Notice: Array to string conversion in /home/waktusolat/public_html/templates/user/index.php on line 95
Array Cuti cuti To Singapore part 1 -Cuti cuti To Singapore part 1
 

 

 
26 Syawal, 1438 Hijrah
21-Jul-2017

   
Cuti cuti To Singapore  part 1

Cuti cuti To Singapore part 1

Salam semua... Dah lama nak buat entri ini tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke Singapore baru-baru ni!! Sebuah bandaraya yang diberi julukan nama \'New York Asia Tenggara\'. Dah lama tak bercuti, pasport pun dah lama tak bercop imigresen. Idea seorang member, so saya decide nak ke Singapura. Jom tengok apa saya buat kat sana. Pengalaman yang paling menyeronokkan apabila dapat masuk ke Universal Studio Singapore (USS).. So amazing!!!=)

 Di terminal LCC.. Walaupun setakat Singapore, okla tu kira international jugalah kan? huhu
 My breakfast... From Marry Brown Restaurant.. Nyummy!
On the way to my flight.. Awal pagi, masih gelap.. Gaya cam nak gi Korea je kata member. huhu..
Sempat update status facebook terakhir before kapal terbang berlepas.. huhu..
Keindahan ciptaan Allah s.w.t.. Matahari baru nak terbit.. Subhanallah sangat cantik...=)
Nun di sana adalah Batam, Indonesia.. 
Kapal-kapal berdagang di Pelabuhan Singapura. Menakjubkan! Macam mainan je. huhu
Landing time..!!! @Changi Airport..
Sempat pose setibanya di airport.. Memang sangat menarik & canggih airport ni! Besar sangat-sangat sampai tak larat nak jalan!
Menaiki Skytrain untuk ke Terminal 2..
Candid!=)
Teruja naik tren! haha macam lah takde kat Malaysia. Memang saya jenis suka sesuatu yang baru di tempat orang.:)
Menara kawalan Changi Airport.. Macam kat KLIA..

Dah sampai! @ Terminal 2..

This is my ticket untuk menaiki MRT for next destination, Claremont Hotel.. Kad ni boleh claim SD1 lepas dah sampai tempat yang dituju. 
Menanti MRT tiba.. Sempat bergambar..
Dalam MRT.. Laju & panjang sangat-sangat tren ni.. Untuk menampun jumlah penumpang yang ramai bila waktu kerja.
Gambar agak kabur.. Tapi sempat posing.. huhu
Inilah peta perjalanan MRT di Singapura. Macam-macam jenis tren ada. Mudahlah if nak ke mana-mana.
Hotel kami berada dalam kawasan Little India. (Maafkan gambar pakcik yang tiba-tiba muncul.) hehe
Kami sesat!! Terpaksa juga menaiki teksi.. Still ada lagi bangunan-bangunan lama di Singapore.. Macam KL juga.:)
Inilah hotel saya! Simple je.. Yang penting ada tempat nak tidur di malam hari..
Ok, get ready for the journey to Universal Studio Singapore!! [Excited!!]
Again, in the MRT... 
Dari atas monorel, kelihatan pelabuhan di Singapura.. Perghh canggih-canggih! huhu.
Welcome to Sentosa Island! Actually USS ni terletak di Pulau Sentosa.. Salah satu tarikan Pulau Sentosa adalah USS. If nak teroka macam-macam lagi aktiviti kat pulau ni, kena spend beberapa hari kot.:)
Dah sampai! Oopps! Abaikan sign CASINO tu ye.. Memang ada casino pun kat sini. Nauzubillahiminzalik nak masuk tempat gitu.
Inilah mercu tanda USS!! Ramai sangat orang masa ni..
Depan pintu gate USS.. Dah nak masuk dah..:)
Yuhuu!! Benda pertama yang saya tangkap! Woody Woodpecker!!=) Dia sangat gentle, suruh saya paut lengan dia! Muah3x!!
Tarraaaa... hehe.. Suasana di USS.. Bangunan-bangunan di sini dibina seperti yang ada dalam filem-filem USS. Kapal titanic pun ada! Kat belakang yang baju belang-belang tu merupakan salah satu watak jahat dalam cerita apa ntah. huhu. Dia memang jahat! Sebab sesiapa bernasib malang yang bergambar ngan dia, dia akan dukung & bawa lari! huhu.. Kelakar!
With Betty Boops! Memang sangat gedik macam dalam kartun dia! hihi...
Salah satu persembahan menarik bagaimana sesebuah filem dihasilkan. Real ok! Ada api, kapal terjatuh, adegan ribut... Superb!
So amazing! Kelihatan bandaraya New York di sana!! Nampak real sangat-sangat!
Salah satu poster King Kong.. Tapi takde King Kong kat sini. Teringin nak jumpa dia.. huhu sedey..:(
Persembahan muzikal daripada watak-watak hantu dalan filem USS. Smart seyh! Lincah tul dorang menari, menyanyi dan berlakon. 
Our lunch! Makanan segera je.. Dalam SD20 bersamaan RM40++ ;) Mahal kan?
Bumblebee!! Ni replika je. Tunggu yang betul-betul punya.;)) Memang wujud!
Yeah!! Inilah roller coaster!! Sebelum ni, sayalah manusia paling takut naik benda alah ni. After try sekali, perghh rasa nak naik lagi! huhu.. Kat sini ada 2 jenis roller coaster. Saya naik yang berwarna merah - macam roller coaster biasa. Tapi sape-sape berani, trylah warna biru sebab korang akan kelihatan tergantung!! Yang paling takut ada 3 kali part kaki kat atas, kepala kat bawah! Ada bran?? Saya tak berani.. huhu..
The Mummy Returns.... Uish takut!!! Macam masuk rumah hantu!! Saya tutup mata sepanjang naik roller coaster dia! Haha...
Amekau!! Shawl saya tertanggal lepas naik The Mummy Returns. Nasib baik pakai tudung inner kat dalam. Kena gelak ngan kawan-kawan. haha..
Jurassic Park!! Ada roller coaster juga tapi saya tak larat dah nak naik. huhu..
Merehatkan diri dengan menonton persembahan WaterWorld! Sangat cool! Sape-sape duk barisan hadapan, comfirm korang balik dengan basah lencun! hihi.. 
See.. Hasil selepas show. Perhatikan, tadi mana ada kapal terbang kat kiri tu. Suddenly je keluar! huhu..
Now, its time for transformer ride!! 
Amanat dari Optimus Prime!! huhu
We are now at Cybertron! ;)
Replika serpihan metal dari angkasa kononnya! huhu..
Tangan Megatron!! Real kot? Siap ada kesan calar-calar lagi tu. huhu
Take five di salah sebuah cafe bertemakan alam cyber. Mantap seyh!
Persembahan Transformers The Ride ni dalam bentuk 3D. Seriously korang takkan menyesal naik benda ni! Macam real robot-robot tu ada kat depan korang tengah bertarung!! Thanks to Bumblebee yang selamatkan kitorang! hehe..
Antara souvenir yang sempat dibeli.. Kipas USS tu berharga SD2.50, lebih kurang RM6.00 la.. Benda paling murah kot kat sini!
Tu diaaaa... Sports Car Bumblebee keluaran Chevrolet! Dalam dunia ni hanya ada 5 buah je! Salah seorang pemiliknya adalah anak Sultan Johor.
Me.. With Optimus Prime... 
Huhu ni baru sebahagian kisah saya melancong ke Singapore.. Nanti saya share lagi ok. Siap saya jumpa Optimus Prime dan Bumblebee yang real ok! Jeng-jeng-jeng... 
Cerita seterusnya di Part 2!;)

Cik Misya : Masih terbayang-bayang keseronokan menaiki Transformers The Ride! ...

www.myjodoh.net
Share Kredit Digi  Prepaid Credit To A Digi Prepaid User

Assalamualaikum Cucu-CuCu sekaLian ALam, Today I would like to give all cucu-cucu sek

Share Kredit Digi  Prepaid Credit To A Digi Prepaid User

Assalamualaikum Cucu-CuCu sekaLian ALam, Today I would like to give all cucu-cucu sek

SILA

SILA "DOWNLOAD" SOALAN PKSR 1 2017  BAHASA ARAB  DAN JAWI  ( 1-

Balut Kaki Anda Dengan Kubis Selama 1 Jam Dan Ini Akan Berlaku rupanya Ramai Tak Tahu Ia Mampu Mengubat Penyakit Kencing Manis Dan Gout

Kubis dikenali dengan lebih daripada kesan-kesan sampingan yang berbunyi lucu yang datang tidak lama

Senarai Tahun Harga Duit Syiling Malaysia Parlimen Dan Bunga Raya 1 Sen 5 Sen 10 Sen 20 Sen Dan 50 Sen

Penulis sebenarnya berminat juga dengan hobi pengumpulan wang syiling lama Malaysia Syiling Parlimen

MUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 DAN 2

Muat Turun Buku Teks Digital KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 (Format ppt di sini)

Alhamdulillah artikel 16 Dlm Buku Kru 6 Dengan Soalan 3 Bm 1 Spm 2016

Alhamdulillah sekali lagi terbukti bahawa artikel-artikel yang terdapat dalam buku KRU saya tidak

Kehidupan Seorang Tentera part 1

Hai, abah seorang tentera darat, selalu kena pindah rumah, along dilahirkan di Sabah sebab ma

Cadangan Pembinaan Dewan Terbuka Smktbr 1

Pendahuluan SMKTBR (1)  mula beroperasi pada tahun 2003 dengan jumlah murid seramai 367 o

Anda Ingin Tahu Skandal Najib Di Port Dickson anwar Dedah Part 1

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya ba

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2017

Tarikh : 13/2/2017 Hari : Isnin Seluruh warga SMA Rembau mengucapk

Senarai Nama Murid SKDM Tahap 1 2014

Berikut adalah senarai nama murid mengikut kelas bagi tahun 2014. Guru boleh save as untuk mendapatk

Pakar Sakit Puan   Makanan Yang Aktifkan Cyst Pcos Endometriosis Adenomyosis Fibroid  Makanan Yang Perlu Dielakkan  1 Ayamayam Kan Disuntik Hormon Untuk Mempercepatkan Kadar Pembesaran Dia Kebiasaannya Ayam Disuntik Hormon Estrogen Tapi Ayam Kampung Boleh

PAKAR SAKIT PUAN MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST/ PCOS/ ENDOMETRIOSIS/ ADENOMYOSIS/ FIBROID. Makanan

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017 2018

Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke

Memo Penduduk  Cuti Sempena Awal Muharram Pada 3 Oktober 2016

Soalan Atas siling rumah saya terdapat satu tangki air yang membekalkan air k

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.