Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Monday 13 August 2012

SUJI BRUNEI...

Salam semua...ini adalah salah satu biskut favourite aku...memang sedap...lain dari suji biasa...baru-baru ni Mat Gebu dari blog Dapur Tanpa Sempadan pun ada buat suji ni...aku tak pasti sama ada resepi aku ini 100% sama ke tak dengan yang Mat Gebu buat....lets see d resipi...:))

Bahan-bahan;

100 gram minyak sapi
50 gram shorthening
20gram butter
50gram gula aising
1/2 biji kuning telur
40gram tepung jagung
50 gram suji
190 gram tepung red rose (kalau tak ada tepung gandumpun boleh)
100gram conrnflake kisar
papercup secukupnya

Hiasan
50gram gula aising   **
50 gram susu tepung ** digaul bersama
50 gram nestum kisar **

Cara menyediakannya;

Sebatikan butter, minyak sapi dan gula hingga lembut. masukkan kuning telur. Kemudian masukkan semua bahan dan uli lembut. Jika doh masih lagi lembut tambah tepung secukupnya. Bulatkan kecil-kecil kerana biskut agak mengembang sedikit. Bakar dengan kepanasan 150'C lebih kurang 20-25minit. Sejukan biskut seketika (jangan terlalu sejuk kerana bahan hiasan tak melekat sempurna dibiskut) kemudian golekkan di atas bahan hiasan yang telah digaul bersama. Masukkan dalam papercup. Simpan dalam bekas kedap udara.

TIGER SKIN PISTACHIO..

Salam semua....dari nama biskut ni bunyi macam ganaskan...rasa diapun ganas...bukan ganas tak sedap...tapi ini ganas sedap..hehehehe...sebab ada macam-macam campurannya...ada pistachio..ada badam..ada coklat..ada bijan...macam-macam ada!! Baunya harum kerana adanya campuran oregano...rangup dan memang sedap...

Bahan-bahan;

Bahan A

200grm butter
70 gram shorthening
110 gram gula castor

Bahan B

180 gram tepung superfine (aku guna bluekey)
150 gram tepung red ros (kalau tak ada tepung gandum pun ok)
50 gram serbuk badam
30 gram bijan
40 gram pistachio kisar
50 gram coklat rice
1/2 sudu teh oregano

Hiasan

Coklat masakan
Coklat masakan perisa oren

Cara menyediakkannya;

Gaul sebati bahan A. Masukkan Bahan B dan uli hingga menjadi doh yang sempurna. Canai dan terap. Bakar dengan suhu kepanasan 150'C selama 20-25 minit. Sejukkan.

Cairkan coklat masakan oren dan coklat biasa berlainan dengan kaedah double boiler. Hiaskan di atas biskut selang seli seperti kulit harimau. Keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Note : Biskut ini memang tidak menggunakan telur.

ALMOND LONDON...wajib ada setiap raya...:))

Salam semua..masih lagi cerita biskut raya......cerita biskut raya akan habis bila menjelangnya hari raya...sabar jer la....lol... Almond London macam dah jadi kewajipan plak bila setiap raya mesti ada...resepi ni aku ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan iaitu Encik Mat Gebu yang bloger masakan paling popular....Encik Mat Gebu plak ambik resepi ni dari Chef Wan....aku tak tau plak Chef Wan dapat dari mana...hehehehe....itu la kebaikan internet ni...macam-macam ilmu boleh kita dapat...


Bahan-bahan;

125grm butter
75grm gula castor
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225grm tepung gandum **
1 camca teh emplex ** ayak bersama
335grm badam berkulit, dipanggang

Bahan salut;

300 grm coklat masak
1/2 camca shortening
Badam cincang secukupnya
paper cup

Cara menyediakkannya;

Gaul butter, gula,esen vanilla dan kuning telur sebati. Kemudian masukkan tepung dan emplex yang telah diayak tadi. Uli hingga menjadi doh yang sempurna. Salutkan badam yang dipanggang tadi dengan secubit doh. bakar dengan suhu kepanasan 150'C selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan baru la disalut dengan coklat. Masukkan dalam paper cup dan hiaskan dengan badam cincang.

Resepi ini amat simple tapi memang sedap dan rangup. Dari resepi ini aku setuju dengan Mat Gebu boleh menghasilkan 120 biji almond london jika anda menggunakan saiz badam yang kecil.

Sunday 12 August 2012

CHOCOLATE ALMOND SNOW FLAKE..

