Array Diftong dan Vokal Rangkap-Diftong dan Vokal Rangkap
 

 

 
30 Rejab, 1438 Hijrah
27-Apr-2017

   
Diftong dan Vokal Rangkap

Diftong dan Vokal Rangkap

Bagaimanakah anda membunyikan (menyebut) perkataan meterai dan mulai?(a) me. te. rai(b) me. te. ra. i(c) mu. lai(d) mu. la. iJika anda memilih jawapan (a) dan (c) bermakna dua huruf vokal ai yang segugus dalam suku kata akhir perkataan-perkataan itu ialah diftong; maka bunyi diftong ai [ ai ] yang dilafazkan. Jikalau jawapan anda (b) dan (d), maka huruf vokal ai dalam suku kata akhir kata meterai dan mulai itu ialah vokal rangkap.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem.Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. Bagaimanakah kita menghasilkan bunyi ketiga-tiga diftong tersebut?Perlu diingat bahawa dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa, lidah merupakan alat artikulasi (pertuturan) yang paling aktif lagi penting. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Demikian juga halnya cara membunyikan diftong au, dan oi. Kedudukan lidah pada keadaan membunyikan vokal yang pertama, lalu dengan pantasnya lidah digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang kedua pula.Berdasarkan penelitian terhadap kamus, diftong ai merupakan yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya:Aidilfitri baiduri meteraiAidiladha syaitan landaiaising zaitun tapaiHarus diingat, bunyi diftong ai berlainan sekali dengan bunyi “ai” dalam perkataan-perkataan seperti dimulai, disukai, dihargai, memurkai, mengurniai, dan menganiayai. Vokal ai dalam kesemua perkataan tersebut merupakan vokal rangkap. Huruf vokal “i” dalam gandingan “ai” itu ialah akhiran “i”. Oleh itu, gugus “ai” dalam suku kata akhir perkataan-perkataan tersebut bukanlah diftong ai.Contoh perkataan bahasa Melayu yang mengandungi diftong au, dan oi ialah:aurat saujana lampauautograf maujud imbauauditorium tauliah kemaraukaloi boikot tampoingongoi konvoi sekoiApakah pula vokal rangkap? Dalam bahasa Melayu, ada deretan vokal yang menyamai diftong, iaitu deretan vokal ai, au dan oi seperti dalam perkataan air, aur, ajaib, daun, mulai, gaun, dan eksploit. Namun, jelas bahawa ai, au dan oi bukan satu bunyi yang tunggal; dan oleh itu bukan diftong. Kedua-dua vokal itu dapat berdiri sendiri secara terasing. Hal ini dapat diperhatikan apabila kita pecahkan perkataan-perkataan itu menjadi suku kata, iaitu:a.ir a.ur a.ja.ib da.un ...dan seterusnya.Sebagai kesimpulannya, deretan vokal itu ialah kewujudan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan, dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Deretan vokal itu dinamai huruf vokal rangkap.Selain tiga bentuk deretan vokal rangkap itu, ada lagi vokal rangkap yang lain yang wujud dalam perkataan bahasa Melayu asli, atau perkataan-perkataan serapan daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit yang sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu. Beberapa banyak contoh perkataan yang mengandungi vokal-vokal rangkap yang berkenaan adalah seperti yang berikut:ai: aiskrim cair ghaib sainsau: taun maung kedaung pepauhoi: koir heroin eksploit eksploitasiia: biara piagam sia-sia pianggangio: ion biola antibiotik Zionisiu: cium kiub siuman piutangua: buai buapak dualisme kuarantinui: juita puisi tuil suisea: bea gear teater reaktoreo: neon video geometri ideologieu: neurologi neutral neutron reumatikBegitulah huraian tentang huruf diftong dan vokal rangkap yang terdapat dalam perkataan-perkataan bahasa Melayu. Dengan mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu dengan betul lagi tepat. ...

www.myjodoh.net
BM EJAAN : POLA KESELARASAN VOKAL & KAJIAN PUISI

Pola keselarasan vokal bertujuan menyelaraskan segala bentuk sebutan yang banyak menggunakan huruf v

Pola Keselarasan Vokal dan Kekecualiannya

NOTA BM SEM3Aspek Keselarasan Vokal agak luas mempengaruhi Sistem Ejaan Bharu. dalam sistem ejaan ba

Duet Power Vokal Diva Pop Ziana Zain & Nurul Wahab Utk lagu Kerana Terluka & Madah Berhelah

Ni satu lagi duet yg hebat antara Diva Pop Ziana dengan Nurul Wahab. Lagu Kerana Terluka dan Madah B

Fauziah Latif Dengan Vokal Power High Note Nyanyi Kat Jepun.

Jrg kita dengar Diva Pop Fauziah Latiff nyanyi lagu nada tinggi. Kawalan vokal kak Jee zaman kegemil

4 rangkap dalam 1 rasa

Berperang dgn jiwa sendiri adalah salah satu perkara yg menyeksakan lebih2 lg utk kita berbuat kebai

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.