Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, May 31, 2011

NGINTIP DARI PADANG LATIHAN PART SETERUSNYA


Barisan Pemain TRW mula menjalani latihan selepas diberikan cuti rehat selama dua hari sebagai persediaan awal menghadapi pertembungan dengan Terengganu dalam aksi Liga Super 6 Jun ini.

Kesemua pemain hadir kecuali Shakir Saari serta empat tunggak kebangsaan Matyo, Apek, Farisham serta Canturu.

Dikhabarkan juga Subra mengalami kecederaan ketika bertemu Pahang tempoh hari dan masih belum pulih.

Dalam perkembangan lain, Kelantan hampir pasti akan kehilangan khidamt Zairul Fitree pada aksi dengan Terengganu nanti selepas mengumpul tiga kat kuning.

BINTANG DALAM PEMBIKINAN KELANTAN

Pertahanan Kental Skuad Piala Presiden
Nik Mohd Shahrul Azim

Penggempur Berbisa Skuad Piala Presiden Kelantan
Mohd. Aris Zaidi

Sunday, May 29, 2011

Pemain Terbaik Perlawanan Kelantan vs Pahang


Pemilihan awe dibuat berdasarkan persembahan mantap yang ditampilkan dengan mencipta peluang untuk Kelantan menghasilkan jaringan menerusi Mohd. Badri Razhi

Kelantan rampas kedudukan tapi belum selamat

KUALA LUMPUR - Kelantan berjaya merampas kedudukan pendahulu Liga Super 2011 apabila berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Pahang manakala Terengganu gagal meneruskan rentak cemerlang turun ke tangga kedua apabila tewas 0-1 di tempat sendiri, semalam.

Bagaimanapun saingan sengit terus berlaku di antara tiga pasukan Kelantan, Terengganu dan Selangor tatkala saingan liga berbaki tiga perlawanan.

Di Stadium Sultan Muhammed IV, ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Mohd. Radzi muncul wira selepas menjaringkan gol tunggal pada minit kelapan seterusnya membantu pasukannya menerajui liga atas kelebihan jaringan gol walaupun berkongsi 47 mata bersama Terengganu.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 kepada Kedah yang memperolehi jaringan melalui rembatan dari luar petak penalti oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-42.

Di Stadium Shah Alam, Selangor kembali mendapat semula rentak kemenangan apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-0 hasil jaringan Fadzli Shaari pada minit ke-48 dan Rudie Ramli pada minit akhir perlawanan.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pasukan pelawat tidak mempunyai masalah untuk menumbangkan Kuala Lumpur 2-1 dengan Azizan Baba berjaya menyumbat dua gol pada minit kelapan dan 35 manakala gol sagu hati tuan rumah disumbangkan oleh Khairul Anuar Shafie enam minit sebelum perlawanan tamat.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan bimbingan Norizan Bakar berjaya meraih tiga mata apabila mengalahkan T-Team 2-0 hasil jaringan Mohd. Syazwan Mohd. Roslan minit 45 dan Mohd. Shazuan Mohd. Ashraf Mathews minit 87.

Perlawanan lain menyaksikan Perlis tewas 0-1 kepada Felda United, manakala Harimau Muda berjaya menumbangkan Sabah 2-0.

Saturday, May 28, 2011

SEKADAR MENANG TIPIS

Itu cerita pertemuan Kelantan dan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebentar tadi.

Turun dengan semangat tinggi untuk menebus maruah selepas tumbang kepada T-Team, Rabu lalu tuan rumah tampil mempamerkan aksi bertenaga apabila mencipta peluang untuk menghasilkan jaringan namun gagal disudahkan dengan baik oleh jentera serangan.

Serangan bertali arus tuan rumah untuk menghasilkan gol akhirnya tiba pada minit ke-8 apabila kapten pasukan, Mohd. Badri Razdhi bijak memanfaatkan peluang untuk menghasilkan gol pada minit-ke8 selepas kelam kabut di pintul gol pelawat.

Gol tersebut terus melonjakkan moral Kelantan untuk menganggakan jumlah jaringan. Peluang terbaik hadir pada minit ke-24 apabila pemain sayap lincah Nurul Azuwan Roya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun penggempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha gagal memanfaatkan peluang tersebut apabila sepakannya berjaya ditepis keluar olehb Mohd. Rosfaizol untuk mengecewakan kem Kelantan.

Gol tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan membawa bekalan satu jaringan ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Pahang memperkemaskan corak permaianan dengan melancarkan serangan ke kubu Kelantan dan memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-46 namun gagal di sudahkan oleh Azamuddin Akil.

Tersentak dengan asakan pelawat, Kelantan mula memperkemaskan corak permainan, namun deretan peluang yang terhidang gagal disudahkan menyaksikan Kelantan berpuas hati dengan satu jaringan.

Kemenangan ini menyaksikan, Kelantan kembali merampas kedudukan selaku peneraju liga dengan kelebihan jaringan.

Barisan Kemungkinan

--Apexs--
--Daudsu--Farisham--Subra--Zairol--
---Canturu--Piya--Shakir--Nurul---
--Ramzul--Mat Yo--

Medan Terbaik Tebus Kekecewaan - Nurul Azuwan Roya


Awe terus menjadi taruhan Kelantan menjelang pertemuan dengan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV malam ini.


KOTA BHARU - Pemain sayap kiri Kelantan, Nurul Azuwan Roya menganggap perlawanan
bertemu dengan Pahang malam ini merupakan medan terbaik buat rakan-rakan sepasukan menebus kembali maruh pasukan selepas diaibkan oleh T-Team 1-2 dalam aksi liga Rabu lalu.

Menurutnya, inilah peluang terbaik Kelantan mendapatkan semula rentak kemenangan seterusnya kembali menghangatkan pemburuan tfofi kejuaraan Liga Super.

"Saya harap rakan-rakan sepasukan akan kembali fokus dalam perlawanan malam esok (ini) dan ia cukup penting buat kita.

"Saya dan rakan-rakan akan mempamerkan aksi terbaik dan cuba mendapatkan tiga mata buat pasukan untuk terus mengejar kedudukan terbaik dalam carta liga musim ini," katanya.

Friday, May 27, 2011

NGINTIP DARI PADANG KEM KELANTAN

Pemain Kelantan gigih mendengar amanat ketua jurulatih mereka


Kapten Kelantan Mohd. Badri Razhi (kiri)


Serius Penjaga gol utama Kelantan Khairul Fahmi Che Mat


Nurul Azuwan Roya menjadi sandaran Kelantan untuk mengerakkan jentera tengah pasukan


Pemain Kelantan Giat menjalani sesi latihan menjelang pertemuan dengan Pahang malam esok


K.Soley memperkatakan sesuatu kepada S.Chanturu


Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M. Karathu memperkatakan sesuatu kepada pembantunya Sideq Samsuddin ketika sesi latihan pasukan di Stadium Sultan Muhammed IV, petang tadi

Friday, May 20, 2011

MAT YO DAHULUI, ABDUL HADI TERUS EKORI

SENARAI PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER SETAKAT INI

1. NORSHAHRUL IDLAN TAHALA (KEL) - 13 GOL
2. ABDUL HADI YAHYA (TER) - 10 GOL
3. MOHD. BADRI RAZHI (KEL) - 9 GOL
4. INDRA PUTRA MAHYUDDIN (T-TEAM) - 7 GOL
5. AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI (PRK) - 6 GOL
6. MOHANAD ASHAARI SHAMSUDDIN (TER) - 6 GOL
7. MUHAMMAD SAHFIQ JAMAL (PRK) - 6 GOL

KELANTAN TERAJUI LIGA SUPER

KELANTAN berjaya memintas Selangor untuk muncul peneraju Liga Super selepas memubangkan Felda United menerusi kemenagan 3-1 dalam aksi liga di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam semalam.

Turun selaku pasukan pilihan, Kelantan tidak berdepan laluan sukar apabila membukan jaringan pertama pada minit ke-30 menerusi tandukan cantik ketua pasukan Mohd. Badri Razhi selepas pantas menyambar bola hasil lambungan pemian pertahanan Mohd. Daudsu Jamaludin.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengganas menerusi jaringan gol sendiri oleh pemain tuan rumah, Rashid Mahmud pada minit ke-46 sebelum penyerang sensasi kebangsaan Noshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ketiga menerusi penalti pada minity ke-89.

Gol tunggal Felda United diledakkan oleh Hasmarul Fadzir pada minit ke-85.

Thursday, May 19, 2011

Fokus Liga Super - Karathu

"LUPAKAN seketika saingan Piala FA, sebaliknya berikan tumpuan penuh dalam Liga Super jika mahu terus mencabar kejuaraan musim ini."

Itu pesanan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan dengan Felda United di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur malam ini.

Menurutnya, meskipun masih ada baki tujuh lagi perlawanan untuk diharungi, beliau tetap melaungkan keyakinan pasukannya mampu menjadi juara sekiranya berjaya mendapatkan tiga mata dalam setiap perlawanan yang bakal dilalui selepas ini.

"Walaupun dibezakan dengan dua mata dengan pendahulu liga, Selangor, saya tetap tidak akan mengalah dan kita akan terus memberikan tentangan sengit.

"Untuk itu kita perlu fokus dalam setiap perlawanan yang dilalui dan kita tidak boleh terus keciciran mata dalam perlawanan selepas ini kerana Terengganu sentisa menunggu peluang untuk memintas kita," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Felda United malam ini, Karathu tidak mahu terlalu yakin meskipun mereka pernah membenam Felda 6-0 pada perlawanan pusingan pertama lalu.

Beliau sudah mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah perlawanan ini.

"Saya yakin Felda United akan turun bermati-matian dalam perlawanan malam esok (malam ini), lagipun semua pemain mereka sudah mendapat rehat yang cukup sebelum menentang kami.

"Jadi saya ingatkan kepada semua pemain saya agar berhati-hati dan tugas penting mendapatkan tiga mata dalam perlawanan ini perlu direalisasikan sebaik mungkin," katanya.

Tambahnya, ini merupakan perlawanan pertama buat pasukannya selepas mengharungi perlawanan berprofil tinggi ketika bertemu Selangor, Selasa lalu.

"Oleh itu saya harap pemain dapat memberikan aksi yang terbaik dalam perlawanan ini dan jangan terlalu dibuai dengan kejayaan menyingkirkan Selangor dalam saingan Piala FA sebaliknya fokus dalam saingan Liga Super" ujarnya.

Monday, May 16, 2011

MAN OF THE MACTH


Pemain Tengah Kelantan Shakir Shaari

KELANTAN KE FINAL

Finalis 2009 Kelantan melakar satu lagi sejarah apabila layak ke pentas akhir Piala FA musim ini meskipun terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebentar tadi.

Meskipun terikat 1-1 dalam perlawanan itu, Kelantan layak ke perlawanan akhir menerusi kelebihan agregat 6-2 selepas membenam Selangor 5-1 dalam aksi separuh akhir pertama Jumaat lalu.

Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta...Selamat Hari Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Ramzul mahu terus ledak gol

KOTA BHARU - Sentuhan memukau yang ditampilkan oleh penyerang muda The Red Warriors, Muhammad Ramzul Zahini Adenan dengan meledak dua gol ketika membantu pasukannya menumbangkan Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu memberikan petanda bahawa dia sudah bersedia untuk kembali menggalas tugas selaku penggempur utama.

Turun selaku pemain utama pada perlawanan itu, anak kelahiran Kampung Kangkong, Pasir Mas itu, ternyata pantas menyambar peluang yang diberikan oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dengan mempamerkan sentuhan berbisa menyebabkan skuad bimbingan K. Daven bagaikan dipukau aksi mantap The Red Warriors.

Muhammad Ramzul berkata, dia semakin bersemangat untuk kembali merebut tempat dalam senarai kesebelasan utama menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, hari ini.

Beliau berkata, dua gol yang dijaringkan pada perlawanan itu amat bermakna buat dirinya selepas pulih daripada kecederaan serius ketika bertemu Negeri Sembilan awal Mac lalu.

"Ini merupakan dua gol pertama saya dalam saingan Piala FA musim ini. Saya berterima kepada ketua jurulatih kerana memberikan peluang kepada saya untuk kembali ke dalam pasukan selepas aksi dengan Kuala Lumpur 30 April lalu.

"Walaupun tidak mendapat tempat dalam tiga perlawanan sebelum ini, ia sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan saya untuk kembali merebut tempat dalam pasukan. Alhamdulillah saya berjaya kembali dan menjaringkan gol semangat buat pasukan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tambahnya, dua jaringan di Stadium Shah Alam tempoh hari adalah hasil bantuan rakan-rakan yang banyak membuka peluang kepadanya untuk membuktikan ketajaman penyudah.

Bekas bintang Piala Presiden Kelantan musim 2006 itu memberitahu, keyakinannya bertambah selepas berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut yang turut melonjakkan semula moralnya untuk terus mempamerkan aksi terbaik.

"Sekiranya terus diberikan peluang untuk perlawanan malam esok (ini), saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik dalam perlawanan selepas itu dan cuba membantu pasukan layak ke pentas akhir buat kali kedua seterusnya membawa kejuaraan Piala FA ke Kota Bharu.

"Meskipun terpaksa bersaing dengan pemain yang sedia ada, itu bukan alasan. Apa yang penting saya kena terus berusaha dan belajar dari mereka yang berpengalaman untuk menjadi penggempur berbisa terutama daripada rakan sepasukan Norshahrul Idlan Talaha," ujarnya.

Sunday, May 15, 2011

Saturday, May 14, 2011

Piala FA: Selangor dibelasah teruk

KUALA LUMPUR - Sebelah tangan Kelantan sudah menguak pintu perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir bola sepak Piala FA sementara Terengganu bangkit dengan mengagumkan untuk turut merebut satu lagi tiket setelah mengatasi Pahang 3-2, malam tadi.

Anak buah K. Devan yang juga juara 2009, bagaikan ‘dipukau’ dengan dua gol Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-10 dan 40 selain masing-masing satu daripada ketua pasukan, Badri Radzi (43), Nurul Azwan Roya (67) dan Norshahrul Idlan Talaha (71) di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah beroleh gol sagu hati menerusi ketua pasukan, Amri Yahyah dalam masa kecederaan untuk mencari sedikit modal bagi terus bersaing pada separuh akhir kedua, Isnin ini sekalipun menempah laluan yang amat berliku apatah lagi dengan peraturan jaringan tempat lawan.

Sebaliknya, pelawat bimbingan Datuk M. Karathu bakal kembali ke Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan cukup selesa malah sudah boleh memikirkan untuk hanya menurunkan barisan simpanan mahupun lebih banyak bertahan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Tok Gajah pula mensia-siakan pendahuluan dua gol menerusi sepakan bebas kaki kiri Munir Amran dan R. Surendren masing-masing pada minit ke-47 dan 54 gara-gara kelalaian barisan belakangnya pada setengah jam terakhir.

Terengganu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim sebaliknya kembali garang malah memanfaatkan keadaan tertekan lawan apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Saifulnizam Miswan pada minit ke-63 yang tertampan sepakan Ashari Samsudin.

Wan Aliff Jasmi menambah derita tuan rumah dengan tandukan jarak dekatnya pada minit ke-81 sebelum Ismail Faruqi memastikan Sang Penyu beroleh kemenangan dan kelebihan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin ini menerusi tandukannya dalam minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, PKNS menempah tempat kenaikan ke Liga Super musim depan (sekiranya tiada pindaan peraturan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) setelah menumpaskan Sarawak 2-0 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Petaling Jaya.

Kelab Selangor bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu kini mengumpul 45 mata daripada 17 perlawanan sekali gus sukar dikejar untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok dua teratas Liga Perdana dan dipisahkan dengan sembilan mata berbanding Sarawak

Thursday, May 12, 2011

FAM perlu ambil tindakan tegas

BENDERA Kelantan (dalam bulatan) dibakar penyokong Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

KELAB Penyokong Siber Bola Kelantan (kelate.net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap penyokong bola sepak Negeri Sembilan berhubung insiden membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, tindakan tersebut dilihat cuba menghina pasukan Kelantan dan ia bertentangan dengan semangat kesukanan.

Menurutnya, tindakan tersebut dilihat boleh mencemarkan imej penyokong negeri itu biarpun dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, sewajarnya penyokong bola sepak Negeri Sembilan lebih rasional dan tidak terikut-ikut dengan perasaan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua pihak.

“Saya berharap FAM menilai perkara ini secara mendalam kerana ia melibatkan maruah pasukan yang bertanding dan bertentangan dengan prinsip-prinsip bola sepak.

“Siasatan lanjut perlu dilakukan dan sekiranya ia satu kesalahan maka tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya di Kota Bharu semalam.

Mahizi memberitahu, tindakan penyokong tersebut juga merupakan satu provokasi yang mungkin akan dibalas kembali oleh penyokong Kelantan ketika mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV nanti.

Bagaimanapun beliau meluahkan keyakinan bahawa penyokong setia The Red Warriors supaya tidak melatah dengan provokasi ini dan mengekalkan semangat kesukanan serta tidak melakukan perkara yang sama.

“Saya yakin dan percaya penyokong Kelantan sudah matang dalam isu provokasi ini. Apa yang penting tahun ini kita mahu menjadi kelab penyokong terbaik untuk musim ini,” katanya.

Wednesday, May 11, 2011

Kelantan gagal pintas Selangor

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

Saturday, May 7, 2011

KHALID PECAH KEBUNTUAN, PIYA TERUS HAMBAT MAT YO

11 GOL
------
Norshahrul Idlan Talaha


8GOL
------
Mohd. Badri Radzi


5GOL
------
S.Chanturu



4GOL
------
Mohd. Nizab Ayub


3GOL
------
Danial Fadzly Abdullah


2GOL
------
Mohd Izuan Salahudin



1GOL
------

Nurul Azwan Roya
Mohd. Shakir Shaari
Solehin Kanasian
Muhammad Ramzul Zahini Adenan
Muhammad Khalid Jamlus

Friday, May 6, 2011

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER

KELANTAN TERUS LAKAR KEMENANGAN

Kelantan terus melakar kemengan dalam enam perlawanan berturut apabila menumbangkan Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV sebentar tadi.

Gol-gol kemenagan Kelantan disumbangkan oleh Muhammad Khalid Jamlus pada minit ke-54 dan S.Chanturu diminit ke-66.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terus kekal menerajui tahkta liga namun dibezakan dengan jumlah jaringan dengan seteru rapat Selangor.

Piya' akui Kelantan sukar jinakkan Kedah

KOTA BHARU - Aksi yo-yo kapten The Red Warriors, Mohd. Badri Radzhi dalam beberapa perlawanan sebelum ini, menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminat pasukan itu.

Ekoran keluhan peminat The Red Warriors, Mohd. Badri atau Piya akhirnya tampil dengan aksi bertenaga, dengan meledak dua jaringan penting ketika bertemu Kuala Lumpur dan Johor FC, yang membantu Kelantan kembali meneraju Liga Super.

Bertindak selaku 'arkitek' pasukan, dia berdepan tuntutan cukup berat untuk memastikan Kelantan meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Skuad Kenari dalam perhitungan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, hari ini.

Menyedari tekanan tinggi yang digalas, anak jati kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu melaungkan keyakinan untuk terus mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan gerakan yang dihasilkan dapat disudahkan dengan sempurna oleh barisan penggempur berbisa Kelantan seperti Norshahrul Idlan Tahala, S. Chanturu, Muhammad Razmul Zahini Adenan, Nizab Ayub mahupun Muhammad Khalid Jamlus.

Kebijaksanaan serta ketenangan Piya mengemudi jentera tengah, amat dituntut untuk merencanakan gerakan serta membuka peluang kepada jentera serangan.

"Menumbangkan Kedah bukan satu tugas yang mudah. Biarpun beraksi di tempat sendiri, mereka liat untuk ditumbangkan.

"Lihat sahaja perlawanan pusingan pertama lalu, kami hanya mencatatkan keputusan seri meskipun mempunyai banyak peluang gol namun gagal di manfaatkan.

"Perlawanan malam esok (ini) cukup penting buat Kelantan dalam usaha terus menjarakkan kedudukan dengan Selangor dan Terengganu.

"Tiga mata harus diraih. Jadi untuk perhitungan kali saya dan rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya," katanya ketika temui di sini semalam.

Tambahnya, tumpuan dan komitmen lebih seratus peratus perlu diberikan sepanjang perlawanan jika Kelantan mahu terus kekal sebagai peneraju liga.

"Perlawanan sepanjang bulan lalu dan bulan ini akan menjadi penentu siapa yang akan menjuarai liga musim ini,'' katanya.

Thursday, May 5, 2011

NGINTIP DARI PADANG LATIHAN PART SETERUSNYA

Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu (Baju putih) memberikan amanat terakhir menjelang pertemuan hidup mati dengan Kedah malam esok

Fokus sentiasa diperlukan jika mahu menang dalam setiap perlawanan


Pemain Kelantan Serius menjalani latihan menjelang pertemuan
dengan Kedah esok



Kapten Kelantan Mohd. Badri Razhi