Pedoman

peNGiKuT

Sunday, September 14, 2014

Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur

hari ini hari penamaan calon. setelah SPR menutup kaunter pendaftaran, telah diumumkan bahawa pilihanraya kecil(PRK) Pengkalan Kubur (PK) menyaksikan pertembungan 3 calon dimana  BN diwakili Mat Razi Mat Ail, manakala PAS mempertaruhkan Wan Rosdi Wan Ibrahim dan  hok bengong calon Bebas ialah Izat Bukhary Ismail Bukhary. (kawe kata bengong sebab barang sohih takkan menang dan hilang deposit).

Sebelum ni kerusi PK disandang oleh arwah Datuk Noor Zahidi Omar dari BN yang menang dalam pilihanraya umum 13 tahun lalu dengan mengalahkan calon daripada Parti Keadilan Nasional (PKR). kawe tak berapa baik dengan arwah tapi dengan ayah dia Pak Cik Omar kawe memang kenal baik dari kecil lagi..

Sepatutnya hok bertanding mewakili Pakatan Rakyat (PR) ialah calon daripada PKR. oleh kerana berkalut ribut seminggu dua baru ni berkaitan dengan jawatan Menteri Besar Selangor maka tersimpul keputusan PKR menyerahkan kerusi PK kepada PAS. sengih tok guru Haji Hadi (TGHH) bila PKR bagi kerusi ni kepada PAS..bokali dalam fikiran TGHH duk fikir 1-0 menang ke dia.

TGHH jangan rasa gembira la dengan penyerahan kerusi PK oleh PKR ni sebab TGHH perlu tunggu sehingga keputusan PRK PK diumumkan pemenangnya. kalau PAS kalah kepada BN maka bersedialah menerima kritikan atau kejian bertali arus daripada pihak anti perpaduan PAS UMNO (UG)..oleh itu kena ikhtiar biar boleh menang. 

kalau boleh la, set-set pala PAS pakat susuk la dulu TGHH ni sampai ke petang hari mengundi sebab bimbang takut TGHH excited nak masuk Buletin Utama TV3. terlajak perahu boleh diundur, terlajak TGHH, menangis tak berlagu la..

Ketua AMK gi jumpa TGHH dan ditanya siapa yang perlu dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Jawab TGHH ialah Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI)...aduh la..TSKI dah jadi ADUN bebas dah...duk keras keng dia juga....

apa-apa pun kita tunggu dan lihat kesudahannya


Wednesday, August 27, 2014

PAS dan Sejarah PRU 1990 hingga 2013

apa la nak jadi dengan PAS ? kenapa begitu angkuh dan sombong sekali ketika ini ? setelah sekian lama dikatakan kelihatan bodoh dalam Pakatan Rakyat akhirnya PAS membuktikan bahawa PAS memang bodoh.

semasa pilihanraya umum (PRU) 1990 PAS berjaya menawan Kelantan dengan memberi TKO kepada UMNO Kelantan. dari mana kekuatan untuk kemenangan bergaya ketika itu ? kemenangan itu datang dari Allah dimana salurannya ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Semangat 46. kecundang dari menawan Malaysia angkara tengkolok fitnah yang tersiar di malam terakhir berkempen sebelum mengundi.  

1995 PAS tidak membawa kejayaan besar dalam PRU setelah Ku Li dan beberapa pemimpin utama 46 kembali menyertai UMNO dan membubarkan parti Semangat 46. Manakala PRU 1999 disorong bantal oleh reformasi Anwar Ibrahim yang dipelantingkan dari UMNO oleh regim Mahathir. Walaupun Anwar dipenjara tetapi kesannya mengejutkan apabila buat pertama kali setelah sekian lama kerusi pembangkang bertambah banyak di Parlimen. PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya merampas Terengganu. 

Aura Tok Guru Nik Aziz (TGNA) di Kelantan kekal hebat selepas pru ke 10 pada 1999 namun aura itu tidak kelihatan kepada Tok Guru Haji Hadi (TGHH) di Terengganu. Terlalu banyak kontroversi dalam pentadbiran TGHH semasa menjadi Menteri Besar.

beberapa bulan selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi (PakLah)  dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) ke 5 , Pak Lah telah membubarkan parlimen pada April 2004 untuk pilihanraya umum ke 11. imej bersih dan warak Pak Lah berjaya menawan pengundi apabila PAS hampir kehilangan kerajaan Kelantan dengan majoriti 1 kerusi sahaja manakala Terengganu dengan senang dapat dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

setelah menang selesa pada pru 11, Pak Lah membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI)  dan menaikkan menantunya Khairy Jamaluddin dalam UMNO telah memberi implikasi besar kepada BN. Pak Lah juga kelihatan lemah sebagai PM dalam mengurus selia negara. Akibatnya satu pakatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah terbentuk dan berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN dalam Parlimen pada PRU ke 12. sebahagian besar kejayaan pakatan ini adalah datang dari kelemahan UMNO dan kehadiran DSAI dipentas kempen seluruh negara.Walaupun gagal merampas kembali Terengganu dari BN, PR telah mengejutkan apabila menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selanggor dan mengekalkan Kelantan.

PRU 13 sepatutnya menyaksikan tumbangnya BN kepada Pakatan Rakyat  (PR). Pertindihan calon dalam PR serta pendedahan oleh TGHH bahawa calon PKR di Terengganu adalah pengedar pil kuda adalah sebahagian punca kekalahan ini. PRU-13 menyaksikan PR kehilangan Kedah dan hanya berjaya mengekalkan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Jika diperhatikan dan dianalisis pilihanraya umum dari 1990-2013, sememangnya PAS hanya menumpang kehebatan sekutunya dalam PR. Kehebatan TGHH tidak sehebat DSAI dan TGNA. PAS sepatutnya boleh merampas Terengganu dari BN jika tiada pendedahan bodoh daripada TGHH semasa kempen PRU-13.


Peraturan Telanjang dan Bikini di Malaysia

peraturan telanjang dan berbikini di Malaysia ni perlu difahami dengan baik-baik supaya tidak berlaku salah faham dikalangan masyarakat.






bogel ni pada pemahaman kawe ialah (bagi pompuan) memakai bikini iaitu seluar dalam kecik dan coli kecik.kalau pakai di tepi pantai atau dikolam renang dikira mematuhi syarat dan adat adat malaysia. jarang dengar facebooker yang komen negatif pasal ni.

dengan menutup kemaluan dikira tidak salah di tepi pantai atau dikolam renang. kesalahan dikira sekiranya bertelanjang bulat dimana-mana tempat dimana orang awam boleh melihat dan menjamu mata. macam kes sukan telanjang di pulau pinang hari tu..

manakala di bandar atau bandaraya ianya menjadi kesalahan lalu lintas sekiranya berbogel apatah lagi telanjang. ianya jelas mengganggu kenderaan awam bergerak dengan lancar manakala pemandu kenderaan boleh dikenakan saman memandu sambil menggunakan handphone (yang ada kamera).
maka dengan sebab itu berbogel dijalanraya boleh menyebabkan kemalangan maut dan ianya satu kesalahan.

Friday, August 8, 2014

Pakatan Retak

Ibarat retak menanti belah..apakah itu perumpamaan yang dapat dibayangkan mengenai hubungan PAS dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR)..?

kalau dahulu Mahathir dikaitkan dengan kepentingan anak2nya manakala Pak Lah dengan menantunya maka kini apakah terpalit dosa keatas dua orang tok guru hebat Tok Guru Nik Aziz (TGNA) dan Tok Guru Haji Hadi (TGHH) ?

Dalam isu Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) selaku Menteri Besar (MB) selangor, cadangan menggantikan DSKI dengan Datin Seri Wan Azizah (DSWA) oleh ketua umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dipertikaikan oleh TGHH yang memberi alasan TSKI masih dilihat tidak memberi/mempunyai masalah dan juga kelihatan bersih dalam pentadbirannya. Lagi panas, TGNA menyatakan pendirian yang sama dengan TGHH. Malah Majlis Syura PAS sebulat suara memihak kepada TSKI.

Pada pendapat kawe selaku pemerhati, tindakan DSAI mempunyai alasan yang munasabah selari dengan aliran politik. DSAI tentulah mempunyai bukti yang kukuh mengenai cara pembayaran balik hutang TSKI dengan Bank Islam dan jika berlaku tindakan undang2 semasa TSKI masih sebagai MB sudah tentu lebih teruk dan menyusahkan PKR. Kemudian isu pil kuda atau pertindanan calon PAS dan PKR semasa PRU lalu masih bengkak lagi maka kawe mengandaikan tindakan TGNA memberi sokongan kepada TGHH adalah untuk tidak memecahbelahkan PAS yang jelas sebahagiannya mempunyai masalah jiwa kasih dengan misi Perpaduan UMNO (UG)..

Nampaknya isu ini boleh diandaikan kepada pelbagai pecahan sebab namun hakikatnya kesepakatan dalam PR sudah menjadi Pakatan Rapuh buat masa kini...

Kembali Mencoret II

Perjalanan 6 jam fari Mekah ke MAdinah adalah satu perjalanan yang menyentuh perasaan. Melihat jarak masa yang panjang dilaluan lurus sudah mengambil masa 6 jam maka bagaimana ketika rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah. dahulu. Penghijrahan yang penuh cabaran itu rasanya tidak mampu kawe lakukan sekiranya kawe diminta melakukan perkara sama seperti rasulullah...

Sebaik sampai di hotel penginapan yang hanya 2 blok dari masjid nabawi, kawe bersama isteri menunaikan solat sunat di masjid nabawi, berada di Madinah dalam tempoh 6 hari sebelu,m berangkat balik ke Malaysia.

Kawe dibawa melawat ladang kurma dan unta. Menziarahi makam Saidina Hamzah di Bukit Uhud. Melihat kesan perang khandak dan melawat masjid Quba iaitu masjid pertama dibina rasulullah di Madinah.

Apa yang istimewa ialah kawe dapat menunaikan solat di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi. Raudhah terletak antara makam Rasulullah dan mimbar Rasulullah. Tiada yang dapat digambarkan akan kesayuan hati kawe kerana dapat soalt dan berdoa di taman syurga ini. Air mata mengalir dengan sendirinya. entah bila dapat kawe kembali ke masjid nabawi kerana ternyata kawe merinduinya.........

Sunday, August 3, 2014

Kembali Mencoret

rasanya sudah lama kawe tidak menulis dalam blog kawe. bukan tak ada masa untuk menulis tetapi dek kerana penangan facebook yang response lebih cepat maka banyak yang nak diluahkan ditulis dalam facebook. tetapi dalam facebook takleh tulis panjang takut orang muak nak baca. 

isunya banyak. tetapi utk kesekian kalinya setelah lama tak mencoret dalam blog ini, kawe nak kongsi pengalaman kawe mengerjakan umrah dan ziarah pada penghujung Januari yang lalu. selama 2 minggu berada di tanah suci Mekah dan Madinah banyak memberi nafas baru buat kawe.

Pada 29hb Januari 2014, kawe bersama isteri kawe Weny berangkat ke tanah suci dengan penerbangan Qatar Airways. dari Kuala Lumpur ke Doha dimana kami transit disana. Transit pun tak sampai sejam, cuma tukar kapal terbang Qatar Airways yang lain dan terus terbang ke Jeddah. Sampai di King Abdul Aziz Airport Jeddah, kami menaiki bas utk perjalanan 2 jam ke Mekah. Pakaian ihram kawe pakai masa dalam kapal terbang lagi. Setelah check in hotel di Mekah, kawe mengupah seorang lelaki yang berasal dari Pattani Thailand untuk membantu kawe mengerjakan umrah. Mujur dapat budak siam ni sebab dia boleh bercakap dialek Kelantan dengan kawe. dia dah 10 tahun menetap di Mekah bersama keluarganya. Maka segala tertib mengerjakan umrah diingatkan oleh dia utk kawe yang pertama kali mengerjakannya. Kalau kawe seorang diri mungkin slow sikit sebab takut ada kesilapan tetapi dengan dia, memang menyakinkan. 
Kenapa kawe upah budak siam ? kerana kawe mengerjakan umrah dengan kerusi roda. kawe mengalami masalah saraf belakang dimana kawe susah berjalan. oleh kerana berkerusi roda maka kawe kena naik tingkat atas dimana laluan utk jemaah yang berkerusi roda atau kurang upaya disediakan. sebaik sampai tingkat atas, air mata mengalir keluar kerana tidak percaya bahawa kali ini kawe melihat kaabah yang sebenar, titik noktah kiblat solat kawe selama ini tersergam indah didepan mata kawe sendiri. cuma terkilan sebab kawe tidak mampu menyentuh kaabah kerana jemaah berkerusi roda tidak dibenarkan masuk. alhamdulilah isteri kawe dapat menyentuh kaabah.

selesai tawaf tujuh pusingan dan solat sunat umrah kawe ke permulaan Bukit Safa untuk membuat sa'ei . Selesai sa'ei di penghujung Bukit Marwah, kawe bertahallul iaitu mencukur rambut. budak siam tolong mencukur utk kawe. dengan selesainya bertahallul maka selesailah umrah kawe kali ini.

hari keempat di Mekah, kawe melawat Jabal Rahmah iaitu tempat pertemuan Nabi Adam a.s dengan Hawa yang terpisah selama 100 tahun selepas diturunkan ke bumi. kawe tak naik atas bukit tu. kawe benarkan isteri kawe naik keatas dan dia sempat berdoa diatas bukit yang mustajab doanya. Entah apa yang didoakannya kawe tak pernah tanya. Perjalanan kami menyusuri padang arafah, mina..kemudian kami ke Tan'eim utk miqat dimana kawe dan rombongan yang ingin mengerjakan umrah sekali lagi kenalah miqat diluar tanah haram. kawe berniat utk mengerjakan umrah bagi arwah mak kawe manakala isteri kawe untuk arwah abahnya.

setelah seminggu di Mekah, kami berangkat ke Madinah. Perjalanan 6 jam memberi pengalaman baru kepada kawe kerana sepanjang perjalanan hanya kelihatan bukit-bukit dan gurun yang luas. 

bersambung...


Friday, March 28, 2014

Justice for 529

529 org penyokong bekas presiden Mursi dari Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tanpa perbicaraan yang adil. Setakat yang diketahui, hukuman masih belum dijalankan......

Tuesday, March 18, 2014

Pray For MH370

Terdapat pelbagai analisis, pandangan atau cerita mengenai misteri kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac yang lalu. Bagaimanapun, kawe doakan semoga segala-galanya dalam keadaan yang selamat dan dapat diselesaikan kemelut ini.

Bersama kita berdoa utk #MH370

Tuesday, August 27, 2013

TM Net Streamyx 8MBps & HyppTV

setelah bertahun-tahun lamanya melayari internet, dari zaman modem dial-up ke jaring, telekom kemudian era streamyx muncul sekitar 2001 (kalau tak silap), tak pernah wujud kepuasan dalam diri kawe bab speed internet ni. semasa krisis kena potong line tahun lepas, kawe sempat langgan DiGi broadband dan P1 broadband. yang ni lagi la hampeh. ada limit broadband setiap bulan.

minggu lepas kawe upgrade 4mb streamyx kawe ke 8mbps. ada orang tanya kenapa tak unifi terus. itu yang bengang pasal TM ni..kawe duduk di pangsapuri TNB Sg.Ara Bayan Lepas. ada 3 blok kediaman. Blok 7 dan 9 khas utk non-exec dan blok 5 utk exec. blok 9 hanya 4mbps je boleh support, manakala blok 5 hanya 1mbps sahaja..blok kawe blok 7 sahaja yang support 8mbps ke bawah...

keluar je kawasan pangsapuri TNB, kira seberang jalan (dalam taman yang sama) boleh support UNIFI. tak tahu apa masalah TM kat sini tapi staff TM pernah jawab, tak untung kalau bubuh UNIFI kat pangsapuri TNB..

bila upgrade 8mbps kawe ambil HyppTV dengan harapan boleh tutup terus ASTRO. apa yang menghampakan kawe ialah channel yang diberikan oleh HyppTV macam hampas..tak ada yang menarik minat kawe..tapi dah terambil maka biarlah..nak terminate tak boleh sebab ada kontrak setahun.

Nasihat kawe, kepada rakan2 yang nak subscribe HyppTV fikirlah dulu akan kemahuan kita untuk kepuasan kita dalam berhibur atau mencari maklumat..cuma yang best Al-Jazeera sahaja..live katanya dan x ada tapisan macam ASTRO

Saturday, August 17, 2013

Pembunuhan Di Mesir

pembunuhan yang berlaku di Mesir terjadi kerana satu sebab...INI SEMUA SALAH ANWAR IBRAHIM

Sunday, August 11, 2013

Kejadian Tembak


kuat wei berlaku kes bunuh dengan tembakan ni..kawe rasa kawe tahu sapa yang patut dipersalahkan dalam soal ini...INI SEMUA SALAH ANWAR IBRAHIM

Tuesday, August 6, 2013

Dah Kalah dan Bersalah Masih Mahu Bertanding Lagi...

Mohd Ali Rustam  63, dipilih sebagai naib presiden Umno pada pemilihan 2004, bagaimanapun tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.

Bekas Ketua Menteri Melaka ini berkata dorongan kuat untuk beliau bertanding adalah disebabkan beliau mahu terus menyumbang kepada parti dan masyarakat.

Katanya pada masa kini kedudukan orang Melayu dan Bumiputera seperti mahu diketepikan oleh banyak pihak dan ini menambah kepada semangatnya untuk mempertahankan hak golongan itu.

"Apa guna kita berjuang dalam politik kalau tidak kerana orang Melayu, hak agama Islam di samping menjaga kepentingan orang lain.


 SPRM DAH SELESAI KAH SIASAT KENDURI MEGA?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.

"Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull (kanan) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.
 
Petikan WRLR

Monday, July 22, 2013

Kesinambungan Yang Tiada Noktah

Ramai rakan-rakan bertanya kenapa lama kawe tak mencoret di blog Perjalanan Hidup, maka dijawabnya kawe selepas PRU13 mood menulis tak berapa nak mari sangat. Memang ada rasa kecewa kerana keinginan melihat perubahan tidak berlaku.

seorang penulis hebat menegur kawe dengan memberi nasihat agar terus berbicara sedaya mungkin kerana jalan cerita masih belum menemui noktahnya. banyak juga nasihat yang diberinya kepada kawe dan insyallah akan kawe pratikkan.

Dan ianya memang benar kerana kesinambungan cerita perjalanan hidup masih belum menemui noktahnya. Selalu sahaja ada perkara yang ingin diluahkan lantaran rasa tidak puas hati terhadap rentetan kejadian dalam rutin kehidupan.

Apa tidaknya, baru je lepas bersahur sat ni, isteri bagi tahu ayam yang beli petang tadi kat Giant dah habis dengan 2 kali hadap sahaja iaitu berbuka dan bersahur. beli seekor je petang semalam sebab tak bawa cukup duit untuk beli 2 ekor seperti kebiasaan. Dahla harga ayam mahal campur pulak kawe ni bukan orang ada gaji..terasa wei bebannya.

sat ni baru baca wall facebook kawe. Harimau Malaya kalah 1-4 kepada Chelsea. Dahlah bayar ASTRO mahal, siaran langsung pun tak ada malam tadi. Binawe punya ASTRO. Kemudian ramai lagi duk update status mintak Rajagobal di pecat. tak payah duk update la pasal tu selagi bumi Malaysia ni masih bawah kekuasaan mereka yang tak reti malu.  si Botak tua tu pun masih tak sedar diri agar undur atau letak jawatan secara terhormat selaku presiden persatuan sukan tu..inilah bahananya apabila kepala kaki judi dijadikan ketua tadbir sukan yang haramkan judi pertaruhan. bila presiden dah macam tu maka jurulatih pun bebal macam tu juga la...dia faham orang tak suka dan menyampah kat dia tapi dek gaji mahal punya pasal buat tak tahu je la...nama pun RAJAgobal..

kemudian isu mempersendakan Islam oleh Alvin and The chipmunk Vivian. memang kurang ajar tapi kenapa hanya mereka sahaja yang dikenakan tindakan..ops lupa..This Is Malaysia !!!!!!!!!! so malas nak ulas

yang paling kelakar ialah Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang mengeluarkan fatwa mengharamkan 'shisa' atas sebab tertentu..kelakarnya bila ramai melayu selamba sedut 'shisa' secaa terbuka selepas fatwa dikeluarkan.kenapa mereka berani sebab sebelum ni MFK banyak mengeluarkan fatwa mengarut terutama yang berkaitan dengan parti politik lawan kerajaan sampai orang mula menyampah dengan MFK maka inilah kesannya apabila perkara yang benar-benar haram akhirnya tidak dihiraukan lantaran banyak kekarutan sebelum ni..This Is Malaysia !!!!!!!!

Cukuplah dahulu buat masa ini..

Thursday, July 4, 2013

Sheikh Al-Azhar Digunakan Untuk Gulingkan Presiden Mursi

Diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar digunakan untuk menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Kita baca pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dibawah.

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Sunday, June 2, 2013

Stadium Bukit Merbau

Kejayaan PAS Kelantan mempertahankan kerajaan negeri Kelantan merupakan satu kemenangan yang bermakna kerana berjaya mematahkan serangan puak UMNO-BN dari segenap bucu. Melihat kepada ramainya orang mempamerkan sticker 'T' dikenderaan masing-masing sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU) cukup untuk menggambarkan bahawa gerakan itu berjaya menarik pengundi kembali kepada BN.

Landskap politik Kelantan dilihat ada perubahan dimana BN berjaya menambah kerusi DUN dan  Parlimen di Kelantan. Antaranya parlimen Ketereh yang sebelum ini disandang oleh Aziz Kadir kini dirampas oleh Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Nampaknya teori selang seli kerusi Ketereh menjadi buat TSAM.

Selepas berjaya mengekalkan Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) membuat satu keputusan yang mengejutkan iaitu berundur daripada memegang jawatan Menteri Besar (MB) yang disandangnya selama 23 tahun. Timbalan Menteri Besar yang juga ADUN Pasir Pekan Ahmad Yaacob diangkat menggantikan TGNA sebagai Menteri Besar.

Apabila Ahmad Yaacob menjadi MB maka berlakulah perlantikan untuk Exco baru Kelantan. Apa yang mengejutkan ialah apabila bekas exco Husam Musa tidak dilantik semula dengan alasan ianya tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan. Malah jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) diberikan kepada Nik Amar.

Antara puncanya, mengikut pendapat kawe la, Husam tidak dilantik menjadi TMB atau Exco adalah kerana terlalu banyak projek yang dilancarkannya terbengkalai. Dalam erti kata lain Husam ni jenis pandai kecek sahaja tapi dari segi pengurusan ekonomi Kelantan agak lemah.

Antara projek yang dilancarkan oleh mantan MB TGNA ialah stadium Bukit Merbau yang terletak dalam kawasan Selising, Pasir Puteh. Siap dengan batu asas dan solat hajat lagi. 

Oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Malaysia maka projek ini kawe lihat tidak akan dilaksanakan walaupun janji telah dibuat. Jika PR menang hari tu, tentulah wang royalti minyak Kelantan akan disalurkan kepada kerajaan negeri dan bolehlah projek stadium ini dilaksanakan. Malangnya ia berlaku sebaliknya.

Sebagai MB yang baru, Ahmad Yaacob kena buat stadium Bukit Merbau ni dalam tempoh yang terdekat jika mahu menjadi MB selepas PRU-14 nanti. Ini termasuk juga lebuhraya rakyat Kuala Krai - Kota Bharu. Jika tidak dapat dilaksanakan maka sudah tentu kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS Kelantan dianggap hanya mampu menanam tebu dibibir sahaja oleh rakyat.

Aura MB baru masih tidak dapat dirasai oleh sebahagian rakyat Kelantan. tidak sama seperti TGNA apabila beliau memegang tampuk pemerintahan Kelantan 1990 yang lalu.

Kawe berharap benarlah agar kerajaan Kelantan dapat menyiapkan stadium ini sebagai bukti bahawa kerajaan mampu membinanya walaupun disekat peruntukkan oleh kerajaan pusat. Impian anak muda untuk melihat sebuah stadium baru tatkala bolasepak sudah menjadi sukan kegilaan rakyat Kelantan masakini.

Friday, April 26, 2013

Perlukah Annuar Musa Untuk Ketereh ?

TSAM menabal raja utk Kelantan
Sudah lama tidak menulis kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain dan dikesempatan yang ada ini kawe ingin menyuarakan pendapat kawe tentang tercalonnya Tan Sri Annuar Musa (TSAM) sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Ketereh. Disebalik pengkhabaran bahawa Datuk Hj. Alwi akan dipilih menjadi calon utama Ketereh, disaat akhir TSAM berjaya menjadi pilihan Datuk Mustapha Mohammad. Apakah berlaku tangan ajaib dalam usaha melobi kerusi Ketereh ini ?

Sejarah politik TSAM selaku ahli politik sentiasa dalam keadaan terumbang ambing. Bermula dengan 1986, TSAM, politik beliau diselang seli dengan menang dan kalah. 2008 TSAM kalah kepada calon PKR Hj Ab Aziz Kadir dengan majoriti 400 dan sekali lagi pada PRU 13 ini, TSAM bertembung kembali dengan Hj.Aziz yang mempertahankan kerusi Keterehnya.

Jika dilihat kepada kempen pilihanraya antara kedua pihak, TSAM dilihat lebih hebat kerana beliau ada kekuatan kewangan yang besar, penggunaan jentera kerajaan seperti KEMAS, KADA, para guru dan banyak lagi. Manakala Hj Aziz yang tidak mempunyai dana untuk menampung kempennya bergerak dengan kudrat yang ada.

TSAM adalah orang yang membawa kecemerlangan dalam bolasepak Kelantan sehinggakan pasukan Kelantan @ The Red Warriors (TRW) berjaya menjulang 3 piala utama bolasepak Malaysia sememangnya tidak boleh dipertikaikan akan kehebatannya. TSAM memberi kegembiraan kepada rakyat Kelantan untuk bersatu dengan bolasepak. Tindakan TSAM menyertai kembali politik dengan bertanding dalam PRU kali ini telah menlukakan sebahagian besar penyokong tegar TRW yang nyata tidak menyenangi malah mengutuk tindakan TSAM menjadikan bolasepak sebagai cagaran untuk kempen pilihanrayanya.

Bukankah politik telah menjadikan TSAM tercalar imejnya maka mengapa perlu beliau kembali kepada politik. Memadailah dengan imej yang dibina semula oleh TSAM dalam bolasepak. Jika benar cita-cita TSAM untuk menjadi pemimpin maka telah ditunjukkan oleh Allah SWT bahawa bolasepak adalah sinonim dengan kebolehannya. Kawe yakin bahawa selepas ini akan berlaku sedikit perubahan dalam sokongan rakyat terhadap bolasepak Kelantan dimana rata-rata akan mengkritik kepimpinanan TSAM dalam KAFA. Malah ketika ini prestasi TRW berada dalam tahap yang mendukacitakan seolah menjelaskan bahawa itu adalah bayangan kesuraman politik TSAM kali ini.

Kawe mengaku kawe orang atas pagar tetapi ini kalilah kawe tidak akan menyokong TSAM kerana bagi kawe personaliti Hj.Aziz Kadir selaku mantan ahli Parlimen Ketereh sebelum ini adalah cukup baik, mesra dengan rakyat, jujur, merendah diri dan senang didampingi berbanding dengan kepuraan TSAM tatkala ini. 

Kenapa kita hendak menukar sesuatu yang baik dengan sesuatu yang kurang baik ? Kekalkan Hj.Aziz Kadiri seiirng dengan harapan untuk Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara selepas PRU ini..Insyallah

Wednesday, March 6, 2013

Facebook Kena Hack

Kepada rakan2 yang dihormati, kawe tak leh masuk facebook kawe sekarang. Dah puas kawe trace akaun kawe ni takleh masuk juga. 

harap maklum dan insyallah kawe akan beroperasi semula selepas ini

Wednesday, February 20, 2013

FAM Sudah Terlalu Melampau

Tan Sri Annuar Musa : DI FAHAMKAN FAM MENDENDA KAFA RM62,500 kerana beberapa insiden sewaktu perlawanan kelantan vs JDT...RM20,000 kerana mercun...RM20,000 kerana penyokong membaling objek kpd pelawat..RM2,500 kerana membaling objek ke dlm padang dan RM20,000 kononnya kerana KAFA dikatakan gagal menyediakan kawalan Keselamatan secukupnya....ANDA BOLEH KOMEN TP SAYA NAK TUNGGU SURAT DULU...

Diatas adalah petikan kenyataan TSAM dalam laman sosial Facebook.  Sesuatu yang normal bagi KAFA dalam percaturan politik bolasepak negara. Rakyat Kelantan tentu sudah hilang sabar dengan badan induk bolasepak Malaysia ini yang sentiasa keterlaluan dan berat sebelah terutama dalam kes yang membabitkan Kelantan.

Analoginya cukup mudah, kedatangan Johor Munafik Force (JMF) lengkap bersenjata di Stadium Sultan Muhammad ke-1V adalah satu tindakan terbodoh yang tidak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak Malaysia. Apa hak JMF datang ke Kelantan dan menunjuk-nunjuk sedemikian rupa yang jelas bertujuan untuk membuat provokasi terhadap rakyat Kelantan.

Menurut si celaka Tengku Mahkota negeri itu  (TMJ) kedatangan JMF adalah kerana Sultan negeri yang berketurunan lanun itu ingin tengok bola. Itu alasan bodoh dari orang yang paling bodoh berbanding lembu yang paling bodoh didunia. 

Kemudian penyokong JDT yang datang kebanyakkan berambut ala-ala askar dan membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah. Memang itu tujuan kedatangan mereka kerana mereka tahu sikap orang Kelantan yang 'gedebe'. Ini adalah perancangan terbodoh TMJ setelah kontroversi perpindahan beruk Mat Yo ke pasukan JDT.

Laporan rasmi dibuat oleh KAFA tentang kehadiran JMF namun hasil dari mesyuarat jawatankuasa disiplin FAM yang dketahui oleh penjilat Presiden FAM memutuskan KAFA didenda. 

FAM memang tidak layak mentadbir bolasepak Malaysia dan wajar rakyat Kelantan untuk tidak bersekongkol dengan puak2 FAM serta perlu bertindakbalas terhadap FAM dalam apa jua cara sekali pun

Antara cadangan kawe ialah mana-mana penyokoing yang berani pergi ke mana-mana perlawanan yang tidak melibatkan Kelantan dan membawa mercun/bom asap dan baling ke padang. Kita tunggu dan lihat apa reaksi FAM terhadap persatuan bolasepak terbabit.

Tapi kawe rasa tak perlu buat kerana kita orang bertamadun. Cuma nak bagitahu kalau kita nak sabotaj orang lain, bila-bila masa kita boleh buat. Ingat payah ke nak buat.

Buat TMJ, apa yang kamu buat adalah idea TSAM semuanya..Nak harap kepada kebijaksanaan memang mu tak layak untuk dibandingkan dengan TSAM, Bapa Bolasepak Malaysia..TMJ hanya layak ditong sampahkan.


Sunday, February 17, 2013

Annuar Musa Mula Melenting

"Nampaknya ada Pencacai parti cukup berselera mengambil kesempatan dari situasi di hadapi pasukan demi utk niat busuk mereka..MEREKALAH ORANG YG SELAMA NI CUKUP TIDAK SENANG DGN KEJAYAAN TRW..MEREKA SUDAH LAMA MENGHARAPKAN TRW TIDAK BERJAYA AGAR MEMBUKA PELUANG UTK MEREKA MELANCARKAN TUDUHAN DAN MENGHAKIS KEWIBAWAAN PASUKAN..KENAL KENALI LAH MEREKA INI..MEREKA BERPURA PURA JADI PENYOKONG BOLA KERANA TAK BERJAYA MENGGAGALKAN USAHA YG DI BUAT..INSYAALLAH KITA AKAN USAHAKAN ATASI SEGALA MASAALAH SEDAYA MUNKIN..PADA 1hb MAC KITA AKAN UMUMKAN BEBERAPA USAHA UTK PERKASA TRW MENJELANG TEMPOH PENDAFTARAN KEDUA..biarkan set mabuk parti tu dgn gelagat mereka..KENAL KENALILAH MEREKA..LAZIMNYA MEREKA INI TIDAK MENYUMBANG APA APA KEPADA SESIAPA..yg mereka nampak hanyalah LAMBANG LAMBANG MEREKA yg munkin menjamin mereka sedikit habuan...BIARKAN LAH MEREKA KERANA SUDAH SEMEMANGNYA BEGITU PERANGAI MEREKA..SAYA PERCAYA MASIH RAMAI ORANG PARTI YG RASIONAL DAN TIDAK FANATIK..MEREKA JUJUR MAU LIHAT KITA BERJAYA..KPD MEREKA KITA UCAP TERIMA KASEH.."

 
Petikan luahan Tan Sri Annuar Musa dalam facebook yang mula kepanasan apabila ramai orang mengkritik perfomance The Red Warriors (TRW) yang hilang kepahlawanannya. (Kem Desa Pahlawan Kok Lanas tetap setia bersama TSAM). TSAM mempertikaikan komen cai-cai yang tidak sehaluan dengan parti yang dijunjungnya ketika ini. Luahan ini dicatatkan dalam laman sosial Facebooknya.

Ramai juga facebookers yang marah dengan statement TSAM ini kerana berbaur politik. Rasanya TSAM faham betapa peminat TRW tidak mahu politik dan bola dicampur adukkan. Tapi kali ini TSAM hilang kesabarannya. Malangnya luahan TSAM tidak bersahut dengan sebaik peminat bersahut soal bola Kelantan. Ramai yang mengkritiknya.

Ada yang mengeluarkan kenyataan tentang sewa padang USM yang masih beluim dilunaskan. Kemana hilangnya duit yang sepatutnya dibayar. Itu pendedahan dalam komen pengikut page TSAM di facebook. Samada benar atau tidak itu kawe tidak tahu tapi tabiat ini memang sentiasa berlaku dalam mana-mana pengurusan...LUPA atau saja-saja buat LUPA.

Apa-apa pun TSAM kenalah bersabar dan kena bijak dalam soal ini. Pengalaman sepatutnya mematangkan TSAM. Kalau buat tak reti rasanya orang pun akan malu muka akhirnya dan senyap dengan gitu je lepas ni.. oleh kerana dah terlayan dengan pencacai maka terimalah je kutukan mereka yang meletakkan bola dan politik adalah sesuatu yang berbeza.


Friday, January 25, 2013

Lawak : Sultan Mahu Umat Islam Contohi Rasulullah

Sempena maulidur rasul ini kawe lihat banyak negeri mengadakan acara perarakan yang disertai oleh kakitangan kerajaan pelbagai peringkat serta pihak swasta. Kebanyakkan peserta perarakan memakai baju melayu serba lengkap sambil diiringi pemegang sepanduk sempena maulidur rasul. Kemudiannya mereka akan tiba disatu tempat terutama di stadium dan mendengar ucapan ketua agama yang biasanya dilakukan oleh para sultan atau yang dipertuan negeri.

Menerusi berita TV3 kawe dapati beberapa sultan dalam ucapan mereka menyeru rakyat terutama yang beragama Islam agar mencontohi rasulullah. Selain itu mereka juga mahu umat Islam mengamalkan perintah Allah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan.

Pada kawe tidak salah menyeru orang ramai tetapi apa yang menggelikan hati kawe ialah orang yang menyeru tu, tak pula ikut sama berarak dalam perarakan yang diadakan. Itu baru satu contoh. Kemudian apabila melihat kepada cara mereka maka susah nak tengok apa yang mereka contohi daripada Rasulullah SAW. 

Kawe nak ulas-ulas panjang pun takut kena tangkap percuma pulak maklumlah mereka ini kan golongan dewa-dewa kayangan...hahaha...Penatlah Malaysia kalau ada orang macam ni jadi pemimpin. Nak digelarkan 'ulul amri' pun jauh jelak kalau nak diberikan pun tapi jangan terkejut kalau ada orang Melayu yang merasakan puak dewa-dewa ini adalah ulul amri...hahahahaha

Sunday, January 20, 2013

Karpal Singh Wajib Di.'tutttt'

Berdasarkan apa yang terlihat dalam berita mengenai ulasan Karpal Singh yang mahukan PAS menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible bahasa melayu adalah disifatkan sebagai sebagai kurang ajar dan melampau. 

Sebagai tindakan, kawe merasakan wajar DAP mengenakan tindakan keatas Karpal Singh yang jelas sering menghina Islam dan memperlekehkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP masih mengharapkan undi daripada pengundi Islam maka wajar dan wajib DAP menghormati keputusan PAS serta mengekalkan kesepaduan yang ada dalam Pakatan Rakyat. 

Apakah PAS akan dijadikan kambing hitam sekali lagi sekiranya terus tunduk mengalah kepada perkara-perkara sensitif seperti ini. Sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia kawe merasakan kedudukan PAS dalam PR tidak akan kekal lama sekiranya terus dipermainkan terutama berkaitan dengan hal-ehwal berkaitan dengan Islam. Apa-apa pun kawe lebih suka menunggu dan lihat tindakan selanjutnya.

Sejarah boleh berulang malah sejarah baru juga boleh dicipta dan terpulang kepada sejauhmana PAS berasa boleh pertahankan penghinaan seperti ini. DAP wajib menyahkan Karpal Singh atau mana-mana mereka yang tidak menghormati persepakatan.,

Thursday, January 17, 2013

Kelantan vs Tentera Johor Darul Takzim

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad merasakan dia antara orang hebat sebab dijawatan dia ada perkataan 'agung' maka org lain yang pegang jawatan Naib Presiden tak leh buat apa-apa kenyataan sebab tak ada Naib Presiden Agung..Presiden FAM dan Timblan Presiden FAM tak perlu tambahan agung dijawatannya sebab mereka ada golongan 'agung'. Sebab itu Timbalan Presiden FAM yang sorang lagi Tan Sri Annuar Musa kena belasah dalam AJK FAM sebab dia bukan dari golongan 'agung'. Sebab tu kakah Timbalan Presiden FAM bila tegur bolasepak Malaysia tidak dikenakan tindakan sedangkan TSAM kena hukuman 2 tahun lebih...

Sekarang berkaitan dengan isu Johor Mutan Force (JMF) yang datang ke stadium di Kota Bharu dengan lengkap bersenjata. media mempersoalkan kenapa perkara ini boleh berlaku. untuk tindakan FAM, Datuk Azzuddin Ahmad kata FAM tidak menerima aduan rasmi. rujuk kes Kelantan vs Selangor yang berkaitan kekasaran 2 pemain selangor terhadap pemain kelantan, FAM suruh buat aduan dan apabila aduan dibuat KAFA dihukum juga kerana ada kekasaran pemain Kelantan ke atas pemain Selangor walhal selangor tak buat aduan pun..

Jadi kawe buat kesimpulan lepas aduan dibuat maka KAFA akan dihukum kerana tidak menyediakan Kelantan Military Force sendiri....hahahahaha. Lepas tu cuba tengok sebahagian 200 penyokong JDT...acu tengok stail rambut puak-puak dia..macam rambut askar..kemudian bom asap..datang dari mana ??? dari kawasan berhampiran penyokong Johor kan....Jahat mainan kakah Tengku Mahkota Johor ni sebab tu kawe kekal sampai la ni takkan angkat sembah ke puak-puak ni..doa dalam solat jumaat pun kawe tak rajin amin utk raja-raja..

TMJ kata kehadiran JMF sebab Sultan Johor nak hadir...hahahaha...bodoh sungguh statement tu..tapi gak dah bodoh supo lembu maka tahap tu la TMJ

Kalu ada orang Kelate kata kena sabar, kita orang baik, kita jaga agama maka kawe cadang orang tu buang la 03 dalam IC tu sebab kes bawak askar sampai ke dalam stadium ni kawe rasa memang macam nate JMF dan TMJ ni pijak kepala arwah mak kawe masa nak tanam mayat...paham-paham diri la belaka maksud kawe..takkan kelih saja...

Afdlin Shauki Bela Penghina Islam ?

Patrick Teoh (PT)..menurut bro Afdlin Shauki (AS) , PT ni dia kenal lama dah dan ramai kawan yang beragama Islam. Dalam posting bro AS dia minta kita maafkan PT kerana perbuatan dia menghina Islam. Bro AS pun ambil la kisah rasulullah sebagai teladan untuk melepaskan cemuhan dan ugutan terhadap PT. Ramai juga yang sokong bro AS dan ada juga yang mengkritik..biasalah tu dalam FB (yang tepuk tangan orang yahudi yang buat fb ni..bukan student UUM ok). 

Wahyu dah Allah sampaikan maka kita gunalah akal untuk berfikir. Sejarah rasulullah pun kita dah banyak dengar dan baca. tapi yang kelakar ada juga yang bangang duk bahas soal bro AS guna ganti nama 'beliau' utk rasulullah dan bukannya baginda....kata mereka beliau bukan utk rasulullah kerana selayaknya ialah baginda...(gelak jap...hehehehe). (dlm hati kawe..baginda..takan rasulullah samadengan raja-raja melayu...***akal berfikir)....(sambil senyum kawe tengok 3 keping sampul biru 1M Bantuan Persekolahan)

kemudian ada juga yang melenting bila bro AS ditegur. macam biasalah kalau dah terkena maka akan ada yang jawab buat apa duk sibuk-sibuk, jaga diri tu dahulu,perbetulkan amal ibadat tu..bla..bla..bla.. apasal la ayat macam ni kawe tak dapat masa kecik dahulu...masa ayah kawe marah kawe sbb tak solat, bolehla kawe jawab..yo yo dad, jaga amal ibadat ayah saja tak payah la campur tangan org nak ke tak nakl solat...hehehe contoh best siol 

orang macam PT yang hina islam ni boleh dikategorikan samada dia nyanyuk atau mabuk...hehehe..kena bersangka baik la bro.. sbb kalau ikut dengan umur, kredibiliti PT dan ramai kawan Islam (question mark)..sepatutnya PT takkan keluarkan ayat menghina Islam tu.. 

Tapi apa boleh buat sebab orang islam kat malaysia ni lebih melayu dari islamnya...hidup melayu... bro AS kena gi Palestin sekali lagi la utk rasa feel macam mana orang hina Islam sebab kalau tengok kat Malaysia ni kurang effectnya..

(hiburan tambahan) apa apa pun kelakar juga bila Nabil yang jadi kuntilanak sebut astafirulahha'azim lalu keluar api dikepala pontianak lain ....lawak..lawak..(walaupun mempermainkan kalimah islam)..steady boboi..kalahkan jozan terutama Zizan yang dapat hidayah bila sambut tahun baru 2012 dgn program Ustaz Azhar idrus dulu sampaikan dah start berlawak pakai baju pompuan macam bro AS, siap pakai seluar pendek, siap jadi ustaz ala-ala UAI...hehehehe... 

apa-apa pun respect bro AS yang kata video,ayat,kartun takkan membuatkan islam terluka...(walaupun kartun tu hina rasulullah,video menghina rasulullah)...teringat ke satu golongan yang sayang rasulullah tapi sanggup meludah dan menghina sahabat rasulullah dan isteri rasulullah..sapa heh???

Monday, January 14, 2013

Kalimah ALLAH

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
   
 Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
   
 Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
   
 Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
   
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
   
 Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
   
 Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
   
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
   
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
   
 Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
   
 Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Sunday, January 13, 2013

Catatan Perjalanan 2013

Tahun 2012 sudah berlalu. Tiada apa yang istimewanya bagi kawe mengenai 2012 kerana apa yang berlaku itu sudah tercatat timbangannya. Cuma tahun 2012 ialah tahun dimana genapnya umur kawe ke 40. (lahir 1972 masihi). Kawe tak raikan umur 40 masihi sebab kawe dah raikan umur 40 hijrah sebelum 2012 lagi.

Kawe mengambil masa yang agak lama juga utk mencatat sesuatu dalam blog kawe kerana kawe sedang menyiapkan satu warkah untuk renungan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Masih belum siap kerana masa disilang gantikan dengan masa ada kalanya sihat dan kadangkala tidak sihat. Hakikatnya kawe memang tidak sihat tetapi paras tidak sihat kawe anjakan kepada normal kerana dah terlalu lama dalam keadaan tidak sihat. maka apabila tidak sihat itu maka ianya bermaksud kawe lebih sakit berbanding paras yang kawe jadikan normal itu.

Lagipun pada penghuung tahun 2012 baru ini kawe sibuk mempersiapkan kelengkapan untuk persekolahan anak kawe. anak kawe 3 orang dimana yang sulung, Amir dah melangkah ke peringkat menengah, manakala yang kedua Aiman dipenghujung peringkat rendah untuk menghadapi UPSR 2013 dan sibongsu Allyssa mula menapak ke darjah 1. Maknanya duit bantuan sekolah anak kawe tahun ini dapatlah rm300 dari waris terakhir kerajaan BN yang akan berakhir pada PRU-13 nanti. Jika dikira memang banyak wang dihabiskan untuk membeli kelengkapan tetapi kerana tanggungjawab maka tidaklah perlu mengeluh. Alhamdulilah ada ahli politik yang memberi sumbangan untuk persiapan anak-anak kawe..terima kasih YB.

Kedatangan 2013 disambut oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai acara yang diadakan. Ada yang memilih untuk bersama malaikat rakib dan ada juga yang memberi tugasan kepada malaikat atid. Apa yang boleh dikata kerana itu pilihan masing-masing..pilihan ditangan anda. Ada yang berazam setiap kali muncul tahun baru tapi yang peliknya azam jarang muncul ketika tiba tahun baru hijrah. itupun pilihan masing-masing.

selain urusan harian yang tetap berterusan, ketibaan 2013 memulakan musim baru untuk bolasepak Malaysia. Musim baru dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara treble Kelantan menentang ATM di Stadium Shah Alam. ATM menang melalui keputusan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 pada perlawanan sebenar. ATM bila menang maka tak adalah buah nangka kali ini..Perlawanan Liga Super adalah yang dinanti-nantikan kerana ramai mahu melihat pasukan bintang Johor Darul Takzim (JDT) beraksi. Ketika saat ini JDT tewas kepada Pahang 2-3 dan menang keatas Perak 1-0. Kelantan pula menang dengan PKNS tapi kalah dengan T-team 0-1. Dan saat yang dinantikan ialah 15hb ni iaitu perlawanan antaran Kelantan dan JDT di Kota Bharu. Sudah tentu gelanggang tersebut kepanasan kerana banyak isu panas yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Paling best dalam edisi 2013 ialah melihat tahap pengurusan badan FAM yang dilihat ada berat sebelah. Isu tebus kontrak Mat Yo telah diselesaikan oleh FAM dengan menetapkan kadar RM299k untuk pemain paling bernilai 2012. Maka selepas ini boleh lah mana-mana persatuan bolasepak di Malaysia nak ambik mana2 pemain dari pasukan lain walaupun kontrak belum tamat. Yang penting ada duit semua jadi. Inilah bahana jika yang menerajui sesebuah persatuan adalah mereka yang bergelar Sultan atau Tengku Mahkota.
 
Semalam pada 12 Jan telah berlangsung perhimpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka dimana pelbagai anggaran dibuat oleh banyak pihak mengenai jumlah kehadiran. Seperti biasa dipihak yang tak belaga angin kata 45k sahaja manakala disebelah penganjur berkata  lebih daripada 200K yang hadir. Apa-apa pun yang pasti lebih daripada 100k kehadiran pada HKR112. Kelangsungan HKR ini membuatkan PM agak gusar untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat. Tarikh terakhir untuk membubarkan parlimen ialah 8 April 2013. Apakah PM akan menunggu ke tarikh akhir untuk pembubaran ? sama sama kita saksikan jika umur panjang.

Perubahan diperlukan dalam sistem pentadbiran negara dimana segala kepentingan rakyat wajib diutamakan serta pengurangan masalah rasuah, agihan kontrak yang tidak adil dan juga menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin ketara. Peluang ada ditangan kerajaan yang sedang memerintah untuk buat perubahan dan penambahbaikan tapi jika masih duduk ditahap sama maka biarlah rakyat yang menentukan pilihan mereka. 

Konflik antara BN dan PR memungkinkan akan berlaku pilihanraya yang tidak BERSIH dimana ada slot perancangan yang rapi dan teratur untuk membolehkan yang sedang berkuasa kekal berkuasa. Apakah jaminan SPR dalam keadaan ini kerana ianya bukan tidak pernah terjadi dalam dunia ini dimana kerajaan yang zalim masih mampu menang sedangkan rakyat secara majoritinya tidak mahukan lagi kerajaan yang menindas itu..boleh rujuk sejarah atau google sahaja.

tahun berganti tahun dimana usia kian meningkat yakni ajal semakin dekat. keadaan yang berlaku dinegara kita tetap berkisah pada polimik isu yang sama dan kita menanti terjemahannya pada PRU-13 ini. Manusia tetap manusia dimana fitrah manusia ada yang baik dan jahat maka gusarlah kita akan apa yang bakal berlaku namun hendaklah kita berdoa agar kiamat yang makin hampir itu tidak hadir dalam usia kita...wassalam.


Saturday, December 15, 2012

DAP=GERAKAN=MCA

Dalam perhimpunan mesyurat agung DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan mahukan kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan ke atas salun/kedai gunting yang melarang pelanggan lelaki bukan islam menggunting rambut di salun wanita bukan islam dimana pekerjanya semua bukan islam dan begitulah sebaliknya.

Sebelum itu satu kumpulan lelaki berbangsa cina dari parti GERAKAN Negeri Sembilan telah mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPKB-BRI dengan sengaja datang menggunting rambut di sebuah salun yang terletak di Kota Bharu. Kumpulan yang diketuai oleh penolong setiausaha GERAKAN Negeri Sembilan datang bersama 3 orang lelaki bukan islam dan 2 wanita. Tindakan ini jelas mencabar kewibawaan kerajaan PAS Kelantan dan ianya jelas dianggap biadap/melampau terutama kepada rakyat Kelantan.

Kawe cuba keutarakan isu ini didalam facebook terutama selepas mendengar dan menonton rakaman ucapan Lim Guan Eng. Antara pemaklum balas dalam posting kawe ialah saudara Mohd Soberi Shafii yang menulis "Tak ada isu kerana LGE berpidato atas pentas perhmpunan DAP." . Lalu kawe mempersoalkan ulasan beliau dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku dalam perhimpunan DAP itu sebagai tidak berguna (kecek belawok) dan tidak boleh diguna pakai untuk apa jua isu. Apakah ini jawapan yang mampu diberikan oleh salah seorang politikus berpengalaman seperti beliau.

Jelas disini bahawa kedudukan Islam sebenarnya tidak mampu dijamin akan berada dalam keadaan selamat samada dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR). Ianya semakin jelas bahawa Islam pada orang politik hanyalah satu sandiwara bagi meraih kemenangan. Mungkin ada pihak menganggap soal ini adalah kecil tetapi sekecil mana isunya sekalipun kita jangan sama sekali menggadai Islam demi menjaga kepentingan orang bukan Islam. Islam itu sudah lengkap dan kita guna pakai Islam itu semampu yang boleh dan jika kita gagal bermakna kita gagal menjadi pemerintah yang adil dan tegas.

Soal peraturan ini yang ditetapkanb oleh MPKB-BRI telah pun dijelaskan dengan terperinci oleh EXCO Negeri dalam sidang medianya dan kenapa terlalu sukar untuk difahami tentang perkara ini. Peraturan ini menjangkau 20 tahun lamanya ditetapkan oleh MPKB-BRI dan kenapa sekarang mahu menimbulkan isunya. Kawe tidak pelik jika ianya datang dari musuh PAS tetapi malangnya ianya datang dari sekutu PAS sendiri.

Jika PAS akur dengan kehendak DAP ini maka tidak ada perkataan lain yang lebih sesuai melainkan PAS bacul dan tidak ada pendirian yang tetap. Maka kawe cadangkan agar kerajaan PAS Kelantan memberi lesen untuk membuka pusat no.ekor kerana orang bukan islam di Kelantan suka berjudi. 

Oleh itu kepada pendokong perjuangan Islam jangan haraplah Genting Highland akan ditutup sekiranya PR memerintah negara selepas ini. Kerana orang Islam di Malaysia masih kuat kemelayuannya berbanding keislaman mereka...

Survival Melayu

Catatan ini adalah dari sudut pandangan kawe sebagai anak bangsa yang melihat wujudnya dilema dalam suvival bangsa melayu yang semakin tergugat dari hari ke hari. Kelemahan yang ada pada diri kawe ini antara sebab kenapa kawe mampu membuat penilaian akan prestasi bangsa melayu dalam menongkah arus kemajuan dunia yang semakin berkembang.

Kemampuan melayu dalam mengurus jatidiri, merebut peluang dalam ekonomi, bersaing dalam pendidikan, membentuk struktur budaya dan memperjuangkan politik sering diperbahaskan namun sehingga kini tidak pernah ada jalan penyelesaiannya dan tiada jawapan yang berkesan. Melayu semakin ketinggalan dibumi mereka sendiri samada mereka sedar, tidak sedar atau sengaja tidak menyedarinya.

Survival bangsa melayu tergugat kerana ketiadaan kepimpinan yang berkualiti dan kuantiti ilmuan yang mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Ilmuan melayu yang intelektual tiada kesinambungan manakala kepimpinan politik melayu sentiasa dalam keadaan goyah. Maka halatuju perkembangan bangsa sentiasa menjadi terbatas kerana halangan yang tereka hasil dari kelemahan bangsa melayu itu sendiri. Melayu yang terhasil dari menara gading tidak mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan atau yang disediakan lalu melayu menghadapi masalah kekosongan intelektual yang benar-benar gersang.

Memang benar melayu dalam dilema. Cuba lihat statistik berkaitan dengan kedudukan orang melayu ketika ini. Dimana kedudukan orang melayu dalam senarai orang terkaya di Malaysia ? Sejaun mana pencapaian pendidikan bangsa melayu berbanding bangsa lain jika tidak ada sokongan istimewa terhadap bangsa melayu. Penguasaan ekonomi juga jelas dikuasai oleh bangsa bukan melayu. Soal aset orang melayu seperti hartanah juga semakin terhakis, tergadai. Cuba lihat pemilikan perumahan dan penempatan orang melayu dikawasan bandar ketika ini maka jelas menggambarkan bahawa melayu benar-benar dalam dilema dan dilanda krisis.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan telah memberikan tumpuan terhadap pembelaan rakyat termiskin yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu di luar bandar. Pelbagai rancangan pembangunan ekonomi telah dilaksanakan. Felcra, Felda, MARA dan UDA telah ditubuhkan bagi membantu orang Melayu di luar bandar dan bandar bagi meletakkan bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain di negara ini.

Kewujudan Petronas dalam mengurus selia hasil minyak dan gas di bumi Malaysia antara faktor utama bangsa melayu masih lagi mampu bertahan dimana suntikan Petronas banyak disalurkan dalam mebangunkan infrastruktur, meninggikan taraf ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan.
Di era Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar penting bagi membangunkan negara dan membawa perubahan sikap di kalangan masyarakat seperti dasar pandang ke timur, penswastaan, kepimpinan melalui teladan, penerapan nilai-nilai Islam dan sebagainya dilaksanakan.Malaysia dan orang Melayu boleh berbangga dengan terlaksananya projek besar yang dapat menaikkan imej negara dan bangsa seperti projek kereta nasional Proton Saga. Kuasa politik Melayu masih dapat dipertahankan dan negara berada dalam aman dan stabil.

Tetapi mengapa masih perlu diterjemahkan persoalan melayu berada dalam dilema ? Kejadian alam ini ada fitrahnya dimana ada kemajuan maka ada kemunduran. Majoriti kemunduran akhlak dikuasai orang melayu. Soal korupsi yang sudah menjadi barah sehingga ada yang meletakkan Malaysia adalah juara dalam masalah korupsi ini. Melayu sinonim dengan Islam kerana keseluruhannya anak melayu ini lahir sebagai orang yang menganut agama Islam tetapi majoritinya hanya sekadar menganut tetapi tidak mengamalkannya. Kelemahan iman meletakkan melayu kian terjebak dengan masalah sosial yang semakin parah. Rasuah menjadi amalan, jenayah semakin berleluasa dan banyak lagi masalah yang timbul angkara kurangnya iman dan takwa ini.

Kita harus melihat kehidupan orang melayu. Bagaimana mereka mengurus,meyelia, mengendali keperluan kehidupan. Bagaimana cara melayu berfikir dalam kotak atau diluar kotak, menganalisis dan menyusun atur kehidupan. Ini perlu diterjemahkan dalam bentuk penyelesaian yang menyeluruh dan berkesan. Apakah kemampuan orang melayu bergerak dalam menyusuri polisi kerajaan, pengurusan segala aspek pembangunan dan pengurusan dasar kerajaan serta cara orang melayu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi dan fasilitinya. Semuanya bergantung kepada hijrah melayu itu sendiri.

Polisi utama untuk penyelesaian masalah ini ialah menjadikan Islam itu sebagai pedoman kehidupan bersama dengan takwa kerana dengan takwa sahaja segala kemungkaran dan kemunafikan itu dapat membangunkan jiwa dan jatidiri bangsa melayu. Kita beruntung kerana dijadikan oleh Allah sebagai orang Islam dan juga berbangsa melayu. Kita perlu mensyukuri akan nikmat Allah berikan ini walaupun Islam itu datang kepada RasulNya dikalangan bangsa Arab.

Berdasarkan Firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat ke-11 yang bermaksud :

 “Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum selagi kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka sendiri”.

Ayat ini tidak menetapkan bahawa nasib itu hanya untuk bangsa Arab sahaja tetapi untuk semua kaum yang ada didalam dunia ini. Melayu adalah satu kaum yakni satu bangsa. Bangsa melayu menanggung segala amanah yang Allah berikan untuk mempertahankan Islam dan bangsanya di Malaysia. Isu ini tidak retorik kerana ini perintah dari Allah tetapi janganlah menganggap bahawa amanah ini hanya untuk parti tertentu sahaja kerana ini tanggungjawab ummah itu sendiri.

Maka untuk membantu melayu bukan bermakna perlu kepada UMNO atau PAS atau mana-mana ikatan kepartian tetapi perlu kepada ukhwah dan dakhwah antara kita sesama umat agar merealisasikan amanah ini. Kerana kepartian jelas membawa kepada perpecahan yang nyata dikalangan umat Islam ketika ini.

Adil dalam Islam adalah perkara wajib tetapi janganlah kita menyerah dan tunduk kepada kuasa bukan Islam semata-mata mahu menjaga survival politik kita semata-mata kerana yang akan rugi akhirnya adalah umat Islam itu sendiri amnya bangsa Melayu...Jangan ada lagi maruah bangsa dan agama tergadai begitu sahaja.

Monday, December 10, 2012

Pulau Pinang...Sekilas Pandang

kawe berada di Pulau Pinang sejak Ogos 2007. kalau dikira tidaklah lama sangat tetapi semenjak kawe duduk di Sg. Ara Bayan Lepas ini, kerajaan negeri sudah bertukar tangan dari kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Semasa kempen PRU ke-12 dahulu rasa seronok juga apabila melihat orang bukan Islam terutama dari kaum cina dan india berasak-asak di ceramah anjuran PAS Bayan Lepas. Dalam hati terasa seolah mereka boleh menerima perjuangan islam yang di bawa oleh PAS.

Selepas kerajaan Pulau Pinang bertukar kepada kerajaan campuran DAP dan PKR (PAS -1 kerusi sahaja) kawe sempat menjadi 'stringer' untuk akhbar Suara Keadilan dan Harakah. Sempat berada di Komtar untuk sidang media ketua menteri Lim Guan Eng, sempat mengikuti sidang DUN dan banyak lagi yang melibatkan samada kerajaan negeri atau pun parti DAP/PKR/PAS.

Kemelut kepada pengunduran Timbalan Ketua Menteri Fairus pun sempat kawe terlibat sama dan kawe berasa sedih dan kesal kerana kemelut itu berlaku pun bermula hanya dengan perkara kecil sahaja iaitu berkaitan dengan pernerbitan buletin negeri PP. Lalu kawe berpendapat, tak kira BN atau PR, krisis akan tetap berlaku terutama sekali melibatkan kuasa dan projek.

Jodoh kawe sebagai stringer tidak lama kerana kawe dapati akhbar ini amat kedekut mengeluarkan upah bagi setiap berita yang dilaporkan. Bayangkan untuk mendapat bayaran dari Harakah, kawe terpaksa mengamuk dengan ketua pengarang harakah barulah bayaran dapat dibuat iaitu sehari sebelum nak raya puasa.

tapi kawe faham walaupun kawe sendiri rasa tak faham dengan corak kehidupan mewah wakil rakyat tak kira BN atau PR. pernah kawe buat liputan pasal perasmian pusat khidmat rakyat bayan Lepas Datuk Zahrain yang dirasmikan oleh Wan Azizah. melihat kepada isteri Datuk Zahrain yang rambutnya merah menyala dengan hiasan barangan kemas kawe telah membuat ramalan dalam blog kawe bahawa orang macam Zahrain ni takkan lama dalam PKR. Ternyata telahan kawe adalah benar.

kemudian kawe hendak lari sedikit dari PP, iaitu ke Kulim Kedah. Sehari bersama Zulkifli Nordin dalam gerakkerjanya bersama rakyat serta malamnya beliau memberi tazkirah agama serta menjadi imam solat mahgrib dan isyak membuatkan kawe rasa tidak faham apa yang tidak kena dengan malaun ini seorang.

kemudian kawe menyepi dari mengikuti perkembangan politik PP dan lebih tertumpu kepada politik Kelantan dan tempat lain. sekali sekala kawe membaca laporan kerajaan negeri yang tiba di peti surat kawe setiap bulan. jika dibaca pada angka maka kita boleh katakan bahawa

kerajaan PR adalah lebih baik daripada kerajaan BN sebelumnya.Siapa yang datang ke PP sehari dua mungkin tidak nampak akan perubahan yang berlaku. Sekadar datang untuk ke Batu Feringghi dan Bukit Bendera sambil menyusuri Jambatan PP itu adalah agenda lawatan ke PP. Tapi cuba tanya mereka yang datang menetap di sini tentang PP terutama dibahagian Pulau. Apa kata mereka ?

Kalau ke Georgetown (Tanjung) dari kedai zaman British kepada bangunan baru, cuba bagitahu berapakah premis itu milik orang Melayu ? Semuanya milik orang Cina dan terselit kedai mamak nasi kandar sahaja. Dimana melayu berniaga? Sekadar ditepi jalan sahaja ??? Jawapannya boleh dibilang dengan jari atau pun kalau ada susah hendak ditemui...

Pembangunan yang pesat dengan pembinaan premis-premis perniagaan berstruktur besar sedang bercambah dan sudah tentu tidak ada melayu yang akan bersaing dalam merebut slot yang ada ini. harga seunit bukannya murah.

kemudian soal perumahan. juga turut bercambah tetapi lihatlah pada harganya. melayu yang berada di pulau ini kebanyakkannya bekerja disektor kerajaan samada pusat atau negeri. ada juga dari kalangan askar dan pekerja kilang.

ada satu flat di taman sri pinang yang pernah kawe kunjungi ketika membuat liputan berita mengenai masalah penghuni disitu, keadaan rumah yang sempit dan padat dikenakan sewa RM400 sebulan oleh pemiliknya.keadaan ini cukup membebankan bagi keluarga yang berpendapatan rendah. maka dimana pembelaan untuk nasib rakyat seperti ini.

kenapa umat islam dikatakan tidak maju pada sesetengah pikiran orang..ini kerana orang islam tidak boleh makan babi,tidak boleh minum arak,tidak boleh berjudi dan banyak hukum hakam berkaitan dengan orang islam yang melarang/menghadkan batas sosial orang islam. kemeriahan malam di pulau pinang hanya sesuai untuk orang yang fasik dan kafir sahaja. kemudian kedai menjual no.ekor masih beroperasi di pulau pinang dibawah kerajaan PR. 

Maka bagaimana kerajaan PR yang memerintah Malaysia nanti mampu menutup Genting Highland yang terkenal dengan pusat perjudian. Bagaimana jaminan untuk menutup kilang arak sedangkan kilang itu beroperasi di negeri PR. Lalu timbul keraguan munasabah.Hakikatnya samada BN atau PR yang memerintah Malaysia perkara sama tetap berlaku. Sepertimana yang selalu kita perkatakan setiap yang berakhir itu ada permulaannya. Samalah kerajaan BN ketika di awal pemerintahan semasa merdeka dahulu. dimana minda orang melayu yang memerintah ketika itu. apakah rasuah terus berlaku sebaik sahaja kerajaan BN memerintah dahulu. Jaminan PR ialah mereka akan lebih amanah,adil dan saksama dalam pengagihan harta rakyat. mungkin itu sahaja kelebihan yang ada dalam PR. Untuk islam rasanya banyak masalah akan timbul.

sebenarnya tidak ada masalah menukar kerajaan. semasa kerajaan PAS mengambil alih kerajaan Kelantan pada 1990 tidak berlaku kes seorang pemuda mati kebuluran kerana PAS memerintah. Tidak ada rusuhan atau peperangan pun berlaku. propanganda keganasan diujudkan oleh mereka yang takut kehilangan kuasa sahaja.

secara jujur, di pulau pinang kawe mempunyai ramai kawan dari orang cina dan india berbanding melayu.kekadang ada yang ajak kawe minum petang sambil borak tapi bila tahu lokasi kawe terpaksa menolak kerana kawe mudah 'kembe' kalau makan tempat orang bukan islam walaupun air yang diminum itu hanyalah 100plus dalam tin. inilah perbezaan antara melayu dan bukan melayu dan juga islam dan bukan islam.

dulu, ada satu kawasan tempat makan yang terletak diselekoh jalan sg.pinang adalah tempat untuk orang melayu menjual pelbagai jenis makanan. tetapi tidak ada sambutan dan apabila majlis bandaraya pp memberi tapak tersebut kepada kaum cina, fuyoo meriah gila kawasan itu..itik gantung, babi oanggang semuanya ada...

apabila kawe menulis sebegini bimbang dicop sebagai racist walhal kawe tidak suka sama sekali bersikap demikian. setakat hari ini kawe tidak pernah jumpa lagi cina bergaduh dengan melayu atau india bergaduh dengan melayu disini..kalau ada pun mungkin kawe tak tahu. selalunya kawe dengar india bergaduh dgn india dan cina sama cina. kenapa berlaku demikian. anggapan kawe ialah semuanya bermula dari pengajaran tragedi 13mei yang berlaku suatu ketika dahulu.soal rasuah pula. pernah kawe dedahkan video bagaimana polis peronda yang menerima bayaran dari penjual dvd jalanan di kawasan kawe. kemudian beberapa hari lepas, kawe pergi membeli ubat kencing manis di sebuah farmasi direlau, isteri tauke kedai kata suami dia pergi bayar kopi. kawe ingat dia pergi bayar duit air kopi yang dia minum. bila tauke tu datang dia minta soli sebab bayar duit kopi kat inspektor...rupanya wujud yuran perlindungan utk farmasi yang berlesen sekali pun.

maka sebab itulah orang cina mahukan perubahan. mereka tertarik dengan jaminan PR.kita
mungkin dijanjikan bahawa jika PR memerintah maka perdana menteri tetap dari orang melayu. tapi apa guna melayu kalau menggadaikan maruah bangsa dan agama semata-mata mahu menjaga kedudukan. hakikat ini sebenarnya turut berlaku dalam kerajaan BN cuma ianya dikaburkan sahaja.

memang kita mahukan perubahan tetapi perubahan yang macamana ? jangan sekat royalti kelantan. siasat rasuah/salahguna kuasa atau apa jua kes yang berprofil tinggi.turunkan harga minyak. turunkan harga barangan runcit. kurangkan bebanan keatas rakyat. media yang bebas dan tepat. tak kira siapa memerintah asalkan islam diberi keutamaan..itu sahaja.

Friday, December 7, 2012

Melayu

buat rakan rakan kawe yang berbangsa melayu dimana catatan ini sebagai satu renungan untuk dikongsi bersama. sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk menghilangkan rasa resah dan gusar dalam jiwa ini.

kawe lahir sebagai seorang berbangsa
melayu di tanah rendah sekebun bunga Kelantan darulnaim yang merupakan sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. sebelum ini bumi kelahiran kawe ini dikenali dengan nama tanah melayu.

bumi ini milik ALLAH. tidak ada satu inci pun bahagian ini milik sesiapa melainkan ALLAH. namun kita kena terima hakikat akan keadaan dunia hari ini yang dihuni oleh pelbagai jenis bangsa manusia yang berpegang kepada pelbagai anutan kepercayaan agama.

kita terima hakikat bahawa ALLAH mengutuskan rasul terakhir dikalangan bangsa arab dimana bumi kelahairan junjungan kita itu di panggil sebagai tanah arab yakni tanah dimana majoriti penduduknya adalah bangsa arab yang perlbagai puak.

dari adam dan hawa lahir pelbagai genarasi manusia. jika ditanah besar china majoriti penduduknya adalah bangsa cina yang mana bangsa cina ini juga bertebaran diserata bumi menjalani kehidupan.

maka tanah melayu terkenal kerana bangsanya adalah melayu dan hari ini secara majoritinya bangsa melayu ini lahir dikalangan mereka yang beragama islam. kehidupan bangsa melayu ini berubah dari masa ke semasa mengikut caranya tersendiri. ada yang masih mengamalkan adat melayu lama, ada yang hidup dengan arus kemodenan malah ada yang berpegang teguh kepada ajaran islam dimana hukum hakam islam lebih diutamakan dari adat melayu atau apa jua hal.

kemerdekaan Malaysia membentuk kepada sebuah kerajaan yang mana melayu kekal sebagai kuasa utama Malaysia disokong oleh lain lain kaum berdasarkan perlembagaan Malaysia. islam diangkat sebagai agama rasmi dan bahasa melayu dijulang sebagai bahasa kebangsaan/Malaysia.

apabila Malaysia memerdekakan singapura yang ketika itu dikuasai oleh orang cina yang asalnyha hanya pendatang di pulau itu mula memberi impaks kepada kebangkitan sentimen perkauman di negara kita hinggalah tercetusnya peristiwa 13 mei. mujurlah ketika itu tidak ada facebook/internet yang bebas seperti sekarang.

tapi kawe bukan seorang racist namun tetap berhati-hati dengan persoalan perkauman ini kerana kita tidak tahu apa pula yang berlegar atau tertanam dalam kotak pemikiran kaum lain di Malaysia. sedikit sebanyak kawe boleh mengjangka akan ada sedikit cemburu atau tidak puas hati mereka terhadap hak-hak keistimewaan orang melayu serta bumiputera lain.

mujurlah peristiwa 13 mei telah berlaku maka sedikit sebanyak memberi pengajaran besar kepada semua kaum akan kepentingan hidup secara harmoni di bumi Malaysia ini. bukan bermakna kawe mengatakan sokongan kepada tragedi 13 mei tetapi kita dengan waras perlu mengambil pengajaran akan tragedi tersebut utk kekalkan kedamaian yang ada sekarang.

kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional yang secara majoritinya dikuasai sebuah pertubuhan melayu terbesar iaitu UMNO, diikuti parti orang cina MCA dan parti orng india , MIC serta lain2 komponen. rakyat secara majoriti memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional memerintah bermula dari pillihanraya umum pertama hinggalah sekarang dimana sudah 12 kali PRU berlangsung. biarpun ada psang surutnya dalam kerusi parlimen namun BN tetap mendapat majoriti utama dalam PRU.

malangnya kerakusan ptk mereka dan kroni mereka mencetuskan konflik politik yang besar dalam teras kepimpinan mereka. pelbagai peristiwa berlaku yang cukup memalukan dan mengaibkan namun sampai sekarang majoriti rakyat masih mengekalkan BN sebagai pemerinttah.

dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi dimana maklumat sampai ke pengetahuan rakyat dalam masa yang singkat dan pantas. situasi ini mencetuskan perubahan dalam struktur politi tanahair dan dijangka akan berlaku perubahan besar dalam PRU yang akan datang ini. maka kenapa perkara ini dijangka berlaku...

UMNO. perjuangan UMNO adalah untuk bangsa melayu dan menegakkan agama islam di Malaysia. maka persoalannya ialah sejauh mana perjuangan melayu yang diperjuangkan oleh UMNO dan sejauh mana mereka mengakkan islam seperti mana yang mereka perjuangkan.

kawe tidak mahu mengupas soal kejadian yang berlaku dalam UMNO dengan pelbagai krisisnya. semua sudah tahu dan ada penilaian yang tersendiri. krisis yang berlaku sebenarnya cukup untuk menjatuhkan UMNO namun UMNO tetap menjadi parti pilihan dikalangan pemilih. apakah kerana mereka masih dipercayai ataupun kerana calon lawan mereka tidak punyai kekuatan yang cukup utk mengalahkan calon UMNO.

Pembangkang yang diterajui oleh 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP pada masa kini yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) kelihatan kuat dan bersemengat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari kerajaan BN. Bekas Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi fenomena utama dalam kebangkitan PR dan beliau dilihat bukan sekadar berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

DSAI percaya bahawa untuk menang maka perlu ada satu jaminan istimewa untuk kaum bukan bumiputera bagi menarik undi mereka. Kerana jaminan ini UMNO mengandaikan bahawa PR sanggup menggadai hak-hak keistimewaan melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. PAS pula dari awal menolak perjuangan assabiyah atau berkonsepkan bangsa kerana PAS rasa lebih dominan untuk perjuangan Islam. DAP pula dari dulu kekal dengan konsep Malaysia Malaysian iaitu konsep dimana hak samarata bagi semua rakyat dengan tidak mengganggu perlembagaan Malaysia.

PR mempertikaikan intergriti kerajaan BN dalam soal rasuah dan agihan kekayaan negara yang lebih tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. BN pula dalam sibuk PR mengkritik kelemahan mereka tetap teruds menerus melakukan kesilapan demi kesilapan dalam soal ketelusan isu ini. Pada kawe Ketua Wanita UMNO sekarang bukan sahaja tidak layak menjadi anggota kabinet malah tidak layan untuk menerajui sayap kepimpinan wanita UMNO. UMNO perlu mengambil tindakan tegas dalam soal ini agar rakyat dapat menilai akan kejujuran UMNO selaku parti dominan dalam BN. Reputasi beberapa tokoh pimpinan UMNO yang teruk tercalar masih diangkat dan dijulang untuk menerajui itu ini tanpa memikirkan kesan daripada tindakan sedemikian dan ianya memberi gambaran tepat bahawa UMNO hanya tertumpu kepada golonga tertentu sahaja seolah olah tiada orang lain yang lebih bersih dan jujur untuk diangkat naik sebagai pemimpin.

Sebagai anak Kelantan kawe cukup senang dengan pentadbiran kerajaan PAS walaupun ada segelintir kalangan mereka yang kawe tidak gemari kerana sikap yang tidak bertanggungjawab sebagai wakil rakyat. UMNO Kelantan yang sekian lama mengidam untuk merampas kembali Kelantan dari kerajaan PAS.

Namun pengalaman merantau ke Pulau Pinang bersama keluarga mencari rezeki memberi sedikit rasa gundah gulana terhadap nasib bangsa melayu. kawe hormat kepada Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri dan tahu akan kewibawaannya dalam mentadbir dan mengurus selia kerajaan negeri. Tapi Lim guan Eng adalah seorang Ci kecinaannya kawe tidak tahu tapi kawe sentiasa melihat akan situasi Pulau Pinang ini seolah akan menjadi seperti mana Singapura.

Setakat ini melayu masih majoriti utama dlam kerajaan negeri. Apakah ianya akan kekal atau akan berubah apabila PR menjadi kerajaan memerintah negara. melihat kepada projek pembangunan yang sedang dibangunkan ketika ini di Pulau Pinang kawe tidak nampak dimana kedudukan atau penguasaan melayu dalam merebut tempat dalam kewujudan pelbagai pusat perniagaan komersil ini.

Pulau Pinang jadi begini bermula ketika dizaman BN menguasainya dan ianya kekal sedemikian rupa biarpun sudah diambilalih oleh kerajaan PR. Konsepnya tetap sama cuma ada akauntanbiliti, transpirasi dan ketelusan (CAT). Itu secara zahirnya namun kekadang ada juga kelemahannya.

Apakah kita perlu mengekalkan kerajaan BN jika kita mahu menyelamatkan orang Melayu ataupun memberi kepercayaan kepada PR untuk mengubah nasib orang Melayu yang jelas tiada kemajuan dalam 60 tahun pemerintahan kerajaan BN.

Jelas keadaan masih dalam kesamaran. Perlukah melayu berpuas hati dengan keadaan sekarang. Hanya ALLAH yang maha mengetahuinya dan kita berusahalah sedaya yang mampu untuk melihat perubahan bukan sahaja utk syiar Islam tetapi nasib kita sebagai orang Melayu di Tanah Melayu ini.

Catatan ini masih panjang utk dibicarakan wahai sahabat tetapi biarlah dinoktahkan buat sementara sekadar mencetuskan permulaan untuk bicara yang lebih panjang dan berhemah

Wednesday, November 28, 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012

Maaflah kawe silap tapi sepatutnya tahun ini akan berlaku pemilihan dalam parti UMNO. Namun kerana hendak menghadapi pilihanraya umum ke-13 maka ianya telah ditangguhkan sehingga tamat pru13.

malam tadi kawe mendengar ucapan pembukaan perhimpunan UMNO untuk Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). Teks ucapan yang dibacanya hampir 70% memperkatakan soal kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. PAS dikritik habis-habisan sehingga isu PAS nak menabalkan Tok Guru Haji Hadi (TGHH) sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.

Sebenarnya UMNO gusar dengan peningkatan sokongan terhadap PAS kebelakangan ini kerana majoriti yang menyokong PAS adalah orang Melayu. UMNO adalah sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan bangsa Melayu maka sudah tentu terasa tergugat dengan situasi ini. Orang Cina dan India juga dilihat secara majoriti menyokong Pakatan Rakyat.

Kawe tak nafikan jika UMNO benar-benar dalam perjuangan asalnya sudah tentu undi kawe untuk UMNO/BN. Mungkin saki baki yang ada masih mempertahankan perjuangan UMNO tetapi kawe melihat perjuangan UMNO dikalangan pihak tertinggi lebih kepada menjaga periuk nasi mereka dan kroni mereka sahaja. 

Sektor swasta ternyata dikuasai oleh bangsa Cina manakala sektor awam masih dikuasai oleh orang-orang Melayu. Penguasaan disektor awam ini memberi kuasa kepada melayu untuk mengawal penguasaan Cina dalam ekonomi Malaysia...ye ke..setahu kawe orang Cina dah menguasai ekonomi Malaysia malah dalam sektor awam pun mereka berjaya kuasai melalui kaedah memberi rasuah kepada penjawat awam.

Dalam perniagaan dunia moden, orang Islam yang berbagsa Melayu di Malaysia bukan tidak mampu pergi jauh tetapi kerana kertebatasan agama menyebabkan orang Melayu Islam ini tidak mampu berjalan seiring dalam sesetengah hal dengan pesaing bukan Islam. Mereka yang boleh berjalan seiring dan senada dengan rakan-rakan perniagaan bukan islam adalah mereka yang imannya agak lemah dan tidak ada takwa. maksudnya mereka mudah dibeli dan itulah kelemahan melayu.

Justeru itu apa yang hendak dirunsingkan oleh TSMY dalam ucapannya malam tadi. kawe tidak lihat kerut muka TSMY ketika berucap kerana kawe hanya mendengar sahaja. Apakah dia senang hati dengan situasi dan kemelut yang berlaku dalam UMNO ketika ini. Adakah dia yakin UMNO dan BN masih dapat menjadi pemerintah pada PRU 13 nanti..Persoalan ini sudah tentu bermain dalam fikirannya namun ianya diluahkan dengan cara berbeza iaitu mengkritik PAS dengan harapan golongan melayu islam ini kembali menyokong UMNO...

Ap yang menyakitkan telinga ketika TSMY berucap ialah aluan dia dengan ketibaan isteri Presiden UMNO Rosmah Mansor ke dalam dewan perhimpunan. Tergamak TSMY berkata kehadiran wanita itu menaikkan semangatnya kerana hakikat sebenar yang mampu kawe terjemahkan ialah wanita itu adalah salah satu punca utama kepada kemerosotan prestasi UMNO BN dikalangan rakyat. Tidak pernah dalam sejarah UMNO seorang isteri kepada Presiden UMNO menjadi watak yang cukup antagonis kepada suaminya..

Jika benar UMNO mahu kekal memerintah maka inilah masanya untuk perwakilan menyuarakan rasa tidak puashati dengan sikap isteri Presiden mereka kerana sejarah telah membuktikan bahawa kebencian rakyat kepada menantu Pak Lah menyebabkan BN kehilangan 5 buah negeri (kemudian dirampas salah satunya).  Luahkan sahaja dalam masa terdekat ini jika mahu UMNO melekat dihati orang-orang melayu islam ini..

Begitu juga dengan sikap mempertahankan Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil  adalah sesuatu yang membawa mudarat kepada UMNO. Kak Jat sepatutnya dah letak jawatan ekoran terpalit dengan tahi lembunya..Apa lagi yang mahu dipertahankan oleh Kak Jat ? Rakyat dah benar-benar meluak dengan skandal NFC yang melibatkan ahli keluargannya. 

Kemudian TSMY mencemuh tindakan menyaman sebuah akhbar harian yang mana tuntutan saman dah mencecah billion ringgit. Ini satu kesilapan dalam skrip ucapannya kerana kes saman Utusan sentiasa tidak memihak kepada Utusan dan ianya diputuskan oleh Mahkamah iaitu ibu keadilan undang-undang Malaysia. Nak bela buat apa kepada penyebar fitnah. Sepatutnya dia menegur Utusan agar melaporkan berita secara benar.

Entahlah..apa nak jadi dengan UMNO..Tak serik serik untuk berubah. Masih pertahankan kebebalan mereka yang merakus dan menindas harta rakyat. Kalau nak menang maka bangkitlah wahai perwakilan UMNO dari lamunan...Jangan sampai nasi menjadi basi sudahlah...