Tuesday, February 22, 2011

Sunday, February 20, 2011

MAKNA DI SEBALIK PEMBERIAN BUNGA ROS






Rose
Exceptional love all concentrated on you.
2 Roses
Two of us deeply in love.
3 Roses
I love you.
6 Roses
I want to be yours.
9 Roses
Love each other eternally.
11 Roses
You are the one I love most in my life.
12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.
13 Roses
Secret admirer.
24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).
33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.
36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.
44 Roses
Constant unchangeable pledge.
50 Roses
This is "Regretless Love".
56 Roses
My love.
66 Roses
Successful love affair.
99 Roses
Love with understanding makes love eternal.
100 Roses
Harmonious union in a century remains a devoted couple ’till ripe-old age.
101 Roses
No other love but you.
108 Roses
Please marry me!
111 Roses
Eternal love.
123 Roses
Free love.
144 Roses
Loving you day and night eternally.
365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.
999 Roses
Everlasting and eternal love.
1001 Roses
Faithful love, till forever


Tuesday, February 15, 2011

MARI MENYAMBUT HARI KEKASIH


Valentine makin tiba, bermain persoalan di minda, hadiah buat si dia? Dimana hendak bertemu dengannya? Suasana romantik yang menghangatkan cinta?
Si gadis rasa terharu, makin bertambah kasih kepada si jejaka. Baju couple, gelang ikatan, tali handset, menunjukkan diri mereka sehati sejiwa.
Tiada wanita sehebatmu di dunia, mampu menggetarkan jiwa tatkala terpandang wajah, kekal cinta berkasih di hari Kekasih.
Dirimulah lelaki idaman wanita, setiap detik bersama memancarkan sinar bahagia, terima kasih wahai cinta.
Sweetnya, namun romantik itu hanya sia-sia, tanpa tujuan yang nyata.
Aisyah memasakkan makanan untuk Rasulullah, menyedari masakan Aisyah ada yang tidak kena, baginda tidak menyatakannya. Aisyah yang tertanya-tanya bagaimana masakannya, lantas disuapkan oleh baginda sendiri. Baru Aisyah mengerti, masakannya itu teruk!
Menegur itu pun romantik kan?
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut, lantas diadukan kepada Rasulullah. “Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh, kepalaku”, kata baginda.
Malam itu kepala mereka berdua berat, sakit yang teramat. Si suami tidak dapat membelai isterinya untuk mengurangkan kesakitan itu, si isteri turut tidak dapat memicit kepala suaminya untuk melegakan suaminya, kerana rasa itu sama.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu, dan akan ku dirikan solat buatmu serta engkau akan ku kebumikan”, gurau baginda menyakat Aisyah.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitu kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!”, rajuk si isteri.
Baginda lantas ketawa.
Dalam sakit, masih ada kehangatan romantis antara baginda dan isterinya. Hakikat romantise yang sah, tiada larangan antara mereka.
Sambutan si jejaka dengan gadis, yang tiada ikatan menghalalkan serta tanpa tujuan, hanya episod duka dunia akhir zaman.
Sebelum bencana tiba, leburkanlah Valentine dalam minda.
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku”, kata Rasulullah.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat tertanya-tanya.
Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah?
“Kalian adalah sahabatku. Adapun saudara-saudara yang ku maksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada”, jawab Rasulullah.
Cinta luar biasa, terhadap umat akhir zaman yang belum ditemuinya.
Sedalam manakah cinta kita kepadanya? Selawat ke atasnya, sambutlah Hari Kekasih kita sebenar, Maulud Nabi.
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera kepada penghormatan sepenuhnya (Al-Ahzaab : 56)”

Sunday, February 13, 2011

Rahsia Personaliti Warna Dari Tarikh Lahir

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tanggal lahir seseorang itu. Okay, kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tanggal lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 11hb November, bermakna kamu mewakili warna putih. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 Desember hingga 1 Januari - Merah
2 hingga 11 Januari - Oren
12 hingga 24 Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3 Februari - Merah jambu
4 hingga 8 Februari - Biru
9 hingga 18 Februari - Hijau
19 hingga 28 Februari - Perang
1 March hingga 10 March - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20 March - Lime
21 Mac - Hitam
22 hingga 31 Mac - Ungu
1 hingga 10 April - Biru
11 hingga 20 April - Perak
21 hingga 30 April - Putih
2 hingga 14 Mei - Biru
15 hingga 24 Mei - Emas
25 hingga 3 Jun - Krim
4 hingga 13 Jun - Kelabu
14 hingga 23 Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4 July - Merah
5 hingga 14 July - Oren
15 hingga 25 July - Kuning
26 July hingga 4 August - Merah jambu
5 hingga 13 August - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24 August hingga 2 September - Perang
3 hingga 12 September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22 September - Lime
23 September - Olive
24 September hingga 3 Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24 Oktober hingga 11 November - Putih
12 hingga 21 November - Emas
22 November hingga 1 Disember - Krim
2 hingga 11 Disember - Kelabu
12 hingga 21 Disember - Maroon
22 Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak

PERSAHABATAN ( SAHABAT SEJATI)

Malam ni rasa rindu lak kat sahabat aku..dari la aku kecik sampai dah masuk universiti....berbagai sahabt aku jumpa..banyak air mata ku mengalir di sebabkan oleh seorang sahabt..namun lbh bnyak bibirku memberikan senyuman ketika bersama sahabat..kepada semua sahabatku,  INA SAYANG KAMU SEMUA...LOVE U

Kawan itu ada tiga jenis:
1.    yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
2.   yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan

3.   yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya. 


Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
 
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya. 




PROGRAM BAKTISISWA DI GUA MUSANG

Sepanjang 3 sem tinggal kat upsi,tak pernah lagi aku ikuti mana-mana program.....nak kata tak minat,tak logik langsung.tapi mungkin tak berpeluang untuk ikuti mana-mana program....

 sedih sb x pernah buat program

Namun yang paling best pada akhir cuti sem,sambil nak tnggu masuk sem 4, aku telah ikuti program baktisiswa anjuran KASIH (kaunseling Aspirasi Suburkan Insan Harmoni dengan persatuan Himsak ( Himpunan Anak-Anak Kelantan)..prorgram ni berjalan selama 3 hari 2 malam di Gua Musang Kelantan. Program ni bermula pada 31 mei hingga 2 Jun 2010. Prorgam ni di buat di Sekolah kebangsaan Tengku Mahkota Fakry Petra


                                        fasilitator bergambar dengan guru besar dan peljar-pelajar...

                                               masa bergambar setelah penat buat program..

 gelagat kami fasilitator

Pada mulanya agak berat la nk ikuti program ni...ya la semua kawan-kawan tak nak join.nasib baik la ada sorang kawan sekelas nk join. Sepanjang berada kat program baktisiswa,rasa sangat diri ni  sangat lemah. Aku tak tau pun nak buat apa sepanjang program berlngsung.
bergmbar dgn poster kerjya yg mnjadi tema kpd progrm kami


antara pelajar yang aktif n banyak cakap..tapi dia bst sgt

 katak kembung..hehehe lawak sangt masa ni


antara prorgam logo kumpulan yang telah disiapkan oleh pelajar, kreatif kn


 ni slot yang buat pelajar menangis...rasa nk menangis lak masa ni.huhu

Nasib baik la kawan sekelas ku berada dalam group yang sama dgn ku..kami di kehendaki menjdi fasilitator di sek rendah....setiap fasilitator kami di bahagikan seramai 12 atau lbh  orang untuk mewakili sekolah. Fuh rasa lega sikit sb dapat sekolah rendah... kalau menengah tak tau la nk jawab. Alamk kantoi dengan pljar la..sepanjang berada di gua musang, kami semua di kehendaki tinggal di rumah angkat yang telah di bahagikan sama rata.,...

pemandangn kmpung rumah angkt..kat belakang jln keretapi



kat cni lawa sngt..slah stu tmpat riadah


 ni la kawan ku yang sama-sama mengikuti prorgam.

Sedih sangt sb dalam keluarga angkt tu,aku kna tinggl sorg. Yang lain ada gak dalam 2 orang stu rumah.. yang x bstnya rumah tu ada anak laki yang dh kerja...segan sangt namun apakn daya, ilmu pnya pasal, trima ja la..tapi hnsm gak anak dia..hak hak hak..( gatai).

Tp syukur sangt, sb kluarga angkt baik dgn ku. Mereka semua layan ku dgn baik mcm anak sndri...ptg2 msti mereka bawa aku naik motor pusing-pusing kg..jd minah rempit lak..hehehee..sepanjang prorgam kt sek, aku dgn kawan ikut ja arahan drpd kawan-kwan yang dh teror bab bt prorgrm. Sorg sem 6 ( sekrang tngh prktikal) , 4 orang sem 5 ( skrng sem 6), 2 orang sem 4( sekrang sem 5) dan 5 orang sem 3 ( skrang sem 4). Kadang-kadang kami tak tau pun nk bagi idea. Kami jd blur..pd masa tu kami rasakan sangt lmah sgt dalam bab buat prorgrm...(huhuhu sedih sangt).