Salam semua....lagi sekali entry biskut raya...dah musim rayakan...jadi marilah kita berkongsi resepi di sini...resepi ni aku dapat masa ikuti class biskut raya tahun lepas juga...tak rugi belajar dengan  bayaran hanya RM100 dapat 15 jenis resepi biskut raya..semua sedap-sedap belaka..tapi nak buat kesemua 15 resepi tu tak larat la...so aku hanya memilih yang mudah dan tak banyak kerenah...lets see d recipe...

Bahan-bahan;

Bahan A

250grm butter
150 grm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh coffee emulco

Bahan B

400 gram tepung superfine (tepung kek)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar koko
60 gram badam kisar

Bahan Hiasan;

Coklat Masak
Snow Powder (boleh dapat di kedai bakeri)
Badam keping

Cara;

Gaul sebati kesemua bahan A. Ayak tepung superfine bersama dengan baking powder. Masukkan kesemua bahan B ke dalam bahan A. Uli hingga menjadi doh yang mudah untuk diterap. Bakar dengan kepanasan 150'C lebih kurang 20 - 25 minit.Sejukkan.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Celupkan biskut dalam coklat, hiaskan dengan badam keping kemudian taburkan snow powder dengan menggunakan penapis.



Resepi di atas boleh menghasilkan lebih kurang 100 biji biskut. Mudah dan sedap bangat....:))

Saturday 11 August 2012

NIG-NOG NESCHINUT....

Salam semua...mungkin bila baca nama biskut ni macam pelik...tak tau la kenapa namanya macam tu...mungkin sebab banyak sangat campuran di dalamnya. Resepi ni aku dapat masa aku ikuti class buat kuih raya tahun lepas...memang sedap...nampak macam biskut coklat chip tapi bahan-bahan yang digunakan lagi banyak dari coklat chip...ala-ala famous amos gitu....hehehehe...lets share d resepi...:))

Bahan-bahan;

Bahan A
250grm butter
160grm brown sugar
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B
230 tepung gandum **
20 grm serbuk koko ** ayak bersama
1 s/k emplex **
100 grm coklat chip
100 gram badam nib
100 gram walnut panggang - dicincang
50grm gram nestum

Cara;

Gaulkan butter dan brown sugar hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan Bahan B dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan kecil2 dalam loyang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 150'C selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.






Friday 10 August 2012

GREEN PEAS ALMOND...

Salam semua....hari ni baru mula buat biskut raya..tengok kat Facebook dan blogs kawan-kawan mereka dah buat beberapa jenis biskut...aku baru nak mula..baru ada masa...tak seperti tahun lepas..seminggu puasa dah mula buat biskut raya...tak tahu kenapa plak tahun ni..seminggu nak raya baru mula...busy sangat la tu....untuk biskut yang pertama aku mula dengan Green Peas Almond..sepatutnya tepung green peas warna hijau...tak tau plak kenapa kali ni dia tak hijau plak...hmmm...kes tipah tertipu la ni....tapi rasa kacang hajau tetap ada....

Bahan-bahan;

Bahan A

150grm butter
60grm gula castor

Bahan B

100 grm tepung kacang hijau (bukan tepung yg buat kole kacang - boleh dpt di kedai bakery)
30 grm cornflake kisar
30grm badam cincang
150 grm tepung gandum

Cara menyediakannya;

Sebatikan bahan A. Tak perlu pukul sampai kembang. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. Canai dan terap. Bakar lebih kurang 20 -25 minit dengan suhu 150'C.

Hiaskan mengikut suka. Oleh kerana tepung ni tak hijau, so aku cairkan coklat putih + sedikit pewarna hijau...at least ada la hijaunya...hehehehe....:))

Thursday 19 July 2012

MACAROON....kali kedua buat baru jadi....:))

Salam semua...hari ni aku dan suami tak kerja...cuti emergency....balik ke Seremban kerana ada kecemasan yang terpaksa diuruskan...hmmmmm...sebelah petang agak free....tiba-tiba teringat nak buat macaroon...gara-gara malam semalam Encik Hubby menyebut macaroon kat Star Hill..terus niat nak mencuba untuk kali kedua....hari tu aku ada terjumpa macaroon instant di Do Re Mi Bakeri berhampiran rumah....katanya hanya tambah air sahaja...harganya RM33 sebungkus...semua dah lengkap...lebih kurang 300grm sahaja...aku rasa tak berbaloi dan tak yakin.....baik aku cuba sekali lagikan...terus semak semula resepi yang ada dalam laptop ni...ada 2 3 resepi macaroon ni tapi aku pilih resepi yang Puan Izarina bagi dari FB messenger...beliau dah buat dan memang jadi...aku dah copy dalam fail MS Word...senang nak buat for future reference...


Bahan-bahan;

2 biji putih telur Gred A -
65grm gula castor

80grm serbuk badam
140grm gula aising
pewarna - sebaiknya guna yang serbuk (tapi aku guna pewarna cecair sbb serbuk tak ada)
secubit cream of tar tar - aku tambah sendiri

Method;

Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula castor + cream of tar tar. Pukul dengan kelajuan tahap maksimum sehingga jadi bertanduk. Untuk memastikan putih telur kembang dengan betul, terbalikkan mangkok adunan dan jika tak jatuh kira dah OK. (memang aku buat tadi...dah confirm tak jatuh baru puas hati ...hehehehe ))

Campurkan serbuk badam dan gula aising yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan. Kacau perlahan kemudian masukkan pewarna. Setelah aduanan sebati masukkan dalam piping beg.

Sebelum itu buat bulatan sebesar duit syiling 50 sen di atas kertas pembakar. Paip kan adunan mengikut bulatan yang telah dibentuk. Jangan letakkan macaroon yang dipaip tadi terlalu dekat kerana ia akan mengembang sedikit. Pastikan ada ruang secukupnya untuk mengelakkan macaroon bercantum antara satu sama lain.

Setelah paip semua adunan, biarkan seketika (kalau boleh letak bawak kipas) lebih kurang 30 - 45 minit untuk proses pengeringan. Jika adunan mengelembung pecahkan gelembung tersebut perlahan-lahan dengan menggunkan pencungkil gigi. Sementara itu boleh la panaskan oven dengan suhu 140C' ke 150'C. Walaubagaimanapun bergantung kepada jenis oven anda. Lebih baik menggunakan oven yang ada fan.Bakar lebih kurang 15 minit, kemudian sejukkan.

Selepas sejuk berhati-hati ketika mengeluarkan macaroon dalam dulang pembakar untuk mengelakkan macaroon pecah.

Tips penting;

Sebaik-baiknya jemur dahulu serbuk badam hingga kering. Walaupun serbuk badam diperlukan hanya 80grm tapi masa aku buat tadi aku guna lebih 140grm serbuk badam. Selepas dijemur dan betul-betul kering barulah di ayak. Selepas diayak baru lah anda timbang ikut pada sukatan yang sebenar 80grm kerana walaupun dia serbuk tapi bila dah ayak banyak kalipun masih banyak badam yang kasar-kasar. So pastikan jika anda beli serbuk badam mesti lebih dari sukatan sebenar.Begitu juga dengan gula aising. Ayak lebih dari sepatutnya tapi masukkan aising yang telah diayak mengikut sukatan.
Pastikan mangkuk adunan betul-betul kering. Ketika pecah telur pastikan tidak ada sedikitpun telur kuning masuk di dalamnya walaupun setitik. Untuk lebih mudah asingkan putih telur dengan kuningnya, gunakan telur yang baru keluar dari peti sejuk di mana putih dan kuning lebih mudah berpisah. Kemudian letakkan putih telur tadi di luar hingga hilang sejuknya. Aku biarkan diluar lebih kurang 2 jam.

Note:

Macaroon aku ni belum letak filling ditengah-tengahnya kerana kami rasa dah cukup manis. Anda boleh letakkan filling mengikut suka.

Cuba tengok semula masa pertama kali aku buat macaroon ni dulu....hahahahaha.....http://zarinasrk.blogspot.com/2012/02/semangat-makin-membara.html
Macaroon yang jadi biskut badam..hehehehe...step dah betul tapi tak ayak badam dan gula aising.

Semasa bakar macaroon ni tadi, memang aku berdebar-debar. Untuk dulang pertama aku siap ambik kerusi dan duduk menghadap oven tu sehingga macaroon naik dan masak sempurna...hehehehe...bila nampak dia naik tinggi, kalau aku tengok cermin mungkin senyumku sampai ke telinga....hahahahha...memang sedap macaroon ni...seperti my hubby kata...bila digigit ianya rangup tapi sampai dalam mulut terus cair jer....cunnnnn.................byeeeeeeeeeeee!!!

Sunday 19 February 2012

Semangat Makin Membara!!!!

Agaknya sebab terlalu aktif dengan aktiviti baking ni terus hand mixer ku dah tak boleh pusing.....terpaksa la kena carik ganti....so my hubby kata alang-alang beli dan asyik dok membakar jer beli jer heavy duty mixer ni....Kenwood Brand....my hubby kata ini as a birthday gift.....oh my God!!..terlampau advance....my birthday end of May tapi middle of Februari dah dapat......hahahahaha......anyway thank you very much to my hubby.......;p

tapi disebabkan mixer ni la juga kena buat sedikit renovation diruang dapurku....pagi tadi lebih kurang 10.30 kontraktor datang untuk pasang kabinet tambahan ni.....asalnya tempat peti ais disudut ni.....disebabkan mixer baru ni peti ais kena dialihkan tempatnya.....power betul mixer ni kan.....walaupun sudut yang kecil tapi aku puas hati...:p

Nampak tersusun sikit kan....dengan ruang yang ada aku boleh letak toaster, juicer dan semestinya mixer ni...tapi bila tengok kat oven tu rasa macam tak best jer....nak kena tukar ni kot??? oooppssss......not now!!! guna jer dulu selagi kek boleh masakkan.....sedapkan hati sendiri.....;p

Untuk mudahkan kerja di dapur kami alihkan peti ais di sini...

So peti ais jangan la merajuk yer...pindah dekat jer.....hahahaha....

Untuk merasmikan heavy duty mixer ni dengan kerajinan yang terlampau hari ni, aku telah cuba buat macaroons....ikut resepi dari blogger jugak....frankly speaking aku pun tak pernah rasa macaroons ni....so aku copy 100% dari resepi blogger ni....
First step : 2 biji telur.....gunakan egg seperater untuk mudahkan asing yg putih dan kuning....guna yg putih sahaja....

Step 2 : Pukul perlahan putih telur bersama secubit cream of tar tar serta 1/4 sudu esen vanilla sehingga macam buih sabun..nak hilangkan hanyir telur tu....masukkan 60gram gula castor dan pukul hingga kembang dan bertanduk....bukan jin jer yg bertanduk ok....buat kuih pun kena bertanduk....;p

Step 3 : Sambil menunggu putih telur kembang, gaulkan 200gram gula icing bersama 120gram serbuk badam.

Step 4 : Masukkan gula ising + serbuk badam dalam putih telur tadi serta pewarna. kacau mesra menggunakan spatula. Kemudian masukkan dalam piping bag. Sebelum itu buat bulatan atas kertas pembakar supaya sama saiz.

Step 5 : ketepikan selama satu jam. Biarkan ia kering sendiri.

Sambil menunggu 1 jam sebelum masuk dalam oven aku telah mencuba kek RED VELVET lagi tapi lain sikit resepinya yang diberikan oleh Puan Izarina Ishak....

250 gms plain flour
• 1/4 tsp baking powder
• 1 tsp baking soda
• 2 tbsp cocoa powder
• 300 gms castor sugar
B
• 250 gms butter (melt)
• 175 gms butter milk or yogurt
• 2 eggs
• 1 tsp strawberry emulco
• 1 tsp strawberry flavour
• 1 tsp powdered red colouring
• 1 tbsp vinegar
METHOD
1. Sift all A ingredients except sugar. Put aside.
2. In another bowl add in melted butter , buttermilk(or yogurt), eggs, strawberry emulco, strawberry flavour and red colouring. Mix well then only add in vinegar. (tunggu sampai keluar buih)
3. Then add in A ingredients and mix about 1 min. (jgn lama sgt pukul, agak2 dah mix well, masuk dlm mould yg dah letak parchement paper dan gris dgn butter)
4. Bake at 175' for 1 hour.
Bezanya resepi di atas dengan aku punya sebelum ni hanyalah strawberry extract...memandangkan semua bahan-bahan ada di rumah so aku try resepi ni...almaklum la..hari ni hari terlebih rajin...
cantikkan.,...macam aiskrim strawberry plak..preparation dalam masa 15 minit......sempat gak aku rasa mentah2 ni....mmg marvellous....dan ini la hasilnya....

Siap dah RED Velvet strawberry aku ni......selalunya aku suka makan kek ketika panas-panas tapi untuk Red Velvet ni aku lagi suka simpan dulu satu hari dan baru makan...rasanya lebih esotic.....
Setelah kek masak, aku tengok macaroons pun dah mcm kering so time untuk bakar plak....bakarnya just ambik masa 1 -12 minit sahaja.......nak tengok hasilnya????? malu la aku nak tunjuk.............:-[
ini bukan macaroons....tapi dah jadi biskut almond!!!
kah kah kah kah kah........!!!!

Aku memang baca banyak pasal macaroons ni dalam internet ....blogger....resepi minah salleh....macam-macam lagi....buat macaroon ni memang rumit...nampak bahan dan caranya amat mudah tapi sebenarnya amat cerewet.....kebanyakkan blogger semua mengaku macaroon mereka jadi setelah cuba entah beberapa kali......so aku akan tetap mencuba sehingga betul2 jadi.....tapi walaupun dah jadi biskut almond rasanya tetap classs............memang sodap!!!!

ni la macaroon yang sebenarnya.....beza 100% dari aku punyakan???? bila la aku boleh buat jadi macam ni yer??? so cute....................;p
Semangat ku akan tetap membara untuk mencuba dan terus mencuba....:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...