang menghabiskan masa seharian kat transit memang agak menyedihkan la bagi aku. Thats y takpelah biar je depa spend time kat sana. Tak lama dah nak start rutin sekolah semula. Kembali lah terkejar-kejar setiap pagi menguruskan anak-anak dan diri sendiri. Menghadap jem semula di pagi hari. Itulah kehidupan.

Weekend lepas ni settled dah shopping baju raya moden for all kiddos kat Parkson IOI City Mall. Ayahnya pun dapat 2 helai shirt. Ibu je tak dapat apa-apa. Kesian kan? Takyah kesianlah sebab Iz dah offer sandal kat Bata lps dapat voucher tapi aku pulak tak rasa nak beli. Sebab macam baru sangat lagi sandal Scholl yg pakai skrg ni. Kalau nak membeli sandal baru pun aku prefer brand Hush Puppies or Crocodile. Yang tu better pergi Aeon sebab banyak pilihan. Later boleh cari kalau sempat & kalau tak ada pun mak tak kisah. Pakai ape yg ada je.

Now tinggal nak beli baju tradisi jelah. As usual kami akan tuju 1 kedai je kt Nilai 3 sane. Situ selalunya cukup lengkap semua saiz kami. Beli 1 tempat boleh bargain harga kaw kaw. Agaknya depa pun dah kenal kami pasal tiap tahun mmg beli sana je since 2-3 tahun lepas. Aku ni sejenis bukan rajin sangat survey sana sini. Sejenis tak cerewet sangat juga asal ada saiz, aku belasah je. Huntong masih ada lagi saiz dgn badan gempal gini. Saiz terakhir yang usually orang buat kurung ready made akan buat. Kalau naik lagi badan memang babai la kurung ready made. Welcome kain & tailor utk tempahan yang pastinya akan menyebabkan lg banyak RM terbang.

So target aku senang je. Kalau tak dapat kurus, sila maintain mcm ni je. Kesian. Ni bulan puasa turun la sikit berat badan. Dapatlah rasa longgar sane sini sikit. Harap dapatlah istiqomah lepasni menjaga pemakanan. Payah betul bab mengekang hawa nafsu bab makan ni. Never ending story. Rimas. Taknak fikir tapi terfikir jugak. Acaner tuh? 

Persiapan raya korang mcm mana? Banyak beli dah?

Oh by the way next year shopping aku nak tukar dr Parkson IOI tu ke Parkson Metro Kajang pasal situ lagi banyak pilihan plus diskaun lagi kaw-kaw. Semalam ah beli kasut kiddos kat sana sekali lagi bulat mata aku tengok pilihan yg ada. Takleh tahan aku rembat jugak baju basahan utk Nadim brand Anakku. Bayangkan 3 pasang baju malam berharga RM49. Brand Anakku hokeyhhhh!!! Selalu payah nak jumpa Anakku sale sampai murah gitu sekali. So for those yg blm sopim lagi baju anak-anak bolehlah terjah sana yer!

Brand yang ada kt Parkson antaranya ialah Anakku, Cuddles, Fila, Polo, Tiny Button, Pigeon, Kiki Lala, Kiko and banyak lagi kot. Itu je aku ingat. Ada rezeki utk budak-budak, shopping jelah kat sana even aku tau kat Kenanga or GM Klang boleh dapat lagi murah. One day kalau duit pun tak meriah, boleh je kesana takde hal. Kita berbelanja ikut kemampuan diri sendiri, bukan ikut orang lain punya kemampuan yer. Kalau ada duitnya, I don't mind spending money for them barang-barang or baju bajan yang branded. Bukan selalu pun shopping baju kiddos sekali banyak mcm ni kan? Setahun sekali 2 je pun ikut rezekinya. Beli sikit-sikit tu bolehlah ushar kat website Next UK. Begitulah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat