USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Monday 25 July 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TINGKATAN 6 SKOLAH TINGGI SEGAMAT TAHUN 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah diadakan pada 14 Julai 2016 di Dewan Sekolah Tinggi Segamat. Majlis ini diadakan bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang melibatkan seluruh pelajar tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana, namun kemeriahannya dapat dirasai dan mencapai objektif utama majlis itu diadakan iaitu merapatkan hubungan silaturahim sesama warga tingkatan 6. Penganjuran aktiviti ini juga diadakan bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan pelajar.

Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan dimulakan dengan bacaan doa dari Muhammad Faris Afiq bin Hairolkamal diikuti dengan alunan selawat dari pelajar muslim yang diketuai oleh Mohd Radhi bin Farais. Majlis juga dipengerusikan oleh Mohd Radhi bin Farais dan Nur Azlin bin Muzalan. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua, Tuan Haji Othman bin Md Nor dan Penolong Kanan Pra U, Puan Hajah Che Jah binti Mohamed serta tenaga pengajar tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Segamat.



Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi MPPPU, Tan Hong Kin. Beliau menyentuh mengenai silaturahim yang semakin erat berikutan dengan majlis ini. Beliau percaya akan wujud rasa persefahaman dan toleransi yang menebal dalam diri pelajar Pra U di samping mengucapkan Selamat Hari Raya buat pelajar muslim.


Seterusnya, ucapan dari Puan Hajah Che Jah binti Mohamed. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat. Beliau juga menekankan tentang kelancaran pengurusan majlis yang semakin baik di samping meminta maaf jika ada sebarang salah dan silap semasa beliau menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Pra U di sekolah ini.


Majlis disambung dengan ucapan dari Pengetua, Tuan Haji Othman bin Md Nor. Beliau berharap supaya majlis seperti ini menjadi tali penghubung bagi mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru. Beliau juga bangga dan gembira melihat suasana ceria yang wujud sepanjang majlis berlangsung tanpa mengira bangsa dan agama.


Pada jam 1.20 petang , acara yang dinantikan telah tiba iaitu persembahan daripada pelajar Pra U yang dimulakan oleh pelajar Lower 6 Sains yang membawa lagu Hari Raya. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari peljar Lower 6 Arts yang membawa lagu Suasana Hari Raya. Para hadirin menjamu selera sambil menyaksikan persembahan – persembahan yang mencuit hati.

























No comments:

Post a Comment