Thursday, September 9, 2010

Terbalik Turtle

kenangan yg agaknye smp bile tak dpt lupekn..nk citer sket ni pasal aku accident keta..

Kejadian nye terjadi pada 15 august 2007, masa tu otw nk sign aggreement kat bank, cadang2 nye nk tuka keta baru..dis car nk di trade in ngan myvi..
Masa ni aku keje di TPM Ulu Sungai Raub, dapat info drpada owner myvi tu supaya tunggu di Affin Bank Raub kul 3 ptg..since ari tu lab test byk, so aku all out la buat lab test pg smp ke tghari. lunch pon tak cadangnye nk mkn kt bandar raub la.. (jarak drpd tpm ke raub 30 min)
Leka buat keje, tgk2 jam dah kul 2.30 ptg..so dengan keadaan tergesa2, aku pon mintk excuse untuk kuar dan pe lagi, memecut le (110kmh je pon) sbb nk smp bank on time..ye la..kang lmbt kena tiaw lak ngan owner myvi tu..
Nk di jadikan citer, baru je xsmp 2 km dari tpm. tiba kat satu selekoh aku nmpk satu keta putih tul2 tgh memecut gak kat tgh-tgh jln aku.. pe lagi mengelak la, tp bukan kena tmpt ngelak keta aku termasuk ke kawasan batu kerikil..dengan keadaan panik, aku tekan brek kuat.. yg aku ingt la kn, keta aku dan berpusing 360 dua round dan sejurus pastu aku nmpk tebing bukit dah ada depan aku..
Alhamdulillah, Allah S.W.T syg aku..di takdirkan sebelum gerak tu aku tak pakai seat belt jadi aku sempat mengucap syahadah dan baring ke kerusi sebelah..
Kejadian berlaku sgt pantas..yg aku ingt ada bunyi besi kemek akibat langgar tebing dan tiba2, pandangan aku jadi TERBALIK....


haa...champion x? ni la keaddan keta aku..ade citer lagi..tak abis lagi al-kisah ni..tp lek dulu la..sok ke sambung..aku tak larat ngat dah ni..mata dh merayu2 mintk tutup..










Tuesday, September 7, 2010

Blog Baru


Assalamualaikum..

hehe..1st time buat blog nih..terukkn, dah post 2 article baru nk intoducekn diri..

my name is rahimi.. nk panggil pe ikut ler..mie pon leh..ray pon leh..berumur 20-an dan kini menetap kat subang..

anak sulung daripada 2 adik beradik, sepanjang hayat ni dibesarkan oleh wan dan atuk so dats why i really love to say my hometown is Raub Pahang..

adeh, tak reti la nk ice-breaking ni..stop kt cni dulu..nnti ade idea post blk..

B4 i end this part, cuma nk wish Selamat Hari Raya to all muslims dan siape2 yg singgah kat blog ni thanx sgt..xde pape pon..as i said..1st time wat blog, so kinda blurry lagi..

Selamat semuanya.. Salam~~


Keris berdiri

    
    Tak tahu kenape aku minat sgt dengan keris. Agaknye sebab dalam darah ni mengalir darah melayu, terasa nk memiki senjata yg digunakan oleh pahlawan2 kite satu masa dulu..Mula-mula nk cari keris ni ade gak wat research dalam net, tp kebanyakannye semua mahal2..kebanyakan dalam lingkungan RM700++.. wa mahal tul..

     Finally, berkat sabar yg tak brape nk sabar ni, aku jumpe ngan sorg member yg baru je pas beli keris..tanye kat mana, dia ckp ko login kat keriswarisan.com..cari seller nama angah..dia ada byk keris yg cantik, berkualiti dan yg paling penting MURAH..


     Dapat cont angah! daripada perbualan dalam fon dia suh dtg tgk sendiri keris kt umah, lagi puas hati katanya..Dipendekkn cerita aku pon smp..mmg byk keris yg cantik, yg gagah..cuma xtau nk pilih yg mana satu..bayangkan, aku abiskan 3 jam nk memilih..finally, akhirnya, aku buat keputusan..


keris pertama dalam hidup aku..menurut angah, bilahnya bilah lama dan keris ni berasal dari tanah sumatera

Dapatlah aku sebilah keris, dapat je terus aku hantar ke abg angkat aku kat bukit tinggi..nk suh dia check dan if ada "sesuatu" pada keris tu..nk suh dia buang..Setelah dipastikan keris ni dah kosong, aku wafakkn ayat suci Al-Quran sebagai pegisian pada keris ni..

keris berdiri..jgn salah sangka, ianya berdiri semata-mata kerana keseimbangan bilah keris dan pengaruh graviti

     Dah ada keris ni ade je bende nk wat, xde keje la tuh..dalam pic atas ni jgn tertipu ngan aksi tangan tu..hiasan semata-mata..hee.. punye lama nk bg 3 keris ni berdiri..setelah bersusah payah, dapatla snap beberapa pic..

     Kebetulan menulis ni, bg siapa2 yang bc blog ni, berminat nk memili keris bleh layari www.keriswarisan.comboleh tgk kat sana klu berminat dan boleh dapatkn keris dengan harga yang murah..kualiti keris mmg di jamin terbaik..

     Ingt lagi pesan org-org dulu, "Kita ni org melayu, mcmnapun biarlah ada pada kita sekurang-kurangnya sebilah keris" ..bukan apa, kita kena hargai nilai-nilai sejarah yg ada pada keris tu, almaklum la, kite ni kan melayu, penuh berseni dan penuh beradat..



     





Monday, September 6, 2010

Mandi Wajib





kadang-kadang kita masih lagi tertanya-tertanya dan masih kabur. Semoga artikel ini mampu memberi manfaat bersama..

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. 

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
§  melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
§  jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
§  Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
§  Mati
§  Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
§    Keluar darah haid
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
§ Melahirkan anak (Wiladah)

Rukun Mandi Wajib
Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi
§ Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
§ Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
§ Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat Mandi Wajib
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

Cara Mandi Wajib
Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
1.      Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
2.      Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3.      Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4.      Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5.      Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6.      Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7.      Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8.      Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9.      Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10.    Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Najis Di Badan
Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

Keperluan Mengambil Wuduk
Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wudukselepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

Sunat-Sunat Mandi Wajib
Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.
Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

Perkara Berkaitan Melewatkan Mandi Wajib
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.
Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

Ragu-ragu
Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.

Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)
Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.
Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].


artikel diambil dari :