Array Khas Sempena Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong : Darjah Kebesaran Persekutuan.-Khas Sempena Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong : Darjah Kebesaran Persekutuan.
 

 

 
24 JamadilAwwal, 1438 Hijrah
20-Feb-2017

   
Khas Sempena Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong : Darjah Kebesaran Persekutuan.

Khas Sempena Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong : Darjah Kebesaran Persekutuan.

DARJAH KEBESARAN, BINTANG, DAN PINGAT PERSEKUTUAN.SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P.)Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.Darjah Kerabat dan Darjah Kebesaran DiRaja.DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)Darjah Kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahlinya terhad seramai 10 orang sahaja. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada seorang Raja yang telah diisytiharkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA ( D.M.N.)Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahlinya terhad kepada 30 orang. 15 daripadanya mungkin terdiri daripada anak-anak Raja luar negara, ketua-ketua Negara atau orang yang amat ternama. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara.SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang darjah ini membawa gelaran "Tun" dan isteri penyandang bergelar "Toh Puan".PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran "Tan Sri" dan isteri penyandang bergelar "Puan Sri". Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Disebelah kiri ialah darjah yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan disebelah kanan pula dikurniakan kepada penerima wanita. Jumlah penerima terhad kepada 1,250 orang tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Disebelah kiri merupakan bintang yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan disebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita. Jumlah penyandang tidak terhad.AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Disebelah kiri merupakan bintang yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan disebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita. Jumlah penyandang tidak terhad.PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)Merupakan pingat bagi Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Disebelah kiri merupakan bintang yang dikurniakan kepada penerima lelaki dan disebelah kanan dikurniakan kepada penerima wanita. Jumlah penyandang tidak terhad.Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran "Tun" dan isteri penyandang bergelar "Toh Puan". Keanggotaan darjah kebesaran ini terhad kepada 35 orang tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran "Tan Sri" dan isteri penyandang bergelar "Puan Sri". Keanggotaan darjah kebesaran ini terhad kepada 650 orang tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Keanggotaan darjah kebesaran ini terhad kepada 2000 orang tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.Darjah Yang Mulia Jasa Negara. PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)Penganugerahan Darjah Yang Mulia Jasa Negara membawa gelaran "Datuk" manakala isteri penyandang bergelar "Datin". Keanggotaan darjah kebesaran ini terhad kepada 1000 orang tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.Darjah Yang Amat DiHormati Setia DiRaja.PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Keanggotaan darjah kebesaran ini terhad kepada 200 orang tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran "Datuk" manakala isteri penyandang bergelar "Datin".JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Kedua.KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.DARJAH BAKTI (D.B.)Darjah Bakti dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang masyhur di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa kerana sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini dihadkan kepada 10 orang penerima sahaja.Darjah Gagah Perkasa.PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa didalam medan peperangan.JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa diluar medan peperangan.KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN (K.P.K.)Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka menerima pingat.Pingat Perkhidmatan Lama dan Kelakuan Terpuji.PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota Pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)Dikurniakan kerana khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji bagi anggota-anggota tetap angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji bagi anggota-anggota tetap angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)Dibuat dalam tiga peringkat iaitu emas, perak dan gangsa. Khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan Persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965. ...

www.myjodoh.net
ShaRe Kredit DiGi : Prepaid credit to a DiGi Prepaid User

Assalamualaikum Cucu-CuCu sekaLian ALam,Today I would like to give all cucu-cucu sekaLia

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH AL-HASHIMI : Rumah Anak Yatim, Fakir Miskin, OKU, Remaja Insaf dan Asnaf Zakat

PUSAT JAGAANBAITUL MAHABBAH AL-HASHIMINo. 145, Jalan Sri Emas 3, Taman Desa Sri Emas ,06300 Kuala Ne

ISU SOSIAL : Kecelaruan sosial punca kes buang bayi meningkat

Oleh : Akhbar Satar bhnews@bh.com.my NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pe

PAMERAN DAN JUALAN BUKU SEMPENA KEMPEN BULAN MEMBACA dan NILAM

Sempena kempen Bulan Membaa dan NILAM pihak PUSAT SUMBER SMKSN telah mengajurkan Program Pameran dan

Bola Sepak : Pasaran Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Musim panjang Liga Malaysia 2015 telahpun berakhir dengan kejayaan gemilang pasukan Selangor The Red

Contoh Surat Perjanjian Sewa Kedai tak Rasmi

Bahawa Surat Perjanjian ini dibuat pada ___(tarikh)____antara_____(nama 1)___No K/P:____________ yan

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu Bagi Kelas Rancangan Khas krk Negeri Melaka Tahun 2016

SENARAI MURID MENDAPAT TAWARAN KE TINGKATAN SATU BAGI KELAS RANCANGAN KHAS 2016 # Sila ambil Surat

KOLEKSI DOA MAJLIS RASMI SEKOLAH

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِاَ

Cerpen : Encik Pencuri Hati

p/s : Farah ni Farah dlm My Naughty Ajoi. Sebab ada yang request.. so, lahirlah cer

KISAH Seram : JALAN BUKIT TINGGI -BUKIT 7 GUA MUSANG-KUALA LIPIS

Menyusur ke Bukit Tujuh By PrivaTETarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Selangor 2016

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka Gergasi Merah atau The Red Giants pastinya menjadi antara

MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM BIDANG:TAUHID DARJAH 1

RUKUN IMAN·         Percaya Kepada AllahKita wajib percay

RPH Matematik Tahun 4 : Pecahan Nombor Bercampur dan Pecahan Tak Wajar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR TAHUN 4Mata pelajaran       

Harga Rumah 2016 : Tahun Mencabar Buat Pemain dan Pemaju Hartanah di Malaysia!

BERITA SEMASA Harga Rumah 2016 : Tahun Mencabar Buat Pemain dan Pemaju Hartanah di Malaysia!Jikalau

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.