Tuesday, August 31, 2010

Merdeka?


Merdekakah kita jika masih di tadbir mengikut acuan british dan bukan acuan Islam dan sunnah nabi.


Merdekakah kita jika rakyat masih di jajah dengan budaya asing,budaya hiburan melampau yang lebih barat dari barat dan pendidikan akhlak dan agama di abaikan.

Merdekakah kita jika masih dibelenggu dengan masaalah moral dan akhlak yang kian teruk  sama seperti masyarakat jahiliah  sedangkan kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan Islam.

Merdekakah kita jika kita masih takut untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara kita sendiri.

Medekakah kita jika masih lagi dibelenggu masaalah rasuah,salahguna kuasa dan kronisme sedangkan rakyat dibawah yang terpaksa menangung semua bebanan tanpa pembelaan.

Merdekakah kita jika rakyat masih lagi dibiarkan leka dengan hiburan sehingga lupa tangungjawab yang lebih berat menanti di akhirat dan hanya mengejar keuntungan dunia.

Merdekakah kita jika masih lagi berada dalam kebimbangan tentang masaalah jenayah yang makin buntu seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya sedangkan Islam yang menjadi agama rasmi hanya sebagai hiasan sahaja dan tidak dijadikan dasar.

Merdekakah kita jika rakyat masih lagi ditekan dengan politik ugut dan ampu,jika tidak sokong keraajaan pelbagai tekanan akan dikenakan dan jika menyokong pelbagai kemudahan disediakan.

Merdekakah kita jika hak rakyat untuk bersuara seakan dinafikan,apa saja keputusan pemerintah tidak boleh ditegur dan para cendikian seakan dirantai dan dikunci mulutnya.

Merdekakah kita jika Isu-isu perkauman masih lagi jadi bahan politik.
Fikir-fikirkan bersama...

Pterygium : Selaput Luar

Pterygium adalah sejenis pertumbuhan di lapisan luar (conjunctiva) mata putih.  Selalunya wujud pada orang yang sering bekerja di bawah cahaya matahari terdedah pada sinaran UV  yang kuat. Kebiasaannya terdapat  pada mata pekerja seperti petani dan nelayan . Faktor lain yang menyebabkan pertumbuhan pterygium termasuk wap kimia, asap, habuk dan benda-benda lain yang terbang masuk ke dalam mata.

Mata individu yang mengalami pterygium akan rasa tidak selesa, merah dan berair. Mata pesakit akan sentiasa terasa kering dan berpasir.  Kadar astigmatisma atau silau meningkat  akibat  daripada pembesaran dan pertumbuhan pterygium. Pterygium selalunya bertumbuh dengan perlahan, tetapi ada juga yang bertumbuh dengan cepat bergantung kepada persekitaran pesakit. Pertumbuhan pterygium bermula dari sisi mata dan merebak ke tengah mata. Penglihatan akan kabur dan terganggu jika pterygium sudah meliputi bahagian tengah kornea (anak mata). Tiada yang perlu dirisaukan jika pterygium masih diluar anak mata dan berada di kawasan putih.

Pterygium yang sudah memasuki anak mata

Adalah dinasihatkan bagi individu yang mengidap pterygium supaya mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari, habuk dan angin dengan memakai cermin mata yang melindungi mata daripada faktor tersebut. Perlu diingat bahawa, semakin kerap dan panjang masa terdedah dengan cahaya matahari, lagi cepat progres pterygium. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pterygium ni biasanya lambat dan memerlukan masa yang panjang  untuk tumbuh  walau 1mm. Namun, pemantauan terhadap perkembangan pterygium  adalah penting supaya ia tidak memasuki mata. Mengambil airmata tiruan  boleh mengurangkan ketidak selesaan mata akibat pterygium. Selalunya, ubat titis steroid digunakan untuk mengurangkan keradangan. Memakai cermin mata gelap juga boleh melindungi mata daripada cahaya matahari terik dan angin. Elakkan daripada persekitaran yang boleh mengganggu mata seperti persekitaran yang berhabuk.


.Pterygium tidak perlu dibuang jika tidak mengganggu penglihatan

Pembedahan diperlukan bila pterygium dah sampai tahap yang boleh menyebabkan kekaburan dan ganguan pada penglihatan. Pterygium juga perlu dikeluarkan jika pterygium menyebabkan rasa berpasir di dalam mata atau mata selalu merah. Pterygium yang menyebabkan tahap silau yang tinggi juga perlu dikeluarkan untuk mengurangkan astigmatism. Pembedahan kecil akan dilakukan untuk membuang pterygium. Pembedahan ini biasanya dilakukan dalam bilik bedah kecil dan tanpa memerlukan alatan canggih. Pterygium akan dikeluarkan dengan teliti, supaya kadar pertumbuhan semula pterygium boleh dikurangkan. 

Doktor pakar akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian mata yang sihat dan menampalkannya di bahagian pterygium yang telah dikeluarkan. biasanya conjuntiva dari bahagian bawah mata diambil. Prosedur ini dipanggil conjunctiva graft. Teknik graft ini dilakukan untuk membolehkan kadar pertumbuhan semula pterygium dikurangkan sebanyak 6 kali ganda. Setelah pembedahan, biasanya akan  diberi ubat titis steroid untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan balik pterygium. Pembedahan pterygium biasanya dilakukan dalam lingkungan setengah jam.  Masa yang lebih lama diperlukan bagi mengeluarkan sesetengah  jenis pterygium yang lebih sukar.

Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, pesakit boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan mengalami simptom seperti berair dan ini menyebabkan kekaburan mata yang sementara.


Tuesday, August 24, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Kedah Di Perantauan Bersama YAB MB Kedah


Majlis Berbuka Bersama Anak Kedah di Lembah Kelang akan diadakan pada:
Tarikh : 29 Ogos 2010
Tempat : Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya.(Sebelah Menara MBPJ dan PJ Hilton)
Masa : 5:00 ptg - 8:00 mlm

Siapa patut hadir?
Semua anak Kedah yang berada sekitar Kuala Lumpur, PJ, Shah Alam, Klang, Kajang, Bangi, Ampang, Gombak, Selayang dan sekitarnya.

Siapa lagi mai?
EXCO, ADUN Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Parlimen Kedah.

Ada apa lagi?
Ucapan Daripada YAB Menteri Besar dan Taklimat perkembangan Negeri daripada Urusetia Penerangan.

Acara lain?
Makan buka puasa. Tiada bayaran!

Nak hubungi siapa?

013-5844310 (Afnida)
019-9902839 (Solehah)
04-7312136 (Pejabat MB Kedah)
012-4827563 (Ust Musadaq - Urusetia Penerangan)
019-4706247 (Ust Rosli - Urusetia Belia)

Sila SMS kehadiran jumlah kehadiran anda dan rakan-rakan.Tempat terhad kepada 1000 orang pertama...Mai Jangan Tak mai!

MAJLIS ANUGERAH PEMENANG CERPEN ISLAMI!!


Masa yang ditunggu telah tiba...
Setelah penantian yang penuh kesabaran…
Penghakiman juri sekian lama...

Alhamdulillah, pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 akan diadakan Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami buat para peserta cerpen Islami di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA.
Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.
JUMPA DI SANA!!

Sunday, August 22, 2010

SIJIL HERBALIS 19


SIJIL HERBALIS KE-19
11 – 31 DISEMBER 2010, SUNGAI PETANI, KEDAH YURAN PENDAFTARAN : RM3000.00
Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam) No. Akaun : 090 100 100 02734  Nama : Ismail Bin Ahmad
Pendaftaran & Maklumat Boleh Hubungi:
Norasyikin : 019-6330727  / Azira : 019-4548727 / Zaki : 013-3005419
TERHAD KEPADA 50 ORANG YANG AWAL MEMBAYAR SAHAJA
DOWNLOAD BORANG  (( Klik Sini ))


Friday, August 20, 2010

Jadual Sebelum Raya

21 Ogos- Ocular Disease
                      -8.00am-1.00pm
             - Clinical Optometry III
                      -2.30pm-4.30pm

23 Ogos- Arabic Language III
                     -cancel
              -Clinical Optometry III (clinic)- ganti raya
                     -10.30am-12.30pm

24 Ogos- Low Vision- Test 1
                     -8.30am-10.30am

25 Ogos- Contact Lens I (clinic)- ganti nuzul
                     -2.30pm-4.30pm
              -Clinical Optometry III
                      -8.30am-10.30am (diawalkan) 
     
28 Ogos-Ocular Disease
                      -8.00am-2.00pm
              -Screening, Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Cheras Baru
                      -9.00am-10.00pm
               -Arabic Language III
                      -3.00pm-5.00pm (ganti 23hb n minggu raya)
                       -test 2, lect, listening.....

29 Ogos- Sehari Prihatin Optimist
                      -8.00am-10.00pm, Asrama Damai, Kuang

30 Ogos- Arabic Language III
                      -Quiz 3 and Qiraah

31 Ogos- Ocular Disease
                     -8.30am-12.30pm
              -Low Vision (Sir Saiful)
                       2.00pm-5.00pm
                      - Ganti merdeka dan minggu raya
              -public holiday

1 September-  Contact Lens I (clinic)- ganti raya
                     -2.30pm-4.30pm
              -Clinical Optometry III
                      -8.30am-10.30am (diawalkan)

2 September- Pediatric Optometry
                      - Mid Exam

6 Sept-  Submit Brochure Pediatric
              Arab Class cancel
7 Sept -  Low vision Class cancel
8 Sept - Lab CO 3  cancel

Tertakhluk pada perubahan. Sekian... Wallahu 'alam...

Wednesday, August 18, 2010

Iftar Bersama Ustaz Azizan

Salam Ramadhan. Hebahan kepada anak-anak Kedah di Perantauan di Lembah Klang.
Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB MB Kedah, Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak pada;
29 Ogos 2010, Ahad, jam 5.00 petang.
8.30 malam di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.
Kehadiran anda amat dialu-alukan. Sila confirm kehadiran kepada Izzat Afif-0132225197

Wallahu 'alam.... 

Program Ramadhan Angsana

11-25 Ogos 2010
Halaqah Tadarus dan Tadabbur Quran
6.00pm-7.15pm
Dewan Solat Utama Angsana

Sepanjang Ramadhan
Bubur Lambuk dan Iftar
Perkarangan Komplek Kemudahan Pelajar Angsana
5.00pm-7.15pm

19 Ogos 2010
Tazkirah Khas Siri 1-Kelebihan Bulan Ramadhan
6.00pm-7.15pm
Dewan Solat Utama Angsana

25 Ogos 2010
Pertandingan Tilawah Al-Quran
4.45pm-6.00pm
Ruang Solat Utama KKPA

25 Ogos 2010
Iftar Perdana Angsana
Kawasan Parking A4 dan A5
6.00pm-8.30pm

26 Ogos 2010
Tazkirah Khas Siri 2- Nuzul Quran
6.00pm-7.15pm
Dewan Solat Utama Angsana

26 Ogos 2010
Majlis Khatam Quran Angsana
Komplek Kemudahan Pelajar Angsana
5.00pm-6.00pm

27 Ogos-Nuzul Quran (public holiday)

29 Ogos-4 September 2010
Qiamullail-4.30am-5.15am
Sahur (disediakan)- 5.15am-5.40am
Dewan Solat Utama Angsana

Pemimpin Kedah


Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

FOKUSKAN LENSA
Lebih-lebih lagi pelancong atau orang luar, jika tidak diberitahu, mereka lalu begitu sahaja tanpa merakamkan atau memfokuskan lensa ke arah rumah itu.
Na[2009-07-10_165939.jpg]mun, di situlah diamnya seorang pemimpin negeri. Di satu sudut rumah, seorang lelaki tanpa kaca mata, segak membetulkan songkok sejurus mengenakan kot cerah coklat dan mengikat tali leher merahnya.
Kemudian dia duduk seketika, sambil menghirup kopi, minuman kegemarannya. Pagi itu, dia tidak sempat bersarapan, seperti kelaziman hari-hari lain juga.

Jadualnya padat dan waktu yang singkat, adakala tidak upaya menjamah hidangan pagi. Itulah rutin yang dilaluinya, sejak hampir tiga tahun memikul amanah rakyat dan agama.

Sekali hirup, beliau merenung jauh. Kini tidak sama seperti dulu. Malah dia terasa kehilangan sesuatu iaitu tidak dapat melakukan perkara yang disukainya sejak dulu. Rupanya dia merindui untuk ke pasar secara sendirian membeli ikan dan bersembang panjang dengan masyarakat di warung kopi atau di kedai makan!

MENUNGGU ARAHAN
Lamunannya terhenti tatkala, seorang pengawal peribadi muda memaklumkan semuanya telah siap siaga menunggu arahan selanjutnya.
Di luar sana, kereta peronda bersama polis pengiring bermotosikal, sudah terpacak setia. Di tepi laman rumah dua buah kereta rasmi kerajaan, dua pemandu beserta empat pegawai lelaki kemas berpakaian kemeja lengan panjang berdiri di sisi pintu, menghormati dia, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mendahului pergerakan semua.

Tepat jam 8.00 pagi itu, pasukan pengiringnya bersama pemimpin negeri itu bergerak ke satu lokasi,jauh di pendalaman di mana majlis besar dihadiri ribuan rakyat yang sudah menunggu tanpa jemu.
Di sana, rakyat sudah tidak sabar menantikan amanatnya. Gurau dan seloroh Menteri Besar mereka itu, seringkali mencuit hati. Tanpa laras bahasa yang sukar, menggunakan ayat-ayat bersahaja, beliau bijak dalam mencernakan dan mencanaikan ucapannya agar mudah difahami semua.
Baik isu ekonomi, sosial, agama, politik, pendidikan mahupun undang-undang, Ustaz Azizan tahu apa yang diperkatakan. Tidak sekadar membaca teks, beliau benar-benar faham apa yang diluahkan. Sesekali beliau menggunakan metafora, analogi dan contoh-contoh sekeliling, untuk mencantas atau menjelas letak duduknya sesuatu perkara.

"Saya ini umpama ketam batu. Sekali saya sepit ekor beruk, pasti menggelupur. Jangan cabar saya kembali ke perangai lama, nanti saya bongkar habis semua ...!"
Seusai berucap laungan takbir bergema dengan iringan tepukan gemuruh, menghangat suasana malam itu sewaktu berceramah di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan disaksikan puluhan wartawan dan pengamal media dalam dan luar negara.

