Nafsu Lauwamah Tidak Istiqamah Amal Maaruf Nahi Mungkar siri Melahirkan Usahawan Bertaqwa Berjaya

BAB 4- ( ii ) Siri Melahirkan Usahawan Bertaqwa Berjaya.

Tajuk: TINGKATAN NAFSU

7 peringkat Nafsu :

1. Ammarah
2. Lauwamah
3. Mulhimah
4. Mutmainnah
5. Rodhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah.

 

2. Nafsu Lauwamah

Apabila ada orang yang sudah ada awal bunga kesedaran dan keinsafan, dia sedar kejahatan itu adalah berdosa dan kebaikan itu adalah pahala. Dia ingin berbuat baik tetapi tidak dapat bertahan lama. Waktu terlanjur dalam kejahatan, dia resah dan tidak seronok. Walaupun dia puas dengan kejahatan, tetapi hati terasa menderita dengan kejahatan, namun dia terasa berat untuk keluar dari kejahatan. Maka, timbul perebutan antara nafsu dan akal. Nafsu mengajak kepada kejahatan, manakala akal mengajak kepada kebaikan.

Inilah dia orang yang memiliki nafsu Lauwamah, dimana mereka belum boleh membuat keputusan untuk menjadi baik. Dia seperti daun lalang yang mengikut ke mana arah angin bertiup. Dia tidak memiliki kekuatan untuk meninggalkan maksiat. Dia boleh melakukan kejahatan lagi selepas dia berbuat baik. Kadang-kadang datang ke tempat ibadah dan kadang-kadang pergi ke tempat maksiat namun hatinya akan merintih mengenangkan keterlanjuran maksiat itu.

Apa sikap kita bila terkena nafsu Lauwamah ini ?

Nasihat dari orang yang nafsu Lauwamah ini agak kasar. Dia akan menyuruh orang buat baik, tetapi diri sendiri belum tentu bertahan lama dalam kebaikan. Waktu dia berbuat baik, orang sampai kagum kepadanya tetapi tidak bertahan lama.

Seketika apabila menentang mungkar kelihatan sangat hebat, kagum orang melihatnya. Tetapi tidak dapat bertahan lama, seperti daun lalang , diuji Allah kemewahan datang kepadanya,  ia menyokong pula kemungkaran.

Pilihlah kawan yang kuat imannya dan kuat beribadah serta beristiqamah. Cukuplah beribadah setakat yang wajib. Hadirkan diri ke majlis pengajian dan ilmu untuk menambah ilmu. Menambah ilmu itu penting untuk menyuluh diri dan menambah kefahaman tentang ajaran Islam. Ini kerana, nafsu ini akan meningkat setelah dia menambahkan ilmu dan mengamalkan perkara-perkara utama.

Setelah dia beristiqomah dalam melakukan amal ibadah yang lahir dan meninggalkan segala maksiat besar, waktu itu nafsunya telah meningkat dari nafsu Lauwamah kepada Mulhimah.

3. Nafsu Mulhimah

Firman Allah s.w.t., ( Ash-Shams : 8 )

Maksudnya:
“Maka Allah s.w.t. mengilham kepada jiwa itu, dalam kejahatan dan ketaqwaan.”
Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhimah ini?

Apabila dia hendak membuat amal kebaikan, akan terasa berat. Tetapi dalam keadaan Mujahadah dia dapat juga berbuat amal kebaikan kerana sudah mulai ada rasa takut kemurkaan Allah s.w.t dan siksaan neraka yang pedih. Bila ber depan dengan maksiat, hatinya masih rindu dengan maksiat. Tetapi hatinya boleh melawan iaitu mujahadah dengan mengenangkan nikmat di Syurga di Akhirat kelak.

Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah. Dia boleh kenal penyakit dalam dirinya, cuma tidak boleh melawan. Dia cuba beribadah dengan sabar.

Firman Allah:

بَلِ ٱللَّهَ فَٱعۡبُدۡ وَكُن مِّنَ ٱلشَّـٰكِرِين

Maksudnya:

“ Janganlah menyembah yang lain dari Allah bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.” (Az Zumar: 66)

Orang yang nafsu Mulhimah, bila kena puji pasti dia rasa puas dan seronok. Ibadah yang di lakukan belum boleh kusyuk lagi. Bagaimana untuk melawan penyakit hati yang ada dalam orang yang nafsu Mulhimah ini?

Sebab ia didorong oleh nafsu dan Syaitan. Sebab itu untuk mengelak dari godaan nafsu dan Syaitan, kena mengamalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu. Nafsu dan Syaitan hanya takut pada tuannya sahaja iaitu Allah s.w.t. Bila kita berwirid dan berzikir hendaklah merasai seolah-olah Allah s.w.t. melihat kita.

Setiap amal kebaikan itu dibuat kerana Allah s.w.t., bukan kerana orang, insyaAllah akhirnya akan istiqamah. Tetapi amal kebaikan yang dibuat kerana orang umpamanya suruhan tuan guru atau malu kepada bapa mertua, maka selalunya ia tidak akan lama membuat amal kebaikan itu. Ia hanya melakukan kebaikan itu bila berhadapan dengan tok guru atau bapa mertua sahaja, tetapi di belakang orang ia akan membuat maksiat.

Jadi, setiap kebajikan itu mesti dibuat kerana Allah s.w.t. Orang yang nafsu Mulhimah ini, perlu dipimpin oleh guru-guru atau syeikh yang betul-betul kenal dengan jiwa muridnya atau yang boleh mengasuh murid-muridnya.

Bila penyakit hati sudah tiada lagi, ia akan rasa satu kemanisan baru dalam hatinya dan akan rasa benci dengan kejahatan. Waktu itu dia telah meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik lagi iaitu nafsu Mutmainnah.

4. Nafsu Mutmainnah

Orang yang memiliki nafsu ini Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran;

Maksudnya:
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi di redhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu.”

( Al-Fajr : 27-30 ).

DR MUSTAPA KAMAL B MAULUT ( DS ) et all.

………bersambung…….

Share this:Click to share on Facebook (Opens in new window)Click to share on Twitter (Opens in new window)Click to share on WhatsApp (Opens in new window)Click to share on Telegram (Opens in new window)Click to email this to a friend (Opens in new window)Click to print (Opens in new window)Like this:Like Loading..
Published: 0000-00-00 Hit: 2 Laman Asal
Maldives Contoh Negara Amal Undang undang Islam
assalamualaikum  Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku berzina, kata beberapa pegawai .. ..
Sebagai Suatu Istiqamah
DOA MEMULAKAN ULANGKAJI اَللَّهُمَّ إِنِّ .. ..
Pengerusi Jkkk Pprt Kg Pengkalan Nyireh Amal Diskriminasi
BesutLonih mendapat maklumat daripada pembaca yang hanya mahu dikenali dengan nama Mamat yang mendakwa Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung di Program Penempatan Rakyat Termi .. ..
Punb Melahirkan Syarikat Helikopter Pertama Di Malaysia
MHS Aviation (MHSA) Sdn Bhd muncul sebagai salah satu syarikat Bumiputera yang berjaya di bawah pakej keusahawanan PUNB sehingga mencapai standard a .. ..