Yang lucunya, aku nak beucap kat depan pun malu..sdgkn adik-adik sekolah rendh ja..huhu. tapi alhamdulillah,aku brjaya dapat juga input dripada program tu..rasa tak rugi aku ikuti prorgam baktisiswa. Pihak sekolah pun layan kami semua dengan baik..segala kelengkapan di sediakan..rasa bertuah sangat. Kadang-kadang kami boleh makan sama-sama dengan guru besar sekolah tersebut.

Walaupun kejap ja,tapi best sangt.kami dapat berkenalan satu sama lain, dan hubungan bertmbah rapat sampai sekarang.sekiranya ada program lagi, aku x nak lepaskan...yang pntg ilmu dapat............
·       Kawan baru,adik-adik baru,keluarga baru,ilmu yang baru...harap lepas ni ada lagi program yang di buat. Tidak ada guna kita pndai smpai 4.0 namun,kita x tau apa-apa tentg nak handle program..yang pntg kiter kna slaraskan kedu-duanya. AKU PASTI BERJAYA

 ni pemandgan kat tempat perhimpunan pelajar dengan guru-guru
 suka sangat pelajar bila mendapat hadiah drpd abg-abg dan kakak-kakak
 sempat ag bergmbr dengan pelajar yang aktif

 ni salah stu raptai kadet remaja sekolah sebgai persediaan majlis penutup



kanak-kanak riang...kami mau jadi kaunselor yang hebat di masa hadapan



Tuesday, February 8, 2011

SUCI SEBUAH KEJAYAAN


Bila membuka blog, tergerak pulak hati untuk menulis ayat-ayat yang selalunya orang akan kata terlalu jiwang. Tapi bagi aku,ayat ni  tak der la jiwang sangt,bak org kata nk habiskan masa yang lapang. Mula-mula aku nk knalkan serba sedikit biodata diriku,kot-kot lpas ni ramai yang nk bt aku menantu..hehehehehe..aku zarina bt yaacob,tapi kawan-kawan pngil ina,ader yang pngil kak in. Aku ok ja jnji bukan pngl yg pelik2. Umur aku biarla rahsia....hak2xx. aku ni anak jati kelantan. Tapi aku pun hairan bila orang tnya maksud bahasa kelantan yang pekat sangat aku tak tau pun maksudnya apa. Kadang-kadang kawan kata aku ni bukan anak jati kelantan...huhuhuhu...

 NEGERI KU YANG TERCINTA


Aku sekarang belajar kat upsi....bila aku masuk cni rmai yang puji terutama family..rasa bangga sangt.tapi yang lawaknya ada seorang pakcik ni,dia datang rumah aku. Lepas tu kami berbual la pnjang lebar....

Pakcik : belajar ker dah keja sekrang?
Aku     : belajar ag pakcik...nak keja  tak da orang nak ambik.
Pakcik: ooo, belajar kat mana sekarang?
Aku : kat upsi ,perak
Pakcik : cikgu la ni,bagus la tu.masa depan dah cerah...

Lepas borak,ada la sorang pakcik datang lagi umah aku,bila datang pkcik yang tadi promote aku untuk anak pkcik yang baru datang tadi...siap kata cikgu ni.beruntungla dapat menantu cikgu. Bila aku dengar, aduh terkejut giler rasa. Sebab bagi aku x kisah la cikgu ke ape ke,yang penting pandai ambik ati orang tua dengan baik.akhlak dan peribadi kita pon penting sangt...

 AQU NAK JADI KAUNSELOR YANG BERJAYA

Kesimpulannya, semua orang memandang tinggi dalam profession perguruan. So saper yg mmg dh confirm jd cikgu, or akan menjdi cikgu lpas ni, jga la bidang perguruan dengan sebaiknya,jagn sia-siakannya.. ops citer aku bnyk lagi sebenarya tapi kalau citer kat cni cnfirm x cukup page..apa pun kamoo semua boleh la mendapatkn novel yang telah diciptakan sendiri oleh ku..novel ni kni kat encik mohd noor.kalau saper nak tahu dengan lebih lanjut,bolehla pinjam dengan beliau..hehehee..

 NI COVER DEPAN NOVEL KU

 NI LAK COVER BELAKANG NOVEL KU....