Kenangan Terakhir di CENFOS

By Huwaida - Januari 16, 2018

CENFOS atau nama penuhnya Center for Foundation Studies of IIUM merupakan 'sekolah berasrama' pertama saya jejak. Sebelum itu, saya hanya bersekolah di sekitar Alor Setar iaitu Maktab Mahmud Alor Setar dan berhampiran rumah, Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Gunong. Memang tak dapat bayangkan ketika itu, bagaimana saya akan menghadapi hari-hari tanpa keluarga di sisi.

Amazingly, I'm survived. Sebenarnya Mr Hubby pun pernah belajar di CENFOS atau mungkin pada waktu itu namanya, Matriculation Center of IIUM. Akan tetapi, dia memilih untuk menyambung pengajian di Korea tanpa sempat menamatkan pengajian di situ.

Nak dijadikan cerita, ada pengumuman CENFOS akan diserahkan semula kepada empunyanya pada 31 Disember 2017. Dan akan di buat satu reunion terakhir pada 16 Disember 2017. Oleh sebab, kami sekarang menetap di Paka, Terengganu, agak susah sedikit untuk kami menghadiri majlis tersebut dek kerana suamiku memang susah untuk mendapatkan cuti.

Nak dijadikan cerita lagi, tiba-tiba kami terpaksa pergi ke Maybank Auto Finance cawangan Petaling Jaya pada 24 November 2017. Berharap sangat masa tu supaya diberikan sedikit waktu untuk melawat CENFOS, PJ. Alhamdulillah, we make it with Allah permission.

Ini adalah asrama tempat saya berteduh semasa belajar di sini.
Di sini, saya selitkan satu video yang disusun oleh saudara Amin PhotoSyndrome supaya suatu hari nanti kami boleh tunjukkan video ini kepada anak-anak kami. Terima kasih saudara Amin PhotoSyndrome atas usaha murni untuk menghasilkan video ini.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan