Tuesday

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG DENGAN ADAT



 Pengenalan

Secara amnya, terdapat banyak perbezaan antara undang-undang dengan adat melayu. Perbezaan ini dilihat dari segi pengertian undang-undang itu sendiri dalam ertikata yang lebih luas, undang bermakna kaedah yang diikuti atau patut diikuti dengan tindakan. Semua pergerakan, perjalanan, tindak-tanduk sesorang berlandaskan peraturan undang-undang. Ini kerana manusia itu sendiri tidak lari dengan undang-undang yang dicipta ke atasnya agar manusia dapat mengatur langkah dengan aman dan hidup tersusun di bumi ini. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Manakala, adat melayu  kebiasaan berteraskan kepada undang-undang adat. Kebanyakan kelompok etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang kehilangan kuasa setelah diatasi perundangan Parlimen. Kaum Melayu di Semenanjung patuh kepada Adat yang berurusan terutamanya dengan tempoh pegangan tanah dan pewarisan.

Dua bentuk utama adat ini ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat Perpatih adalah bersifat nasab ibu sementara Adat Temenggong pula nasab bapa.
Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih berkuatkuasa. Undang-undang ini digunakan terutamanya di kawasan luar bandar, dan dikuatkuasa oleh Mahkamah Asli. Mahkamah Asli ditabdbirkan oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan keputusan mahkamah ini boleh dirayu di mahkamah-mahkamah utama Malaysia.

1. Definisi undang-undang

Terdapat berbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh ahli-ahli falsafah terkenal antaranya adalah seperti di bawah:

Austin: ` Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukum`.

Salmond:` Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah Negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata yang lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah.

Hobbes:` Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan( rule of conduct) yang obligatori ( obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa.`

Kamus Black:` Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah, dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya saling berganding antara satu sama lain yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya.

Sebenarnya, mendefinisikan undang-undang adalah seperti cerita mengenai beberapa orang buta yang cuba menggambarkan seekor gajah yang belum dilihat atau didengar. Oleh yang demikian beberapa tafsiran yang boleh didapati dari setiap yang mempunyai pendirian dan kefahaman yang berlainan.

Maka, berdasarkan yang tersebut, undang-undang bukan sesuatu yang mudah hendak ditakrifkan. Apa yang pasti ialah kita bertembung dengan undang-undang setiap hari dalam kehidupan kita. Jikalau kita meletakkan kereta di garisan kuning, atau lita tidak memakai tali keledar, maka kita akan disaman. Jika kita bersetuju membeli suatu barang dan kemudiannya enggan membuat bayaran, kita akan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang mengalami kerugian akibat keengganan kita itu. Di sini dilihat, undang-undang bukanlah hanya suatu senarai peraturan yang perlu dipatuhi tetapi ia juga dilihat sebagai alat pengawalan terhadap sesuatu perkara dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertent

3. Fungsi Undang-undang

Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan untuk mengawal tindakan ahli-ahli masyarakat. Kawalan ini digunakan secara kemas dan dilaksanakan secara jelas. Contohnya, bagi undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan-tindakan anti-sosial di mana jika berlakunya sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang, dan orang yang bersalah itu kena dihukum. Ada juga undang-undang yang lebih lembut di mana ia tidak menghukum seperti undang-undang jenayah. Misalnya, jika A secara cuai ketika menjalankan tugasnya terpotong jari kanak-kanak, maka undang-undang akan mempertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada kanak-kanak yang dicederakan itu. Di sini undang-undang tidak dihukum secara terus tetapi masih melibatkan kos atau bayaran di mana ia memaksa seseorang itu supaya bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Dengan undang-undang seperti individu akan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya dengan masyarakat supaya tidak mendatangkan kemudharatan kepada orang lain.

Undang-undang juga menyediakan struktur peraturan yang membolehkan orang menjalankan perniagaan. Misalnya, undang-undang syarikat memastikan orang yang hendak berniaga mengasingkan dirinya dari perniagannya itu kerana jika perniagaan itu tidak menghasilkan keuntungan atau bankrap, syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab menjelaskan hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat itu.

