Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, February 20, 2010

KELANTAN TERSUNGKUR, KEDAH MARA

Jaringan Badrol minit ke 74 meranapkan impian Kelantan untuk mara ke suku akhir apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 selepas Indra meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke 71.

Friday, February 19, 2010

Terkini dari Kem Kelantan

Malam Esok Kelantan dijangkan turun tanpa kelibat Halim Napi dan Syed Adney Syed Hussin serta pertahanan Kelantan S.Subramaniam. Nurshahrul Idlan Talhah dan Daudsu Jamaluddin juga mengalami kecederaan.
Info Dari Ketua Jurulatih Kelantan

Thursday, February 18, 2010

Kelantan Harungi Perlawanan Sukar

Oleh : Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Setelah seri di gelanggang lawan pada perlawanan pertama, hayat Kelantan dalam kempen Piala FA musim ini kini akan ditentukan di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua pusingan kedua, Sabtu ini.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, perlawanan kedua itu begitu kritikal bagi membolehkan Wira Merah mara ke suku akhir.

''Ia perlawanan 'mesti menang' sekaligus menyingkirkan Kedah selaku juara 2007/2008 bagi melebarkan laluan Kelantan memburu impian," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan ribuan penyokong memenuhi ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bagi memberikan sokongan padu.

Beliau yakin tempoh 90 minit perlawanan akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan mara ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menyifatkan keputusan seri bertemu Kedah dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelmarin, bukan tekanan buat diri dan pasukannya.

Sebaliknya keputusan tersebut dianggap sebagai pembakar semangat sebelum turun beraksi Sabtu ini di laman sendiri dengan sokongan para peminat tempatan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, pemainnya menunjukkan corak permainan yang bagus, walaupun gagal menjaringkan gol.

"Keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan, para pemain sudah mula menampakkan keserasian dan mereka bermain bermati-matian ketika bertemu Kedah.

"Walaupun mengusai perlawanan, namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi apabila kita gagal memanfaatkan setiap peluang yang terhidang," ujarnya.

Ketumpulan jentera serangan Kelantan menyebabkan mereka gagal menyempurnakan setiap peluang yang dimiliki.

Monday, February 15, 2010

MISI MEMBURU BEKALAN SELESA

Setelah berehat hampir dua minggu dari sebarang perlawanan, Selasa ini pasukan Kelantan akan bertandang ke Alor Star untuk bertemu dengan Kedah dalam saingan pusingan kedua Piala Fa.

Bertandang ke gelanggang lawan bukanlah semudah yang disangka, berdepan dengan lawan yang pernah menewaskan mereka dilaman sendiri memberikan sedikit tekanan buat pengendali skuad Wira Merah,B.Sathianathan. Ditambah pula dengan misi yang cukup besar digalas iaitu membawa pulang bekalan jaringan yang selesa ke Kota Bharu sebelum perlawanan kedua.

Kelantan yang mendapat "bye" pada pusingan pertama, tampil selaku naib juara musim lalu pasti mengharapkan sentuhan ajaib Sathianathan untuk mengulangi apa yang dilakukan Peter Butler pada musim lepas.

Pertemuan kali ini bukan sahaja menguji kredibiliti kedua-dua jurulatih pasukan, tetapi pertarungan kali ini dilihat lebih kepada ketajaman penyudah kedua-dua pasukan.

Kelantan pasti mengharapkan sentuhan penyudah berbisa peledak sensasi kebangsaan Nor shahrul Idlan Talha bersama gandinganya untuk merobek gawang gol yang dikawal oleh Helmi Eliza Elias, sementara itu Kedah pasti mengharapkan sentuhan berbisa penjaring terbanyak liga super setakat ini iatu Azlan Ismail untuk merobek gawang Kelantan.

Kedah dijangka memberi saingan sengit kepada Wira Merah, jika berjaya melepasi pusingan ini, kedua-dua pasukan dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Laluan mudah dilihat menanti kedua-dua pasukan tambahan pula semua lawan yang akan ditentang dari saingan Liga Perdana.

Kedah pasti menjanjikan gandingan mantap di posisi pertahanan yang dikemudi oleh pertahanan kebangsaan Mohd Azmi Muslim,Mohd Sabree Mat Abu bersamaV.Thirumurugan, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin dilihat mampu menyekat kemaraan rangkaian penyerang Kelantan. Biarpun ketiadaan Khyrill Muhymeen yang berehat lama akibat kecederaan lutut, rangkaian jentera tengah mereka harus diawasi. Gandingan Shahrul Nizam Mustapa, Ahmad Fauzi Shaari, Badrol Bakhtiar bersama Khairul Helmi Johari mampu mendominasi jentera tengah jika dibiarkan bergerak bebas.

Gandingan Mohd Azlan Ismail bersama Mohd Zamri Chin juga harus dirantai secukupnya oleh pertahanan Kelantan jika tidak mahu berputih mata.

Kelantan yang mendapat "bye" menggunakan rehat yang ada memperkemaskan barisan pemain mereka termasuk mengadakan kem motivasi untuk megembalikan semula moral pasukan.

Posisi Pengjaga gol cukup memeningkan ketua jurulatih Kelantan B. Sathianathan untuk membuat pilihan. Kelibat penjaga gol vateran Halim Napi yang mempamerkan cemerlang serta kesungguhan Syed Adney merebut kembali tempatnya memberikan isyarat bahawa keduanya sudah bersedia untuk menggalas tangunggjawab tersebut.

Diposisi pertahanan, memberikan berita khabar kurang enak buat pasukan, apabila pertahanan kental S.Subramaniam dilaporkan mengalami kecederaan. Namun begitu ia bukan masalah besar buat Sathianathan untuk mencari pengganti. Ramuan pemain yang dimiliki seperti Farisham Ismal dan Rizal Fahmi dilihat mampu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Subramaniam.

Tugas merantai penyerang sensasi Kedah Azlan Ismail pasti diberikan kepada seorang lagi pertahanan kental Azizi Mat Rose. Kombinasi bersama Mohd Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree dilihat sudah semakin mantap.

Jentera tengah Kelantan sekali lagi mempertaruhkan sentuhan kapten pasukan Indra Putra untuk bergandingan bersama Muhd Badri Radzi dan Mohd Shakir untuk menggerakan posisi tersebut.

Di posisi serangan, peminat pasti mengharapkan akan ada perubahan drastik dilakukan oleh Sathia dalam memastikan Kelantan membawa pulang bekalan gol selesa sebelum perlawanan kedua. Kemampuan Nor shahrul Idlan tidak perlu dipertikaikan. Tetapi jelas persembahan Hairuddin Omar begitu mengecewakan – gagal mencipta gerakan menarik dan kekurangan idea untuk membawa masuk bola ke kawasan bahaya pihak lawan. Cuma bersandarkan kepada tandukan berbisanya yang sehingga kini kita masih lagi belum menampakkan sumbangan gol daripadanya.

Masanya sudah tiba untuk Hairuddin membuktikan kepada penyokong setia Kelantan bahawa pembelian mereka musim ini bukan sia-sia untuk Kelantan. Beliau perlu buktikan bahawa mereka mampu menjadi penyerang terbilang Kelantan dan tidak hanya menjadi penumpang dalam pasukan yang meresahkan puluhan ribu penyokong Kelantan dengan aksi serba longlai.

Monday, February 8, 2010

SEKITAR PERASMIAN KELAB PENYOKONG KETEREH


Ribuan Penyokong Bersama Para Pemain Kelantan


Kapten Pasukan Kelantan Bersalam dengan para peminat setia




Perasmian Gerai Jualan Barangan Jenama " Warriors"


di Padang Kok Lanas, Kota Bharu






Friday, February 5, 2010

Wednesday, February 3, 2010

RANKING TERBARU BOLA SEPAK MALAYSIA

Skuad bola sepak negara naik satu anak tangga untuk menduduki tangga ke 159 dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.
Dalam senarai terbaru FIFA itu semalam, Malaysia yang mengumpul 100 mata masih ketinggalan di belakang pencabar terdekat dari Asia Tenggara iaitu Thailand (98), Vietnam (116), Indonesia (136) dan Myanmar (141).

Sembilan kedudukan teratas pula tidak berubah masing-masing menjadi milik Sepanyol yang mengumpul 1,627 mata, Brazil (1,568), Belanda (1,288) dan Itali (1,176).

Tempat kelima hingga kesembilan masing-masing menjadi milik Portugal (1,176) diikuti oleh Jerman (1,173), Perancis (1,117), Argentina (1,082) dan England (1,076).
sumber : kosmo.com.my

Monday, February 1, 2010

Sathia lega, Kelantan bangkit

Ditulis : Utusan Malaysia

KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, B. Sathinathan kembali menarik nafas lega selepas pasukannya melakar kemenangan ketiga di laman sendiri, kelmarin.

Sathianathan berkata, kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang, yang meletakkan pasukan itu di tangga keempat liga, memberikan kelegaan seketika buatnya ketika perjalanan liga masih jauh.

"Walaupun kami nampak tertekan selepas dibolosi awal pasukan pelawat, pemain berjaya mengatasi tekanan, dan menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

"Selepas gol pertama jaringan Nor Shahrul Idlan, kami mengusai permainan dan hasilnya, kami menjaringkan dua lagi gol pada separuh masa kedua," katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Sathianathan gembira dengan peningkatan yang mula ditunjukkan oleh barisan serangan Kelantan yang membuktikan mereka sudah bersedia memburu kemenangan demi kemenangan.

"Walaupun kita gagal menjaringkan gol ketika menentang Perak Selasa lalu, malam ini kita berjaya menjaringkan gol.

''Ini membuktikan bahawa jentera serangan sudah menemui sentuhan penyudah," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai keputusannya menggantikan Halim Napi, Sathianathan berkata, penjaga gol veteran itu terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan di separuh masa pertama, bukannya disebabkan oleh strategi.

"Jadi saya memasukkan Syed Adney bagi menggantikan Halim.

''Secara keseluruhan saya berpuas hati persembahan yang dipamerkan oleh Halim.

''Syed Adney sudah mendapat rentak serta berjaya melupakan kesilapan sebelum ini dan ia merupakan satu perkembangan positif buat dirinya dan pasukan," ujarnya.

Pada perlawanan kelmarin, Kelantan bangkit dari ketinggalan satu gol dan berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Penyerang sensasi kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan hatrik pertamanya musim ini untuk membantu Kelantan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.