ACAH-ACAH LAWAN
Kehadiran 10,000 hadirin semata-mata mahu mendengar petikan dan amaran Ustaz Azizan yang tak mungkin dilupakan berhubung isu Adun Lompat beberapa bulan lalu, akibat diacah-acah lawan bagi mencalarkan imej bersih dan amanah yang galas beliau selama ini.
Itu cerita dan kehebatan Ustaz Azizan bersilat dalam gelanggang ceramah. Lain pula kisahnya ketika dia menggulung hujah dan menepis segala jurus-jurus lawan yang dihalakan kepadanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.
"Soalan itu seolah-olah menghina bidang kuasa Sultan. Tarik balik soalan itu!" kata seorang Adun Pembangkang daripada Barisan Nasional dengan penuh emosi berang.
Tanpa membuang masa, Azizan bangun mencelah: "Perkataan 'seolah-olah' bukanlah ayat yang jelas atau mempunyai bukti. Jika di mahkamah, perkataan ini tidak terpakai sama sekali".
Hujahnya tepat, menyiku lawan. Beliau sudah lama dan sebati dengan Dewan. Undang-undang dan peraturan mesyuarat, umpama 'zikir' di bibirnya. Dia yang paling lama sebagai Adun Pembangkang dan kini beralih kuasa di tangan, beliau memegang tampuk pemerintahan.

Bukan sembarangan Ustaz Azizan ini. Berwatak sederhana dan bersahaja. Anak kelahiran kampung Sungai Limau, yang diasah sopan, akhlak dan pendirian. Bijak berilmu sehingga melanjutkan pelajaran ke University Of Kent, Canterbury, United Kingdom, pengkhususan dalam bidang perlembagaan. Tak mudah lawan atau musuh menyerangnya bertubi-tubi kerana tajinya sangat tajam.

Tidak cukup dengan itu, pengikut dan anak muridnya terlalu ramai. Masakan tidak, beliau dulu adalah seorang tenaga pengajar di Maktab Mahmud, Ketua Jabatan Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Tidaklah berhasrat menceritakan fakta-fakta, statistik atau angka-angka kejayaan pimpinan Ustaz Azizan ini berkaitan bab peningkatan hasil balak, pengurangan kadar jenayah, percambahan projek pertanian atau apa sahaja, kerana ia sudah terang lagi bersuluh. Risalah, berita, dokumentasi, rakaman dan cd-vcd sudah bercambah dan sentiasa memenuhi ruang galeri.

BANGUNKAN INSANIAH
Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

Sebenarnya beliau bukan seorang pemimpin yang suka melakonkan watak atau berlakon di hadapan lensa malah cukup keberatan untuk dikutip kisah perjuangan sepanjang hayatnya. Dia pernah menolak diwawancara Harakah secara eksklusif Harakah, walaupun beliau amat sayang akan organ parti ini dan pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Harakah.
Katanya kepada saya, ketika melaporkan diri sebagai Ketua Wartawan Harakah Negeri Kedah awal tahun ini, beliau lebih suka bersikap merendah diri dan kurang menggemari publisiti berbentuk sensasi.

"Takpalah...Azamin. Biar saya 'low profile' dan buat kerja-kerja macam biasa. Azamin buatlah kerja dan duduklah elok-elok di sini ya," katanya bernada rendah menyinggah hati nurani.
Dan sejak itu saya memerhati dari jauh dan mengekorinya tanpa disedari. Tidak pernah saya mendekatinya dengan lebih rapat lagi bimbang-bimbang disalah erti. Sehinggalah selepas tujuh purnama saya di sini, beliau buat pertama kalinya menjemput saya ke rumah. Berbual santai, sembang-sembang hal keluarga dan menitipkan luahan hatinya tentang pergolakan politik semasa.

Dulu bermacam-macam nista dipalit kepada Ustaz Azizan. Tidak mesra, tidak pandai ceramah, ego dan bengis kata mereka yang tidak puas hati dengan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Adun Sungai Limau ini.
Namun setelah dua kali berbual mesra dan mengikuti segala aktiviti serta program beliau selama tujuh bulan ini, nyata tusukan dan cacian itu, tidak benar dan hanya fitnah semata.

AMAT TEGAS
Ini tidaklah bermakna, dikesampingkan warna sebenar, perwatakan beliau. Ustaz Azizan sememangnya seorang yang amat tegas terutama melibatkan tugasan dalam parti mahupun kerajaan negeri. Bekas pensyarah kehormat di Universiti Mindanao ini juga tidak suka kerja "cincai-bomcai".
Baginya semua 'perfect' dan 'zero-defect'. Tidak kurang kakitangan atau petugas parti yang menerima terjahan teguran dan kritikan daripadanya. Katanya setiap tindakan memberi kesan kepada agama dan perjuangan parti yang dibawa. Yang akan menerima tempias ialah, Islam dan PAS.
Betapa seriusnya Ustaz Azizan mentadbir parti sehingga adakalanya bermesyuarat sampai malam dan sesekali beliau mengejutkan para pegawainya yang sedang lena diulit mimpi, untuk berkumpul di rumahnya lewat tengah malam bagi membincangkan isu amat genting.

Pernah sekali, walaupun pintu tertutup rapat, saya mendengar beliau berang memarahi seseorang kerana kelemahan menyelesaikan tugas yang diberi. Gamam juga saya yang kemudian beransur beredar perlahan-lahan daripada pejabat Menteri Besar itu sebelum menambah lagi murka.
Akan tetapi ironinya, puncak kemarahannya hanya di bucu empat penjuru biliknya sahaja. Selepas melintasi ruang legar atau di luar bilik itu, beliau akan bersikap sediakala malah orang yang dimarahinya, boleh berbual dan makan semeja dengannya.

CUKUP BERANG
"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.
Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.
Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.

Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.
Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.
Sejak dua tahun lebih menjadi MB, beliau tidak pernah ke luar negara walaupun pernah dijemput oleh gabenor jiran senegeri iaitu Thailand. Menjelang Ramadan ini, khabarnya kali pertama beliau mahu akan ke negara Timur Tengah, setelah lama mendiamkan diri melaksanakan tanggungjawabnya di sini.
Beliau sebenarnya tidak mahu, dianggap memoncah dalam berbelanja dan dilihat membuang masa serta bersuka ria ke sini sana lebih-lebih lagi ke luar negara. Hatta dalam berbelanja untuk kegunaan sendiri pun, Ustaz Azizan cukup sederhana dan bersikap berpada-pada.

HARGA KEMEJA MB
Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.
Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!
Pernah pentadbiran kerajaan negeri berhasrat melupuskan atau menjual kenderaan rasmi Menteri Besar dua buah kereta Mercedes lama plat nombor KY12 dan KN 2000, akibat terlalu teruk kerosakannya namun dihalang Ustaz Azizan yang meminta dibaiki dan akhirnya dipakai semula oleh beliau sendiri.

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini,beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.
Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.
Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Bukan itu sahaja, MB Kedah ini akan mengiringi Sultan Kedah di lapangan terbang sama ada ketika baginda bertolak mahupun pulang daripada luar negara. Biarpun sekadar 5 ke 10 minit cuma bersua dan mengiringi baginda, tanda hormat yang ditunjukkan kepada Sultan amat tinggi.

Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!
Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!
Jika di Kedah pula, beliau suka hidangan gulai masam ikan dan ulam-ulaman disajikan. Dan tatkala melawat kawasan kampung di sekitar Kedah bagi tujuan rasmi ataupun tidak formal, masyarakat rata-ratanya sudah tahu makanan kegemaran beliau dan menghidangkannya setiap kali beliau menziarahi penduduk di situ.

Manakala kalau di rumah, sebelum waktu tidur jam 10 malam, Ustaz Azizan suka berbaring di sofa panjang sambil membaca buku-buku atau kitab-kitab tafsir. Itu hobinya sejak dulu lagi. Kadang-kadang asyik membaca, beliau boleh terlena di situ. Minatnya pada buku sukar disangkal. Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang juga, ada masa meminta Azizan menyemak buku tulisannya sebelum diterbitkan.

SAMPAI KULIAH
Jika berkesempatan, beliau meneruskan kesinambungan dakwah dengan menyampaikan kuliah yang selalunya diadakan di Kompleks PAS ataupun Kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon setiap Jumaat. Bukan sedikit pengikut atau yang minta mendengar kuliah yang disampaikan, dan ada masa bergilir dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din.
Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Beliau jarang menghampakan orang, bahkan tetamu yang menjengah ke rumah ataupun ke pejabatnya sama ada melalui temujanji ataupun yang datang secara spontan.
Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.
Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.
Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.
Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

MATI RENTUNG
Ada satu kisah ketika, alam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur kerana urusan mesyuarat, beliau mendapat khabar sebuah keluarga Cina di Jitra yang kehilangan dua orang anaknya akibat mati rentung. Kisah menyayat hati itu, dilaporkan semua media. Beliau kemudian lantas ke tempat kejadian, tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu.
Ustaz Azizan tiba menyampaikan sendiri bantuan dan duduk bersama kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut sambil cuba mententeramkan kesedihan mereka tatkala jenazah keduanya masih berada dalam keranda dan belum dikebumikan.
Selain itu, jika tetamu yang hadir atau membuat kunjung hormat, Ustaz Azizan akan melayan dan meraikan mereka sehabis mungkin sehinggakan beliau meneliti terlebih dahulu menu makanan yang bakal dihidangkan[2009-07-10_165827.jpg]supaya para tetamunya mendapat sambutan yang terbaik.
Jika tiada acara lain, beliau lebih suka makan di dalam pejabatnya bersama staf mahupun para pegawai, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan warga kerja di Wisma Darul Aman itu.
Bukan sedikit yang sudah bertandang ke pejabatnya, daripada beberapa Menteri Pusat, para kedutaan, korporat atau konglomerat, guru, pelajar, bomba dan aneka ragam sehinggalah makcik pakcik dari kampung. Semua teruja dan mahu bertemu pemimpin disegani ini.
Biarpun beberapa media adakalanya cuba menconteng arang, tetapi secara purata dan majoriti, ramai yang tidak termakan racun hasutan. Semua telah menjadi saksi kepala. Tinjaun rambang yang dibuat, semuanya amat menyukai corak pentadbiran Azizan dan jika kekal begini, maka berputih matalah, mereka yang berhasrat atau mahu merujuk kembali kuasa yang sudah lama berpisah dari diri.
Walaupun media melaporkan songsang, hakikatnya pengamal media arus perdana dan alternatif di Kedah, menganggap Ustaz Azizan seorang yang mesra media. Beliau amat kenal seorang demi seorang wartawan yang membuat liputan. Ingatannya tajam. Bukan itu, sahaja, AUstaz zizan akan menjawab semua soalan yang ditujukan dengan pancungan hujahnya yang bernas.

PERANGKAP WARTAWAN
Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.
"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.
"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.
"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.
Sebenarnya setiap kali, sidang media di pejabat Menteri Besar, seminggu sekali adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pengamal media. Bukan setakat mendapatkan berita, tetapi lebih kepada kemesraan hubungan serta bergurau senda dengan Ustaz Azizan, yang menganggap para wartawan sebagai sebahagian daripada keluarganya.

JADI PENTERJEMAH
Jika sidang media dibuat dengan para duta atau diplomat asing, Ustaz Azizan lazimnya bertindak sebagai penterjemah dalam bahasa Inggeris dan membantu media menjelaskan jawapan.
Selain asakan fitnah lawan, beliau juga sering dilambakkan dengan segunung harapan oleh penyokong parti dan rakyat negeri supaya melakukan perubahan besar-besaran agar nampak hebat dan boleh dipandang semua, tetapi tidak pernah melatah. Beliau bukan seorang yang gopoh dalam mengatur langkah.
Kata seorang ustaz menjawat exco pemuda negeri, Ustaz Azizan bukan seorang yang 'ghairah' berceramah atau suka menunjuk aksi di sana sini, baik sebelum menjadi MB ataupun kini. Beliau sering mengutamakan jentera parti, memantapkan sistem dan pentadbiran kerajaan negeri.

RAMADAN
Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.
Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.
Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.
Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.
Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

TERTIKAM MATA SENDIRI
Akhirnya permainan muslihat lawan, tertikam mata sendiri. Perbuatan keji yang diharapkan dapat menusuk dan mencincang imej Azizan atau nama busuk parti bertukar pujian melangit atas sifat pemurah pemimpin itu. Rupanya, kilasan dan serangan lawan melukakannya pun belum tentu!
Begitulah kehebatan seorang Azizan yang tiada duanya, yang mampu dinukilkan semoga bisa merungkai kekeliruan dan tuduhan tak bermata terhadapnya selama ini.
Sesungguhnya rakaman dua tahun lebih, kelibat keperibadian beliau, tidak mampu dikarang berkajang-kajang. Hanya selembar kisah, secebis cerita untuk tatapan semua untuk mengenali, cuba mendekati dan mencontohi sikap beliau, yang jauh di mata dekat di hati.
Moga mendoakan, agar kepimpinannya berpanjangan dan sekiranya berterusan, maka mudahlah saya menyudahkan cerita 1001 macam di sebalik tabir Ustaz Azizan Razak ini. Salam Ramadan al-Mubarak!

http://ustaznazmi.blogspot.com/

Tuesday, August 17, 2010

Liqo' Quran

Bersempena bulan mulia yang diturunkan Allah al-Quran padanya, banyak program-program peningkatan ibadah dilakukan. Antara ibadah yang menjadi kelaziman di bulan Ramadhan ialah tadarus dan tadabbur Al-Quran. Ia sangat bertepatan dengan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai 'Bulan Al-Quran', yang diturunkan padanya Al-Quran. Tetapi perlu diingatkan, dalam kita bertadarus hendaklah kita mematuhi etika dan adabnya.

Secara asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang
yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Tujuan kita bertadarus adalah untuk membaiki dan memperelokkan bacaan kita. Dalam riwayat menunjukkan Rasullullah sendiri bertadarus bersama Jibril.


عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: (كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ـ أي أكرم الناس ـ
وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل، وكان جبريل يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه
القرآن، فرسول الله صلى الله عليه وسلم حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة) متفق عليه


“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan,
dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.Jibril a.s.
menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan
Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah
amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.
(Riwayat:Al-Bukhari dan Muslim).

Kini, amalan tadarus terus menjadi ikutan dan dihayati dari zaman para sahabat, orang-orang soleh sehingga masyarakat kini. Kebanyakkannya bertadarus Al-Qur’an sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing. 


 Antara adab dan etika yang perlu dipatuhi ketika bertadurus adalah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau
atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.


Walau bagaimanapun, wujud beberapa kesilapan ketika bertadarus yang perlu diambil perhatian:

1. Bacaan terlalu laju sehingga terlepas pandang hukum tajwid dan mahraj huruf.
2. Berlumba-lumba menghabiskan bacaan Al-Quran tanpa tadabbur.
3. Kurang penghayatan dalam mentadabbur ayat Quran.
4. Tergesa-gesa membaca Al-Quran
5. Tidak menjaga hak-hak Al-Quran dari segi tajwid, makhraj dan sebagainya semata-mata untuk    mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan.
6. Tadarus Al-Qur’an hanya dilakukan di bulan Ramadhan saja.

Perlu diingatkan, tujuan kita bertadarus adalah untuk membaiki dan mempelajari Al-Quran bukanlah untuk khatam dan menghabiskan keseluruhan al-Quran. Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari. Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai.
Tujuan Rasulullah bertadarus dengan Jibril ialah untuk memperdengarkan dan
menyemak bacaan. Jika khatam itu tujuan yang utama, tentulah tidak berlaku tadarus melainkan selepas Quran itu sempurna diturunkan. 



Kesimpulannya, kita bertadarus bertujuan memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Yang demikian itu adalah lebih elok jika tadarus itu diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang di baca.

Walau bagaimanapun, jika mampu, sewajarnya seorang Muslim berusaha mengkhatamkan Al-Quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak Al-Quran itu sendiri.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Ramai orang membaca Al-Quran,
sedangkan Al-Quran itu melaknatnya". Mereka adalah golongan yang tidak menjaga
adab-adab dan
hak-hak Al-Quran ketika membacanya.

Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan itu. Insya Allah..

Berperang di bulan Ramadhan

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yang pernah berlaku dalam bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yang pernah berlaku ketika dahulu dalam usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam  berlaku pada bulan yang mulia ini. Daripada zaman Muhammad s.a.w sehinggalah
tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri-siri peperangan yang cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dengan menyahut seruan jihad Allah.

Saya cukup berminat dengan sejarah terutamanya sejarah yang berkaitan dengan umat Islam sebab ianya banyak bersangkut paut pada diri kita jika kita benar-benar menghayatinya. Malulah kalau kita tidak tahu mengenai usaha-usaha dan sejarah-sejarah yang pernah tercoret dengan darah umat Islam suatu ketika dahulu hanya semata-mata ingin memastikan Islam itu sampai kepada kita. Dan bertambah malulah kita ambil acuh tak acuh tentang Islam yang telah sampai kepada kita pada hari ini.

Justeru, marilah kita ikuti beberapa siri peperangan yang ingin dikongsi dari beberapa artikel, dari awal tahun hijrah sehinggalah yang terkini. Semoga ianya menjadi ikhtibar dan semangat kepada kita menempuh Ramadhan yg mulia ini.

Perang Al-Qadisiyyah : 9 Ramadhan 16H
Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000 orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh Rasulullah.

Bermulanya era keemasan Andalusia selama 700thn  : 9 Ramadhan/92H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Ziad ke atas raja Rudrik di Sepanyol. 12,000 tentera Arab dan Barbar menetang 90,000 tentera Gothic pimpinan Raja Rudrick. Selepas tiba di daratan Sepanyol, Thariq bin Ziad membakar kapal2 tentera Islam dan menyahut “Kita telah membakar kapal2 kita, dan sekarang tiada apa yg boleh menyebabkan kita lari dr bertempur dgn tentera kufar, sekarang yg tinggal hanya kemenangan yg nyata atau syahid di jalan
Allah”.
Tentera muslim yg bersemengat meggempur tentera Rudrick sehabis-habisnya sehinggalah mereka dikalahkan dgn teruk. Bukan shj raja Rudrick dan tenteranya mati dibunuh, bahkan Tariq bin Ziad berjaya memerdekakan Spain, Sicily (Itali) dan sebahagian Perancis.




9 Ramadhan/559H
Tentera Islam di bawah pimpinan As-Sutan Nuruddin Az-Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salib. Salahuddin Al-Ayubi kemudian menggantikan Nuruddin dlm siri peperangan Salib merampas kembali tanah umat Islam di Palestin.

Pembukaan kota Mekah : 10Ramadhan/6H
Fathu Makkah. Umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya, dan manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Allah menyebutnya dalam Al Quran Surah Al Nasr.

Peperangan Zallaqah di Portugal : 10Ramadhan/459H
Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Perang 6 hari : 10Ramadhan/1393H
Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973.

Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Perang Yakhliz :  15 Ramadhan/1294H
Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Perang Badr al-Kubra : 17Ramadhan/2H
Merupakan peperangan yg paling singkat, namun adalah peperangan yg paling hebat dlm sejarah umat Islam. Ianya merupakan peperangan yg memisahkan antara haq dan batil. 313 tentera muslimin vs 1000 kafir Quraish.

Permulaan panji Islam yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah pada 4 Ramadhan tahun pertama Hijrah.
Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
“ Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”.

Perang Salib pimpinan Salahuddin al-Ayubi : 22 Ramadhan/648H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah. Ahli sejarah menceritakan tentera salib yg menguasai Baitul Maqdis di Palestin ketika itu sungguh ganas dan kejam, membunuh sesiapa sahaja yg tdk memberi sokongan kpd mereka, termasuk org2 kristian sendiri. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah mrk, mereka dibakar hidup- hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang salib.
(Ketika peristiwa Ambon tahun 1999 di Indonesia, org2 kristian Indonesia telah meniru kekejaman tentera Salib ini terhadap umat Islam di Ambon).

Hasil usaha yg lama, tentera Islam pimpinan Salahuddin bertempur hebat dgn gabungan tentera2 Salib dari Eropah. Perancis dan Jerman dgn jumlah yg sgt besar. Tentera Islam mdpt kemenagan yg agung dan mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis, yakni jantung umat Islam.

Perang Ain Jalut : 24 Ramadhan/658H
Pada tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah (ketika Islam menakluki 2/3 dunia).

Dalam serangan itu, berjuta-juta umat Islam terbunuh sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan
buku2 karangan sarjana Islam dr perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Saifuddin al-Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan barbarik akhirnya kalah kepada tentera Islam. Ahli sejarawan menceritakan bhw jika ditakdirkan tentera Islam kalah pd ketika itu,nescaya sudah tentu dunia ini telah ditawan oleh tentera Mongol.

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah : 25 Ramadhan/9H
Nabi Muhammad SAW menyucikan Kota Mekah dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Kaabah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala yg paling agung dan besar, Al Uzza, sementara Amru Al-As menghancurkan berhala Suwa’ dan Saad bin Zaid memusnahkan berhala Manat.

Perang Serbia : 26 Ramadhan/927H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

Persiapan Rasulullah dlm Perang Ahzab
Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit yg sgt dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Perang ini berlaku pd awal bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah dan ini ada diceritakan dalam al-Qur’an di dalam Surah Al-Ahzab.

Source: http://www.scribd.com/doc/193737/Sirah-Perang-Ramadhan

Tadarrus Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang diturunkan pada bulan Ramadan. Kelebihan bulan Ramadan sebagai bulan membaca tidak dapat disangkal lagi apabila setiap kali menjelang Ramadan, Rasulullah dan para sahabat aktif mengulangkaji bacaan al-Quran.

Mungkin secara kebetulan atau ada hikmah yang tersembunyi, kalimah pertama yang diturunkan di dalam al-Quran pada bulan Ramadan adalah 'Iqra' bermakna, 'Bacalah'.  Sudah tentu ayat ini tidak membataskan bacaan al-Quran secara tilawah sahaja bahkan menuntut umatnya supaya mengkaji dan membaca buku-buku tambahan bagi memantapkan iman dan mengukuhkan ilmu ibadat. Dari sini, para sahabat mengembang ilmu al-Quran, menjadi penafsir dan penterjemah serta membukukan khazanah-khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya.

Antara amalan yang amat dianjurkan di bulan mulia ini adalah membaca Al-Quran. Pembacaan al-Quran tidak semestinya terbatas dengan bertilawah dan tadarus sahaja. Malah, pemahaman al-Quran juga perlu digarap dengan majlis-majlis ilmu dan bacaan-bacaan tambahan bagi menguatkan pemahaman berkenaan Islam itu sendiri.

 Al-Quran diturunkan Allah pada bulan Ramadhan kerana keutamaan yang tinggi baginya dan hikmah. Firman Allah S.W.T

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk itu, serta pembeda (antara yang haq dengan yang batil)". (QS Al-Baqarah 2:185)

 Banyakkan tilawah dan tadarus al-Quran.. Selamat beramal..

Qiamullail

Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.

Sekarang kita berada di bulan Ramadhan. Bulan rahmat dan keampunan. Madrasah tarbiyah Ramadahan perlu kita gunakan sebaiknya untuk mengekang hawa nafsu yang menjadi antara musuh utama kita. Ia merupakan antara langkah utama ynag perlu dititikberatkan dalam proses tarbiyah di mana Syed Muhammad Ahmad Al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Muntalaq’ menjelaskan kepentingan meninggalkan al hawa. Perlulah dipastikan untuk kita tajarrud (menghilangkan, menanggalkan) segala bentuk jahiliyah dan unsur al hawa yang mendokong pelbagai nama di era moden ini. Kesempatan bulan Ramadhan ini perlu dipenuhi dengan banyaknya amalan istimewa seperti terawih dan tidak kurang juga qiamullail di malam hari.

Jadi, bersempena bulan mulia ini tidak wujud alasan untuk kita tidak memperbanyak amalan-amalan ibadah terutamanya qiamullail. Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya.

Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:
“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”

Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah.