Sunday, July 10, 2016

Munir- 1 bulan

Assalamu'alaikum.

Saya mengisi waktu berpantang saya dengan menggali ilmu-ilmu pendidikan awal kanak-kanak. Seolah-olah menebus semula waktu yang sepatutnya saya luangkan untuk anak sulung saya, Muadz. Di akhir waktu berpantang saja saya sempat membaca lebih kerana pada awal kelahiran Munir, saya masih lagi dalam proses pemulihan. Mak saya kata kena jaga mata, takut terlebih rabun. Masa banyak dihabiskan untuk berurut, bertungku, mandi herba, minum jamu, sapu pilis, jaga bayi yang pusatna masih belum tanggal (mengambil masa tepat 30 hari, huhu) memang leceh sikit sebab nak pakai pampers perlu berhati-hati, nak dukung pun kena cermat.

Sebelum saya terlupa, saya nak promote kakak yang bernama Nur yang mengurut saya sebagai tanda terima kasih. Selain itu, kak Nur juga berpengalaman lebih 30 tahun mengurut. Beliau memberi perkhidmatan mengurut di kawasan di Gelang Patah, Bukit Indah dan Nusajaya. Ini nombor telefon bimbitnya, 016-. Memang terasa urutan dia, fuh. Dia juga memandikan bayi dan memakai bengkung. Bayaran yang dikenakan untuk 3 hari pun berpatutan.

Pengalaman berpantang anak kedua sangat menguji kesabaran dan emosi saya. Munir kerap menangis dan kerap juga menyusu. Dia juga kerap meminta untuk didakap selalu. Beratnya bukan main malah manja pulak compare dengan Muadz. Alhamdulillah, ibu saya menjaga saya selama berpantang dan banyak membantu saya. Suami pula menguruskan segala urusan Muadz.

Saya menulis blog ini supaya dapatlah saya menyimpan sejarah-sejarah kami dan dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada semua.

Insha Allah

No comments: