APABILA HADI BAWA PESAN ORANG MATI
Hadi Awang telah menyatakan bahawa Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan kpd beliau bahawa 'perlu berwaspada dengan Dap" ertikata lain Hadi mahu nyatakan kononnya Almarhum juga tidak berkenan dengan Dap. Malangnya, Almarhum sudah tiada untuk mengesahkannya.

Sama juga, Nik Beduh pernah menyebut bahawa bapanya Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah berpesan agar berbaik2 dengan Umno. Malangnya, Almarhum juga telah tiada untuk mengesahkan apa yg dimaksudkan 'berbaik2' itu. Yang pasti sewaktu hayat Almarhum ada program Solat Hajat dan doa "K.O Umno" di Kota Bharu. Apakah itu maksud 'berbaik2" ?

Semua tahu kehebatan tokoh politik dan Ulamak tersohor, Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Beliau disegani seluruh kaum dan agama kerana akhlaknya. Beliau pernah tegur Anwar secara terbuka tentang apa yg beliau rasakan tidak betul, bahkan beliau pernah tegur Hadi, Us Nasa, Hassan Ali, Tok Pa juga secara terbuka apabila melihat waktu itu ada kecenderongan mereka ini kpd Umno. Begitu juga, beliau secara terbuka menegur Dap dalam beberapa perkara. Itulah beliau.

Kita tidak mungkin lupa, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengunjung Pengerusi DAP, Mendiang Karpal Singh di kediaman beliau semperna lawatan ke Pulau Pinang. Tuan Guru diraikan dengan Majlis memotong kek semperna Harijadi yang ke 82 di rumah Karpal. Bukankah sebelum itu Karpal menyebut " Langkah mayat saya dulu jika mahu Hudud dilaksanakan di Kelantan"?. Namun, di dalam Konvensyen PR beberapa tahun selepas itu Karpal menarik balik kata2 tersebut di hadapan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Waktu Tun M masih hidup, mereka ungkit kisah2 buruk Tun M kerana Tun M tidak isi borang jadi ahli Pas. Tokoh yang telah meninggal dunia pun, mereka mahu bawa cerita untuk burukkan musuh politik mereka. Mengapa tiada kisah kezaliman Najib lagi?
Published: 2018-02-12 Hit: 10 Laman Asal
hari kelahiran orang tersayang
happy bezday to my beloved mom....my beloved frenz......and tomorow my my sister...11.10..............semoga di panjangkan umo di murahkan rezeki.............ye emmm mlm td sambut bezday mak n akak k .. ..
JHEO PERLU RANGKA PEMBAHARUAN TINGKAT MINDA ORANG ASLI
Ramli HussinMACHANG: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)) perlu merangka satu anjakan pembaharuan untuk meningkatkan minda dikalanganorang asli supaya mereka mampu bersa .. ..
(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat perib
..Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpanga .. ..
Kalau harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati janganlah meningg
Mingguan Malaysia bertarikh 6 Jun 2010 ada menyiarkan berita bertajuk " Kakitangan awam terjebak ah long". Berita tersebut menarik perhatian saya oleh kerana dilaporkan bahawa kira-kira 2 hingga 3% da .. ..