Sunday, May 8, 2011

Apakah 5 kekuatan kita..? ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera kwn²..

Baru² ni, sy tertarik dgn satu persoalan..

Satu persoalan yg ditujukan kepada Irfan Khairi

Dia ni seorang pakar motivasi dalam bidang perniagaan..

Persoalannya, Apakah Kekuatan yang kita ada untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan?

ini jwpnnya..

-------------------------
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…

--------------------------------------------
Walaupun ini semua adalah dalam bidang perniagaan..
tp tidak salah kalau kita aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita..
Amat penting utk kita ketahui kekuatan kita...
Supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan tersebut.
Kita tahu tentang kekuatan kita tp Adakah kita fokus dengan kekuatan kita?
Jd renung²kan la ya kwn²...
Stay tune..
Assalamualaikum..
^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates