5 Perkara Menarik Jika Anda Bekerja Di Hari Raya - Terowong Informasi

Breaking News

5 Perkara Menarik Jika Anda Bekerja Di Hari Raya


Bila tibanya Hari Raya, pasti ramai warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing samaada di Utara tanahair, Pantai timur, Selatan tanahair mahupun di Sabah dan Sarawak. Jika tidak pulang ke kampung, pasti perasaan sedih kerana tidak dapat menyambut bersama ibu bapa, adik beradik dan juga sanak saudara. Tidak semua orang akan dapat menyambut Hari Raya kerana perlu bekerja di waktu ini. Tahukah anda, ada 5 perkara menarik jika anda bekerja di Hari Raya. Nak tahu? Teruskan membaca :

1. Musuh Di Pejabat

Musuh Di Pejabat
Di mana-mana sektor pekerjaan, pasti ada yang tidak sebulu dengan anda. Akan tetapi, bila tibanya Hari Raya, anda dan musuh anda tersebut akan saling maaf bermaafan secara automatik. Betul tidak?

2. Makan Percuma
Makan Percuma

Di musim perayaan, juadah makanan pasti banyak disediakan oleh rakan anda  dan semestinya ianya FREE. Mereka yang paling bertuah adalah orang bujang. Boleh jimat duit di musim perayaan.

3. Dapat Elakan Kesesakan Lalu Lintas

Dapat Elakan Kesesakan Lalu Lintas

Kebanyakan pekerja yang bekerja di musim perayaan, mereka ini akan dapat cuti selepas seminggu Hari Raya. Jadi, semasa mereka baru nak balik kampung, jalan pastinya lengang dan tiada kesesakan lalu lintas berbanding balik sebelum Hari Raya.

4. Selamat Duit Raya
Selamat Duit Raya

Bab duit raya ini, orang paling selamat adalah orang bujang. Jika balik kampung, mereka kena standby duit raya untuk anak saudara. Kalau tidak balik, jimatlah duit mereka ini. Untungkan?

5. Gaji Masyuk
Gaji Masyuk

Sesiapa yang kerja masa Hari Raya, gaji mereka pasti masyuk habis kerana kiraan OT mereka berganda berbanding hari biasa. Selalunya orang yang cuti balik raya ni, tengah bulan poket dah kering tapi mereka yang bekerja di Hari Raya, poket tebal lagi. Masyuk tuh..



No comments