Restoran Mat Misai : Soto Terbaik Di Johor - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran Mat Misai : Soto Terbaik Di Johor


Sekarang ini, Bro Nasa mula menceritakan mengenai makanan menarik di Johor Bahru. Bro Nasa beri informasi ini untuk kemudahan anda untuk mencari makanan yang menarik di Johor Bahru jika anda ke sana. Mana tahu, jika anda ke Johor bahru, anda terpinga-pinga untuk mencari restoran yang sedap di makan. Silap pilih pasti akan merana untuk memakannya.

Kali ini, Bro Nasa nak tunjukkan anda mengenai makanan yang hanya jual di Johor iaitu Soto. Bagi orang Johor, Soto memang dikenali dan bagi orang luar Johor, pasti ada yang tidak tahu apa soto itu. Soto ini sama sahaja seperti mee sup tetapi ia berlainan sedikit. Soto ini mempunyai pelbagai jenis iaitu soto nasi empet, mee soto dan mee hoon soto. Jika anda mahu menikmati soto terbaik di Johor ini, anda bolehlah singgah ke Restoran Mat Misai di Jalan Cenderawasih, Larkin, Johor Bahru. 

Di sini, soto yang mereka buat memang terbaik habis. Bro Nasa jika teringin makan soto, di sinilah destinasi terbaik Bro Nasa suka. Kuahnya pekat, isi ayam yang banyak dan yang penting, sambal kicap dia yang cukup pedas lagi meletop. 

Selain menjual Soto, restoran ini juga menjual makanan biasa seperti Nasi Campur, Roti Canai (pagi) , Sup Gearbox & Tulang, Nasi Ayam dan macam-macam lagi. Jika mahu ke restoran ini, ia sangat mudah. Ia berdekatan dengan Terminal Bas Larkin dan berdepan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph (B). Bro Nasa ada sediakan peta lokasi untuk rujukkan anda. Jika anda mahu mempromosi restoran terbaik di Johor atau restoran anda sendiri, anda boleh beritahu kepada Bro Nasa di komen atau di email. Selamat mencuba.

Peta Lokasi Restoran Mat Misai


Restoran Mat Misai
No.10, Jln Chendarawasih
Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru
Tel: 07 232 8192
(Berdekatan Terminal Bus Larkin)


1 comment

babylola2u said...

setiap kali saya balik jb, mesti makan soto kat sini, dah lebih 14 tahun sejak saya singgah minum tapi rasanya sikitpun tak berubah. terbaek woo. sekarang hobi makan kat sini turun kat anak dan suami. perkara pertama yang disebutnya bila ada rancangan nak balik JB ialah makan kat kedai abang misai..gerenti puas hati.