-->

Cara mohon MRSM tahun 2015 secara online

Cara mohon MRSM tahun 2015 secara online-berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan secara online

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 14 November 2014

Sila bawa salinan kad pengenalan dan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR
Syarat Kelayakan Untuk Membuat Permohonan Online
  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
  2. Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
    Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
  4. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3
Syarat Minimum Pemilihan Ke MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
Cara Dan Panduan Membuat Permohonan Online
Setelah mendapat kata laluan yang diperlukan, pemohon perlu mengakses sistem permohonan dalam talian untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online tersebut.

Klik – https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp untuk tujuan tersebut dengan menggunakan kata laluan yang dipohon

Ujian (UKKM) Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM
  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 24 hingga 27 November 2014
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online
Nota
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan
Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online dan cetakan borang tidak akan dipertimbangkan
MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama
Tarikh Tutup Permohonan
  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 14 November 2014
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan adalah selewat-lewatnya pada 21 November 2014
Semakan Keputusan Permohonan
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya.

Muat turun (download) Panduan Permohonan Dan Syarat Kelayakan
Pemohon boleh memuat turun lampiran panduan dan syarat kelayakan untuk rujukan menerusi judul pautan (link) dibawah:

Klik – PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN EMPAT TAHUN 2015 SEMENANJUNG MALAYSIA

Info Permohonan Untuk Pelajar Di Sabah Dan Sarawak
Infoharian difahamkan, permohonan MRSM Tingkatan 4 bagi pelajar di Sabah dan Sarawak akan dibuka pada minggu ketiga bulan Disember 2014
Nantikan kemaskini berkaitan dalam halaman ini.
Artikel
Terkini
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar