Tuesday 6 December 2011

KEMUNCAK BERAHI PEREMPUAN BERKALI-KALI

“Perempuan sukakan seks yang tidak cepat-cepat. Tetapi, sudah fitrah lelaki, semakin naik nafsunya semakin dia hendak cepat-cepat.”


Dengan berpandukan nalurinya semata-mata, lelaki tidak tahu layanan seks yang bagaimana yang disukai oleh perempuan. Malah, walaupun seorang lelaki sudah diberitahu berkali-kali apa kesukaan perempuan, mereka cepat lupa semula.

Semua buku panduan seks memberitahu perkara yang sama iaitu perempuan sukakan seks yang tidak cepat-cepat. Tetapi, sudah fitrah lelaki semakin naik nafsunya semakin dia hendak cepat-cepat.

“Lelaki menyangka apa yang dia suka juga disukai oleh isterinya. Kalau dia suka cepat dia sangka isterinya juga suka cepat.”

Lelaki tidak percaya kalau dia melambatkan sedikit kecepatannya dia dapat memberikan pengalaman seks yang jauh lebih memuaskan kepada isterinya.

Apabila nafsu lelaki semakin naik dia cenderung memberikan kepada isterinya rangsangan yang dia sendiri sukai, bukan rangsangan yang disukai oleh isterinya. Disebabkan dia suka yang cepat dia pun memberikan itu kepada isterinya.

Kalau lelaki hendak memberikan kepuasan yang istimewa kepada isterinya dia mesti belajar memahami fitrah nafsu seks perempuan. Sebaliknya, kalau perempuan mahukan kepuasan seks yang benar-benar seperti yang mereka inginkan, maka mereka sendiri mestilah membantu suaminya belajar memberikan kepuasan yang begitu kepadanya.

“Kalau lelaki hendak memberikan kepuasan yang istimewa kepada isterinya dia mesti belajar memahami fitrah nafsu seks peremuan.”

Pengalaman seks lelaki amat berbeza dengan pengalaman seks perempuan. Bagi lelaki dia mengalami nikmat seks pada saat seluruh ketegangan seksualnya terlampias.

Apabila nafsu seks lelaki bangkit, maka secara automatik lelaki perlu melepaskan ketegangan yang dialaminya. Sebaik-baik ketegangannya itu dilepaskan ia akan diikuti oleh ejakulasi dan orgasma. Di saat itulah lelaki mengalami kepuasan seks.

Di dalam tubuh lelaki ada pundi yang sedia berisi dengan air mani. Pundi itu sentiasa dalam keadaan menunggu untuk dikosongkan apabila air mani itu dikeluarkan melalui proses ejakulasi. Apabila nafus seks lelaki naik, itu bermakna dia amat perlukan ejakulasi bagi mengosongkan pundi air maninya.

         Tidak seperti halnya dengan lelaki, perempuan tidak perlu mengosongkan sebarang pundi dalam tubuhnya. Kenikmatan seks perempuan berlaku perlahan-lahan dan bersama-sama dengan peningkatan ketegangan seksualnya. Semakin tegang nafsu berahinya semakin mendalam nikmatnya.

Cecair pelincir perempuan terbit hanya apabila nafsu berahinya benar-benar sudah bangkit. Manakala lelaki menanti saat tubuhnya dapat mengosongkan pundi air maninya, tubuh perempuan menanti saat ia disirami oleh lelaki.

“Bagi perempuan semakin lama dia mengalami ketegangan, semakin mendalam nikmat yang dirasainya dan semakin memuncak berahinya”.

Lelaki tidak perlu sebarang bantuan untuk membangkitkan nafsu berahinya. Tuhan menjadikan lelaki boleh berahi pada bila-bila masa sahaja asalkan dia mendapat peluang dan tempat yang sesuai untuk melakukan seks.
Tetapi lelaki memerlukan kerjasama daripada isterinya untuk melepaskan ketegangan seksualnya dan seterusnya mengosongkan pundi air maninya. Dari satu sudut, lelaki perlukan kerjasama isterinya untuk segera mengakhiri ketegangannya, manakala perempuan memerlukan bantuan suaminya untuk melamakan ketegangan seksnya.

Perempuan perlu menikmati ketegangan buat masa yang lebih lama disebabkan semakin lama dia mengalami ketegangan itu semakin mendalam dan nikmat yang dirasainya dan semakin memuncak berahinya.

Disebabkan fitrah perempuan seperti itu, mereka mahu suami yang pandai menaikkan berahinya dengan cara perlahan-lahan dan sabar, supaya makin lama berahinya makin memuncak. Jikalau boleh perempuan mahukan berahinya berkali-kali memuncak sehingga satu saat apabila orgasma datang sendiri.

Apabila perempuan sedang berahi dia mahukan supaya suaminya menyentuhi seluruh tubuhnya dengan lembut dan penuh pengertian manakala lelaki yang sedang berahi mahu melampiaskan berahinya dengan cepat-cepat.

“Kemahiran yang sangat diperlukan oleh lelaki ialah kemahiran menahan dirinya daripada mengutamakan kepuasannya sahaja.”

Sentuhan yang mahir daripada suaminya membantu perempuan mengalami nikmatnya berahi itu sendiri. Manakala lelaki tidak tahan berahi yang lama-lama, bagi perempuan berahi yang lama dan berkali-kali adalah nikmat yang amat diingininya.

Lelaki mahu isterinya menyentuhi bahagian tubuhnya yang amat sensitif supaya dia dapat segera mencapai orgasma. Tetapi bagi perempuan dia mahu disentuhi suami bukan untuk membantunya mencapai orgasma, tetapi disebabkan sentuhan  itu sendiri adalah suatu nikmat kepadanya.

Lelaki yang diingini oleh perempuan ialah lelaki yang pandai menaikkan berahinya, mula secara perlahan-lahan tetapi semakin lama berahinya semakin memuncak-muncak. Itulah sebabnya kemahiran yang sangat diperlukan oleh lelaki ialah kemahiran menahan dirinya daripada terlalu mengutamakan kepuasannya sahaja.

Sumber : Seks & Psikologi Abdullah Hassan