Undang-undang juga dilihat sebagai suatu alat mengawal atau pengatur masayrakat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang mana ia mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organisasi kerajaan dalam sesebuah Negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat pula memperuntukkan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan sosial.
                                          

4. Klasifikasi Undang-undang

Jika dilihat dari segi klasifikasi undang-undang di Malaysia ini terbahagi kepada dua iaitu Sekular dan Syariah[4].  Syariah adalah undang-undang yang dicipta oleh Allah, tidak berubah, lengkap untuk panduan sejagat. Manakala, Undang-Undang Sekular adalah undang-undang ciptaan manusia dan ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan tertentu.

4.1 Undang-Undang Sekular

Di bawah Undang-Undang Sekular pula terbahagi kepada empat iaitu Undang-Undang Awam, Undang-undang Antarabangsa, dan Undang-undang Persendirian[5]. Di dalam undang-undang awam kita dapat lihat antara fungsinya ialah mengawal hubungan antara individu dan negara. Selain itu, di dalam undang-undang ini juga melibatkan undang-undang jenayah di mana berdasarkan kesalahan jenayah seseorang terhadap negara. Di dalam Undang-Undang Awam juga melibatkan Perlembagaan, Pentadbiran dan Industri. Di mana jika dilihat melalui Perlembagaan yang menggariskan hak individu dalam negara dan tentang persoalan keagungan Parlimen dan hak rakyat. Dari segi Undang-Undang Pentadbiran ialah melaksanakan hal-hal pentadbiran negara dan pelaksanaan kuasa eksekutif dalam negara.

Akhir sekali, Undang-Undang Industri yang mana ia melibatkan undang-undang antara hubungan majikan dan pekerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan industri. Jika dilihat di bawah Undang-Undang Antarabangsa ia mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang membuatkan negara-negara di dunia terikat untuk mematuhinya. Selain itu ia juga melibatkan hubungan sesama negara dan yang mengandungi private international laws, conflict of laws dan public international laws.


Jika dilihat di dalam Undang-Undang Persendirian atau Undang-Undang Sivil ialah memperihalkan hak dan tanggungjawab individu terhadap individu lain. Jadi undang-undang ini termasuklah dengan gantirugi, pengambilan semula harta, kuatkuasa tanggungjawab kontrak dan amanah yang terkandung di dalam Undang-Undang Kontark, Undang-Undang Tort dan Amanah.

4.2 Undang-Undang Syariah

4.2.1 Mahkamah Syariah

Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang Syariah agak sedikit peranannya dalam menentukan undang-undang negara. Pertama sekali, undang-undang syariah hanya berkaitan dengan umat Islam. Berhubung dengan undang-undang sivil, mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahan, pewarisan, dan murtad. Di sesetengah negeri, terdapat juga undang-undang jenayah syariah sendiri, contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993. Bagaimanapun, bidang kuasanya terhad kepada mengenakan denda tidak lebih RM 3000, dan penjara tidak melebihi 6 bulan. Pada bulan Ogos 2007, Ketua Hakim Malaysia ketika itu mengusul agar hukum adat di Malaysia diganti undang-undang syariah.

Kerumitan dari segi Perlembagaan:

Di dalam Perlembagaan timbulnya kerumitan berhubung dengan sistem kehakiman berganda ini. Contohnya, dalam konteks kebebasan beragama. Perkara 11 Perlembagaan menentukan bahawa "setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya". Namun, dalam kes Lina Joy, seorang Melayu yang memeluk agama Kristian, Mahkamah Persekutuan Malaysia enggan membenarkan beliau bertukar agama seperti yang ditetapkan dalam kad identiti (MyKad). Para hakim juga menetapkan bahawa mereka tiada bidang kuasa dalam hal ini, sebaliknya adalah hal Mahkamah Syariah seperti yang ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan.

Dilihat juga, pada status kebebasan beragama yang berlaku di Malaysia pada Undang-Undang Persekutuan dan Negeri. Undang-Undang Persekutuan digubal oleh penggubal (ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara) yang bersidang di Parlimen Malaysia dan berkaitan dengan seluruh negara. Undang-Undang Negeri digubal oleh ahli dewan yang bersidang di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya berkaitan dengan negeri berkenaan. Perkara 75 Perlembagaan menyatakan bahawa Undang-Undang Persekutuan mengatasi mana-mana Undang-Undang Negeri yang bercanggahan, termasuk undang-undang syariah.






No comments: