Setahun Di Bumi Kenyalang (Part 1) Setahun Di Bumi Kenyalang Sarawak (Part 1)


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Alhamdulillah pada tanggal 18 Jun 2013 yang lalu aku secara rasminya telah menamatkan pengajian aku sebagai pelajar tahun pertama di UNIMAS. Banyak sekali perkara yang telah berlaku sejak kali pertama aku datang ke sini setahun yang lalu. Bermula dengan tak tahu apa-apa perkara langsung mengenai bumi kenyalang ini, aku sudah mula dapat menyesuaikan diri dengannya dan tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa aku sendiri sudah jatuh cinta dengan tempat ini...wakaka!!!
Sesungguhnya setahun yang dilalui sebagai pelajar universiti amat mematangkan aku untuk menghadapi dunia yang mendatang. Dalam masa setahun juga banyak tempat-tempat menarik sekitar Kuching telah aku lawati. Kepada mereka yang tidak pernah datang ke Sarawak, berikut adalah antara tempat-tempat menarik untuk korang pergi jelajah:

1) Kuching Waterfront:

Terletak di tengah-tengah bandar Kuching, tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya korang datang ke Sarawak. Antara perkara menarik yang boleh korang buat di sini adalah menaiki river cruise merentasi Sungai Sarawak. Buaya ada tak? Hehe...kalau korang nasib baik mungkin boleh nampak la spesies tu semasa naik river cruise ni tapi setakat ni tak adalah lagi kes orang terserempak dengan buaya di waterfront tu. Kalau nak naik kapal yang cantik dan siap boleh makan-makan dekat atas tu, korang kena belanja lebih sikit tapi kalau nak naik bot-bot kecik untuk merentasi Sungai Sarawak ni, tambangnya hanya
RM 0.50 satu kepala. Apa yang ada di seberang? Haa...di situlah tempat tumpuan pelancong dari luar untuk mendapatkan kek lapis Sarawak dan ikan terubok masin. Aku tak pernah beli lagilah ikan terubok tu tapi kek lapis tu adalah jugak sebagai buah tangan sebelum pulang ke semenanjung. Harga tak mahal pun, satu kek lapis tu harganya dalam RM 10 je...kalau korang beli banyak, dia akan bungkus dalam kotak lagi untuk korang bawak balik nanti.

Belakang tu adalah Bangunan Dun Sarawak


Kalau naik bot kecik ni harganya RM 0.50 sekali naik
Kek Lapis Sarawak, yummy2 ^_^
2) Kolam Air Panas:

Bagi yang sudah jemu mandi di kolam-kolam biasa, apa kata korang beranikan diri jejakkan kaki ke kolam air panas yang terdapat di sekitar Kuching. Selain baik untuk kulit, badan korang juga akan rasa sangat segar selepas mandi di kolam itu. Tapi hati-hati, jangan terus terjun sebab korang sendiri akan menderita kepanasan nanti, hahaha!!! Turun perlahan-lahan dan celup badan korang satu persatu, mula-mula memang panas tapi bila dah lama sikit, pasti korang akan dapat menyesuaikan badan korang dengan suhu air di kolam tersebut. Kalau di Kuching ni, ada dua dah kolam air panas yang dah well establish iaitu Kolam Air Panas Panchor dan Kolam Air Panas Annah Rais.


Kolam Air Panas Panchor:



Kolam Air Panas Panchor ni dah selalu sangat aku pergi sebab aku ada projek di kolam air panas ini bersama EN ACTUS UNIMAS untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung dan perkhidmatan yang disediakan di kolam air panas tersebut. Kami dah rancangkan pelbagai aktiviti untuk menaikkan lagi nama kolam air panas ni agar setanding dengan kolam air panas lain dekat Malaysia. Inilah antara perkara yang telah kami buat di kolam air panas itu:

Cheer-Up Panchor



Kerja-kerja membuat board Panchor

Customer Testimonial Board



Board AJK Kolam Air Panas Panchor



Kajian Lumut


Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai pengunjung yang datang berkunjung ke Kolam Air Panchor ini, jadi kalau korang jejak kaki ke Kuching, singgah-singgah sitok jugak...hehe!! Kalau ada rezeki mungkin kamek jumpa kitak dekat sitok nanti!!



Kolam Air Panas Annah Rais: 


Kolam Air Panas Annah Rais ini juga salah satu daya tarikan pelancong di Sarawak, aku berkunjung ke sini akhir tahun lepas bersama rombongan ENACTUS UNIMAS untuk buat perbandingan antara kolam air panas ni dengan Kolam Air Panas Panchor. Ternyata kemudahan di kolam air panas Annah Rais ni lebih baik berbanding di Kolam Air Panas Panchor. Namun, apabila melihat perkara itulah, tekad kami lebih naik lagi untuk terus memajukan Kolam Air Panas Panchor. Bila korang jejakkan kaki ke sini, korang boleh pilih sama ada nak mandi air sejuk atau air panas. Apa yang menariknya dekat sini, kolam air panasnya terletak di tengah-tengah air terjun yang sejuk tu, pelik bukan tapi itulah kuasa Allah, subhannallah!!

Bersama Pihak Pengurusan Annnah Rais
Air di kolam ni sangaaat panaasss!!!
Lepas mandi air panas, berendam pulak dekat air terjun
Begitulah antara tempat-tempat menarik yang telah aku jejaki sepanjang setahun di sarawak, mesti ada yang tanya, eh banyak ni je ke tempat yang ang dah pergi? Hehe...sebenarnya ada lagi tempat menarik lain yang aku nak kongsikan dengan korang semua tapi untuk entri kali ini cukuplah sebanyak ini dulu aku tunjuk dekat korang, nanti ada masa aku share lagi tempat-tempat lain yang aku dah pergi dekat Sarawak ni. Bumi ciptaan Allah ini terlalu luas. Apa gunanya dijadikan bumi ini jika kita sebagai khalifahnya tidak meneroka dan menjelajah. Jika dilihat daripada sudut keimanan terhadap semua ciptaan-Nya yang sempurna dan indah, fikiran dan perasaan akan menjadi tenang. Orang beriman semakin bertambah imannya setiap kali melihat kejadian alam yang memperlihatkan kelainan. Firman Allah yang bermaksud:

"Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)

Pergilah menjelajah dan kagumi serta bersyukurlah atas segala keindahan alam yang dijadikannya, juga bersyukurlah kerana kita masih ada mata untuk melihat keindahan alam ini. Kisah ini akan bersambung, insyaAllah, terima kasih kerana membaca, wallahua'lam. :-)


(To be continued........
Published: 2013-07-03 Hit: 5 Laman Asal
myJodoh.net
lihat nih Bumi ane
banjir,gempa,longsor,bau,rusuh,asab hitam,sumpek,dsbiuuh.gak banget..apa itu cerminan bumi kita sekarang?Bumi bagaikan sampah.tak patut di tempati untuk manusia sehat seperti kita. t .. ..
Datanglah ni Bumi Allah carilah Rezeki cuma Jangan Buat Maksiat Dan Je
Mahligai pendatangOleh Siti Nor Hidayatidayu Razali idayu@hmetro.com.my BERDERET...rumah setinggan yang dibina pendatang di tepi Sungai Puchong. ITU DIA...seo .. ..
Nampak Sangat Ngo Ini Berat Sebelah banyak Kes Patut Didakwa tak Suruh
Peserta bantu polis tersepit IZWAN ROZLIN 2 Mei 2012 .. ..
seruan bumi kepada manusia
Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempatkembalimu adalah di dalam perutku.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan disiksa didalam perutku. .. ..
Naiklah Segala Apa Yang Hendak Dinaikkan tapi Tenaga Kita Serta Kuasa
Mangsa banjir Kelantan berkurangan, sedia hadapi gelombang kedua Dec 09, 2013 HARAKAHDAILY KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan hampir pulih apa .. ..