BERKELAH

                                     Berkelah (Tahun 3)
Pada cuti sekolah , saya  pergi berkelah bersama keluarga. Kami berkelah di Air Papan.Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan dan minuman. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Pada pukul 8.45 pagi , kami pun sampai.Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok. Di Air Papan ,kami berenang , bermain bola, bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai. Apabila letih , kami makan makanan yang dibawa.Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

Berkelah (Tahun 4)
Pada cuti sekolah yang lalu, saya pergi berkelah di Air Papan bersama keluarga.Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan , minuman dan alat-alat kelengkapan lain. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 8.45 pagi.Kami mencari suatu tempat yang teduh untuk meletakkan barang-barang. Di Air Papan kami berenang dan bermain bola dengan gembira. Kami juga bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai. Apabila letih , kami berehat dan makan makanan yang dibawa.Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira .
Berkelah (Tahun 5)
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Papan.Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan , minuman dan alat-alat kelengkapan lain. Kami bertolak p ada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Tidak lama kemudian , kami pun sampai. Kelihatan banyak orang sudah berada di situ.Kami mencari suatu tempat yang teduh untuk meletakkan barang-barang. Di Air Papan kami berenang dan bermain bola dengan perasaan yang sungguh gembira. Kami juga bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai. Apabila letih , kami berehat dan makan makanan yang disediakan oleh emak.Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira walaupun keletihan.

Berkelah (Tahun 6)
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Papan.Kami ke sana dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu oleh bapaSebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan , minuman dan alat-alat kelengkapan lain.Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta baru bapa.Tidak lama kemudian , kami pun sampai.Kelihatan banyak orang sudah berada di situ.Kami mencari suatu tempat yang teduh untuk meletakkan barang-barang.Kami berenang dan bermain bola dengan perasaan yang sungguh gembira.Selain itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.Sebelum pulang, kami juga sempat bersiar-siar di tepi pantai sambil menghirup udara yang segar..Apabila letih , kami berehat dan makan makanan yang disediakan oleh emak.Makanan yang dibawa habis dimakan oleh kami.Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira walaupun keletihan
Published: 2012-12-21 Hit: 13 Laman Asal