Notice: Array to string conversion in /home/waktusolat/public_html/templates/user/index.php on line 95
Array Nota Sajak-Nota Sajak
 

 

 
01 Zulkaedah, 1438 Hijrah
25-Jul-2017

   
Nota Sajak

Nota Sajak

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah sajak dengan pengikut blog.... Sajak yang cukup puitis, bermakna dan popular bagi warga guru ini ditulis oleh Sasterawan Negara, Prof. Dr. Usman Awang.
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berburu kepalang ajar Bagai bungai kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan sabar mengajarkan tulis kira.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Sila klik ruangan GALERI-SAJAK untuk melihat contoh sajak ini dideklamasikan.

***************************************************** TAJUK  :  MENUJU KEJAYAAN

Jika ingin menggapai awan,
jika ingin mencapai kejayaan,
aku berpegang pada janji,
tidak mungkin aku mungkiri.

            Walau sengsara aku pejamkan,
            sekali aku bertekad terus kukotakan,
            sekalipun bara panas yang kugenggam,
            tidak akan kulepaskan.

Jika kejayaan menjadi harapan,
tidak kumahu sekadar impian,
tidak sesekali aku berganjak,
setelah langkahku bergerak,
akan terus aku gerakkan.

            Puncak jaya yang kucitakan,
            biar apa pun di hadapanku,
            akan kutuju dengan keyakinan,
            jangan undur nanti kecundang,
            walau berjambak rintangan yang datang.
                        (dipetik dari Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 5, Sekolah Kebangsaan)

****************************************************************************************************************

Mesej yang ingin disampaikan olah penyajak ialah kejayaan akan dicapai
jika kita berusaha dengan tekun dan tidak mudah putus asa.

Rangkap pertama sajak membawa maksud kita hendaklah berpegang
pada pendirian yang telah dibuat.  Kejayaan seseorang bergantung pada 
disiplin diri mereka.

Rangkap kedua sajak bermaksud kita sepatutnya mempunyai keazaman
yang kuat untuk mengejar cita-cita, walaupun terpaksa menghadapi 
pelbagai dugaan.

Rangkap ketiga sajak pula bermaksud perjuangan mengejar cita-cita perlu 
diteruskan dan direalisasikan dengan bersungguh-sungguh.

Rangkap keempat sajak membawa maksud kita perlu yakin dalam mengejar
impian.  Jangan mengalah walaupun diduga dengan pelbagai cabaran kerana 
dikhuatiri akan kecewa.

********************************************************************************
Kesan dan Sebab :
* Ayat       :  tidak mungkin aku mungkiri
   Kesan     :  akan berpegang pada janji
   Sebab     :  Ayat tersebut memberikan peringatan agar terus berpegang
                     pada janji yang telah dibuat

*  Ayat      :  tidak akan kulepaskan
    Kesan    :  akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
                     walaupun menempuh kesukaran
    Sebab    :  Ayat tersebut menyeru supaya kita melakukan sesuatu
                    perkara dengan bersungguh-sungguh.

*  Ayat      :  akan terus aku gerakkan
    Kesan    :  akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan
    Sebab    :  Ayat tersebut mendorong kita agar terus berusaha

*  Ayat      :  walau berjambak rintangan yang datang
    Kesan    :  segala cabaran dan rintingan hendaklah ditempuh dengan 
                     sabar dan tabah
    Sebab     :  Ayat tersebut memberikan semangat kepada kita supaya
                     tidak gentar apabila berhadapan dengan cabaran.

*********************************************************************************
Mencari maksud perkatan :

Sila klik perkataan berwarna coklat untuk mendapatkan maksud perkataan.

*********************************************************************************
Sajak ini berbentuk bebas dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk tertentu.
*  Jenis   
    bebas
*  Rangkap      
     terdapat empat rangkap
*   Baris         
     empat baris pada rangkap pertama dan rangkap kedua.
     lima baris pada rangkap ketiga dan rangkap keempat.
*   Suku kata
     daripada lapan hingga dua belas suku kata dalam satu baris ayat
*   Rima akhir
     rima akhir bebas
*   Ciri
     menganduingi ciri pantun empat kerat yang merupakan puisi
     tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap,
     empat perkataan sebaris, mempunyai rima  a, b, a, b
     dengan beberapa variasi dan pengecualian.  Tiap-tiap rangkap
     terbahagi kepada dua, iaitu pembayang maksud dan maksud.
**************************************************************

PENGERTIAN  SAJAK

 Dalam sastera, puisi terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi jenis tradisional dan puisi jenis moden (sajak). Puisi tradisional atau puisi lama adalah seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan selanjutnya. Manakala puisi moden atau lebih dikenali sebagai sajak tidak terikat kepada bentuk-bentuk puisi lama dan bebas daripada ikatan tradisional. Pernyataan fikiran penyair dapat dinyatakan dengan lebih bebas dan dinamis melalui sajak berbanding dengan gaya puisi lama yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu.


Menurut Za’ba, daripada perkataan “sajak” itu sebenarnya ada dua pengertian  yang boleh difahami oleh orang Melayu sekarang. Pengertian pertama diteliti daripada makna sajak secara umum iaitu segala jenis karangan berangkap, baik pantun atau syair atau lain-lainnya. Manakala makna sajak secara khusus ialah suatu jenis karangan berangkap cara baru dalam Bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu. Selain itu, menurut beliau, asal perkataan sajak ialah daripada perkataan Arab “saj” yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama ada pada hujung tiap-tiap ayat atau suku ayatnya.

CIRI-CIRI SAJAK 1. Tema
    Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam 
    sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan 
    negara.

2. Persoalan
    Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak 
    disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan 
    persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kecewaan dalam 
    sajak tersebut.

3. Bentuk
    Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam 
    baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.

4. Gaya Bahasa
    i. Perbandingan

       (a) Metafora
            Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung 
            tanpa menggunakan seperti, bak, umpama.

       (b) Hiperbola
            Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi 
            penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.

       (c) Personofikasi
            Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi 
            perbandingan dengan manusia.

       (d) Simile
            Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi 
            perbandingan dengan manusia.

    ii. Penggunaan ayat
        Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.

    iii. Pengulangan
         Anafora / Epifora / Simplok
         Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap 
         perkataan di awal ayat (anafora), tengah ayat 
         (simplok), dan akhir ayat (epifora).

     iv. Unsur Bunyi
          Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)
          Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan

      v. Nada
          Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih
          Nada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaan
          Nada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang.
          Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentang
          Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang



...

www.myjodoh.net
Koleksi Nota Dan Dokumen Kelas Kemahiran Al quran

Persoalan Agama: Hukum baca al-Quran rumi Soalan:SAYA musykil apakah hukumnya memba

Catatan Nota Matematik Pt3

assalamua'laikum post kali ni just nak share sumthing yang aku buat untuk menghargai an

Modul Abu Sakeena Pt3  Nota Rujukan Dan Latih Tubi

UPDATE : Telah siap (30 JUN 2014 ) akan dipos segera. 1 JULAI 2014 :

Modul Abu Sakeena Pt3  Nota Rujukan Dan Latih Tubi

UPDATE : Telah siap (30 JUN 2014 ) akan dipos segera. 1 JULAI 2014 :

Tinggal nota atas resit bank

ALOR GAJAH - Seorang remaja sempat meninggalkan nota pada tiga keping resit pengeluaran

Senarai Nota SPM Semua 24 Subjek

Nota Padat SPM ini dikongsikan dari pelbagai sumber. SILA SHARE kepada ANAK-ANAK SPM!!Senarai

Pidato Dan Sajak Anti Dadah

# Tahap 2 - Acara Pidato dan Sajak Anti dadah diadakan di dewan terbuka....Acara dimeriahkan lagi de

Mesin Ringkas Dan Mesin Kompleks Nota Peta Minda Berkumpulan Pengajaran Koperatif

Selasa (21-Mei-2013) 8.45am-9.15am (30 minit) Sains Tahun 6 Tajuk : Mesin Kaed

Modul Nota Rujukan  Latihan Pengukuhan Ting 1

Abu Sakeena Segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan dan idea

Ba Spm  Nota Jenis Khabar Dan Latihan

AbuAqil aka AbuSakeena dah lama betul tidak update blog ni. Lagi lama tiad

 pertandingan Sajak  Melukis Poster

PERTANDINGAN SAJAKTarikh : 21 April 2009Hari : SelasaMasa : 8.00 pagiT

catatan nota matematik PT3

assalamua'laikumpost kali ni just nak share sumthing yang aku buat untuk menghargai anak

Contoh Soalan  Nota Rae

Contoh Soalan & nota untuk ham baru menduduki RAENota ASOP Soalan RAE set 1 Soalan RAE

Sajak sajak Untuk Ibu

IbukuIbuSetiap deras degupan jantungkuEngkau mampu merasanyaKeti

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.