JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Tuesday 15 November 2011

APABILA MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT

Pada zaman Nabi Sulaiman A.S, Malaikat Maut datang bertemu dengan Nabi Sulaiman A.S dalam bentuk manusia, dan tiada seorang pun yang tahu akan kedatangan Malaikat Maut.

Dalam satu majlis, Nabi Sulaiman A.S berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Malaikat Maut telah memandang dan merenung pada salah seorang sahabat baginda dan kemudian berlalu pergi.

Sahabat yang direnung Malaikat Maut itu pun datang berjumpa Nabi Sulaiman A.S, dan bertanya, "Wahai Nabi ALLAH, mengapakah orang itu merenung ku begitu sekali?" Nabi Sulaiman A.S menjawab, "Ketahuilah bahawa orang itu adalah Malaikat Maut."

Sahabat itu menggigil ketakutan dan berpeluh-peluh kerana dia rasa tidak bersedia lagi untuk mati. Kemudian, dia meminta Nabi Sulaiman A.S mengarahkan Jin membawa sahabat itu ke satu tempat yang sangat jauh, supaya Malaikat Maut itu tidak dapat mengambil nyawanya.

Nabi Sulaiman A.S mengabulkan permintaan sahabatnya itu, dan menyuruh jin untuk menghantarnya ke satu tempat yang jauh.

Selang beberapa saat kemudian, Malaikat Maut datang kembali berjumpa dengan Nabi Sulaiman A.S. Lalu baginda bertanya, "Apa urusanmu dengan sahabatku itu dan mengapa kamu memandang dia sebegitu sekali?"

Malaikat Maut menjawab, "Telah tercatat bahawa aku harus mencabut nyawanya di satu tempat yang lain dan aku hairan bagaimana dia ada di sana sedangkan dia ada bersamamu. Kemudian, pada waktu yang telah ditetapkan dan pada tempat yang telah ditetapkan, aku telah temui dia dan mencabut nyawanya."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah ini membawa maksud bahawa kematian itu adalah pasti dan telah ditetapkan saat dan tempatnya ajal itu dicabut, walau kita cuba lari jauh atau berada di tempat yang tidak seorang pun ketahui.

Beberapa peringatan KALAM ALLAH tentang detik kematian:

Firman ALLAH SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [Al-A'raaf:34]

Firmah ALLAH SWT dalam ayat yang lain:

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
"Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." [Al-Qaaf:19]

Dan ALLAH SWT berfirman:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." [An-Nisaa':78]

Oleh itu kita hendaklah mengikut seperti apa yang disabdakan oleh Nabi Junjungan Mulia صلى الله عليه و سلم: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara: 

✔ Masa sihat sebelum sakit,
✔ kaya sebelum miskin,
✔ lapang sebelum sibuk,
✔ muda sebelum tua dan
✔ hidup sebelum mati".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...