BIL | NAMA | KELAS | NO KP |
1 | NUR ARNIDA MOHD ARIF | 5SC2 | 940714-11-5484 |
2 | NUR AISYAH HASSAN | 5T2 | 941020-11-5118 |
3 | SITI NUR RANI ZAIRY | 5T2 | 940114-11-5074 |
4 | SITI MAWARDAH MOHD ZAKARIA | 4SC1 | 950612-11-5802 |
5 | NUR SYAHIERA MOHD ZAHARI | 4SC1 | 950213-11-5186 |
6 | NUR HAIZAN ALIAS | 4SC1 | 951229-11-5118 |
7 | WAN NOOR AISYAH WAN ABDULLAH | 4SC1 | 950926-11-5362 |
8 | NUR ASHIKIN SENAWI | 4SC1 | 950206-11-5436 |
9 | CHE KU ADILA CHE KU ABD RAHIM | 4SC1 | 950216-11-5528 |
10 | NUR SHAFIQAH AQILAH NORAZMAN | 4SC2 | 950514-11-5534 |
11 | NURUL QURRATU EMEYLIA MAT NASIR | 4T1 | 950207-14-5696 |
12 | NURUL SYAFIQAH SYAZLIN KHAIRUZZANINI | 4A | 951008-03-5982 |
13 | NUR IRNA MOHD MALERIZAMAN | 4A | 950506-11-5702 |
14 | NUR NADIA FARHANA CHE RAZALI | 3P1 | 960530-115656 |
15 | NUR AISYAH SUHAIMI | 3P1 | 960313-11-5086 |
16 | NUR AZAHANIE MOHAMED | 3P1 | 961112-03-6060 |
17 | MIMI MARIENA IZANI | 3P1 | 960827-03-5294 |
18 | NUR ANIS AQILLAH CHE JOHARI | 3P1 | 960427-11-5754 |
19 | NABILAH SIDI | 3P1 | 960108-11-5060 |
20 | NIK FAIDATUL HIDAYAH YA | 3P1 | 960713-11-5042 |
21 | NUR FARHANA KAMSIN | 3P2 | 960811-13-5266 |
22 | NANG NOOR HUDA LONG MUHAMAD SAUPI | 3P2 | 960326-11-5288 |
23 | NURUL MAISARAH FAUZI | 3KRK | 960709-11-5090 |
24 | NIK NURUL SYAHIRAH NIK RAMLI | 3A | 960310-11-5064 |
25 | SITI NABILAH WAN NWT | 3A | 961121-03-5246 |
26 | SITI ROSNAH IBRAHIM | 3A | 960430-11-5042 |
27 | SITI NABIHAH WAN NET | 3A | 961121-03-5254 |
28 | NORNATASAH PAUZI | 3A | 960704-11-5294 |
29 | WARDATU SHAFIQAH AWANG | 3A | 960823-11-5270 |
30 | NUR ATHIRAH RAFIDAH AZMAN RAFIDI | 3A | 960429-11-5010 |
31 | NUR AIN SYAHIRAH CHE AWANG | 3B | 961129-11-5650 |
32 | NOR SARAHLIYANA SUKERI | 3B | 960526-11-5784 |
33 | MOHAMAD KHALILI NOSAIR KOSIM | 3B | 960422-11-5237 |
34 | TUAN NOR NAZIRAH TUAN MUDA | 3C | 960213-11-5126 |
35 | AHMAD NOR FADZLI KAMARUZAMAN | 3D | 960929-14-5099 |
36 | NOR IDAYU OTHMAN | 3D | 961028-03-5276 |
37 | SITI NADIRAH KIFLY | 3E | 960119-11-5066 |
38 | WAN NUR NAJIHAH WAN JAAFAR | 3F | 961130-11-5088 |
39 | WAN NUR IZZATI WAN ZALHISSHAM | 1C | 981119-11-5122 |
Selamat datang ke Blog UBK Seiring .Warga sekolah kini boleh berinteraksi melalui blog dan facebook.Klien akan dilayan secara online.Perkhidmatan ini membuka ruang yang seluasnya untuk warga sekolah berinteraksi dengan kami tanpa mengira di mana jua mereka berada pada bila-bila masa.Adalah diharapkan perkhidmatan yang direkayasa ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada warga SMK Seri Nering keseluruhannya.
Memaparkan catatan dengan label PRS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRS. Papar semua catatan
Isnin, 7 November 2011
Senarai Ahli PRS Tahun 2011
AJK PRS Tahun 2011
BIL | JAWATAN | NAMA | KELAS | NO KP |
1 | PENGERUSI | NUR AISYAH BT HASSAN | 5T2 | 941020-11-5118 |
2 | TIMB PENGERUSI | SITI MAWARDAH BT OHD ZAKARIA | 4SC1 | 950612-11-5802 |
3 | SETIAUSAHA | NOR IRNA BT MOHD MAKERI ZAMAN | 4A | 950506-11-5702 |
4 | PEN SU | CHE KU ADILA CHE KU ABD RAHMAN | 4SC1 | 950216-11-5528 |
5 | BENDAHARI | NUR SYAHIERA MOHD ZAHARI | 4SC1 | 950213-11-5186 |
6 | PEN BENDAHARI | NUR ASYIKIN BT SENAWI | 4SC1 | 950206-11-5436 |
7 | PEMERIKSA KIRA-KIRA | NURUL QURRATU EMILIA MAT NASIR | 4T1 | 950207-14-5696 |
NUR ARNIDA M.ARIF | 5SC2 | 940714-11-5484 | ||
8 | AJK TKN 1 | WAN NUR IZZATI WAN ZULHISYAM | 1C | 981119-11-5122 |
TIADA | ||||
9 | AJK TKN 2 | TIADA | ||
TIADA | ||||
10 | AJK TKN 3 | SITI ROSNAH IBRAHIM | 3A | 960430-11-5042 |
NUR AZAHANIE MOHAMED | 3P1 | 961112-03-6060 | ||
11 | AJK TKN 4 | NUR HAIZAN ALIAS | 4SC1 | 951229-11-5118 |
WAN NOOR AISYAH WAN ABDULLAH | 4SC1 | 950926-11-5362 | ||
12 | AJK TKN 5 | SITI NUR RANI ZAIRY | 5T2 | 940114-11-5074 |
13 | BIRO AKADEMIK | NUR SYAFIKAH AQILAH NORAZMAN | 4SC2 | 950514-11-5534 |
14 | BIRO KEBAJIKAN | NABILAH SIDI | 3P1 | 960108-11-5060 |
15 | BIRO PUBLISITI | TN NUR NAZIRAH TN MUDA | 3C | 960213-11-5126 |
16 | BIRO KERJAYA | MOHD KHALILI NOSAIR KOSIM | 3B | 960422-11-5237 |
17 | BIRO LAWATAN | NANG NOR HUDA LONG MOHD SAUFI | 3P2 | 960326-11-5288 |
18 | BIRO LATIHAN | AHMAD NOR FADZLI KAMARULZAMAN | 3D | 960929-14-5099 |
Khamis, 3 November 2011
Pengenalan PRS
Siapakah Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)?
Zuraidah (1987 ), PRS adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan orang lain.
Falsafah PRS
Bantu diri untuk membantu orang lain. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.
Prinsip PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Etika PRS
● Amanah dan menyimpan rahsia
● Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
● Memahami batasan dan keupayaan diri
● Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
● Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan atau orang lain.
● Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
● Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.
Peranan PRS
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain
Perkara yang BOLEH dilakukan oleh seorang PRS
a. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa, dan berempati.
b. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
c. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa altenatif sebelum membuat keputusan.
d. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
e. Mematuhi etika kerahsiaan.
f. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi
g. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi
masalah biasa/normal.
h. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif
dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri
supaya ia belajar melalui pengalamannya
i. Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan
kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan
yang bermasalah untuk bertemu dengan guru
bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif
j. Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi
rakan lain supaya melibatkan diri.
k. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami
batasan diri untuk membantu
Perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh PRS
- Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan
- Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
- Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti.
- Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
- Membuka rahsia rakan.
- Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
- Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis dan atau masalah emosi yang mendalam.
- Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
- Mengendali masalah rakan yang runcing sehingga menganggu ketenteraman jiwa.
- Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
- Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.
Sifat-Sifat Seorang PRS
CUT APPLE A
C | CARING | PENYAYANG |
U | UNDERSTANDING | MEMAHAMI |
T | TRUSTING | BOLEH DIPERCAYAI |
A | ACCEPTING | MENERIMA |
P | PATIENCE | SABAR |
P | POSITIVE | BERFIKIRAN POSITIF |
L | LISTENING | MENDENGAR |
E | EMPATHY | EMPATI |
A | ASSERTIVE | TEGAS DIRI |
Modul Latihan PRS Unit 4
AKTIVITI : 1
TAJUK : MASALAH REMAJA
MASA : 60 – 120 MINIT
ALAT : KERTAS MAHJONG , MARKER PEN DAN PELEKAT
OBJEKTIF :
- PESERTA DAPAT MEMAHAMI LEBIH DALAM MASALAH YANG DIHADAPI OLEH REMAJA
- MEMBUAT RANGKING MASALAH
- DAPAT MENGEMUKAKAN PANDANGAN SENDIRI
LANGKAH
- Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (5/6 ahli)
- setiap kumpulan melantik seorang ketua dan seorang pencatat.
- Ketua bertindak sebagai sebagai pengerusi mengendalikan perbincangan kumpulan tentang apakah masalah yang dihadapi oleh remaja hari ini. setiap ahli harus mengemukakan pandangan berdasarkan pengalaman sendiri dan, setiap pandangan ahli diterima tanpa bantahan dan dicatat. Huraian masalah juga perlu diperincikan supaya semua ahli faham permasalahan remaja
- Rangking mula dilakukan. Item masalah yang paling banyak ahli mengalaminya dianggap sebagai rangking teratas dan begitulah seterusnya.
- Bincangkan beberapa isu utama masala remaja . Galakkan ahli membuat perkongsian pengalaman dan perasaan dari isu ini.
Aktiviti : 2
Tajuk : Mari Dengar Ini Cerita
Masa : 45 -60 Minit
Alat : Kertas Edaran untk ahli mulakan perbualan
(lihat lampiran)
Bilangan Ahli : 10 org atau lebih
Objektif :
- Ahli dapat melibatkan diri supaya berinteraksi antara satu sama lain dengan mengetepikan prasangka, rasa malu dan rasa tidak selesa
- Menggalakkan perhubungan mesra sesama ahli.
Langkah :
- Meminta ahli duduk di atas lantai dalam bentuk bulatan.
- satu bulatan mengandungi sekurang-kurangnya 10 orang.
- Terangkan kepada semua ahli bahawa aktiviti ini bukan untuk menguji kepintaran otak tetapi lebih kepada menumpu kepada perbualan seharian yang menonjolakan perasaan, reaksi peribadi, pengalaman hidup dan perkongsian peristiwa untuk dijadikan teladan. Ahli tidak digalakkan bercakap tentang pendapat mereka tetapi menyatakan tentang perasaan dan pengalaman mereka walaupun pahit.
- Edarkan kertas yang mengandungi tajuk perbualan kepada ahli (lihat lampiran)
- Pilih satu tema perbualan kumpulan, misalnya ’ Kehidupan Saya Semasa Kecil ’ Minta ahli brcerita tentang pengalaman mereka semasa kecil yang memberi pengaruh kepada perasaan dan sikap mereka masa kini. Ahli lain boleh bertanya jika perlu.
- Berikan masa lima minit bagi setiap individu untuk bercerita. Fasilitator menggalakkan ahli supaya memastikan agar individu yang bercerita memberi fokus kepada perasaan dan reaksi mereka.
- Fasilitator tidak harus masuk campur dalam perbincangan ini tetapi hanya pastikan aktiviti ini berjalan lancar. Ahli diberikan kebebasan memilih tajuk yang disukai dalam lampiran ini.
- Fasilitator membuat rumusan bahawa setiap individu punya cerita tersendiri – sedih atau suka. Oleh itu ahli harus cuba menjelaskan bagaimanakah perasaannya membentuk sikap dan pandangan hidup mereka.dan kesannya pada kehidupan sendiri. Pengalaman pahit yang disimpan dalam jiwa mungkin mengakibatkan seseorang itu menjadi ’bitter’lalu ditunjukkan melalui cara berinteraksi. Menganalisis perasaan dan pengalaman secara terbuka akan membantu seseorang itu menerima serta mamahami dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih positif lagi.
Lampiran
MARI TUAN-TUAN DENGAR INI CERITA
Contoh Tajuk-Tajuk Perbualan
- Kehidupan saya semasa kecil
- Adik beradik saya yang berjaya
- Bolehkah saya menjadi jutawan?
- Peristiwa yang paling menyeronokkan dalam hidup saya
- Peristiwa lucu yang pernah saya alami
- Nilai hidup positif yang saya amalkan
- Kasih sayang ibu bapa kepada saya
- Kehidupan yang bagaimanakah menjadi idaman saya.
- Keluarga impian saya.
- Kehidupan remaeja saya
- Individu yang paling mempengaruhi hidup saya
- Pesanan yang saya ingin tinggalkan kepada anak cucu saya
- Pesanan ibubapa yang paling saya tidak lupakan.
- Kesukaran hidup yang berjaya saya dan keluarga atasi
- Detik yang paling sukar saya lupakan.
- Orang yang paling sukar saya lupakan
- Mereka yang saya cuba maafkan
- Mereka yang menjadi penawar ketika saya bersedih
- Tempat yang saya suka berada ketika saya sedih.
- Peristiwa yang menukar kehidupan saya kini.
Aktiviti : 3
Tajuk : Kusayang Diriku
Masa : 60 minit – 120 minit
Alat : Borang Soalan imej kendiri (Lihat Lampiran)
Bilangan ahli : Tiada Had
Objektif :
- Membolehkan ahli menilai, memahami dan meningkatkan imej kendiri mereka
- menggalakkan ahli menilai kelemaham dan kekuatan diri supaya menjadi lebih realistik
Langkah:
- Terangkan kepada ahli bahawa mereka mempunyai perasaan sendiri yang terpendam. Ada yang berasa dirinya tidak berharga dan ada yang merasakan dirinya serba sempurna. Mempunyai imej kendiri kendiri yang tinggi membolehkan seseorang itu membina keyakinan diri dan memandang sesuatu perkara dengan positif.
- Edarkan borang soalan kepada ahli dan nyatakan bahawa mereka perlu mengisinya dengan jujur tanpa melihat keterangan skor.
- Setelah semua soalan diberikan respon dan dijumlahkan skor, barulah keterangan skor ini diberikan. Keterangan skor membantu ahli melihat pencapaian skor diri masing-masing.
- Bincangkan maksud skor itu dengan ahli kelompok. Perlu dinyatakan bahawa alat ini hanyalah sebagai petunjuk untuk membantu mereka memahami diri sendiri.
- Fasilitator membuat rumusan bahawa;
a. Jika kita mempunyai imej kendiri yang rendah, kita akan selalu mengutuk diri sendiri dan kerap berasa rendah diri dan hilang keyakinan diri bila membandingkan diri dgn orang lain. Kita perlu bercakap secara lebih positif Kita perlu bercakap dengan diri sendiri supaya diri tidak mudah berputus asa. Setiap oran melakukan kesilapan- oleh itu , terima dan maafkan diri dan belajarlah dari kesilapan. ( mendalami pernyataan ini secara perbincangan dan penerokaan diri adalah amat digalakkan)
b. Jika kita mempunyai imej kendiri yang terlalu tinggi pula, kita mungkin menjadi seorang yang angkuh dan akan timbul masalah dalam perhubungan dengan orang lain. Justeru itu, binalah imej kendiri yang seimbang!
IMEJ KENDIRI
ARAHAN: Alat ini hanyalah petunjuk kepada kunci memahami diri anda. Sila jawab soalan ini dengan jujur. JANGAN lihat penerangan penerangan kepada analisis skor anda terlebih dahulu. Sila semak skor anda di bawah dan fahami pengertiannya selepas anda memberi respon kepada senua soalan.
1. Pernahkah anda berasa bahawa orang kurang menyukai anda sekiranya mereka mengetahui banyak maklumat tentang diri anda?
(a) Selalu
(b) Kadang-kadang
(c) Tidak pernah
2. Apabila anda dipuji biasanya anda ;
(a) Tidak begitu selesa
(b) Sangat suka
(c) Rasa sangat malu
3. Apabila anda membuat silap di rumah atau di sekolah adakah anda
(a) mengabaikan saja kesilapan ini dan mngatakan pada diri orang lain pun buat silap juga.
(b) Berasa tidak sedap hati tetapi akhirnya anda menerima kesilapan dan memaafkan diri anda dengan menganggap tiada siapapun yang sempurna
(c) Berasa runsing dan asyik memikirkan kesilapan anda sahaja sehingga anda berasa sangat malu dan mengutuk hebat diri sendiri
4. Bagaimanakah cara anda berdepan dengan cabaran ?
(a) ”Saya berani menghadapinya secara bersendirian sahaja”
(b) ”saya akan tabah menghadapi cabaran dengan sokongan dan galakan orang lain”
(c) ”Saya tidak peduli langsung cabaran itu, kecuali bila dikerah dan didesak”.
5. ” Apabila saya melihat bayangan wajah saya dicermin,
(a) saya sering rasa malu sendiri untuk melihat kembali wajah dicermin”
(b) Saya sering rasa amat gembira dengan penampilan wajah saya selama ini”
(c) Saya rasa selesa dengan penampilan diri pada imej diri di cermin”
6. Apabila saya menangguh-nangguhkan masa belajar atau membuat kerja-kerja di rumah untuk bersantai,
(a) Saya sering rasa bersalah sehingga tidak dapat rasa keseronokan ketika saya bersantai kerana memikirkan kerja yang bertangguh”.
(b) Rasa sedikit bersalah, tetapi saya mennyatakan pada diri, ’aku ingin rasa seronoknya bersantai sebentar”.
(c) Seronok sentiasa, dan tak pula rasa bersalah”
7 . ” Apa bila saya membandingkan diri saya dengan teman-teman rapat saya, saya sering merasakan mereka
(a) Lebih hebat dari saya dan kadang-kadang jauh lebih hebat”
(b) Selesa saja, kami serasi”
(c) dapat saya atasi kehebatannya”
8.Apabila saya bertemu dengan seseorang yang kelihatannya tidak menyenangi saya , saya rasa
(d) rasa amat risau dan resah kerana memikirkan mungkin saya telah melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.
(e) syak yang orang ini berasa iri hati dengan kelebihan diri saya.
(f) saya menerima saja keadaan ini, sebab saya sedar bukan mudah memenangi hati senua orang.
9. Saya rasa simpati dengan nasib
(a) burun merak
(b) burung pipit
(c) burung helang
Skor
Arahan: Sila Berikan poin kepada pilihan jawapan anda . Poin jawapan pilihan anda adalah seperti berikut:
No Soalan | Poin bagi setiap Pilihan Jawapan | Poin jawapan pilihan saya | ||
(a) | (b) | (c) | ||
1. | 0 | 1 | 2 | |
2. | 1 | 2 | 0 | |
3. | 2 | 1 | 0 | |
4. | 2 | 1 | 0 | |
5. | 0 | 2 | 1 | |
6. | 0 | 1 | 2 | |
7. | 0 | 1 | 2 | |
8. | 0 | 2 | 1 | |
9. | 2 | 0 | 1 | |
JUMLAH SKOR | |
Langgan:
Catatan (Atom)